26.3.11

18 March 2011

Salam Sabtu yang harmoni. Mendung-mendung sahaja hari ini. Sambil melayan lunak suara Agnes Monica yang bukan sahaja lunak suaranya, malah buat dada aku berombak-ombak je membayangkan keayuannye. Huh! Statement orang bujang. Malas nak tulis ayat-ayat clise bagi seseorang blogger yang lama tak menulis. "Oh, dah lamanya blog ni tak diupdate"... "Oh sibuk"... "Oh itu dan oh ini" walhal, nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.

March. Bulan kelahiran. Tahun ni aku dicelebrate sampai ke Puncak Alam sana. Walau pun tak berape nak suprise, namun pada aku cukup dihargai. Bile dinyanyikan oleh kawan-kawan dengan lagu hari jadi dan diraikan dengan sepotong kek yang dirembat dari chiller. Lawak betul.

March. Buat aku pening. March. Durian runtuh. March. Sibuknya kurang tak macam bulan-bulan yang sudah. Tapi March, aku harus memilih. Kerja yang syok. Kawan-kawan yang best. Bos yang spoting. Dapat usha Cik Fatiah Hanom hari-hari. Jadual padat. Atau. Melangkah pergi dalam keadaan diri yg masih amat diperlukan, semata-mata mengejar impian yang tiba-tiba datang.

Hmm. Rasional. Its all about future. Kerja yang syok tu, lebih kepada penyesuaian gaya dan pembawakan diri. Datang ke tempat baru, bukan dengan niat yang tidak baik. Bukan dengan niat mencari gaduh mahupun pengaruh. Datang dari jauh (Johor) semata-mata tumpang berteduh dan berlabuh di tempat orang dengan harapan mengubah nasib diri, keluarga dan menyumbang kepada ketamadunan anak bangsa dan agama.

DM 29. Penolong Pensyarah. Memohon atas dasar aku layak. Dan dah dapat pun. Atas dasar rezeki yang tuhan dah tulis siap-siap di mahfus. Hajat yang pernah aku doakan. Doa untuk memperoleh rezseki dari pekerjaan yang baik. Doa aku, yang tuhan simpan rahsianya sampai la tarikh 18 March 2011. Tarikh surat tu sampai ke rumah. Hari ni aku di ingatkan...... Tuhan tu tahu apa yang terbaik untukj hambanya....

Alhamdulillah... Tuhan bagi hadiah hari jadi yang cukup sempurna...

3 comments:

  1. Whoaaaa.. Tahniah2.. syukur Alhamdulillah.. ko dah bina kerjaya.. penolong pensyarah.. nanti kalau ada post pensyarah kosong rekemen2 kat aku ye zul :)

    ReplyDelete
  2. wow!!!penolong pensyarah....
    jap lagi become pensyarah....
    BTW.. happy belated bufday....
    CONGRATULATION...

    ReplyDelete
  3. Opend d table...huhuhuhuhu

    ReplyDelete