5.5.11

Bile Dah Benci

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam harmoni. Mase aku mula menaip entry baru ni, jam menunjukkan pukul 11.15 malam. Aku nak buat ujikaji sikit. Aku mula menulis entry tanpa draft ni pukul 11 suku dan agak-agaknye pukul berapa boleh siap. Nak mencabar diri sendiri, dalam masa sejam boleh ke aku mem'produce' satu entry. Korang macam mana? Satu-satu entry tu, berapa lama korang ambil masa? Setengah jam? Satu jam? Dua jam...? Berapa lama?

Benci. Sape ade rasa benci sekarang? Aku nak 'BANCI'. Ape yang korang benci? Pada individu? Pada sesuatu? Berapa takat kebencian korang? Adakah benci sampai mati atau benci tak sampai dalam hati? Benci tapi rindu? Benci tapi sayang? Benci boleh jadi elok. Dan ade juga benci yang tak elok. Ape pun, jangan benci tak tentu pasal. Atau dalam ertikata lain, menghukum orang lain tanpa sebab. Jangan sebab orang lain punye pasal, orang lain yang kena. Dendam kat orang lain, orang lain dibencinye. Contoh ayat:

"Temah benci orang Klang!"
"Apsal?"
"Sebab ex bofren Temah yang kencing Temah dulu, orang Klang!"
"Ler... Macam tu pulak? Lantak kau lah"

Mari kita lihat, siape yang kene....
Bile Dah Benci Artis
We hate Fasha Sandha! Sebab Fasha tak boleh bla! Tu contoh ya. Fan page benci-membenci artis, ada di mana-mana. Baik di Facebook, Twitter termasuk la blog juga. Maki artis, sampai terlupa, yang caci maki tu pun dapat dosa. Kononnya sebab artis tu dedah sini, dedah sana. Sebab artis tu bikin keluarga orang jadi porak peranda. Pendek kata semua yang tak kena la. Dari isu-isu sensasi, sampai la isu-isu bodoh dan tak ada kena mengena... Yang artis tu pun satu juga. Yang suka sangat bikin kontroversi tu pasal apa? Padan la dengan muka.   

Bile Dah Benci Kerajaan
Asal ubah dasar, mesti dipertikai. Ade je bendenye yang nak disangkal. Kononnye idea kerajaan tak boleh dipakai. Semua cadangan tak masuk dek akal. Menteri-menteri serta pegawai-pegawai yang dilantik, semua cuai... Masa merunggut, tak pernah nak pakai akal. Konon hak dan kebajikan rakyat semua terabai... Berfikir dengan pandangan yang dangkal. "Mak aiii! Sikit-sikit kena cukai!".  Sah la bebal... Tahukah kamu, kalau tak macam tu,
kita semua pokai? Kerajaan dah bagi subsidi dalam pelbagai hal. Bukan sahaja petrol, diesel, beras, dan gula prai. Kalau boleh semua kerajaan tak nak bagi mahal. Termasuklah sayur-sayur hatta sebatang serai. 

Bile Dah Benci Sedara 
Susur galur dah jelas dan nyata. Datang dari induk yang sama. Tapi dengan anak sedara sendiri pun tarik muka. Dengan adik beradik sendiri pun nak berkira-kira. Pasal apa? Darjat ka? Pangkat ka? Harta ka? Dulu asal dari kampung juga. Baru-baru je jadi kaya. Itu pun pasal jual tanah pusaka. Bapak mertua yang punya. Nasib la kawin dengan orang yang boleh la dikatakan berada. Kalau tak, sama sahaja. Tu belum pun dapat kurnia. Belum dapat Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau dapat besok tak tau la. Silap-silap putus saudara. Maklumlah, you sapa, I sapa.

Bile Dah Benci Bakal Menantu
"Pantang nenek moyang aku bermenantukan pelayan restoran!". Menantu yang macam mana yang Mak Cik berkenan? Nak yang bergaji lumayan? Nak yang alim atau ilmuan? Ke nak yang berjawatan Pegawai Kerajaan? Mak Cik, rezki tu Allah yang tentukan. Tak kira la ape pun pekerjaan. Ke Mak Cik boleh ramal masa depan? Boleh tentukan kebahgiaan? Mungkin la kan. Pada mak cik kebahgiaan tu boleh dijamin dengan darjat, pangkat dan kewangan. Tak ape lah, jodoh Allah yang tentukan. Semua terletak di tangan tuhan.  Hmm. Begitulah sketsa kehidupan. 

Benci. Apa kata SM Banjamin?
Tak baik membenci. Tapi aku tak terlepas dari perasaan tu. Bile benci dah naik ke kepala. Diam adalah teman yang terbaik. Alhamdulillah. Setakat ni, tak ada apa yang nak aku bencikan... Sebab, yang benci-benci tu telah dibuang jauh-jauh... Aku mahu belajar untuk menjadi hamba yang bersih hatinya... Hmm... Start 11.15 pm... Tamat Entry jam 1.10... Benci!!!!

6 comments:

  1. tengok nih.. tengok nih.. tah jubah yahudi mabuk yang dia pakai...

    "abah...kekayaan..kebahagian bukan datang dari abah.. tapi Allah subahanahuwataala..."

    huhh. aku kena main lagi...

    ReplyDelete
  2. hmm..ambik masa lama gak lah, dlm 3/4 jam gak lah..lama kan?!! heh heh~;D

    ReplyDelete
  3. Zulfikar Hazri: moralnye.. kebahgiaan tu, tetap ditangan tuhan...

    ReplyDelete
  4. h A n Y S: lama.. kebuntuan ilham... tapi nasib baik dapat siapkan...

    ReplyDelete
  5. CaDLyNN: Betul... tak baik benci2... tapi bukan senang nak buat semua orang puas hatikan..? kite, jangan benci2 ye...

    ReplyDelete