1.8.11

Diari Lelaki: Cinta Itu Hanya Sandaran Pada Mu...

1 Ramadhan 1432 H. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Subuh dingin yang harmoni. Bertebaranlah para malaikat subuh mencatat, mencatit segala amalan ummat akhir zaman. Ikhlaskanlah amalan... Mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah SWT.  

@@@@@

Cinta Itu Hanya Sandaran Pada Mu. Ngeee. Glrrrrr. Glup. Sangkut kat halkum. Pagi-pagi Ramadhan ni aku nak buat entry cinte ke? Biar betul ko Sam Banjamin. Drastik dan berani sungguh. Jap... Jap... Jap... (Bagi aku beberapa minit. Aku nak @#$$#6 jap).......
Beberapa minit kemudian.......

"Fuhhh. Lega"

"Ceh!! Tak senonoh betul ko ni kan!"

Hmmm. Semula. Cinta Itu Hanya Sandaran Padamu. Pernah atau tidak situasi ini berlaku kepada korang? Tapi sebelum tu,  apa itu "Cinta Hanya Sandaran" tu? Bagaimana ia boleh terjadi? Adakah ianya sebuah drama Slot Cerekarama yang membariskan Fasha 'Sanda' sebagai heroin, maka terbit kisah Cinta Itu Hanya Sandaran Padamu. Jadi bagaimana? Begini. Pada pandangan aku. Cinta hanya sandaran ini biasanya terjadi apabila awek korang sekadar meletakkan korang sebagai objek melepas nafsu untuk mengisi kekosongan di dalam hati mereka. Maka jadilah cinte yang korang harapkan tu, hampeh. 

Cinta hanya sandaran jugak (pada padangan aku la) terjadi apabila, korang ni sekadar digunakan sebagai tunggangan kepada si awek. Kehadiran korang sebagai BF ni sekadar apabila diperlukan sahaja. Sebagai contoh, korang sekadar dihubungi ketika si awek mengharapkan sesuatu atau dalam kata lain, 'Emergency Case'. Hah. Tu memang peranan korang. Maka bersedialah menjadi 'Doctor On Call' kepada awek-awek yang macam ni. Lumrah kehidupan sebagai Doctor On Call, service kene on 24 jam. Bersedialah dengan panggilan-panggilan kecemasan mereka. Tanpa gagal.
Bf : Hallo

GF : Hallo. Awak sibuk ke?

BF : Emm. Ade la keje sikit. Nape wak? 

GF : Erm... Emmm.. Awak ada masalah la

BF : Masalah? Masalah ape?
GF : (Nada merayu bercampur sedih) Ermm.. Tadi saye pi kopleks. Saye letak moto kat bahu jalan. Tibe-tibe datang lori MBSA angkut motor saye. Banyak motor kene angkut wak. Macam mane ni wak. Awak... Tolong saye ye. Awak teman saya pi bayar saman dulu then kita pi ambik motor saya tu ye..

Bf : Ok. Saye OTW. 

Biasenya, keadaan cinta hanya sandaran ni berlaku apabila si awek sebenarnya dalam perjalanan mencari Cinta Idamannya, tetapi hatinya tak boleh terbiar kosong. Dan dalam perjalanan tu, terjumpe pulak korang. Korang pulak masa tu boleh la dikatakan available. So, why dont she try. Biasenye mereka akan menggunakan taktik "playsafe" atau cara selamat dengan mengelakkan dari hubungan tu di'diclare'kan. Dalam pada masa yang sama, mereka mahu anda kekal berdampingan dengan mereka. Puncanya untuk lebih memudahkan mereka 'terbang', 'hinggap', dan 'bersandar' ke dahan lain apabila anda gagal dalam penilaian mereka. Di mata umum, korang akan kelihatan seperti couple yang sedang hangat bercinta. Namun hakikat sebenar, bila-bila masa sahaja korang boleh kene reject!

BF (Dah perasan jadi BF) : Awak.. Awak sayang saye tak?
GF (Tak nak mengaku GF) : Ermm. No komen...
BF (Dah perasan jadi BF) : Cinte?

GF (Tak nak mengaku GF) : No komen...

BF (Dah perasan jadi BF) : Alahai asyik no komen je. Ngalahkan artis je.
   
GF (Tak nak mengaku GF) : Alahhh.. Majuk la tu. Awak. Bagi la saya sikit mase... Boleh kan?

BF (Dah perasan jadi BF) : Sikit mase? Dah berapa tahun dah ni. Okey. Jom kite ikat. Kite tunang.

GF (Tak nak mengaku GF) : Awakkk.. Saye tak sedia lagi la...

Berbalik kepada "hatinya tak boleh terbiar kosong" yang aku sebutkan kat atas tadi. Keadaan ini bukan sahaja ketika si awek dalam perjalanan mencari cinta idaman. Keadaan ini turut berlaku akibat kesan cinta lama yang pernah dilalui si awek tadi. Contohnya. Apabila putus dengan ex-bf lama. Sudah tentu terdapat kesan atau ruang kosong yang perlu ditutup oleh si awek ni. Kenangan indah, pengisian masa terluang, bergayut berjam-jam di telefon (korang yang call), diambil berat, layanan istimewa dan sebagainya adalah perkara yang amat disukai oleh si awek. Maka, ketiadaan perkara-perkara ini (yang telah menjadi kebiasaan atau rutin) akan membuatkan seseorang awek itu berada dalam keadaan kesunyian. Untuk mengelak rasa sunyi mahupun bosan itu, kebetulan, korang datang meng'approach' mereka. Dan korang diterima dalam keadaan yang bukan 100% hatinya pada korang. Sadisnya.. Menjadi tempat melepas kekosongan korang ni ye..

