24.9.11

Admin Says: Tutorial Blog "Entry Panjang VS Entry Pendek"

Hai gang. Salam harmoni. Salam Sabtu. Hari ni nak menulis entry ringkas dan padat sahaja. Tujuannya untuk 'meredakan' kekejangan otak akibat penulisan entry yang panjang berjela semenjak dua ni. Aku saje bereksperimen dengan beberapa 'genre' baru-baru ni. Kisah cinte, cerita hikayat dan jugak kisah zaman-zaman kecik dulu. Kesemuanya kalau kalian perasan panjang berjela yang mungkin menyebabkan korang berasa penat untuk membase entry-entry tu. Tapi, kat sini aku tak nak mintak maaf pun sebab membuatkan kalian semua kepenatan. Cuma ucapan yang lebih sesuai ialah, tahniah dan terima sebab sabar membace.

Putera Nyamuk tu? Steriotaip je. Macam kisah dongeng Putera Katak. Putera yang disumpah menjadi binatang jadian, yang lantas sewenang-wenangnya mintak cium dari Sang Puteri. Ape daaa. Tak de method lain agaknya untuk "heal" sumpahan tu. Jumpa ustaz kat Darul Syifaq ke. Jumpe Tok Imam ke. Ni mintak cium. Hmmm... Nakal yeee... "Cubit kang!". 

Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Dan aku pulak sekadar bereksperimen. Disamping menyahut cabarab penulis blog erniefaizalsiti.blogspot yang meminta aku tuliskan kisah Putera Nyamuk tu. Ligat kepala hotak aku dok memikirkan ape agaknya jalan cerita yang sesuai untuk cerita dongeng tu. Last-last, elok jugak kalau diadaptasikan sahaja kisah Putera Katak yang selalu didengar tu. Maka terlahirlah entry tu.

Kenapa aku tulis panjang? Sejujurnya minat dan kepuasan. Aku puas sangat bila dapat tulis panjang-panjang, walaupun aku pasti merisikokan minat pembaca aku. Nah! Hasilnya, entry tu kurang mendapat sabutan. Tak "Box Opis" la kirenya. Dalam komen pun ade someone mention yang entry tu panjang. Dan bile panjang, orang kurang minat nak bace. 

Macam mana boleh jadi panjang mcm tu? Bukanlah panjang sangat pun. Cume untuk mendapatkan entry panjang macam tu, aku draft dulu. Nak draft macam mana? Cara aku, kalau tak aku draft atas kertas, dalam MS Word pun boleh. Draftkan bermula dari pendahuluan, diikuti isi-isi penting, dan disudahkan dengan kesimpulan ataupun penutup. Sebijik macam mase belajar matapelajaran Bahasa Melayu waktu sekolah menengah dulu. Kalian semua pun tentu pernah belajarkan? 

Masa men'draft' tu la pentingnya untuk kalian mencatatkan segala idea yang terlintas. Especially kalau idea tu jenis yang bernas, lucu, dan sebagainya.  Huraian? Lepas selesaikan men'draft' semua isi-isi penting tu, tibalah masanya untuk menghuraikan segala  isi-si penting masa menulis entry tu. Siapla kepala masa ni, ade rase pening-ening sikit. Mata pulak ade rase ngantuk-ngantuk sampai tersengguk.

Hasilnya bolehlah diperlihatkan bile entry tu siap. Bacalah semuala untuk memastikan segala kesilapan diminumumkan. Kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa. Paham ke tak dengan ayat yang ditulis. Sendiri baca, sendiri edit. Kalau masa membaca tu, tuan yang menulis sendiri tak paham apa yang ditulis, inikan pulak yang datang membaca kelak. Jadi, perelokkanlah seelok-eloknya.

Hmm.. Cukuplah tu. Sebuah entry ringan-ringan. Selamat menulis semua. Semoga kalian ejoy dengan minat menulis ni. Ingatlah, setiap apa pun entry yang kalaian titipkan, pasti tak akan disambut dengan rasa prejudis oleh aku. Aku paham, macam mana rasenye nak menghasilkan sebuah tulisan tu. Jadi, menulislah.... Tak kire panjang mahupun pendek. Sebab, blog kalaian, kalaian yang tentukan... Ade aku kesah?!

4 comments:

  1. aku setuju sangat " kalau tuan sendiri pun tak paham macam mana org lain baca nak paham"

    aku selalu lepas tulis panjang2, aku baca balik.. kalau aku rasa seronok, aku akan uplod..

    tapi kalau sendiri rasa dah lost, baca bawah atas hilang.. aku akan edit balik buang mana yang repeat..

    ReplyDelete
  2. zul: menulis kene sabar ek... kadang2 dek kerana nak cepat siap, bersepah error sana sini... sabor aje la...

    ReplyDelete
  3. menulis kena sabar.. kene cek banyak kali...

    kalau taknak sabar pun boleh, bukan ade cikgu aziz nak rait kan.. haha

    ReplyDelete