2.8.11

Bulan Ramadhan Vs Masa Berblog

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari ni dah masuk 2 Ramadhan. Alhamdulillah. Sempai bangun untuk bersahur kemudian terus solat subuh. Mujurlah dikejutkan oleh adik tadi. Keluar bilik hidung dijamukan dengan aroma masakan "ayam masak taucho". Aku makan dengan lekas-lekas. Maklumlah. Waktu sahur kian ke penghujung.

Bulan ramadhan ni memberi banyak ruang masa buat kita semua sebagai warga blogger bukan. Espeacially yang macam aku. Yang bekerja dalam sektor perhotelan ni. Maklumlah, siang mane ade orang makan. Jadi dari segi penjadualan kerja, telah banyak dianjakkan. Masuk pun tengah-tengah hari. Dalam jam 1. Jadi, masa perantara yang ada, sebelum masuk kerja tu boleh sangat diluangkan untuk aktiviti-akti ilmiah seperti menulis blog ni.

Cuma yang perlu dikorbankan sebagai bayaran kelongggaran masa tu ialah peluang untuk berbuka di rumah. Terpaksa lupakan. Macam korang, barangkali pulang kerja mengikut waktu pejabat. Sempat untuk singgah ke bazar-bazar atau pasar-pasar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka di rumah. Ada yang gemar masak, pun sempat untuk membeli segala rencah untuk menu berbuka. Aku, korbankanlah untuk berbuka ketika waktu bertugas.

Dikala korang semua khusyuk bertarawih di masjid atau surau, aku pula tak berkesempatan melakukannya secara berjemaah macam korang. Pun kerana sedang bertugas. Itulah bayaran yang terpaksa dilakukan. Kerja! Tapi tu bukan alasan untuk tak bertarawih kan? Alasan je. Apedahhh. Tak pe. Ade off day atau cuti. Tak de ape-ape2 masalah gangguan kesihatan, moga Allah mudahkan jalan untuk dapat bersama-sama tetamu allah yang lain menjalankan ibadah tarawih di rumah-Nya.

Masa untuk menulis pula, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, aku lebih gemar menulis selepas subuh. Masa tu mata pun tengah segar. Dan pagi-pagi mungkin otak tengah fresh, maka elok lah kalau dicurah segala cerita yang nak dikongsikan bersama korang semua pada waktu-waktu ni. Alhamdulillah, semoga aku istiqamah untuk terus dapat menulis pada waktu-waktu macam ni. Semoga diberikan kekuatan.

Waktu siang (ketika waktu-waktu bekrja) adalah masa yang sesuai untuk melayan kunjungan korang. Menjawab mana-mana komen terbaru. Itu pun kalau sempat. Maklumlah. Sesekali jenguk. Itupun dengan Mobile Internet. Takkanlah 8 jam kerja tu nak berkepit dengan phon je kan... Ade masa terluang, sempatlah melayan...

Blogwalking pula, sebelah malam. Aku memang suke membace blog-blog korang sebelah malam. Especially blog-blog kesayangan hamba, member-member GPK. Waktu malamlah, selepas pulang dari kerja (10.00 malam) akan aku gunakan untuk mengunjungi korang. Jadi, korang yang sempat singgah tu, jangan lah lupa tinggalkan jejak kat mana-mana ye. Senang aku nak jenguk balik...

Korang pulak? mesti banyak masa kan... So, gunakanlah kelapangan masa pada bulan Ramadhan ni sebaik mungkin. Tulislah yang elok-elok. Kongsikan dan pesan-pesan yang baik-baik. Insyaallah.. Dengan hati yang ikhlas, pasti ada ganjaran dan keberkatan... Mudah-mudahan....

13 comments:

  1. betul la..
    bila bulan puasa aturan masa akak pun berubah..
    berblog selepas solat subuh..
    sebab malam sibuk nak terawih..
    jadi gantikan masa berblog malam tu dengan pagi..
    jadi tak de la yang terabai..kan.
    tapi akak surirumah je..
    masa memang banyak cuma kena pandai atur je..

    ReplyDelete
  2. best gila aihhhhh kerje kul 1... takde rase bebal...

    nanti aku jemput ko datang umah aku bebuka la bila ko offday.. orite

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa,disebbkan saya surirumah,jadi masa berblogging dan buat entry tu ikut mood anak,klu anak masa tu baik budi perangainya bolehlah lama2 buat blogwalking,klu tak jgn harap...

    ReplyDelete
  4. diana : hai kak diana. rasenye kaum ibu atau suri rumah la yang paling sibuk bulan2 puase kan... ni awal ramadhan ni kire ok lagi la... nanti dah masuk pertengahan nanti, siap la... baju raye... kuih raye... langsir raye... macam-macam la... tapi.. biar bersederhana lah hendaknye ye..

    ReplyDelete
  5. Zulfikar Hazri : hmm... molek tu... nanti aku off aku roger...

    ReplyDelete
  6. ct N honey : cabaran sebagai suri rumah agak-agaknye mcm tu la ye kak... sabo je la.. moge anak tu bile dah besa pandai bloging mcm mak die jugak...

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa dari aim&mia :)

    ReplyDelete
  8. ika: balik kampung 2 hari... rehat kan badan...

    ReplyDelete
  9. saya punya rutin sama je tiap hari..dahla idea susah nak datang sebab rutinnya sama je.

    ReplyDelete