Jadi macam mana? Pernah terjebak? Atau akan terjebak? Tak pun sengaja menjebakkan diri. Aku rasa kepada yang pernah terjebak, mesti serik kan? Tapi bagi yang sedang terjebak tu, lekas-lekas la sedar. Saje je korang 'melabur' pada perkara yang sia-sia. Baik buat perkara yang lebih berfaedah dah selamat. Yang rase-rase baru nak disandar tu. aku nasihatkan. Tolak mereka, sebelum mereka sandar pada korang. Sebab, sandaran mereka membuat korang terbeban! 

Macam berat sebelah je entry ni... Sebab entry ni masuk dalam kategory "Diary Lelaki"

12 comments:

  1. masuk dalam kategori diari lelaki?
    berdasarkan pengalaman lah ni..

    atau,

    sedang menghadapinya?

    heh heh~

    ReplyDelete
  2. Salam Sam..selamat berpuasa..Saya setuju jugak ngan entry awak ni..Cuma sebagai manusia,tak kira lelaki atau perempuan, masing masing ada potensi untuk mempermainkan dan dipermainkan..Hanya bila kita menyayangi manusia lain kerana Allah,perkara ni takkan berlaku..eh eh,baik pulak saya hari ni..hehe :)

    ReplyDelete
  3. hanys: ye. entry kategori diary lelaki. bacaan umum kaum lelaki. boleh jugak kalau kaum hawa nak rujuk2...

    pengalaman? pengalaman dari persekitaran.

    terjebak atau tak? sedang menolak dari terjebak langsung... hahahaha

    ReplyDelete
  4. ernie: kadang-kadang pemangsa pun bukan lah berniat nak mempermain-mainkan. cume, atas sebab tuntutan semula jadi dimana keinginan diri tu menyebabkan die tak sedar yang tindakan die salah. tu yang jadi kes-kes seminggu putus cinta, terus couple dengan orang lain... bile bosan, terbang...

    diary lelaki... keluaran khas lelaki...

    ReplyDelete
  5. Walaupun panjang berjela, tetap gigih baca.. Ngee :)

    Memang tak dinafikan pernah, tapi sekarang malas nak fikir pasal cinta ni.. Lebih baik single dulu kan??? Mungkin jodoh tak jumpa lagi..

    Tapi kalau lihat situasi sekarang, susah nak tengok lelaki dan perempuan single.. Masing2 dah punya gf/bf.. Kan???

    Entry Terbaru 1 : Khairul Fahmi Putuskan Pertunangan ; Ini Kenyataan Elia
    Entry Terbaru 2 : Khairul Fahmi Putus Tunang ; Pengajaran Buat Yang Lain
    Entry Terbaru 3 : Golden Churn Creamary Butter Tidak Halal

    ReplyDelete
  6. "Diari Wanita; Cintaku itu sandaran untukmu"

    Aku x punye sesiape?Aku di dalam kesusahan.X salah kan bantu membantu sesama islam.Wajib kew membalas budi kau dgn cinta???

    hehee..main2 jew.X de r sam..i pon dlm keadaan nih sebenarnye.
    huh sedih

    ReplyDelete
  7. d_tieah : thanks sudi menjenguk dan sudi membace.

    alahai.. relaks la.. single je dulu.. perbaiki dan lengkapi diri.. yg lebih penting belajar untuk kenal dan faham diri sendiri dahulu sebelum merelakan diri mengenal dan memahami orang lain...

    payah nak tengok perempuan or lelaki single? ye ke? emm.. mungkin... tapi tu bukanlah satu keperluan..

    ReplyDelete
  8. shizuka: mungkin tu justifikasi dari awek2 bile bf2 mengungkit.. well hak mereka.. tapi macam for sure lelaki tak boleh cakap macam ni kan...
    "salahkah untuk kau hadir dalam hidup aku, bukan sekadar waktu-waktu kau susah... adakah cinta itu untuk kau datang dan pergi sesuka hati kau...?" ceeewwaaahhhhh! (gurau)

    situasi sama? hmmm... sabar la... atau pilih jalan keluar!

    ReplyDelete
  9. pompuan kalau dia sebut no kemen tu ada dua makna..
    ~malu
    ~nak mengelak sebab tak suka.

    pilih je la dua tu yang mana satu..
    heheheh

    ReplyDelete
  10. diana : betul.. paham2 je la... lagi mau tanya.. ye tak..?

    ReplyDelete
  11. selamat kembali Sam Banjamin, tulisan yang berjiwa...

    aku pernah kena cinta sandaran bandaran ni...

    dengan lydia tak salah aku.... ko ada masa kat umah bujang tu kan...

    sapa yang jadi pakwe/makwe sandaran, baik nyanyi lagu zaiton sameon banyak kali... kot kot sedar diri nanti.. baguih..

    ReplyDelete
  12. Zulfikar Hazri : ape la main sandar-sandarkan cinte kan... ntah ape2 ntah... monyet betul la... hhihihii...

    monyet : oi.. cukup la aku dikaitkan dengan "cinta monyet".. tak yah nak sanda2 pulak.. sekali aku lessssingggg!!!

    ReplyDelete