2.5.11

Teguran Buat Blogger

Bergegas petang tu aku ke gerai Wak Dol. Entah kenapa resah semacam aku, semenjak kunjungan terakhir aku yang menemukan semula aku dengan Maisarah yang bakal ditunangkan minggu depan dengan jejaka dari Sungai Besar. Jangan-jangan akan ade adegan, aku bercuim dengan Maisarah dibawah gerai kot. Tu yang berdebar-debardan resah ni . (Gile ke ape nak tulis macam ni. Baik padam sebelum diorang bace! Nasib baik kat Blogspot ni boleh padam) Jangan-jangan bakal berlaku babak-babak di mana aku duk merayu-rayu Maisarah agar menghentikan niatnye untuk bertunang minggu depan. Jangan-jangan akan ade adegan-adegan Sunjay Dutt mengejar-ngejar Manisha Koirala macam dalam filem hindustan kat TV3 tu. Maisarah lari je, aku kejar. Maisarah lari je aku kejar. Maisarah akan kate "Huh, nyampah!"... Pastu Maisarah akan buat adegan berpeluk tubuh, macam tak de perasaan, walaupun waktu tu, aku terkinje-kinje bagai nak rak, menari depan mate die bersama penari-penari latar yang terdiri dari Zulfikar Hazri, Sobri, serta member-member tempat keje aku tu. Pasti menarik adegan tu dengan simbahan tepung berwarna warni dari penari-penari wanitanye pula.... 

Huh! Ape da mengelamun. Baik bergerak dalam kadar segera. Cepat-cepat 'menyetat' motor dan memecut laju. "Gerai Cendol Melenium Wak Dollll here i commmmmeee!!!" tempik aku bagai Rosyam Nor dalam filem K.L menjerit. Fuhhh!!! Perasaan lega yang amat bile dapat menjerit macam tu. Hilang segala tensen aku sekejap. Semangat macam superhero membuak-buak dalam daging diri aku. Rasa macam hero filem Thor je. Waktu Thor dapat semula kuasa saktinye. Ahhh... Aku nak belengging macam Thor jugak... (Agak-agak la). Bertempik-tempik ni pun, dah cukup macho dah...  Bertempik-tempik dengan bawak motor kriss tu pun, dah cukup untuk orang kate aku giler. Kot nanti kene kejar pulak dengan mato-mato polis. Ape pun tak gune.

Sesampainye di Gerai Cendol Melenium Wak Dol, macam biase la, panorama sebuah Gerai Cendol  yang lengang di tengah-tengah lot parking bertambakkan kelikir. Aku memulas habis trotter motor kris aku... "Brommmm... Brooommmmm.. Brrooooommmmmm... Skreeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttt... Plurrrr... Ktinggggggg!.. Ktinggggg!.." Hahh, sekali aku sliding brek, bertabur segala skru dan nut. Maka nak di bestkan babak, bertabur sekali kelikir-kelikir halus bersama dedebu cinta pasir ke udara... Hampeh... Bukan ade orang pun. Gebang lebih...

"Semekom, Wak Dol, cam biase Cendol pulut ispirasi satu! Terbaik" Aku terus menghempas punggung di atas bangku. Dan mempersiapkan gajet-gajet untuk menulis.

"Ayah tak de... Ayah pegi
bank sekejap... Ni cendol pulut 'ispirasi' yang abang pesan tu... Hihihi" Maisarah weiii.. Maisarah tu...

"Hmmm.. Tema kaseh" Kaseh tak sampai. Alahai. Aku buat tak pandang Maisarah. Tapi, tibe-tibe...
"Eleh, sombong. Nyampah!" Maisarah terus ambil bangku. Diletaknye bangku tu kat sebelah aku dan terus duduk.

"Eleh. Sombong. Tak boleh blah.." Sambil menyigung lengan aku dengan sikunye.

"Ce rase cendol ni, sedap tak. Mesti tak sesedap bancuhan ayah kan... Ayah slalu cite, abang slalu datang sini... Cendol kat sini sedap ye bang?"

