27.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : VISIBLE VOICE

gAssalamualaikum. Khamis yang harmoni. Malam yang berkat. Malam yg dibukakan pintu-pintu kemakbulan doa dan keampunan. Malam-malam 'sunat'. ELok kalau diperbanyakkan amal.

Maaf deh. Semalam tak terkejar dengan TheTimelines ni. Pulang kerja, terus-terus sahaja terlena seawal jam 8 malam. Sadar-sadar jam empat pagi. Sempat-sempat sekadar mengemaskini kerja-kerja "kerja" yang dibawa pulang. Untuk entry yang dijanjikan tak berkesempatan.

Sambil-sambil curi-curi dengar dan curi-curi nonton siaran TV. Saka Jentayu. Kebiasaan malam-malam jumaat ni diselitkan slot seram untuk tontonan sekeluarga. Seram ke? Tak seram pun. Nak gelak ade. Huahuahauhauhaua. (Nak seram pi duduk tepi kubur la. Biar disapa hantu mak limah. Mengomel je pandai!). Kesimpulannye. Khamis yang harmoni, tapi boring!

"aku budak kampung, bukan baik tetapi tidak jahat, bukan miskin tetapi tidak kaya,bukan bijak tetapi tidak bodoh,bukan sempurna tetapi tidak cacat!
"tak hidup dek puji, tak mati dek keji" Khairul Anuar...
Kalau inilah pegangan yang selalu ditanamkan pada hati-hati anak-anak kampung yang berada di mana pun, aku yakin dan pasti tidak akan berlaku gejala-gejala kejutan budaya pada anak-anak kampung ni, terutama yang berhijrah ke bandar. Aku pun budak kampung. Ceruk dalam daerah Mersing yang ceruk-ceruk tu. Anak felda. Anak dagang. Datang numpang teduh dan cari makan di negeri orang.

DATANG KE MARI BUKAN MENCARI GADUH MAHUPUN PENGARUH. DATANG CUMA NUMPANG TIDUR, MAKAN DAN NUMPANG TEDUH. DATANG BUKAN UNTUK MENJATUH SESIAPAPUN. CUMA DATANG MAHU BERSAING SECARA DAMAI DAN MAJU BERSAMA-SAMA YANG LAIN. ATAS DASAR PERSAUDARAAN SEJAGAT, NEGERI INI NEGERI KITA JUGAKAN. KAMU-KAMU ITU SEBANGSA SAYA JUGA BUKAN. BARANGKALI DULU-DULU, DATUK NENEK KITA SAMA-SAMA MEREMPAT DAN SAMA-SAMA JUGA BERJUANG UNTUK KITA-KITA YANG ADA PADA HARI INI. AYUH KITA JABAT TANGAN DENGAN DADA YANG DIBUKAKAN TANDA YAKIN DAN IKHLAS. MATA SALING BERTENTANG MENOLAK SEGALA SENTIMEN YANG BERMAIN DIFIKIRAN. KALAU BUKAN KAMU-KAMU YANG 'BERJUANG' BERSAMA SAYA HARI INI, BAGAIMANA NASIB ANAK-ANAK BANGSA KITA YANG KEMUDIAN SELEPAS KITA... (Luahan hati. Ikhlas dan renung-renungkan)

Kenapa aku berpatriotik semacam malam ni. Sebab Segmen Blog Pilihan GPK malam ni memaparkan seorang Blogger yang pada pandangan aku merupakan seorang yang begitu patriotik sekali. Khairul Anuar atau Penaberkala. Aku sering ke Visible Voice, membaca entry-entry saudara khairul yang bersemangat dan terkandung falsafah yang tersendiri. Mari kita hayati beberapa falsafah beliau yang membuatkan aku kagum dengan "perjuangan dalaman" beliau ni...

"Dulu, hidup sekadar hidup, tak pernah nak fikir dan ambil tahu. Hari-hari yang berlalu hanya dibiarkan berlalu tanpa sebarang perancangan dan berfikiran panjang. Sekarang, setiap apa yang dilakukan kena fikir panjang. Baru tahu apa itu erti hidup yang sebenar, baru dapat membezakan yang dulu dan yang sekarang..." Dipetik dari entry Dulu Lain Sekarang Lain.

".... kita nak minum, kita yang pilih dan tentukan nak beli brand apa? Kita nak minum, kita yang order nak minum yang mana? Tuntas, semuanya terletak di tangan kita! Tepuk dada tanya selera, Alah bisa tegal biasa! Hidup bukan sekadar untuk menguji orang, perlu ingat! Kita sendiri pun perlu diuji dengan hadirnya orang-orang di depan mata kita. Walaupun sukar tapi itulah yang tersurat, nak tak nak perlu juga hadap. Dalam setandan pisang, mustahil tak akan ada yang busuk sebiji kan? Mesti ada punya. Cuma kita tak tahu apa kondisi dan sebab sebenarnya, sama ada ditebuk tupai, dibaham burung atau digigit beluncas..." Dipetik dari entry Setuju Atau Tidak, Tapi Ini Memang Betul! Absolutelu Correct!

"Kehidupan tidak seindah apa yang kita sangka, tapi keindahan itu kita bisa cipta!" Dipetik dari entry Setuju Atau Tidak, Tapi Ini Memang Betul! Absolutelu Correct! Mantap!


