16.7.11

Drama Juvana: Babak-babak Yang Tak Dipertontonkan Kepada Umum

Pagi-pagi lagi Cikgu Zakiah bergegas-gegas ke sekolah. Bangkitnya dari tidur sedikit kelewatan dari biasa. Gara-gara semalaman melayan Facebook dan Twiter. Mencanang ke serata dunia betapa hari ini bakal menjadi hari pertama persekolahan, setelah beberapa minggu ditutup sempena cuti pertengahan tahun. Mujur ketika sampai, mesin perakam waktu atau punch card sedikit lewat berbanding waktu sebenar. Lewat 15 minit. Mungkin cukup untuk "cover line" kakitangan sekolah yang lain yang turut terlewat pada hari itu mahupun hari-hari seterusnya. 

Cikgu Zakiah ke tandas seketika. Bersolek serta berwangian ala-ala kadar sebelum ke tapak perhimpunan, bagi melayan rutin biasa. Perhimpunan. Menyanyikan lagu-lagu patriotis, mendengar ucapan Guru Besar, Cikgu Latip a.k.a Cikgu Bob. Tidak ketinggalan juga penyampaian hadiah-hadiah bagi murid-murid serta kakitangan sekolah yang menyambut harijadi pada bulan itu. Cikgu Zakiah melayan rutin dengan mood yang bosan! 

"Kalau dapat sambung tidur ni kan bagus!" Getus hati Cikgu Zakiah. 

  
******************

Kringggg!!!

Loceng berbunyi sekitar jam 10.35 pagi. Menandakan tamatnya waktu rehat bagi murid-murid sesi pagi persekolahan. Cikgu Zakiah mencapai buku teks bertajuk "Pengajian Ilmu Alam...., Darjah 4" dan bergegas lagi.
"Semua bangun!!!!" Murid-murid cergas berdiri.
"Assalamualaikum, Cikgu!!!!" Serantak murid-murid membei salam. Cikgu Zakiah senyum...

"Waalaikum salam.. Ok, boleh duduk..." Dan serentak murid-murid duduk.

"Semua dah makan?" Soal Cikgu Zakiah.

"Dahhhhhhhh!!" Suara murid-murid bertabur.

"Ok. Bagus. Jadi masing-masing dah lama cuti kan..? Cuti sekolah ade baca buku ke tak? Ke cuti sekolah, buku pun cuti?" Cikgu Zakiah memancing perhatian murid-muridnya..
"Baca buku tak?" Sekali lagi persoalan yang sama di lontarkan.

"Baca Cikgu..." Murid-murid menjawab dalam nada yang tidak sekata.

"Tak ramai pun yang jawab... Ni mesti cuti sekolah, buku tak bace. Tak ulang kaji. Asyik main je. Macam mana ni nak lulus periksa. Macam mana nak pandai. Macam mana.. Bla.. Bla.. Bla.. Bla... Bla..." Ada dalam 15 minit Cikgu Zakiah berleter. Murid-murid tekun mendengar. Ada juga yang terlopong ternganga mendengar leteran Cikgu Zakiah.

"Hmmm. Ok. Kalau macam tu. Semua keluarkan buku teks dan buka muka surat 47" Puas berleter Cikgu Zakiah bersedia memulakan sesi pembelajaran.

"Ok. Siapa yang boleh bacakan peranggan pertama sampai peranggan ke empat?"
"Saya Cikgu!" Salah seorang murid mengangkat tangan.

"Baiklah Samat. Baca kuat-kuat, yang lain dengar betul-betul"

Samat berdiri dan membaca dengan penuh bersemangat.

"Air dan kepentingan terhadap alam. Air ialah... bla... bla... bla... bla... bla... bla... begitulah kepentingan air terhadap alam semulajadi..." Samat menamatkan bacaannya dan terus duduk.

"Bagus Samat... Ok... Jadi air amat penting kepada kehidupan. Selain dari apa yang Samad baca tadi, apa lagi kepentingan air terhadap kita? Siapa boleh bagi contoh?"

Murid-murid semua diam. Blur. Tiada yang berani  menjawab. 

"Ok. Semua berdiri. Cepat! Semua tak nak jawab ya. Jadi, semua berdiri!" Cikgu Zakiah mula naik angin. Murid-muridnya semua bagai tidak memberi tumpuan serta kerjasama. 

"Tu la. Kan sebelum cuti kelmarin, Cikgu pesan dah. Cikgu pesan pada kamu semua untuk bace buku teks ni kat rumah. Masing-masing tak baca. Bile Cikgu tanya soalan, semua tak boleh jawab. Lain kali bile... Bla.. Bla... Bla.. Bla... Bla... Bla... Faham!" Sambil bercekak pinggang, kali ni dekat 10 minit Cikgu Zakiah berleter. Hangin satu badan!

"Cikgu... Biar saya cuba" Salah seorang murid mengangkat tangan.

"Hmmm... Samat lagi... Ok Samat, ape die. Cuba bagi contoh"

"Kalau tak de air, manusia tak boleh melombong... Sebab melombong kene guna air. Saya ade tengok kat TV, orang lombong timah pakai air"

"Haaa... Pandai pun. Bagus Samat. Kamu boleh duduk. Tengok yang lain. Samat dapat jawab. Jadi, Siapa dapat jawab boleh duduk. Ok. Satu tepukan untuk Samat...." 

Murid-murid mula teruja apabila yang dapat menjawab dibenarkan duduk. Ditambah lagi mendapat tepukan. Maka ramailah yang mengangkat tangan. Menyebabkan Cikgu Zakiah terpaksa memilih siapa yang mengangkat tangan terlebih dahulu.

