18.4.11

Cerita Zaman Kecil: Kamal Tauhid

Pagi itu adalah pagi yang harmoni di daerah Mersing. Kamal Tauhid bangun awal untuk ke sekolah. Hari itu juga merupakan hari penting di sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing. Sekolah yang asalnya merupakan sekolah Inggeris itu bakal melangsungkan satu upacara perpisahan, sempena persaraan Tuan Pengetua sekolah.

Kamal Tauhid memilih berjalan ke sekolah, memandangkan jarak rumahnya hanyalah beberapa meter dari sekolah. Dengan beg coklat yang dibimbit pada tangan kiri, Kamal Tauhid berjalan dengan hati yang tenang sambil menyiul-siulkan lagu irama 60-an. "Oh Fatimah". Sesekali siulannya dihentikan. Apabila sekumpulan murid berbasikal memintasnya.
"Assalamualaikum Cikguuuuuuu...." Tegur sekumpulan murid berbasikal itu.
"Walaikumsalam" Jawab Kamal Tauhid...

Kamal Tauhid menyambung semula siulannya. Kali ini digantikan pula dengan siulan lagu "Ayah Ku Kawen Lagi". Beg bimbit coklat dikalih ke tangan kanan. Barang kali kelenguhan. Kemudian memasuki perkarangan sekolah melalui pintu belakang. Dari pintu belakang itu, Kamal Tauhid memandang beberapa pelajar sedang memarkir basikal. Ada juga yang bermotor ke sekolah. Biarpun tidak berapa digalakkan. Kamal Tauhid melepasi pelajar-pelajar itu tanpa berkata mahupun seulas senyum...

Pelajar mula berbaris di Tapak Perhimpunan. Buat kali ke dua murid-murid berhimpun
pada minggu itu. Sekali, yang lepas, pada perhimpunan mingguan. Dan pada hari ini, perhimpunan bagi upacara persaraan Tuan Pengetua. Seperti biasa, nyanyian lagu Negara Ku, Lagu Negeri Johor dan diikuti dengan Lagu Sekolah membuka acara pada hari itu. Kamal Tauhid serta murid-murid menyanyi dengan penuh rasa patriotis..

Ucapan demi ucapan bersilih ganti. Suasana sebak menyelubungi seluruh warga SMKSM. Guru-guru serta murid-murid  semua sebak... Tak terkecuali Kamal Tauhid... Cuma ditahan-tahan agar tak tertumpah air matanya... Tak mahu jadi seperti guru-guru wanita yang kini mula beresak-esak dengan tangis yang tersedu sedan...

Ucap sudah. Tangis pun sudah. Tiadalah apa-apa sebagai kenang-kenangan kepada Tuan Pengetua selain sedikit cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Apabila diserah sudah cenderahati, maka tamatlah sudah acara. Tibalah masanya untuk pergerakan pulang Tuan Pengetua sebagai simbolik persaraan dan perpisahan. Murid-murid disuruh berbaris sepanjang jalan. Dan diminta melambai-lambaikan tangan kepada Tuan Pengetua apabila Tuan Pengertua melintasi meraka ..

Mengikut agenda, barisan murid-murid sepanjang jalan kiri dan kanan tidak boleh terputus-putus. Tuan Pengetua mesti dilambai sepanjang jalan sebelum meninggalkan sekolah. Kamal Tauhid mengambil inisiatif mengawal keadaan. Diarahkan murid-murid agar berbaris panjang. Diarahkan juga murid-murid bergerak pantas kerana masa kian suntuk. Ada yang nakal-nakal dan tak mahu ikut arahan. Mengabaikan arahan Kamal Tauhid bulat-bulat.

Kamal Tauhid geram. "degil betul budak-budak ni" getus hatinya. "Hey. Yang sana tu! Penuhkan sebelah kanan. Cepat!" Kamal Tauhid mula menempik. Namun tetap tak diendah. Sekumpulan pelajar-pelajar nakal dari kelas senior sekadar buat tidak peduli. Kamal Tuhid kian geram dan naik darah!

Seorang murid bersongkok, bertubuh kecil-kecil melintas dihadapannya untuk memenuhkan barisan yang kanan itu. "Pangggggg!!!!" Pelampang sulung Kamal Tauhid hinggap ditengkuk murid bersongkok tadi. Sampai tersengguk-sengguk kepalanya. "Panggggggg" Sekeping lagi singgah ditempat yang lebih kurang sama.. Kali ini hampir tercabut songkok yang dipakai. Dua kali pelempang dilepaskan secara rambang. Siapa yang kena nasib lah... Kegeraman Kamal Tauhid berada dikemuncaknya... "Nak pegi mana?!" Soal Kamal Tauhid tegas. "Ssssaaaana Cikgu..." Jawab murid bersongkok itu.

Berlari-lari yang lain-lain. Bila melihatkan Cikgu Kamal Tauhid yang naik hantu. Semua takut. Takut terkena pelempang rambang yang berbisa. Yang boleh menyengguk-nyenggukkan kepala sesiapa yang menjadi mangsa. Tamparan yang menyerupai "smash" pemain-pemain ping-pong profesional. Lengkap dengan "swing"  di hujung tamparan.

Sadis... Tahu tak siapa budak bersongkok tu? Tak lain tak bukan. Aku la.... Hari tu menjadi kenang-kenangan yang indah buat Tuan Pengetua.. Tapi menjadi tragedi bagi aku... Hampeh... Aku tak de la marah kat cikgu... Tapi senior-senoir dari kelas blakang-blakang yang nakal-nakal yang punya pasal. Tak pasal-pasal aku yang mendapat... Serious berbisa.... Dia punya sengguk... Zup... zup... zuppp... zuppp... Bergegar kepala aku sekejap...

Hmmm Cikgu Kamal.. Cikgu Kamal... Siapa tak kenal Cikgu Kamal Tauhid... Rasanya, batch-batch seangkatan aku pasti kenal Cikgu Kamal Tauhid. Dan pada hari tu bukan sahaja aku, kawan-kawan yang lain pun tak sangka, aku jadi mangsa pelempang rambang tau... Nasib baik pelempang, kalau mesin gun ade kat tangan, mau die tembak rambang je budak-budak sekolah mase tu... Hahahahha... Tapi sayu hati aku... Bile sungguh-sungguh Cikgu Kamal me'round' satu blok. Cari aku. Hanya untu mintak maaf kat aku atas pelempang free yang die bagi tu... Cikgu Kamal Tauhid menjadi kenang-kenangan. Sampai bila-bila. Thanks Cikgu, sumbang bakti cikgu, ajarkan saya menjadi manusia yang berguna...

6 comments:

  1. ahhahahhahahhaa....aku belum habis baca dah gelak.. terbayang muka mangga cikgu kamal tauhid... hahaha

    ReplyDelete
  2. haha.. muka mangga.. ko kalau bab mengutuk....

    ReplyDelete
  3. pergh!! pngalamn yg berharga + sadis..hihi

    tak seme org dapat rasa..bila da abes skolah n ingt balik seme tu mst senyum je..hihi

    ReplyDelete
  4. alya: ye betul pengalaman berharga... thanks sudi baca... saya yakin kamu tak sekadar singgah..

    ReplyDelete