28.7.11

Menjelang Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs. Singapura (sambungan)

Alhamdulillah. Bersesak-sesak aku ke Up Town Shah Alam tadi. Setelah petang tadi, percubaan mendapatkan T-Shirt training yang ala-ala (tak ori) ni gagal dek kehabisan stok. Aku pun tak tau. Apsal kebanyakan penyokong Malaysia yang aku jumpa stakat 2 ke 3 hari ni, memilih untuk berbaju biru ke stadium nanti. Adakah warne kuning tu 'sentiment'. Ye la. Kan baru-baru ni kecoh pasal geng kuning mengamuk di KL. Atau kebetulan masing-masing ber'taste' sama musim ni. Aku pulak pi beli t-shirt ni pasal semangat. Rombongan kakitangan Hotel UiTM Shah Alam ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti (Besok pagi) dengan baju biru ni. 
(JENG.. JENG.. JENG... Ini Malaysian Training T-Shirt, Sam Banjamin yang punya!!!)

Walaupun baju ni tak ori. Tapi hargenye mak hai... Terbang jugak duit merah-merah aku. Mintak tawar pun kurang 2 ringgit je.Memang buat duit betul peniaga jersi hari ni. Siap beratur lagi pelanggan tunggu turn untuk belek-belek jersi yang ada. Berpeluh jugak la aku tadi. Namun dek kerana semangat nak ke stadium dengan pakaian Malaysia, aku gagahkan je la. 
Rata-rata peniaga yang aku sempat borak-borakkan mengatakan yang sambutan makin rancak sejak 2 hari lepas. Sampai peniaga-peniaga ni terpaksa order stok baru dari pembekal beberapa kali dek kerana jersi yang dijual cepat habis! Ade jugak pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak. Dekat 10 ke 15 helai sekali beli. Makk aihhhh... Ni mesti order untuk opis mate sekali ni. Tak pon kumpulan sorak agaknya!
Apepun syabas la. Peniaga dan pelanggan! Harap-harap 'maloi-maloi' maaa... Maloi-maloi?.. Baloi-baloi.. Berbaloi-baloi....

12 comments:

  1. wah semgt bro siap beli baju tu..kalo ayie..alamak memang tak keluar pon..gegege

    ReplyDelete
  2. semangat.. malaysia boleh!!! jom la turun stadium!!!

    ReplyDelete
  3. uiyyohhh... nanti kau sampai sana kim salam kat Sarkawi Jirim ye...

    tanya dia, apa beza antara Jirim dengan Jisim?

    hahaha.. enjoy esok woiii...

    ReplyDelete
  4. pi jugak ye! jumpe di sana..di sana..:p

    kitorg pon pilih baju biru~

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    Semangatnya....
    Bagus...bagus..

    ReplyDelete
  6. Mak aih..semangat anak malaysia..tapi ingat,semangat yang menyokong pasukan..bukan semangat nak hentam pasukan kalau ada yang tak kena ek..peace n enjoy...

    ReplyDelete
  7. zulfikar: jisim or jirim tak pe.. Janji bukan jimin. Jimin memang bikin panas.... Taha jimin...

    ReplyDelete
  8. erni: weh tak boleh la mcm tu.. Kalah menang, malaysia tetap d hati...

    ReplyDelete
  9. wah..semangat.. even pasukan malaysia kalah, tapi tetap sokong depa!(hamboi kemain excited) haha

    ReplyDelete
  10. h A n Y S: nak buat mcm mane... tak de rezeki....

    ReplyDelete