26.4.11

Keperluan Dan Kelangsungan

Assalamualikum. Salam 1 Malaysia. Malam Selasa yang harmoni. Maaflah tak sempat siapkan entry ni semalam... Terlena la... Penat agaknye... Tak pun kekenyangan... Kekenyangan + kepenatan = terlena la jawabnye... Dunia siang aku yang dipenuhi dengan urusan kerja yang tak sebegitu sibuk, dan pabila malam menjelma, adalah masa untuk TV seketika, membaca dan terus ke halaman ini. Bosan bukan menjadi aku? Menulis ini adalah sebahagian dari pengisian pada kekosongan yang terbit di dalam jiwa bagi orang-orang yang masih mencari-cari erti sebuah ketenangan seperti aku. Sebuah pengisian bagi orang bujang yang kian hilang rentak solatnya. Kian hilang irama Qurannya. Ke mana dan di mana aku kini. Sebagai hamba tuhan yang tak putus-putus dengan ujian yang tiba. Sebagai hamba tuhan yang tak henti-henti dikurniai nikmat dan hikmah disebalik ujian yang datang. Kufur nikmatkah aku. Astagfirullah...

Puas aku menjamu kalian semua dengan gelak dan ketawa ria dari cerita-cerita zaman kecil juga entry-entry berima yang naik kusut aku mencari perkataan untuk dipadankan dengan rima-rimanya. Hari ini aku ingin mengajak kalian ke ruang-ruang fikir. Memberi sedikit fikir dan perkongsian yang boleh dimanfaatkan kepada diri aku sendiri dan kalian semua. Apakah yang dicari di dalam kehidupan ini? Bagaimanakah kebahgiaan itu di nilai.? Adakah dengan mencukupkan segala keperluan asas di dalam hidup seperti makan, pakai dan tempat tinggal sudah mencukupi? Adakah kebahgiaan itu dinilai dengan makan  dan minum dari yang enak-enak sehingga membontang kekenyangan? Atau adakah kebahgiaan itu dinilai dari pakaian berjenama mewah, rumah-rumah besar, kereta-kereta besar, pasangan hidup menawan, pencapaian akademik, kerjaya hebat, gelaran mahupun
pangkat? Terlintas difikiran, disebalik keperluan asas dan meterial yang dikejarkan, ada lagi beberapa perkara yang  sangat penting yang diperlukan sebagai tunjang dan pasak bagi menjamin kehidupan sempurna kepada seluruh manusia.

Agama. Agama mahupun kepercayaan. Fitrah kepada sekelian makhluk bernama manusia itu berkehendakkan kepada agama. Manusia memerlukan agama yang benar untuk memastikan segala aktiviti harian mereka dipandu oleh prinsip yang dibawa oleh ajaran agama masing-masing. Ajaran Islam, Kristian, Budha, Hindu, malah semua jenis agama di dunia ini termasuk agama kepercayaan (menyembah pokok, memuja semangat hutan dan sebagainya) pada asasnya telah menggariskan undang-undang serta panduan kepada semua penganut-penganutnya. Hal-hal seperti balasan syurga dan neraka. Ganjaran pahala dan dosa. Hukum halal dan haram. Keghaiban dan sebagainya, menjadi penanda aras yang sentiasa memandu akal manusia agar mengenal perkara-perkara yang mencakupi kebenaran dan dusta, kebaikan dan jahatan, dosa dan pahala dan sebagainya. Bagaimana kehidupan manusia ini tanpa adanya agama mahupun kepercayaan. Aku tak boleh bayangkan. Serious aku tak boleh bayangkan. 

Hidup kena ada jiwa. Ada hati. Atas sebab tu la mungkin wujud qoute "dalam hati ada taman". Macam kalian kalian semua la. Tidak kiralah apa pun jenis jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Sentimental atau metal. Tegas atau fleksible. Hidup perlu ada jiwa. Dari jiwa itu terbentuklah identiti masing-masing. Terpancarlah citra diri seperti ceria, 'happy go lucky', selamba, atau yang tak berapa molek seperti emo,  kuat touching, dan sebagainya. Ajaran Islam pula mementingkan serta menitik beratkan aspek penjagaan jiwa. Ibadah yang diperintahkan, adalah salah satu cara dalam membimbing ummatnya dalam menjaga jiwa. Oleh hal yang demikian, ajaran Islam itu sendiri melarang keras perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan jiwa. Melakukan dosa-dosa besar seperti meminum arak, berzina, membunuh, menyekutukan Allah, menderhakai  kedua ibu bapa adalah perbuatan yang amat ditegah oleh ajaran Islam. Mereka-mereka yang tetap melakukan perbuatan ini boleh diklasifikasikan sebagai "sakit jiwa!".