"Hmmmm..." Pendek je respond aku. Kami same-same diam lepas tu. Aku mule mengetik-ngetik keyboard memikirkan ape nak di tulis ni...

"Ayah ade bagi tahu ke?" Glup... Alamak, ape aku nak jawab ni...

"Hah?" Memulangkan semula soalan.

"Abang dah tahu kan?" Soalan bertukar tangan.

"Kenapa Mai tak bagi tahu?" Hahhh... Dah start dah... Maisarah tunduk... Terdiam... Aku pun diam jugak la... Alamak ade ke adegan cium ni?

Zup... Waktu terhenti... Sambil-sambil diam tu, terimbau dan teringat-ingatlah kenangan aku dengan Maisarah mase dulu-dulu... Mase kami same-same joint sellection untuk wakil sukan rugbi peringkat sekolah... Waktu Maisarah ajar aku panjat pokok kelapa... Waktu kami pukul budak-budak nakal kat sekolah dengan kayu beroti... Main lestik burung... Lestik sarang tembuan... Kami membesar sama-sama. Dan bile besar sikit, kami belajar berdikari sama-sama. Kerja berat. Ikut kontrak bina bangunan. Tebang pokok untuk bukak ladang. Tapi aku pelik la. Apsal tak de kenangan yang romantik-romantik antare aku dengan Maisarah ni. Macam lepak tepi tasik sambil main gitar ke. Maisarah bonceng basikal aku ke. Main kejar-kejar ke. Hmmm.. Pelik... Ganas-ganas pulak tu kenangannye. 

Zup... Bile aku tersentak dari lamunan, Maisarah dah tak de kat sebelah... Tengok-tengok Maisarah dah ke belakang gerai. Nak menyapu sampah la tu. Cume, ditinggalkan aku dengan sepucuk surat. Surat kaler pink lagi. Apsal bersurat-surat pulak budak Maisarah ni. Suspended betul.  Mesti isi surat ni bakal dipenuhi kisah sedih, macam mane Maisarah ni boleh bertunang minggu depan. Mesti Maisarah nak minta aku lakukan sesuatu. Hehehe.. Sambil membuka surat, aku sempat menjeling Maisarah. Yes! Die pun pandanglah! Sambil mengurai-ngurai rambutnye ke celah telinga. Siap senyum lagi. Ade harapan ni!

Eh! Apsal tulisan 'kepada SM Banjamin' kat sampul surat ni buruk semacam. Dah macam tulisan Wak Dol dah ni. Aku mula membaca dengan penuh debar...
"Semekom. Memang Wak Dol yang tulis surat ni, bukan Maisarah... Kamu jangan nak perasan la Si Maisarah tu nak tulis-tulis surat ni. Budak tu nak betunang dah. (Hampeh punye Wak Dol. Siap surat-surat la pulak. Mati-mati aku dah berangan Maisarah yang bagi surat ni)... Maaf la, watak Wak Dol tak diperlukan dalam entry ni. Saje je kamu tulis Wak pegi bank kan? Wak Dah touching ni. Sampai hati kamu. Semata-mata kamu nak berkepit dengan Maisarah, kamu pinggirkan Wak Dol (Aik? Aku blur)

Wak bukan ape. Cume Wak harap kamu dapatlah menegur mana-mana blogger kat  luar sana. (Wak Dol pun tahu pasal blog?). Wak bukan ape SM Banjamin. Skang ni Wak nampak, ade segelintir blogger yg suke meletakkan Ads (iklan) baik Nuffnang ke, Adverts ke, betul-betul melindung entry diorang. (Eh.. Betul jugak... Aku pun ade perasan). Jadi bile Wak buka je blog diorang, terus ads tu keluar dan lindung entry tu. Susah la wak nak bace entry diorang tu. Dah la tu, paparan ads tu tak disertakan dengan button pangkah untuk kite menutupnye.

