10.9.11

Cerita Zaman Kecil: "Fighting Spider"

Mari kembali ke tahun 1995.

Ia merupakan tahun pertama aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sawah Datok, Mersing Johor. Sebagai kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun, berpindah ke sekolah baru adalah sesuatu yang amat disaster kepada aku. Merindui kawan-kawan lama di sekolah lama. Menyesuaikan diri di sekolah baru adalah suatu cabaran bagi kanak-kanak macam aku pada waktu tu. Risau tak dapat kawan. Malu-malu. Kejutan dengan suasana di tempat baru. Takut tak pandai berbanding kawan-kawan lain. Takut kene buli. Macam-macam yang aku fikirkan.


"Ok siapa nama awak?" soal cikgu.

"Nama saya Zulkifli Bin Sa'don"

"Dulu sekolah di mana?" tanya cikgu lagi.

"Sekolah Kebangsaan Nitar 1"

"Ayah awak kerja apa?" soalan seterusnya.

"Peneroka..."

Itu ajelah skrip yang di ulang-ulang sepanjang minggu pertama persekolahan. Nama aku nak bercakap lebih tu tak de lah. Maklumlah. Zulkifli Sa'don kan penyegan orangnye. Hehehe. Nak ke tandas pun segan. Tunggu masa rehat je la. Tak pun waktu balik. Lagi best, tahan sampai rumah. Memang aku rasa tak serasi pada awal bersekolah di tempat baru. Aku banyak memerhati. Manalah yang boleh dijadikan kawan. Mane yang nampak jahat-jahat sikit tu dielakkan. Nanti mesti kene buli. Lagi pun mak selalu pesan. "Jangan berkawan dengan budak jahat.." Anak mak la katekan. Bapak aku cool je...

Memasuki minggu-minggu seterusnya, ade perubahan positif. Kawan makin ramai. Kalau dulu bercakap bila perlu, sekarang berpatah-patah yang keluar dari mulut aku. Mula ligat dan mula joint rakan-rakan bermain pada waktu rehat. Dapat pula rakan-rakan sepermainan yang satu kepala. Bermain bola "chop" la. Main A.B.C. Main ronders (permainan ala-ala baseball). Laga ikan. Main guli dan macam-macam permainan baru diperkenalkan. Dah mula seronok dengan suasana baru. Tak dinafikan. Lebih advanture!

Aku diperkenalkan dengan satu lagi permainan baru. Kat sekolah lama aku tak de permainan ni. Dan mungkin korang pun jarang-jarang mendengarnya. Permainan Laga labah-labah yang lebih dikenali di kalngan kawan-kawan dengan "Laga King". Kenapa "King". Aku pun sampai hari ni tak pasti. Cume dari logik akal, labah-labah yang champion dalam pertarungan tu, adalah raja atau "king". Mungkin dari situ budak-budak tu dapat nama permainan ni.   

Jom cari "King"

Permainannya mudah. Setiap peserta perlu menyediakan seekor labah-labah liar untuk dilagakan. Pertarungan biasanya 1 lawan 1. Dan untuk mencari labah-labah liar ni, ia biasanya terdapat pada pokok-pokok disekitar kawasan kampung tu. Keliling rumah pun ada. Berbeza dengan labah-labah biase yang selalu ditemui, "King" ni biasanya berwarna hitam dan ade belang-belang kehijau-hijau. Nampak lebih ganas berbanding labah-labah biase. Dari segi saiz pulak, tak banyak beza. Kecik je.


Yang ni kire labah-labah biase.
Hah. Yang ni "King"

Mari kita buru Si Gagah King! King akan bersarang atau biase ditemui dicelah-celah 2 helai daun yang melekap antara satu sama lain. Cehhh dah macam Discovery Channnel pulak aku rase. Make terhendap-hendaplah kami di rumpun-rumpun pokok-pokok renek di sekeliling kampung. Habis segala pokok-pokok diselongkar demi mendapatkan si kecil bergelar "King" ini. 

Dari segi petua, terdapat juga teori-teori kanak-kanak ni yang mengatakan king yang habitatnya di tepi pantai adalah lebih gagah berbanding king yang tinggal pada pokok-pokok biasa di sekeliling rumah. Selain itu, king yang menghuni pada pokok serai juga boleh dikatakan kuat. Agaknya, king tu sedut zat pokok serai tu. Bertambah gagah lah ia. Percentage untuk menang pun makin tinggi lah ye.Bila sahaja king ditemui, ia akan disimpan ke dalam kotak-kotak mancis, botol asam, bekas kaset dan sebagainya. 

"Kau ade King?"

"Ade, ni King Tanjung Genting tau. Kau berani ke?"

