31.7.11

Menjelang Ramadhan, Aku Bergelut Untuk Sembuh...

Ramadhan menjenguk lagi. Setelah genap setahun berlalu. Genap setahun juga aku kembali menulis blog di TheTimelines ni. Walaupun dahulu, ketika zaman keagungan laman Friendster, aku lebih aktif menulis di sana. Masih segar dalam ingatan, macam mana aku memulakan atau menjadi pelopor dalam penulisan blog ni berbanding rakan-rakan yang lain. Selepas aku memulakan, wujudlah rakan-rakan lain yang turut berminat menulis. Seorang rakan pernah bertanya...

"Macam mane ye nak buat blog?"... Sewaktu dia belum pandai berblog....

@@@@@

Hari ni dah mula bertarawih. Ayuh ke musalla. Mudah-mudahan ya. Ada beberapa jam sahaja lagi. Sebelum langit Ramadhan menerangi dada malam. Ramadhan tahun ini disambut syukur, biar pun masih bergelut untuk pulih sepenuhnya dari demam yang panjang. Demam yang datang dan pergi sekali sekala. Syukur, hari terakhir sebelum 1 Ramadhan ini, sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya. Walaupun anggota sendi adakalanya terasa bisa-bisa.

Hidangan Sup Ketam. Petua mengatakan yang, kalau demam denggi, untuk cepat baik, hiruplah sup ketam. Manalah nak dicarikan ketam dalam keadaan diri yang tak berapa berkederat ni. Minta adik carikan di kedai-kedai runcit tak berjumpa. Akhirnya gagahkan diri sendiri untuk mencari di pasaraya yang dekat-dekat. Jumpa pun hanya 3 ekor. RM 7 ringgit lebih. Untuk 3 ekor sahaja menjecah 7 ringgit. Mahal! Tapi nak buat macam mana. Beli je la.

Tapi. Tak dinafikan. Dua jam selepas menghirup sup ketam tu, badan mula menunjukkan respond. Berpeluh ketara. Badan yang pada awalnya seram sejuk hinggakan terpaksa berstokin dan bersweater, mula terasa hanngat yang selesa. Kepala basah dek peluh. Dan mase tu lah, rase pening yang menggigit sepanjang 3 hari ni, mula kurang. Lega... Malam pula sudah boleh tidur dengan lena. Tak seperti malam-malam yang lepas, mata langsung tak mahu lelap dek kepanasan dan kesejukan yang bersilih ganti. Badan mana yang boleh tahan kalau berdepan situasi semacam tu.

Hari ni, pagi-pagi dah bangkit. Mandi, bersiap-siap dan terus ke pasar Seksyen 6, Shah Alam. Nahhhh. Berlambak-lambak rupenye ketam. Dengan bermacam-macam saiz. Cuma hati sahaje yang tak teringin untuk menyambar ketam. Sebab dari malam tadi dah rindu kat menu masakan mak kat kampung. Kepala Mayong Masak Asam Pedas. Johor Style! Adik pun dah siap masak nampaknya. Its lunch time. Jemput makan. Esok tak boleh makan tengahhari dah...

Salam Ramadhan dari aku...

Zulkifli Bin Sa'don a.k.a Sam Banjamin

7 comments:

  1. berkat ramadhan yg bakal tiba Insyaallah semuanya akan baik. Apapun jaga diri.. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. la ya masbuk.... demam denggi ke? tak bagitau pun...

    dah sihat? minum 100 plus banyak2.. makan sup ketam ngan sup ayam banyak2.. insyallah baik nanti

    asam pedas kau masak sedap woii!! sluurpppp.. teringat masak umah bujang

    ReplyDelete
  3. syOknye dpt sup ketam..
    sygnye i allergic loh!

    ReplyDelete
  4. zul: suspek je. tp gejalanya seakan sama mcm demam yg aku kene kelmarin. jgn risau deh...

    ReplyDelete
  5. shizuka: bedal je... alergi tu sekejap je...

    ReplyDelete
  6. oo?tak pernah dengar kalau denggi cuba makan sup ketam.Boleh digunakan petua ni untuk masa depan kot-kot ada sedara mara atau kawan kena denggi ke.

    P/s:kepala mayong masak asam pedas meleleh kalau teringat.

    ReplyDelete