Wak tau, tu semua trik diorang supaya kite klik ads tu. Tak kirelah sama ade kite yang berkunjung tu, memang tertarik dan berniat untuk klik ads tu, atau berniat untuk cuba remove ads yang menghalang entry tu... Dan ape yang menyakitkan hati Wak, bile Wak klik Ads tu, untuk removekan dari menghalang entry, secara automatik akan kuar satu lagi tetingkap yang baru untuk keterangan iklan . Potong betul la... Pada Wak, tu bukan cara yang baik dalam dunia blog ni. Sedih la Wak... Tolong ye SM Banjamin... Wak Harap kamu tegur la dirang tu... Mungkin diorang tak sengaja... Kamu jangan maki hamun diorang tu pulak... Wak tau kamu maki hamun diorang, Wak bubuh racun dalam condol kamu... 

Akhir kata, Majulah Gerai Cendol Wak Dol...."   

Aik! Nak diracun pulak aku ni ... Dah la buat suspend... Nasib baik bernas (Bukan Agensi padi BERNAS tau) teguran Wak Dol ni... Harap renung la... Bukan aku yang cakap. Wak Dol yang cakap.

12 comments:

  1. setuju dgn pendapat wak dol terutama dia ada anak perempuan mcm maisarah...undi wak dol...

    ReplyDelete
  2. blakepaghe: camne nak sebut blakepaghe ni? blakang parang ek? ape-ape je al.. janji unik nama tu... mcm SM Banjamin jugak... nama pena..

    setuju? thanks.. tapi kalau ade pendapat lain, aku trbuka je...

    maisarah? die dah tunang dah... biar la... sob.. sob.. sob... nangis!

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha ha ha..terbaek la wak!!!! Jual cendoi pun tahu pasai blog.
    Setuju dengan wak!

    ReplyDelete
  4. Melur Jelita: kalau dengar dek wak, yang kek melur duk puji2 die ni, kembang semangkuk la orang tue tu... siap la, sebulan cerita tak habis....

    ReplyDelete
  5. mi pun isu biasa dah.. letak iklan terawang2.. iklan yg ikut jer bontot scroll sampai block entri.. nampak sgt blogger tu mcm terdesak nak suruh org clik iklan dorang pacak. Buat apa.. semua ni berbalik pd rezeki... kalau ada.. ada la. tak perlu nak trick sampai orang menyampah nak baca entri korang. kan??

    ReplyDelete
  6. boikot je orang yang gila traffic dan duit nuffnang mcm tu.. buat malu blogger je wak dol....

    SM Banjamin... ko pesan kat Wak dol... dia nak jual anak ke ape? aku dengar citer, tunang dia ckp hantaran rm23ribu.... apsal mahal sangat? ada berlian ke dalam TuuutTttt Maisarah tu?????

    ReplyDelete
  7. THE LEKAT LEKIT STORY:selalu diorang buat mcm tu, mengharap BE, serta nak cepat kaya la tu. Bak kate kawan, blog ni, kalau hasil tulisan tu baik, orang ramai pasti nak singgah... siap ade penaja nak datang menepek2 iklan diorang...

    ReplyDelete
  8. Zulfikar Hazri:wak dol cakap, nak boikot boleh. tapi kite bagi can dulu. tengok die berubah tak?

    ko ni ape la zul, kate ke wak dol mcm tu... tu semua fitnah tu (aku ade dengar jugak)... Ntah la... mane satu betul, mane satu tak betul..

    ReplyDelete
  9. yg kebanyakkannya buat cara tu, anak2 muda yg baru..dgn layout yg colourful, tulisan kecik2, penulisan yg short form..ishhh nak baca pun kdg2 x faham...huhuhu

    SM cntik latarbelakang post tu...:)

    ReplyDelete
  10. Sis-Lin: kite bagi peluang la sis lin... biarla mereka puas dulu dengan layout mcm tu...

    latar belakang cantik? bukan ensem ke? hahah... tq anyway...

    ReplyDelete
  11. setuju sangat pasal iklan tuh.. kadang2 mnyampah toi..

    *wak, cendoi puluit satu! hahahaha"

    ReplyDelete
  12. Siti Mashitah Saidin: awok ni adik beradik shasha saidin ke?

    kalau setuju elok2 la sampai2kan kat kawan2 tu ye...

    ReplyDelete