27.7.11

Tips Membeli Durian

Hai salam harmoni. Bile menjenguk rakan-rakan, kesemuanya tampil dengan entry-entry yang pelbagai. Sedang aku tak tahu ape nak dituliskan. Hmmm. Ape pun tak boleh! Well sepanjang hari ni, macam biase sahaja. Pergi dan balik kerja. Menghabiskan beberapa ratus ringgit untuk membeli keperluan. Alat-alat make up. Huh! Make Up?.. Belanja adik-adik makan malam serta memberli beberapa bijik durian. Hah! durian!! Jom dengar cite.

Jadi kepada kalian yang berhajat untuk makan derian (bukan makan free) silalah ke seksyen 7 Shah Alam. Tak kiralah kepada sesiapa yang tinggal dekat mahupun jauh. Mari-mari makan durian beramai-ramai. Lokasinya betul-betul bersebelahan medan selera seksyen 7. Senang cerita tapak pasar malam seksyen 7 Shah Alam. Berhampiran ICT. Berhampiran dengan pasaraya Giant (Dahulunya Pasaraya Bintang) dan yang pasti, beberapa langkah je dari rumah aku ni.
Walau macam mana pun sebelum membeli durian, pastikan agar korang tak terpedaya dengan "display" durian-durian yang besar gedabak tu. Sebabnya, sepanjang pengalaman aku, durian yang besar gedabak ni, indah rupe dari rasa. Beli dengan harga yang mahal. Bila kopek (kupas... aku tak mencarut), isinye sangatlah hampeh. Keras. Serupa makan roti perisa durian yang ala-ala. Buang duit je. Pernah sekali tu. Member mengeluh. Habis dekat 70 ringgit beli durian. Tapi tak berbaloi dek isi durian yang langsung tak sedap!
Alah. Kalau setakat nak basahkan tekak dengan rasa buah durian ni. Dan duit pun takat ciput-ciput rase. Korang beli je durian longgok. Yang dijual pade kadar 3 ke 6 biji RM 10.00. Bergantung pade tempat la. Macam kat tempat aku ni. Ade banyak offer. Tadi je aku pergi, ade pilihan 3 biji RM 10, 6 biji RM 10 dan ade jugak 1 biji seringgit. Pilihan aku dan adik-adik, 6 biji RM 10. Berbaloi-baloi. Tapi jangan main sebat je. Pilih elok-elok.

Masa aku beli tadi, pak cik yang jaga durian tu macam "muke ketat" sikit bile aku duk pilih-pilih. Kalau aku serah bulat-bulat je kat pak cik tu, mau dibaginye durian yang dah tak berapa molek. Maklumlah. Nak habiskan cepat durian tak molek tu. Aku check satu-satu. Tengok ade tak rekah pade kulit tu. Kalau ade rekah. Aku reject. Sure durian tu dah masuk angin (ade masuk-masuk angin ke durian ni?). Ahh! Reject tetap reject!. 

Aku membesar dikelilingai pokok durian. Keliling rumah arwah nenek aku dulu memang ditanam dengan pokok durian. Jadi, pokok durian yang banyak tu, menghasilkan buah yang pelbagai bentuk, rase, warne dan bau. Based dari pengetahuan ilmu durian yang semulajadi aku perolehi dari kecik tu, aku rase, boleh la pilih-pilih mane satu durian yang elok ke tak. Especially durian kampung. Jangan nak kenceng la pak cik! 
Nak pilih durian, Jangan judge dengan saiz. Besar tak semestinya sedap. Jadi aku play save dengan pilih durian bersaiz kecik. Maklumlah "modal" pun kecik. Pilih je yang bersaiz lebih kurang kasut saiz 7. Biasanya durian kampung ni tak besar mana pun. Comel-comel. Tapi, isinye "bisa" buat "lo" terangkat!
Aku perhati jugak pade tangkai durian tu. Tenung-tenung. Renung-renung. Ade ke tak kesan pulas! Mane tau kot diorang ni dok jual durian peram. Petik durian tu. Than peram. Bila dah naik bau, jual. Jadi durian masak layu. Sape-sape yang pernah terbeli durian peram ni. Fuhhh. Serious rase macam nak bako je gerai durian tu kan? Jadi hati-hati la... Jangan sampai terpedaye.

Selain tu. Aku suke pilih durian yang berduri kasar-kasar. Bukan yang berduri halus-halus. Aku tak tau la durian yang duri halus atau rapat-rapat ni jenis ape. Cume sepanjang pengalaman aku. Durian jenis ni, isinya rapat-rapat. Bertindih-tindih dan kebanyakannya nipis. Taste pun tak sesedap duarian kampung. 

Kesimpulannya, aku puas makan durian malam ni. Murah pulak tu. 6 biji RM 10. Ni pun ade sebijik lagi tak habis makan. Pasal tak larat nak kerjakan. Saje-saje je "bakar line" korang-korang yang kaki durian kat luar tu. Amacam! Glup!!!

"Musangkeng! Musangkeing! Musangkeng!"

"Haiiya. Banyak mahai ma... Makan lulian longgok suda ma.. 6 biji saplo linggit.. Manyak maloi-maloi ma"

"Maloi-maloi?..."

"Haiya.. Itu telefon punya iklan ade ciakap.. maloi-maloi.."

"Ooooo.. Baloi-baloi.. Berbaloi-baloi...."

6 comments:

  1. x sanggup da mkn durian,, byk bebenor~~

    ReplyDelete
  2. macam mana nak cek saiz durian saiz kasut 7? nak kena tekapkan kaki sape2 saiz 7 ke sebijik2 durian tu ke?
    hahaha..

    btw, dah beli kat tmpat seksyn 7 tu, boleh la..bawak pulak kawan yg pandai bodek, dapat 2 bji free!HAHAHA,
    ce beli kat padang jawa, turun jambatan belah kanan, tak tahu skang ada lagi ke tak, hari tu pakcik belikan,yg longgok2 jugak, pergh! kebanyakannya lulus! sodap! XD

    ReplyDelete
  3. popoi: betul.. aku dah krem kat tengkuk.. pening kepala makan derian banyak sangat..

    ReplyDelete
  4. hanys: hahaha agak2 je la.. lebih kurang je... kalau nak tekap nanti takut bocor pulak kaki tu...

    okeh kan durian seksyen 7 tu... kire boleh recommend la... kat padang jawa tu belum pernah test lagi... nanti la..

    ReplyDelete
  5. cadlynn: maloi-maloi... apek pun tak pelat macam tu yek..

    ReplyDelete