9.1.11

SM Banjamin nak Mohon Maaf

Assalammualaikum...

7.12.2010 adalah tarikh terakhir aku melancarkan entry terakhir. Sebulan yang lepas... Ia merupakan pengkhianatan yang besar buat segenap folower-folower yang selalu berkunjung ke mari. Maaf deh. Aku teramat sibuk dan sampai kini masih terkial-kial menyesuaikan diri dengan penghidupan di tahun baru yang aku anggap serba baru ni...

Ke mana aku pergi? Aku jawabkan bagi yang bertanya... Kepada yang "ade aku kesah-ade aku kesah" di luar sana yang tiba-tiba singgah ke mari untuk korek-korek cerita, sila klik pada button pangkah pada penjuru kanan tetingkap anda... anda tidak dialu-alukan kemari... dan sesungguhnya tulisan ni hanya untuk yang faham-faham sahaja tentang apa itu penulisan blog...

Aku teramat sibuk sebenarnya. Pertama kerja. Maaflah. Pada aku bila, dah diberi amanah dan kepercayaan untuk mengepalai, aku perlu buktikan kemampuan aku. Aku anggap serious dengan pekerjaan baru dengan jawatan baru di tempat kerja baru aku. Exited pun ade jugak dengan segala benda baru ni. Dan masih tercari-cari jalan untuk mengatur segala benda.

Hmm... Tengok la.. stroke penulisan semua hancur gara-gara lama tak menaip... Selain kerja, ade la satu dua hal yang menyebabkan aku tak boleh fokus menulis ni... Beberapa hal personal yang sedikit hampir mamatahkan semangat aku... Tapi buat-buat cool je... Alah, sikit-sikit je hal... Remeh temeh, yang tak pasal-pasal jadi beban kalau terlalu difikirkan...

Ketiga... Aku penat deh... Penat yang amat, lantaran kerja... Bukan nak merungut.. Cuma suasana baru ni betul-betul mengasak aku fizikal dan mental... Maklumlah aku pun satu hal jugak, jenis yang tak boleh duduk diam... Walaupun ade sesetengah kerja tu aku boleh je serah pada kakitangan... Tapi, aku tak boleh la... Bukan nak wayang ke ape, cume dah terbiasa... Aku faham susah orang, dari susah yang pernah aku lalui dulu... Kalau dulu aku menyumpah bile dapat incharge yang mcm "haram"... Now, aku tak mahu benda tu terjadi kat aku... Bukan takut, cuma, atas dasar mendahulukan objektif organisasi, baik ketepikan ego. Teamwork mesti kuat!

Bercakap tentang penat. Ini adalah penat yang amat memuaskan hati naluri aku. Penat dalam mengoptimumkan segenap potensi diri yang ade. Penat yang masih mampu buat aku tersenyum. Penat yang tak sia-sia. Penat yang dihargai akhirnya. Kerja penat yang bukan minta dimandang dan dianugerah, cuma penat yang taklah terbuang macam sampah begitu sahaja.

Lupakan tentang penat. Kepada rakan-rakan follower sekian, seriously maaf sangat-sangat. Mungkin silap aku. Tak terorganize serba sebi. Habis enry-enrty kalian tak berjenguk. Aku faham, mungkin ade yang berkecil hati. Pelahan-pelahan deh... Aku cuba set semula. Aku cuba make up semula masa-masa untuk kalian... INSYA ALLAH...

Suria... Zulfikar... KBSM... Padil... Emma... Sis Lin... Miera... Mak... Newbie... serta segenap member di Gerila Penulisan Kreatif... Maaf atas keterlewatan dan ketidakberadaan bersama kalian semua... Maaf diterima? Aduihhhh....

p/s: korang boleh cari saye di bangunan canseleri uitm... jemput-jemput la ke Deli Pendeta... Boleh sembang-sembang di sana... huh.. zulfikar.. jemput la datang ye.. yang lain pun same la..

9 comments:

  1. hihi..biasa la tu..manusia sume ada masa dan aktiviti tersendiri kan..

    ReplyDelete
  2. thanks miera.. fuhh... nasib baik miera faham...

    ReplyDelete
  3. ohohhh orite.. takde wat salah pun... tapi takpe la, kira cincai maaf diterima.. haha.. ok nanti aku singgah ke sana.. kalau aku kerje luar

    ReplyDelete
  4. some said "sorry" it show our weakness????agree???

    ReplyDelete
  5. zul: cincai-cincai ye... nak datang calling2 ye... aku stanby je...

    ReplyDelete
  6. emma: weakness? bukan tolerate and berdiplomasi ke?... tak jugak... jangan ego deh...

    ReplyDelete
  7. huk3 sedih la..kesian .. xpa2.. nanti free kita keluar minum teh

    ReplyDelete
  8. oo patut la lama tak menulis, rupanya bz dengan kerja. takpe, utamakan apa yang perlu diutamakan. blogging nih bila-bila pun boleh.

    ReplyDelete