Bayangkan mereka-mereka yang hidup di dunia ni, dalam keadaan yang mana mereka tak mengetahui asal usul keturunan mereka. Macam mana tu? Apakah agaknya delima yang dihadapi oleh anak-anak yang "tidak sah taraf" ni agaknya. Faham kan? Anak-anak yang terlahir hasil keterlanjuran si ibu dengan si bapa. Hinggakan sampai ke satu tahap, apabila ibu bapa yang seharusnya bertanggungjawab terhadap kelahiran anak-anak ini enggan menerima kehadiran mereka. Maka tercetuslah kes-kes pembuangan serta pengguguran bayi. Atas sebab itu juga ajaran
agama Islam menitikberatkan penjagaan keturunan dan keluarga daripada sebarang unsur yang boleh merosakkannya. Kerana daripada keturunan, terbinanya kesinambungan zuriat manusia di dunia. Penekanan Islam ini dapat dilihat daripada pengharam zina!. Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina malah turut mencegahnya segala perbuatan yang menjurus kepada perbuatan zina itu sendiri. "Mendekat-dekatkan diri dengan zina". Begitulah peripentingnya penjagaan keluarga dan keturunan itu. Kerana keluarga dan keturunan itu menjadi salah satu asas yang penting kepada kehidupan manusia.

Apakah perbandingan manusia dengan lembu? Kedua-duanya mamalia. Kedua-duanya menggunakan oksigen untuk hidup dan melepaskan carbon dioksida. Lembu berkaki empat manakala manusia berkaki dua. Lembu ada otak. Manusia pun. Cuma lembu tidak mempunya akal seperti manusia. Lembu hanya mempunyai  tabiat. Tabiat makan. Tabiat membiak. Tabiat mengunyah ketika tidur. Jadi, sesiapa yang mengunyah-ngunyah ketika tidur, menerupai tabiat lembu... Kembali kepada persoalan akal tadi. Akal penting kerana dengan pertimbangan akal yang waras yang dipandu iman yang diajarkan oleh agama, dan dikemaskan ilmu yang dituntut, manusia mudah dan bijak dalam mencatur kehidupan. Dengan adanya akal, maka wujudlah  ilham. Dari ilham itu wujudlah ikhtiar. Dari ikhtiar itu, wujudlah keterusan dan kelangsungan di dalam hidup manusia. Banyangkan jika manusia tiada akal. Mungkin ketika ini, kita semua masih lagi duduk di dalam gua. Makan  makanan mentah kerana tidak berilham untuk menyalakan api. Barangkali juga, masing-msing tak berpakaian. Bayangkan SM Banjamin tak berpakaian dalam menempuh hari-harinya... Ohh Tidak! Satu lagi, jiwa kacau + akal yang rosak = GILA.

Harta bukanlah maksud hidup. Namun tidak boleh dinafikan, perlunya berharta. Walau sedikit. Dengan asbab adanya harta, dapatlah manusia mencukupkan keperluan-keperluan asas fizikal seperti makanan, pakaian, tempat tinggal juga membina keluarga, seperti yang aku sebutkan pada awal entry ini. Untuk mencari harta, manusia perlu gigih berusaha. Menggunakan segala daya dan fikiran untuk berikhtiar. Memerlukan pengorbanan dari segi masa juga tenaga. Namun harus diingat, harta juga wajib ditentukan halal dan haramnya. Jelas sumbernya. Sentiasa berpandukan ajaran agama dalam mencari harta. Melindungi harta juga menjadi sesuatu yang perlu dilakukan. Belanjakanlah harta ke jalan kebaikan. Beramallah dengan harta yang ada dengan membantu kepada yang memerlukan melalui sedekah dan sumbangan yang ikhlas. Bangunkan dan majukanlah diri, bangsa dan negara dengan harta. Namun, jangan juga menjadi buta kerana harta. Sementara. Bila-bila boleh ditarik tuhan...

Sains ada menyebut betapa manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup. Makanan, pakaian  dan tempat tinggal. Namun, tanpa perkara yang dihuraikan di atas, adakah manusia akan mampu membina dan mencatur kelangsungan dalam sebuah kehidupan...

Sekian...



   

       

10 comments:

  1. keperluan dan kelangsungan seringkali mengubah manusia menjadi haiwan..

    kadang-kadang, manusia itu merelakan diri mereka rakus seperti haiwan, hanya kerana mereka bertuhankan duit dan kereta mewah di garaj laman mereka..

    bahagia bagi mereka adalah tdur diatas wang dan bersenang tanpa mengira halal dan haram...

    ReplyDelete
  2. sebab itu lah allah ciptakan pentingnya 5 perkara yang aku huraikan kat atas tu... thanks sudi mengomen...

    ReplyDelete
  3. panjang tol entri ni... apapun berjaya habiskan juga. Betul tu bila manusia bertuhankan harta, mereka kembali jahil sehingga terlupa batas - batas hidup yg di gariskan dalam agama.

    ReplyDelete
  4. satu pandangan yang bermanfaat.

    hidup perlu ada pegangan.

    jika tiada, itu yang banyak menyimpang.

    ReplyDelete
  5. Sharinginfoz: share ape yang sye tau... kalau salah, tak kisah untuk diperbetulkan...

    ReplyDelete
  6. THE LEKAT LEKIT STORY: tak puas la suria kalau tulis pendek-pendek... dah jadi tabiat agaknye...

    sebagai hamba, harus tahu, yang harta itu pun sesungguhnya hamba... bagaimana hamba boleh hamba dijadikan tuhan...? mungkin itu yang tidak disedari manusia...

    ReplyDelete
  7. delarocha: thanks sudi membace ye... nanti saye follow kamu...

    ReplyDelete
  8. best...n thanks sebab sharing;)

    ReplyDelete
  9. kechixx: same2.. thanks datang jenguk..

    ReplyDelete