18.4.11

Few Hours Before Impact

Assalamualaikum... Pagi Senin yang harmoni... Alamak 2 hari miss tak update blog... 

"Few Hour Before Impact"... Beberapa jam lagi, takdir jalan hidup aku, kalau diijin tuhan bakal menempuh satu "titik pencetus" yang akan membawa aku ke satu perjalanan hidup yang mungkin ramai yang impikan... Siapa tahu, budak kampung. Anak Felda. Anak Peneroka. Cucu pekebun ni pada akhirnya mampu berada pada satu tahap yang lebih baik... 

Esok aku akan melapor diri sebagai Penolong Pensyarah di UiTM Shah Alam... Doakan segala urusan aku esok, mudah-mudah sahaja...    

"Pada saujana kejiranan ini satu ketika dahulu terdiri dari perumahan yang beratap asbestos... berdindingkan leding dinding... bertiangkan empat kali empat inci persegi beroti... seampuh leding dinding... seteguh empat kali empat inci persegi beroti... seampuh dan seteguh itulah keazaman kejiranan ini mencoret cerita ketamadunan dalam kehidupan... membina empayar dalam perjuangan yang panjang... menjadi survivor dalam kepayahan... biarpun di luar sana telah jauh meninggalkan... namun kuat di hati kejiranan ini untuk tidak menjadi satu umat bangsa yang hanya tahu melihat... tetapi tahu
bertindak.. untuk tidak hanya menjadi satu umat bangsa yang hanya tahu meminta-minta... tatapi mahu juga memberi... kami adalah umat bangsa yang masih terlalu muda dalam ketamadunan ini... dan kami mahu belajar dari jalan-jalan yang amat sukar... biar diuji... agar teruji... moga terbukti betapa jiwa-jiwa yang lahir dari kejiranan ini adalah jiwa-jiwa yang diiisi dengan keteguhan..." Derap Lantai III Qoute yang aku jadikan azimat dalam hidup aku....(Korang yang tak pernah baca... Sila la baca... Klik je link tu...)

Syukur ke hadrat Tuhan... Terima kasih buat mak and abah serta keluarga yang sabar dan selalu berpesan agar aku sabar... Thanks jugak kepada kawan-kawan yang selalu menyokong dan mendorong... Especially to Sdr Zulfikar yang tak pernah mempertikai dan sentiasa memberi aku ruang dan peluang dalam aku membuktikan yang aku "boleh" lakukan dari jalan yang aku pilih ni...  

Ini bukan kejayaan... 
Tapi ini adalah permulaan pada sebuah kejayaan yang mudah-mudahan tercipta di suatu masa... 
Cabarannya akan lebih besar... Sukarnya akan banyak-banyak juga... Namun sebelum itu,
Izinkan aku untuk "mereward" diri aku dengan cara aku. 
Apapun... 
Siapa pun aku...
 Aku tetap HAMBA...
Yang telah diluluskan Pinjamannya...
Yang sudah diluluskan Permohonannya...
Dari kerajaan TUHAN...


6 comments:

  1. Syabas inspektor sahab.. syabbas....
    ko nak reward macam mane tu? ce citer....hhehehe

    ReplyDelete
  2. reward dengan zikrullah.... aminnn....

    ReplyDelete
  3. penolong pensyarah untuk fakulti apa?

    ReplyDelete
  4. tahniah bro
    smoga terus sukses selalu
    slamat memulakan perjalanan hidup yg baru
    all the best

    ReplyDelete
  5. fitri karim: fakulti pengurusan hotel & pelancongan...

    ReplyDelete
  6. pen: terima kasih... sukses tu mudah-mudahan... harap ko pun same la...

    ReplyDelete