11.4.11

Sentiment

Assalamualaikum... Pagi Selase yang harmony. Mari layan celoteh yang letih. Malam malam-malam bile mate tak lalu nak tidur-tiduran dari barbaring dan melangot merenung siling, ade baiknye lakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. (Ehhh best nye suare Agness Monica ni... Tengah nyanyi lagu Matahari...)

"Orang Johor blagak-blagak!". Ting! Tibe-tibe terlintas diingatan ungkapan rakan sekerja satu ketika dulu. Aku pandang kiri kanan. Nak "charas" balik, kene pandang-pandang. Kang silap timing, dengar dek orang malu pulak kawan tu. "Orang Johor belagak?! Hah! Cube bagi spesifik sikit Johor tang mana yang berlagak tu. Negeri Johor tu besar. Mane? Muar? Kluang? Mersing? Kote Tinggi?. Tang mane yang berlagak tu? Okeh. Kalau orang Johor berlagak, orang negeri mane pulak yang paling tak blagak?" Zassss!!!! Kene pancung. Senyap. Tapi kesimpulannye. Sentimen.


Sentimen? Ape tu?... Adepun perkataan "Sentiment" ini telah ditemui oleh seorang ahli sastera dan Botanical Belanda yang bernama Nissan Van Venette sekitar tahun 1870. Pada suatu hari, ketika beliau sedang melakukan penyelidikan di sebuah kawasan tanah yang subur, yang ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan, beliau telah menemui sejenis tumbuhan renek yang tumbuh melata dan menjalar. Tumbuhan tersebut telah menghasilkan buah yang berbentuk aneh. Nissan Van Venette yang meragui akan bentuk dan rupa tumbuhan tersebut telah merujuk perkara tersebut kepada temannya yang juga ahli sastera dan pakar dalam bidang botani. Ruppet Van Kerrburn.

"Err.. Van Kerrburn lihat"



"Ape yang kau mushkilkan tu Van Nissan? Adakah ia penemuan yang bakal menggemparkan Belanda?"

"Tentu sekali sahabatku. Lihat ini, Buah ini"

"Oooo.. itu bukan buah. Tapi timun"

"Ohhh... Timun... mari aku ukurkan buah ini dengan pembaris sentimeter ini..."

"Jangan lupa catatkan juga di dalam jurnal mu wahai sahabat ku"

"Baiklah. Hmm.. Tapi..... " Van Nissan terfikirkan sesuatu.

"Apa dia, adakah kali ini satu penemuan yang bakal menggemparkan dunia?" Soal Van Kerrburn

"Cuba kau lihat ini Van Kerrburn. Pembaris sentimeter dan buah timun ini... sentimeter, timun... senti... timun... timun.. senti... sentimun.. sentimun... sentiment.. yah.. sentiment... yaa.. kita berjaya menemui satu penemuan baru.. perkataan sentiment..."

"Ya.. Van Nissan. Kau benar-benar berjaya.. Ini adalah penemuan yang bakal menggemparkan dunia... mari kita bergambar"

(Heheh.. Jangan marah haaaa)
(Fakta yang Auta... Fakta betul di sini)

Itulah maknenye. Yang boleh aku rumuskan disini. Tentang kawan aku tadi ialah sikapnye yang bersentimen kenegerian. Meletakkan atau menghukum atau membuat penilaian kepada masyarakat yang datang dari sesetengah negeri atau yang bukan dari negerinye sebagai tak bagus. Bukan tak bagus, malah dengan pelbagai lagi andaian negatif. Macam mane tu? Nak duduk atau campur dengan set-set die sahaja. Nak sembang atau borak-borak dengan loghat-loghat die sahaja. Hmmm. Susah la ini macam.

Tu baru sentimen kenegerian. Belum lagi sentimen perkauman. Heyy jangan. Jangan ikut kan sangat perasaan. Sekarang ni berpeluh-peluh ketiak. Kering-kering tekak dan berlelah-lelah Y.B-Y.B kite duk canang-canangkan semangat 1 Malaysia ni. Jadi marilah kite jayakan. Tak kire bangsa. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Serani dan tak kire agama, Islam, Kristian, Budha, sembah semangat hutan, sembah matahari sekali pun, marilah kita hidup dalam satu rukun damai yang berteraskan semangat 1 Malaysia ni. Ayuh laungkan. Macam yang PM Najib selalu buat. 1 Malaysia... (Hah.. ape lagi? 3 kali laung!) uhuk.. uhuk.. uhuk...


Satu lagi yang selalu aku jumpe. Sentimen "department kau, kau punye hal. Kau jaga kerja kau. Aku jaga kerja aku. Tapi kadang-kadang untuk jaga bontot aku, aku perlu jugak carik salah ko. Pandai-pandaila ko nak jawab". Ni pulak tak tau nak bagi nama ape. Sentiment Departmen kot. Department sape bagus. Department sape paling kurang kene bambu dengan bos. Susah la macam ni. Keje satu kompany. Hari-hari jumpa. Kerja selalu banyak bersama-sama. Nak gaduh-gaduh jugak. Tenang-tenang. Mari duduk-duduk petang-petang habis kerja hakiki. Kumpulkan ramai-ramai dan bermuzakarah. Cari ape yang tak kene dalam situasi dan suasana yang paling harmoni, berhemah dan dengan hikmah. Baru cantek! Esok datang keje, hati tenang je..

"Hey Milah, ko tengok staf baru tu. Lain macam je."

"Hishhh. Kau ni Joyah. Asal ade stap baru je, ade je ko nak carik salah. Nak umpat-umpat. Bosan la ko. Bukan ko nak sokong ke. Tunjuk ajar yang patut ke. Pi la buat keje ko. Tak pun pi cakap ngan pasu bunga tu!"

