16.10.11

Aku Penat Menunggu

Aku penat menunggu
Kamu tidak juga kunjung tiba seperti yang kamu janjikan
Berlelah aku menanti bersama peluh yang kian menghangitkan tubuh ku
Maaf kalau aku pergi
Kerana aku kira, kamu tidak akan tiba
Maaf...
Andai di kala kamu tiba
Esok...
Lusa...
Mahupun bila-bila
Aku tiada di tempat pertemuan itu
Aku cuma penat
Aku kira...
Kamu tidak mahu aku menunggu kamu
Dan kerana itu aku pergi
Bukan kerana aku tidak mahu menunggu
Cuma...
Aku kira...
Kamu tidak mahu datang temui aku....

3 comments:

  1. sebak baca....


    walaupun pendek.....


    sebak....


    tulisan ni gambarkan jiwa kau...


    bukan fiksyen...

    bersabarlahhhhhh

    ReplyDelete
  2. Mungkin tempat dia hujan..lambat sikit..sabarlah..sabar tu kan salah satu sikap matang..tapi kalau tak nak tunggu jugak..silalah pergi..itu lebih baik untuk awak daripada awak fikir yang bukan bukan pasal dia..

    ReplyDelete
  3. ouh..mcm sedih je..mungkin si dia ade masalah yg menyebabkan tak dtg..jgn penat menunggu~

    ReplyDelete