9.9.11

Cinta Mee Segera

Kejadian malam kelmarin...

Dam! Dam! Dam!
"Jol.. Ooo Jol.. Jolll!!"

Berselang-selang pintu aku diketuk dan nama aku dipanggil. Hadoi tension betul. Jam dah dekat pukul 11 malam. Dan aku sedang mencari mood untuk melenakan mata. 

Dam! Dam! Dam!
"Jol.. Ooo Jol.. Jolll!!"

Lagi pintu digegar. Mak ai. Ini tak bleh jadi ni. Aku pun bergegas bangun dari katil dan membuka pintu. Kontrol. Nak marah ni. Tapi tarik nafas panjang-panjang. Nak dimarah adik sendiri. Entah-entah kecemasan ape agaknye. Aku keluar bilik dengan wajah sebagai seorang abang yang cool.

"Ain, kenape?" Menoleh kiri dan kanan mencari adik aku, Ain. 
"Jom makan Maggi. Aku masak lebih" Ain menunjukkan se'portion' Maggi kari di dalam kuali. 

Ajak makan rupenye. Aku ingat kecemasan la tadi. Sabar je la. Aku kenyang lagi sebenarnya. Tak ingat makan ape sebelum tu. Tapi mengenangkan mee segera yang dah siap dimasak adik sendiri, tak kesampaian hati nak menolak. Ingat kat abangnya wahai si adik. Lagi pun bukanlah banyak. Se "portion" je.

Aku menuju ke dapur lantas mencapai mangkuk kaca berwarna biru. Mangkuk yang selalu aku gunakan untuk makan mee segera. Sempat aku jeling ke dalam bakul sampah. Oooo bukan Maggi tapi mee segera Mamee. Waktu aku tuang mee segera tu ke dalam mangkuk, masih panas lagi. Tak risau aku akan mee segera ni kembang. Sebabnya kalau Mamee la mee segera yang dimasak, jangka masa untuk menjadi kembang agak lambat berbanding Maggi. Tengok tekstur Mamee ni pun agak berkilat pada mee. Bahan kimia ape agaknye yang bersadur pada mee ni.. Nampak macam getah gelang pulak. Hmmm... Makan je la..

Sambil makan otak aku mula berlegar-legar. Makin ligat kepala otak aku ni bila malam makin larut. Tu yang aku perasan. Dan tu la yang membuatkan aku selalu sahaja susah nak lelapkan mata waktu malam. Badan nak rasa nikmat tidur, tapi otak ligat berfikir. Lepas satu fikir ke satu fikir yang lain. Kalau fikir tuhan tak pe juga. Ni tidak. Banyak fikir dunia. Banyak fikir resah gelisah. Teringat aku pesan seorang teman.. 

"Jangan difikirkan sangat"

Betul jugak. Tapi dalam jangan difikirkan sangat tu, aku tetap fikir. Tentang semangkuk mee segera yang sedang aku hadap tu. Mee segera. Walau apa jenama sekali pun "Maggi" la yang dapat nama. Tak kire la ape jenama yang ade dipasaran, contohnya Cintan, Adabi, Mamee, Sedap (Tribute to Cik Tart Nenas) dan macam-macam lagi  jenama mee segera di pasaran. Tak percaya? Pergi kedai mamak atau mana-mana restoran. Order satu mangkuk 'Maggi' Goreng... Oooops.. Baru sebut... Maggi dapat nama... Sedangkan kedai tu adakalanya tak guna walau sepeket pun mee segera berjenama Maggi dalam menunya. 

Ade bagusnya. Ade kesiannya buat jenama Maggi. Yang bagus. Maggi menjadi satu jenama yang kukuh kepada pengguna di Malaysia. Ape sajalah tentang mee segera, orang akan refer pada Maggi. Kire icon la dalam industri "permaggian" di Malaysia ni. Yang tak baiknya. Kerana mee segera tak sedap, Maggi dapat nama. Fuh. Peribahasa baru. Contohnya, "Eiii, tak sedap la Maggi Goreng kat kedai mamak ni..." rungut Latip. Maggi jugak yang dipersalahkan. Padahal mungkin mamak tu goreng mee segera pakai jenama "Mee Segera Cap Janda Pak Hamid"!