Visible Voice. Kate Khairul, kata-kata yang tak bisa didengarkan tapi boleh dibacakan! Maka terlahirlah Visible Voice. Visible Voice secara peribadi pada aku merupakan sebuah blog yang simple dari segi penampilan tetapi sarat dari segi pengisian. Khairul pun macam aku. Mementingkan kepuasan dalam pengolahan isi penulisan. Gemarkan penulisan yang panjang-panjang berjela. Nak baca atau tak, it's up to them kan? Bagi penulis sejati macam Khairul ni, kepuasan boleh datang dari hasil yang sempurna dan bersungguh. Bukan sekadar 'biase-biase' punya effort! Simple dan tak perlu nak pening-pening kepala. Janji sampai message yang nak disampaikan. Janji hati sendiri puas. Yang penting isu yang diutarakan. Dan antara isu-isu yang sering diutarakan beliau ni, selain isu-isu patriotiknye, antara lain mencakupi isu-isu seperti yang beliau sendiri kelaskan dibawah ni. Sila pilih, ade pelbagai isu. Semua molek-molek belako deh!
Info tambahan bagi yang tak tahu, Khairul juga merupakan seorang penyanyi. Dah kuar banyak 3 album setakat ni:

Ni album pertama beliau. Bertema patriotik sikit. Ade lagu irama asli. Lagu-lagu balada. dan tidak ketingalan lagu berentak R&B. Oh ye tajuk album simple je. "Album Lagu". Antara lagu-lagu best. Nasi Lemak Cik Nora (Irama asli), Pujian Mu Inspirasi Ku (Balada... dengan penampilan faizal tahir dan yuna sebagai backup singer) dan Awak Lupa Ke? (Ft Ana Rafali. Sambungan Lagu Tolong Ingatkan Aku)

Yang ni tajuk album "Penantian itu Tsunami"... Nampak laut kat belakang tu? Kire Tsunami la tu... Beberapa saat sebelum membadai pantai. Lagu best "Jom ke Perpustakaan"... "Jangan Menipu, Bedosa tau awak..." dan lagu favorite "Buih-buih Tsunami Rindu Pada Dedaun Nyiur..." Haaa.. Lagu sedap.. Album masih dipasaran..

Ablum baru. Gaya dan penampilan baru. Judul Album "Kuala Lumpur lalalalalala". Ape tunggu lagi? Segera dapatkan di pasaran sekarang. Tak aci la download di filestube ke, filespump ke... Penat je Khairul menyanyi sedap-sedap...


Huh! Jangan Marah Khairul. Berseloroh je. Salam perkenalan dari aku yang loyar buruk ni. Amacam? Kate setuju nak gathering sesama member-member GPK. Zulfikar dan on. Aku on. Ade sesape lagi yang on. Selain Khairul?

Bebalik kepada Visible Voice. Mari beri sokongan kepada si tukang tulis berbakat ni. Khairul Anuar a.k.a Penaberkala ni. Ape kate follow die. Komen ape-ape yg die post! Bagi semangat untuk die terus menulis dan menulis lagi! Jom.. Jom.. Jom...

Siap! Jangan marah haa.. Next Bisikan Hati. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

10 comments:

  1. terima kasih bro untuk review
    ni kali ke-2 orang review blog sendiri
    senyum je baca entri ni, tambah-tambah part loyar buruk tu,haha
    memang tak boleh blah

    semoga review blog camni dpt diteruskan kat blog ni utk GPK
    bukan mudah nk dapat org review blog kita
    terperinci plak tu
    keep it up bro
    congratz

    ReplyDelete
  2. my coursemate ni..slalu buat entry panjang2 tapi isinya padat, bkn bual kosong

    ReplyDelete
  3. penaberkala: sama-sama ye.. senyum?.. masyaallah... ini khabar yang baik... aku buat orang senyum.. maknenye berkesan la ke atas jiwa yang membaca ni.. ni mesti terbawak-bawak ke mana-mana... sebelum tidur.. ngah jalan-jalan.. mase makan... dalam kelas... mesti kjo senyum2 je mengenangkan ayat-ayat 'cinta' aku ni... buek!.. sah la ko angau dah ni... aiyyooo....

    ReplyDelete
  4. Hazwan Arif: bagus2... ade geng yg same minat.. mesti korang selalu port same2 kan.. usha2 awek2 same.. usha2 alam same2... usha2 pokok same2.. bagus2 ade geng...

    ReplyDelete
  5. bro..terbiak lah.. review yang sangat baik...

    ReplyDelete
  6. angau tak angau, cuma rasa makin smangat nk berblog,hak3

    Tajuk album x boleh blah
    ak takut ramai je pi cari kat pasaran
    boleh tahan gak imiginasi ko

    ReplyDelete
  7. shah: thanks singah daru jauh... datang la lagi ye..

    ReplyDelete
  8. penaberkala: imigenasi... setiap penulis yg bagus harus mempunyai miginasi yg bagus-bagus jugak..

    ReplyDelete
  9. kamu nih kreatif gak hanya untuk preview blog kenkawan..

    ReplyDelete
  10. tak jugak hanya untuk preview kawan2.. ade jugak mengarang2 secare 'kecil-kecil'an... hehehe

    ReplyDelete