"Ahhh. Takut ape. Ni King aku jumpe kat pokok serai mak aku. Jom la lawan"

Wahhh. Cabar mencabar berlaku. Dramatik sungguh. Agaknye apelah perasaan si labah-labah dalam kotak mancis tu. Mesti berdebar-debar menanti turn untuk berlawan. Kalau kalah maruah tercalar pulak. Mesti terjejas nama habitat masing-masing. Hmmm.. Ke situ pulak aku. Perlawanan tak kire waktu. Ade je masa lapang masing-masing akan cabar mencabar. Kebanyakan kawan-kawan aku masa tu, dalam poket, pasti ade kotak berisi King.

Lawan! Lawan! Lawan!

Booooo!! Kalahhhh!!

Booooo!! King bacul...

Bersorak-sorak kami ketika menyaksikan pertarungan. Biasanya kotak-kotak mancis, atau kotak kaset dijadikan gelanggang pertarungan. Kedua-dua King akan dilepaskan ke atas kotak tersebut. Dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. King king ini akan dipastikan mengadap antara satu sama lain ketika dilepaskan. Maka bertarunglah antara 2 King. Bergumpal-gumpal di atas gelanggang. Yang kuat pasti akan kekal membelasah yang lemah. Biasanya King ni akan lari bila mengaku kalah. Terdapat juga kes-kes di mana King yang belum sempat berlawan terus cabut lari. Yang ni di kira bacul. Dan tuan punya King diistihar kalah. Siap la kene ejek bacul sampai menangis. Yang menang akan terus mencabar lain lain King yang masuk gelanggang. Sampai la hanya ade 1 king sahaja yang bergelar juara. Kire the True King la. Champion!

Memandangkan seronok dan terpengaruh melihat kehebatan aksi perlawnan dan keseronokan rakan-rakan apabila diistihar menang, aku pun turut gatal-gatal untuk berjinak-jinak mendapatkan King aku sendiri. Terhendap-hendap aku kat pokok serai mak aku. Tengah syok aku mencari-cari king. Suara jeritan mak aku singgah ket telinga.

"Hah! Buat ape la tu! Jangan nak laga-laga labah-labah ye! Tak tau berdose ke melaga binatang! Kalau nak kene sesah buat la!"

Belum sempat ape-ape dah kene sound. Maka tak kesampaianlah jahat untuk memiliki walau seekor King. Mak aku dah jerkah dan warning siap-siap. Dengar berdose tu aku bleh tahan lagi. Tapi bile dengar perkatann sesah tu, hui.. Jangan main-main, silap besar la kalau Puan Mariam Kadir mengamok. Akhirnya setakat menjadi penonton je lah aku... Nak cari King.. Mak marah.. Anak mak la katekan..   

"Hah jom. Sape ade King? Lawan King aku.."

"Woiii!!! Tu bukan King. Tu Jengking! Nak mampos..."

"Jeng King kire King jugak la.. Tak brani ke?"

"Ahhh. Malas Layan ko!"

Nota kaki: Suke entry ni? Komen-komen anda amat dihargai.. Kalau tekan "like" aku sayang korang... @>,----

8 comments:

  1. xpnh pn lawan spider time skolh dlu
    main baling ksut ad la
    haha

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA aku melalui zaman ni. simpan dalam kotak kaset je..hehe dapat tangkap king memang suka giler dowh! belagak kat member2 macam baru dapat galaxy tab untuk dak2 zaman skarang. hehehe

    ReplyDelete
  3. budak2 skrg x ngadap game mcm tuh lg..
    diorg ngadap ipad,bbm or fb.

    ReplyDelete
  4. isyk..tak kena gigit ke?

    budak laki senang nak dapat kawan tak macam perempuan..

    ReplyDelete
  5. ahaha..nice story bro..gua dulu pandai lawan guli je..king of kampung duyung wakaka

    ReplyDelete
  6. kalau kat kedah segan maknanya pemalu tapi kalau penyegan maknanya pemalas.. kekekekeke

    memang tak pernah dgr laga labah2 ni. mungkin sesetengah tempat je ada permainan ni

    ReplyDelete
  7. Hoho. Lama tak dgr pemainan ni. dulu pun tgk je. Taknak kena maki ngan mak gak. hahaha. Tapi tak ramai tahu main roundess. Lama gak tak dgr pemainan ni. Pemainan yg jadi kegilaan kat kg aku dulu. haha

    ReplyDelete
  8. king mata putih.. king tahap rare/legend. susah gila nk dpt, power 9999 speed 9999 stamina 9999... bila dapat bangga mcm gampang.. bawak p skolah laga labah2 king mata hitam semua melutut.. haha king yg ni tangan dia besaq dari biasa.. kalu dia kembang kecut king2 bodoh.

    ReplyDelete