Mee segera. Curry flavour kire yang paling old timer. Paling old school kepada pengguna di negara kita. Mak aku kate, dari zaman dulu-dulu dah ade. Dulu-dulu tu, tak la sampai tahap zaman Hang Tuah dah ade mee segera (tapi tak mustahil ape?). Kire zaman sebelum aku lahir la agaknya. Atau lebih awal dari tu. Pasal kalau nak diikutkan jenama Maggi tu sendiri dah pun ditemui sejak tahun 1890 an lagi. 

Lihatlah betapa old schoolnya jenama Maggi tu sendiri. Lekat sampai sekarang. Aku memang prefer perasa kari. Dan tak dinafikan. Jenama Maggi antara yang paling sedap interm of "Maggi Kari"nye. Cume cepat kembang. Dan bile Maggi Kari tu cepat kembang. Maka kembanglah tekak aku jugak. Patah selera!

Lain-lain flavour? Bersepah-sepah di pasaran. Nak ape? Tom Yam? Perisa Ayam? Itik? Mee Udang? Paling Ho Liau? Macam-macam ade. Pilih lah ikut suke. Ikut selera. Dan selalu aku nampak orang-orang bujang especially budak-budak student U dok beli mee segera ni. May be jimat. Dan menepati motto mee segera Maggi "Cepat di masak.. Sedap Dimakan". 

Pada aku, Mee segera ni antara barang-barang dapur yang selalunya akan dishort listedkan sebagai barang yang perlu dibeli ketika shopping awal bulan. Buat stok. Simpan dalam kabinet. Amatlah praktikal time malas-malas masak. Amat berguna time sesak-sesak duit. Tapi..? Kena jugak lah fikir akan kesan sampingan kalau terlalu kerap makan mee segera ni. Hah. Yang tu kene la refer pada yang pakar!

"Cinta Mee Segera". Ni bukan jenama yang perlu korang cari di pasaran. Tak kan jumpe nyer. Ni pasal perihal cinta. Macam jugak mee segera. Murah... Cepat... Sedap... Tapi perlu cepat-cepat. Sebab, sedapnya mee segera hanya time panas-panas. Bile dah sejuk. Bile dah kembang. Hape pun tak boleh. Hilang selera. Korang nak bercinta macam tu tak? Murah. Cepat. Sedap. Sedap time sayang. Atau sedap mula-mula sahaja. Time awal-awal je. Lepas cinta tu lapuk atau tak boleh blah. Korang buang macam buang mee segera tu. Pernah kalian berbuat demikian?  

Aku? Cinta Mee Segera? Glup! Pengalaman lepas yangmendewasakan. Aku struggle untuk mendapatkan cinta tu. Orang macam aku tak akan dapat cinta tu dengan mudah. Dek kerana ketidaksempurnaan aku. Bile dah dapat, tu je lah yang aku jage sampai bile-bile. Dan bile cinte tu musnah. Aku jadi bagai orang gila yang sukar menerima hakikat akan musnahnya cinta tu. Pengalaman dulu. 

Bodohnya aku masa tu, lambat sedar yang aku tak diperlukan. Aku dah jadi mee segera dah masa tu. Aku tak sedar lagi. Boleh aku rayu lagi pade minah yang dah terang-terang buang aku macam sampah. Hmm.. Alhamdulillah. Akhirnya aku recover semula. Mungkin berkat doa aku hari-hari dalam hati. Minta tuhan lerai kekusutan dan bawa aku keluar dari hidup yang macam sial keadaannya! 

