22.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : Rasa Hati



"Kawan sepena dan sekuali... Masak di dapur, taip di blog"

Memang aku tak nafikan, dalam kehidupan kite sehari-hari, kita perlukan kehadiran individu-individu yang berlainan pendapat, minat, kemahuan dan macam-macam jenis keperbedaan. Dari itu, barulah hidup ini mempunyai corak-corak kehidupan yang lebih warna-warni. Namun tidak dinafikan juga, kehidupan ini akan bisa lebih indah juga, kalau selalu dilingkari insan-insan yang sama idealoginya. Gaya serta cara pemikiran yang seiring. Yang selalu sama. Biarpun ada kalanya bercanggah juga. Namun percanggahan itu paling tidak pun ke arah yang lebih baik. Di 'confront' kan dengan cara yang ilmiah dan diselesaikan dengan hemah, keterbukaan dan kematangan fikiran.

"Kawan sepena dan sekuali... Masak di dapur, taip di blog"

Menyelak kotak ingatan ketika tinggal sebumbung di flat number 9, Seksyen 7 Shah Alam. Sebagai orang bujang, kami selalu bilang pada diri kami, "Kite bukan bujang tipikal..." Bujang yang biase-biase. Bujang yang kosong dadanya. Bujang yang carut-carut sahaja. Bujang yang sepah-sepah sahaja tapi tak tahu berkemas. Bujang yang "gelenyah" bile nampak 'betina'. Bukan jugak bujang yang makannya hanya tahu di kedai sahaja. Atau paling tidak tanakkan sahaja se"put" beras dan gorengkan sahaja telur sebiji. "Kite bukan bujang tipikal"

Masak kami masak sendiri. Sama seperti bujang-bujang yang bukan tipikal di luar sana. Setuju? Mahu masak apa hari ni? Pasti bukan sekadar mee segera mahu pun telur goreng. Paling tidak pun padprik campur bersama tom yam dan telur dadar yang kalau bermodal di kedai siam mahu tak mahu RM 15.00 juga. Lebih baik masak sendiri. Sambil mengalun lagu-lagu 60 an di dapur. Klentang-klentung di dapur biar bujang-bujang mahu pun anak dare-anak dare tipikal sebelah menyebelah terfikir sejenak "Huiii. Dahsyat la. Masak sendiri. Mesti student HotCat ni..."

Sekadar introduksi. Yang mencakupi 3 perenggan sudah. "Rasa Hati". Ringkas. Penulis atau creator blog ni siapa lagi kalau bukan Saudara Zulfikar Bin Hazri. Kenapa Rasa Hati. Zul dah pun menjawabnya dengan sepotong ayat sebagai diskripsi blognya. "Aku gemar menulis dan apa yang aku tulis adalah tulen dari perasaan dan fikiran aku,elok atau tidak aku bukanlah menagih markah dari juri, aku hanya mahu pembaca berkongsi rasa hati ini". Tulisan yang baik dan berjiwa adalah tulisan yang tercetus dari hati. Tulisan yang berkesungguhan dalam mengolah bait-bait kata. Juga setelah dibaca habis tulisan itu, sang pembaca bisa memperolah mesej yang mahu disampaikan oleh sang penulis. Mesej atau kesan itu, juga bisa dirasai di dalam hati sang pembaca.
Zul aktif menulis sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah satu pencapaian yang membanggakan. Jika diperhalusi entry-entry yang diterbitkan, rata-rata isi yang mahu disampaikan adalah berkisar persoalan norma kehidupan, isu-isu kepenggunaan, perhubungan, falsafah, dan tak ketinggalan juga berkenaan kisah-kisah kehidupan dirinya sendiri. "Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah" Antara tulisan Zulfikar yang menarik untuk dibaca dan keseluruhan cerita dari entry ni membawa aku kepada penilaian terhadap dirinya. Seorang yang bersemangat dan menghargai kehidupan.