Ha! Sape makan cili die terase pedas. Tapi yang pedas tu la yang sedapkan? Kalau tak, tak ade statement "pedas.. tapi sedappp". Tapi berdasarkan dialog kat atas ni, bagus sikap Milah, tak mabil port langsung dengan Joyah tu. Bukan ape. Sikap Joyah tak ubah macam parasit dalam satu-satu organisasi. Meracun. Mencucuk jarum. Susah kalau ade teman sekerja yang macam ni. Membawa elemen-elemen negatif yang boleh memporak perandakan suasana harmoni dalam satu-satu organisasi. Lebih banyak bercakap dari bekerja. Pada aku, makhluk-makhluk penjahanam macam ni sebenarnya jenis yang cepat "menyentap", kaki-kaki gosip, dan sebenarnye berase terancam dengan kehadiran orang baru. Bukan sahaja orang baru, silap-silap, rakan baik pun dicantasnye!

Darjat, rupa, pangkat, jenama, jawatan, gelaran, education level atau segala yang termasuk dalam kelas-kelas meterial menjadi satu lagi sentimen yang wujud dalam masyarakat. Orang lain yang tak masuk senarai, sebelah mate pun tak pandang. Silap-silap tak pandang langsung. Tu yang bile terlanggar sikit tu kerjanya nak maki hamun je tu. Hishh.. Taubatla. Harta dunia ni tak kekal. Anytime tuhan boleh tarik balik. Tengah-tengah kaye raye, tibe-tibe tuhan humban dengan tsunami. Elok-elok terpelajar, tuhan hantar penyakit gila. Elok-elok berjawatan tinggi, tiba-tiba kompany melingkup. Sekejap je kalau tuhan nak twist. Kene ingat tu. Jangan berhidung tinggi. Nanti banyak taik hidung!

(Ghazalli.. Tolong Ghazalli.. Ghazalli... Tolong Ghazalli..)

"Ops... Awak budak jahat. Tak boleh joint saye. I orang alim. Semayang tak tinggal. Awak tak boleh joint saye".. Pulak... Nabi tak ajar macam tu. Ingat tak kisah si pelacur yang masuk syurga, yang mana di akhir riwayatnya sebelum mati, si pelacur telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Dan ingat tak kisah seorang alim yang hebat yang tak layak masuk syurga, hanya kerana setitik arak yang dimimumnya. Siapa kita nak tentukan baik buruknya orang lain? Siapa kita yang terus-terus memandang sinis pada salah silap orang. Semua orang buat salah. Bukankah lebih elok kalau yang baik tu mengajak kepada kebaikan.

Yang kurang baik akhlaknya, terimalah kebenaran dan kenyataan. Betapa yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Lenturkanlah keegoan dan bukakanlah hati. Jangan dibiar hati dan jiwa terus-terus hanyut di bawa arus yang membinasakan.

Sentimen politik. Hahaha. Solat dua imam dalam satu masa, dalam satu masjid. Anak couple dengan pasangan dari parti lain, didesak putuskan hubungan. "Pantang keturunan aku kawenkan anak dari parti dot dot dot... jangan kau nak melanggar pantang keturunan kita Bedah!". Macam-macam lagilah. Macam politik tu jadi satu maksud hidup. Semua benda nak dipolitikkan. "Politik-politik jugak Y.B... Tu hah.. Jembatan baru tu bilenye nak siap! Kang next season we say bye-bye je kat Y.B".. hahah.. macam tu la lebih kurang..

Hmm.. Banyak betul sentimen kan? Tak tersenarai kalau nak difikirkan. Yang penting, perlu ke untuk kite terlalu bersentimen yang tidak-tidak. Merosakkan jiwa. Merosakkan perpaduan. Aku lak naik bosan dan cepat bosan dengan suasana macam ni kalau wujud dipersekitaran aku. Tak seronok. Hilang respek. Hmmm... Mari kenal diri... Kenal pencipta.... dan kenal yang lain... buka hati.. buka minda... dunia ini terlalu luas dari kita memikirkan perkara-perkara bodoh dan bermasam muka...

Sekian...

Iklan. Mengajak dan mempelawa korang-korang bloger-bloger baru atau lama untuk joint group ni di Facebook korang. Jom bloging sampai lebam di
Gerila Penulisan Kreatif.

(Rujukan... Gambar-gambar, aku search kat google image...)

6 comments:

  1. wow, ayat yg best...tp betul ke perkataan sentiment tu?haha..mmg auta ye..

    ReplyDelete
  2. ehh.. cik miera yang cantek lawat blog kite la.. thanks untuk jadi the first commenter... Haha.. Fakta yang auta.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. ehhhh ehhhh tak kuat menganjing... Nissan Van Vennete kaaaannn... modallll laaa...

    sentiment ni adalah satu situasi dimana kita nilai seseorang bukan pada dirinya, kualitinya,. tapi kita nilai pada attachment dia.. samada negeri atau puaknya...

    Wahh pandai betul la Pak Sa'adon ni.. sesuai sangat jadi Lecturer.. :)

    p/s boleh tak mintak tolong buang setting verification kod utk komen?

    ReplyDelete
  4. zulfikar: heheh.. idea spontan je tu... malam2 menulis.. mengarut2 la jawabnye..

    huhu. ko pun nak kene tumbuk mcm kudin ye? hahaha...

    nanti aku jawab soalan ko dalam entry aku yg terbaru...

    ReplyDelete
  5. hahaha. aku syok sbb nama van kebun ngan van nissan tu.haha

    ReplyDelete
  6. syok... aku ingat aku syok sendiri je.. ko pon syok jugak.. hahaha.. thanks ye...

    ReplyDelete