"Emmm. Milah. Jawab cepat" Milah seorang murid perempuan berkaca mata bulat dan berambut tocang dua diberi peluang mencuba.

"Kalau tak de air, saya tak boleh menangis cikgu. Sebab tak de air mata. Macam mana nak nangis. Nangis kene la ada air mata..." Jawab Milah.

"Erm... Ok... Tapi ade contoh lain tak...?" 

"Saya Cikgu..." Osman mengangkat tangan. Sedari tadi lagi Osman sudah mengangkat tangannya. Cuma tak berpeluang menjawab.

"Kalau tak de air, tak de la lagu 'Cinta Itu Ketawa dan Air Mata'... Saya selalu dengar abang saya nyanyi lagu tu. Macam ni Cikgu lagunya... Ketawa dan airmata itu sebenarnya cinta... Kalau kau sedih pastiku rasa begitu sebaliknya... ermmm... ermmm... Alah lupe lirik la Cikgu..." Osman menggaru-garu kepalanya.

"Woooo. Ape la lupe lirik.." Murid-murid yang ramai menyorakkan Osman.

"Shhhhh. Diam!" Cikgu Zakiah marah.

"Ni hape ni! Balik-balik contoh air mata. Tak de-tak de. Saye tak nak contoh air mata dah. Bagi contoh lain" Nada serious. Murid-murid diam sekejap. Kemudian seorang murid mengangkat tangan.

"Ye Syafik... Ape die contohnya"
"Kalau tak de air, kite tak boleh makan ais kepal Pak Majid. Sebab untuk buat ais tu, Pak Majid perlukan air. Kite juge tak dapat minum air sirap. Sebab tak de air.. Ermm.. Kita jugak..."

"Ok. Syafik boleh duduk. Contoh seterusnye" Cikgu Zakiah mula give up. Syafik belum pun menghabiskan ayatnya, terus disuruh duduk.

"Ye, Fakhrul... Kamu ade contoh?" Perhatian terus ramai dialih kepada murid bernama Fakhrul.

"Ehem... Ehem.. Kalau tak de air, saya tak baligh-baligh la Cikgu...." Dengan nada selamba Fakhrul menjawab.
"Balik?"

"Bukan balik la. Baligh"
"Baligh?"

"Hah! Baligh?...." Murid-murid ada yang tercengang dan terpinga-pinga.

"Ye la. Abang saye cakap. Kan ke, kalau kite besar nanti kite akan...."

"Op... Op... Sudah... Sudah... Tak perlu teruskan... Ok semua duduk!"

Cikgu Zakiah akhirnya beralah. Semua gara-gara Fakhrul yang hampir-hampir mencetus kontroversi dikalangan rakan seusianya. Betapalah tidak sesuai dibicarakan akan contoh yang bakal diberi oleh Fakhrul itu pada hemat Cikgu Zakiah. Cikgu Zakiah duduk sambil menarik nafas panjangnya....

************

"Jauh termenung Cikgu Zakiah?"

"Eh... Daim..Terperanjat saya..." 

"Teringat kisah silam ke Cikgu?"


"Ermm... Cikgu teringat zaman mengajar di sekolah lama dulu..."


"Oooo... Mesti murid-murid cikgu bijak-bijak kan...."

"Hmm... Bijak... Bijak sangat... Eh... Mana Ayam, Apek dan yang lain-lain?"

"Ohhh.. Mereka tengah pukul Botak..."

"Ohhh.. Ye ke? Elok la tu...."

************

Percaye atau tak?  Sekadar suka-suka... Tak de isue ok... Lama tak menulis... Lama tak mengarut... 
Pasti ramai yang minat Drama Juvana ni. Pasti ramai juga yang dah tak sabar-sabar menunggu episod seterusnya. Kire dah kian ke kemuncak Drama ni. Kite tunggu la ape nasib Cikgu Zakiah, Daim dan kawan-kawannya... Pada aku... JUVANA.. TERBAIK!!!!

imej dicari dari Google Image... Tq..

12 comments:

  1. " cikgu saya mantong mantong cikgu"

    " kenapa pulak kamu syafiq mislan?"

    " kepala saya masuk air cikgu"

    " ok kamu boleh duduk"

    hahahahahhahaa

    ReplyDelete
  2. apa kena mengena air mata dgn air biasa pulak,hahahahaha lawak lah....

    ReplyDelete
  3. agak agak kalau masukkan jgk babak ni sure gempak..khikihkih..

    ReplyDelete
  4. cita ni sempoi juga...dapat sambutan dhsyat penonton...tapi Cikgu Zakiah dah ternoda..kehkeh..ingat bertudung cantik hingga akhir...

    jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

    ReplyDelete
  5. zul: kepala masuk air? hmmm syafik ni nak kene jemur ni.. kasik kering kepala tu...

    ReplyDelete
  6. cute girl: ntah la budak-budak ni... lain ditanya.. lain dijawab.. tensen cikgu zakiah...

    ReplyDelete
  7. erni:gempak kot.. tapi.. kene tambah episod la pulak... tak habis2 la cerita..

    ReplyDelete
  8. mohammad: ye ke cikgu zakiah dah ternoda... mana ade... ko ni memandai je... heheh..

    ReplyDelete
  9. alamak cikgu. air saya dah nk sampai di kepala ni.. tunggu masa nk muntah je.. mana lubang?

    ReplyDelete
  10. Zul Fattah: relaks la bro... bebawak puase...

    ReplyDelete
  11. hahahahaha..dlm byk2 entry sy singgah cni..saya suka botak!yeahh..hahaha

    ReplyDelete
  12. botak dah tak avaiable lagi cik teh oii..

    ReplyDelete