Gaya penyampaian. "Stroke Penulisan" jika berdasarkan ape yang pernah Zulfikar sendiri katakan. Mudah. Ringkas. Dan straight to the point. Pada pandangan aku, Zulfikar belum "all out" dalam menulis. Mungkin seperti aku juga yang memerlukan mood serta kondisi terbaik untuk satu-satu tulisan yang "berjiwa". Tak mengapalah Zul, yang pasti mesejnya sampai dan memberi kesan. Bakatnya sudah tersedia. Cuma perlu di'polish' agar semakin berkilau agar sinarnya berkembang untuk pergi lebih jauh.

Rasa Hati. Tampil dengan latar belakang hitam dan bertulisan putih. "Play safe" yer bermain dengan basic colour? Tak mengapalah, asalkan hati sendiri senang. Cuma, untuk tampil lebih kreatif, apa kata lakukan sedikit pengubahsuaian dengan memberi sedikit sentuhan pada warna bacground tu dengan "bermain" dengan tona yang lebih lembut dan tidak hitam "mati" seperti sekarang ni. Erm. Dari segi layout, perlu diperbaiki sedikit. Aku mencadangkan agar kau gunakan "Leaderboard" berbandang "Large Rectangle" pada papan iklan yang tergantung dibawah header blog kau. Errmmm Header. Zul, bile kiteorang semua buka je blog ni, terus terpapar header yang besar tu. Gambar kota metropolitan. Besau tu. Ade plan untuk buat header baru?

Zul, Gambar boleh resize perasan tak gambar ni terkeluar sikit dari posisi die.

Sahabat yang baik, tak semestinya banyak bicaranya. Duduk meluangkan masa dengan segelas teh tarik sambil memerhatikan gelagat sekeliling pun sudah mencukupi. Lama tak lepak minum dengan kau. Ade mase jom minum-minum. Sesiape yang nak berkawan dengan Zulfikar ni, amat dialu-alukan. Yang belum follow blog ni, juga dialu-alukan coz, kalian akan dapat banyak input yang baik dari sini. ape lagi, klik Rase Hati dan follow!

Siap! Jangan marah haa.. Next Suria. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

10 comments:

  1. whoaaaa.. terima kasih la tuan blog ye sebab review blog aku ni.. rasa bangga ya amat.. kembang kempis hidung aku baca review ni sampai teringat terus idung rutaha ruhmat...

    pasal header tu mmg aku nak tukar, tapi lum sempat nak godek2 adobe... header skrg tu main tampal ikut dan je... nanti aku buat ye..tenkiu...

    yg pasal background tu.. dulu pakai backgroung kaler2 kejap.. pastu sendiri nampak semak...konon2 nak guna konsep minimalis la skrg... nanti aku try ceriakan lagi ye zul...

    nanti lepak mamak bila ko senang..

    ReplyDelete
  2. wah bloh Nyah pilihan hati Mak di review.. Alahai

    Apapun thanks menghargai blog tepian longkang mcm sy ni..

    ReplyDelete
  3. tengok tu ngade tu statement. Tak kire la tepian longkang ke. tepian tasik sh alam ke. tepian lombong ke. tepian kuburan ke.. eee teringat mak filem khurafat.. seram nokk...

    selagi joint GPK, mak tetap hargai. Mak tetap bace tulisan nok-nok serta anak-anak ikan mak semua... cume sempat tak sempat je nok... hahahaha.. (tak bleh blah ayat)

    ReplyDelete
  4. masak sendiri lagi sedap kot.. boleh tibai macam2 dalam kuali

    ReplyDelete
  5. wah..panjang nye review untuk incik zul..ihikk

    ReplyDelete
  6. sabree: biase la.. sendiri masak.. ikut selera sendiri la.. jimat pun dah tentu la..

    ReplyDelete
  7. cik miera: nanti untuk miera lagi panjang... ni yg nak buat sesei interview dulu ni...

    ReplyDelete
  8. cik miera... review panjang, sebab blog Rasa hati tu pun citer panjang2.. sape tak tahan boleh mual2 pening baca.. :P hehehe

    ReplyDelete
  9. uish, siap ada review utk ahli GPK ke nih? hebat la admin
    keep it up your good work

    ReplyDelete
  10. penaberkala: insyaallah.. semua merasa.. thanks for joining GPK...

    ReplyDelete