26.6.11

Kome Balik

Hmmmm. Tarik nafas panjang. Mengumpul segenap kekuatan untuk menulis hari ni. Lame betul tak turun padang. Sebetulnya ada masalah sikit. Broadband yang digantung perkhidmatan akibat masalah kewangan yang agak meruncing beberapa bulan lepas. Almaklumlah. Bile bertukar tempat kerja ni. Lari dari GLC untuk joint govment, lumrahlah first atau second month tu sengkek sikit. Alhamdulillah selesai sudah. Jadi, sebagai permulaan untuk comeback ni. Eloklah aku buat kesimpulan sahaja tentang perjalanan sepanjang 2 lepas.

Bergelar "Penderhaka" & "Pengkhianat"
Jauh dalam hati, teringin jenguk kawan-kawan lama di tempat kerja lama. Bertanya khabar serta beramah mesra macam dulu-dulu. Tapi niat tu terbantut bile berdesing di telinga akan perkataan "pengkhianat" serta "penderhaka" dari kawan-kawan yang satu ketika dulu aku campuri mereka dengan rasa hormat. Semua gara-gara bertukar ke tempat baru dan meninggalkan mereka. Apa boleh aku kata? Sabo je la.  Dah bagi notis. Dah buat "pembersihan" tu pun tak cukup ke? Pendek kata berenti cara elok. Bukan blah macam tu je. Tak adil buat aku!

Berakhirnya Era "Part-time" RM 3.00, RM 4.00, Mahupun RM 5.00 Sejam 
Faham itu statement?! Jadi memandangkan akan ketidakbebaloiannye, aku dengan ini menolak segala undangan membuat kerja-kerja part-time dengan kadar bayaran yang teramat rendah itu. Bukan demand ke ape ke. Semua disebabkan rasa loya-loya tekak terhadap rakan-rakan yang memberi award "Penderhaka" mahupun "Pengkhianat" kat aku. Tak teringat ke dulu. Waktu kat "sana" dulu. Almost every night and almost every week, asal ade je undangan, aku mesti turun punye! Walau pun mase tu, kerja-kerja tu hanya dibayar dengan RM 4.00 sejam sahaja, berbanding sepatutnya, kalau aku dibenarkan buat over-time waktu tu, aku layak menerima lebih dari tu! So? Berbaloi ke?   

Pemancing Tegar
Hobi lama yang digilap semula. Hujung minggu tak de buat ape. Cuti tak ke mana-mana. Ape lagi. Memancing la pilihan terbaik. Pendek kate bukan sahaja waktu-waktu cuti sahaja. Bila ade je masa lapang, balik dari kerja ke? Kalau ade je member-member pemancing tegar yang "on". Pasti aku tak nak ketinggalan. Tangkapan? Hmm. Ape la yang nak difikirkan pasal tangkapan tu. Nama pun memancing. Ade rezki tu ade la. Lokasi pulak tak de la jauh mane. Setakat area periaran port klang yang berarus deras tu, sampai la ke lombong-lombong tinggal, tasik mahupun parit kat seksyen 7 Shah Alam tu. Insyaallah, member dah ade tersebut Pulau Sembilan. Hmm. Dalam perancangan. Terdekat ni mungkin di Sungai Besar. Insyaallah.

Astro Beyond! 
Nak tengok bola. Nak tengok cite binatang. Nak tengok Maharaja Lawak. Jadi astro menjadi pilihan. Slain sumber alternatif internet ni. Alang-alang Astro Beyond. Apsal?! Tak boleh?

Ekonomi Semakin Baik
Alhamdulillah. Ekonomi semakin baik dan stabil. Cume kene la pandai merancang. Bahagikan mana keperluan, tanggungjawab serta berlibur. Alhamdulillah syukur nikmat!.

8 comments:

  1. Lama tak menulis brader. Wa tunggu jugak tulisan lu. Wa slalu bace tulisan lu. cume tak nak enterfrem je. lu ade bakat brader. apsal tak sungguh-sungguh. Wa suke jenis tulisan mcm lu ni. Bak kate lect wa. Tulis dengan Soul.

    Wa budak Art School(script writer). Kalau lu nak tau, tulisan lu (Hikayat tu la) ade wa foward kat lect wa. Bile wa tanye bagus tak? Die diam dan angguk kepala dan tanye wa mane wa dapat esei tu. Wa ckp kat blog lu la. Wa bagi la blog lu kat die. Tak tau la ape dia buat pas tu.

    Beb. Lu ade bakat. Cume kene bersungguh sikit la. Sabar kalau nak jadikan tulisan tu makin bagus. Wa nasihat ikhlas beb! Teruskan menulis. Pasal wa suke sangat.

    -budak skrip-

    ReplyDelete
  2. ha zul, ape lagi, ada motivasi dari budak skrip tu...

    besar pengharagaan!... jgn serabut2 tulis je sampai sempuutt~~~~

    ReplyDelete
  3. budak skrip: ye la tu. ko saje je ni. ape pun tq la insyallah la aku cube rajinkan diri...

    ReplyDelete
  4. zul: motivasi.. motivasi... aku blom terbakar lagi... kasi lagi motivasi...

    ReplyDelete
  5. nah lighter... gi nyala dunhill tu...hahaha..

    ReplyDelete
  6. ni apek mana berkomen kat sini.. ber lu gua bagai.. kekekekeke. Welkambek mai prenz... panjang cuti kan?? semoga enjoy di suasana keja baru.. yg lama tu nak berbunyi sumbang, sabar je la.

    ReplyDelete
  7. suria: ye la. Lama cuti. Ada masalah sket.

    Kt tmpt baru ni ok je. Dah biase ngn rakan2 d sini. Lg pun dah prnah kerja d cni. Insyaallah semua baik2 shj.

    Tmpt lama tu x pe la. Harap mereka pun sukses selalu.

    ReplyDelete