Alhamdulillah. Tuhan siapkan aku dengan hala tuju yang baik. Tuhan gantikan dengan hikmahnya yang maha besar. Aku baru sedar betapa ade yang lebih baik, sayang serta hargai aku. Siapa lagi kalau bukan Tuhan tu sendiri. Rupa-rupanya tuhan tu nak ajar aku macam mana nak lalui situasi masalah bertimpa-timpa yang jatuh ke bahu. Payah memang payah. Patah sayap bertongkat bahu. Patah bahu bertongkat dagu. Patah dagu, ape pon tak boleh! 

Sekarang, sampah dah tergilap menjadi sesuatu yang boleh di nilai semula... Aku tak la lebelkan aku ni sampah. Cuma cara perlaksanaan pembuangan aku satu ketika dulu ibarat sampah la. Hmm.. Hikmah.. Hikmah... Cinta Mee Segera... Sedap dan indah waktu hangat.. Bile dah tak best, atau tak mampu memenuhi selera... Buang... Moral of the story... Mee segera melambak-lambak dipasaran... Terdapat dalam pelbagai pilihan.. Murah... Serta mudah disediakan.. Tapi sedap dimakan hanya masa panas-panas...  

@>,-----  Aku tak nak hubungan yang sekadar mee segera sahaja... Baik bina dan jaga elok-elok.. Minta tuhan permudahkan jalan.... Kasih sayang tu bukan beban... Tapi ujian, nikmat dan anugerah.

9 comments:

  1. "Patah dagu, ape pon tak boleh!" sampai tang ni tergelak smeput2 aku...

    hahahaha....

    aku dari dulu selalu cuba nasihat kau, tapi betullah kata org...

    masa menyembuhkan segalanya.. dan pengalaman itu mematangkan...

    bagi peluang pada diri kau untuk sembuh sendirinya....

    kan lebih best gitu..

    kalau dagu pun patah... ape pun tak boleh!

    ReplyDelete
  2. u.. gurl x peduli la psl rupa ke..psl kereta ke..psl pangkat ke..
    tp klu ade yg peduli,diorg akan terime lah risikonye kemudian hari.

    For me,rse jelek dgn lelaki yg riak takbur dgn semua tuh. coz i know,ble2 pon tuhan bley ambik balik.

    ReplyDelete
  3. zul: aku pegang ape yg ko nasihat.. cume berbalik pada aku sendiri... take time.. tapi aku pakai nasihat ko.. be rasional n realistik.. pandang setiap yang gugur tu tak selalu jadi hampas.. tapi boleh jadi baja yg menyegarkan... tq bro!

    ReplyDelete
  4. ika: belum tidur lagi ye... maaf ni bukan entry sexist yg membezakan lelaki atau perempuan... general... boleh jadi berlaku pada sesiapa sahaja.. baik lelaki atau perempuan.. barangkali entry ni ditulis oleh saya. lelaki... jangan berkecil hati.. baca dan fahami...

    ReplyDelete
  5. Semua kejadian ada hikmahnya..
    Allah dah tuliskan jalan dan arah tuju kita bila tiba masanya....

    Jodoh maut kan di tanganNya..cuma biarpun mcm mee segera tp kena pandai pilih yg mana berkualiti dan kena dgn selera tekak..bukan main beli dan masak 2 minit aje..heheheheheh

    ReplyDelete
  6. saya pernah beli maggi perisa itik..tak sedap!!

    saya pun pernah terlibat dengan cinta mee segera..sebabnya masa tu baru lepas broke up.tu sebab orang pesan,try jadi single lepas broke up,sebab apa yang kita cari bukannya cinta tapi tempat bersandar sahaja.Rasa nyesal jugak,nasib baik kejap aje.

    ReplyDelete
  7. wah mendalam kisah mee segera ni..

    *suka jnama maggie je. nyum2*

    ReplyDelete
  8. bila baca entri ni lebih2 lg part cinta mee segera ni terasa bersalah lak.. tp zaman2 bodoh nak compare dgn dah masuk zon mak budak ni memang la cara pemikiran masa zaman bodoh & zaman zon mak budak ni x sama

    ReplyDelete