23.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : Lekat Lekit Gurl Story

Assalamualaikum. Hari Ahad yang harmoni. Malas-malas sahaja hari ni. Baru pulang nonton filem Khurafat yang 'boleh la'... Pinjam keratan dialog "lucu" filem tu "Kalau mcm tu tak pe lah, hantar sahaje mak ke HOSPITAL ABANG"... Kenape la mesti "hospital abang".... Kan ke nampak macam tak neutral perbualan tu. Kenape tak cakap "tak pe-tak pe, kalau macam tu hantar sahaje mak ke tempat abang" tak pun... "Tak pe hantar sahaje mak ke sini..." What ever la... Janji tengok wayang free hari ni... huhuiiii!

Introduksi yang tak de kene mengenanye dengan isi kandung utama entry. Kalau cikgu bahasa melayu yang menanda karangan, tentu ditolaknye separuh markah pasal pendahuluan yang tak de kene mengena dengan isi penting ni. Baca tajuk kat atas tu, Segmen Blog Pilihan GPK:Lekat Lekit Gurl Story. Jom berkongsi cerita dengan salah sorang pengirim entry paling rajin ke Gerila Penulisan Kreatif ni. Puan Suria.
Hmm. Kalau nak cari blog awek yang bebas dari pengaruh warna pink ni lah die. Lekat Lekit Gurl Story (LLGS). Betul tak? Setuju tak? "Non-pink Blog". Walaupun pemiliknye ni seorang wanita yang boleh aku dengan iklasnye, mengkategorikan beliau ni sebagai ayu@kiut@cun!... Terserampak dengan blog ni kalau tak silap mase sedang berjalan-jalan blog (Blog walking). Yang membuat hati tertarik sebab tajuknye yang unik tu, LLGS. Kenapa LLGS? Tu menjadi misteri yang tak terkorek lagi rahsianya. Nanti pelahan-pelahan aku slow talk dengan Suria ni.
Bile sahaje membace entry-entry Suria ni, rata-rata ringkas-ringkas dan amat bersahaja penyampaiannya. Aku jugak tertarik dengan quote yang aku terbace dari blog Suria ni "Sebelum memulakan pembacaan terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya "Aku" yang di gunakan terlalu kasar bagi sesetengah pihak yang lebih berusia atau yang kurang selesa. Tidak mengambarkan saya seorang yang kurang ajar just menggunakan konsep seperti menulis diari jer.."... Aku accept je perkataan "AKU" tu. Salah satu sebab ialah ianya lebih bersahaja dan tidak terlalu formal disamping "lebih" dekat rasenye. Hmm. Kalau berdoa pun, bukankah kita sekadar ber "aku" dan ber "engkau" sahaja. Perasaan lebih dekat bukan?

"Apalah sangat dugaan dari Cik/En Anon yang datang kat blog di pinggir longkang tersumbat macam kita ni kan?? Berbanding blog dia maybe lagi banyak langau2 Anon yang datang mengeji. Betul tak??" Suria selalu sebut perkataan tepi longkang tu. Kenape ye? Tak elok Suria cakap macam tu. GPK rase amat bertuah dengan kehadiran member seperti Suria yang rajin memeriahkan wall di FB tu. Jangan dihirau sangat soal critics tu. Ambil la sebagai pencetus semangat untuk terus maju. "Cara manusia berfikir berlainan. Jadi ape yang tak sama dengan pendirian dan pembawakan diri korang kat sini, hormat je la pendirian orang lain.". Tiap-tiap kali menjenguk di GPK, selalu nampak quote tu kan?.

Mari bercakap tentang Blog LLGS secara fizikalnya. Tampil dengan latar belakang hitam dan bertulisan oren. Nampak kontrasnye. Mudah dibaca dek kerana tulisan yang nampak menonjol. Amat simple dari segi penampilan namun sarat dengan informasi terkini. Rajin meng'update' entry dalam sehari. Kadang-kadang aku sendiri pun tak sempat nak bace entry terdahulu, rupe-rupenye dan masuk entry baru. Make bergegaslah mengejar entry-entry yang belum sempat dibace tu. Nasib la Suria kan.. Sape suruh lengah-lengah..
Header. Mungkinkah di taman bunga? Atau di perhentian bas? Aku pun tak pasti. Namun, inilah signage LLGS yang berkesan aku rase. Dengan tuan blog post manje ala-ala control ayu kat atas tu, seolah-olah mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog ni. Kire ade daya penarik yang berkesan. Widget yang ditampal pun amat praktikal dan standart-standart sahaja. Lengkap dan serba serbi ade. Cume kalau GPK nak comment pun, tentang gambar-gambar dan badge yang tak seimbang saiznye. ade lebar. Ade kempis. Ade panjang. Jadi nampak mcm tak balence.

Secara keseluruhannye. Nak blog ringkas dengan entry padat? Di sini adalah pilihan yang harus kalian pertimbangkan. Alah. Terus je follow ape salahnye. Ape lagi Suria Lekat Lekit Gurl Story. Follow la ape lagi!
SM Banjamnin ditempat ke-7? Nampak kene bekerja keras lagi ni untuk memperbaiki rangking.

Siap! Jangan marah haa.. Next SHAHAZRIN.COM. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

11 comments:

  1. terharu Mak nyah.. hingga menangis 7 baldi airmata gitu.. apapun thanks.. actually mak memang tak gemar sangat kaler pink.. kekekekeke

    ReplyDelete
  2. betul2...blog lekit tak dak pun pink....walaupun setitik

    ReplyDelete
  3. memang blog the lekat cun,memang betul kaler2 pink ni tkde kan,,hehee aku dtg ni pun dari blog dia,hehee terjah pulak kat ni...

    follow kat sni^^

    ReplyDelete
  4. Presiden Gerila penulisan Kreatif telah membuktikan beliau seorang yg rajin dan tidak hanya berpolemik.. dengan usaha mengreview bloog secara istiqamah... jgn risau mr presiden... pemilihan akan datang saya akan undi Tuan.. hehehe....

    wahhh sekat dah bontot suria kita kat kusi tu.. kembang kene review puji2 an kannnn :P

    ReplyDelete
  5. TLLS: well.. mak saje je nak up anak-anak buah mak.. bagi semangat sikit setelah kontroversi charas mencaras reda... tak yah la nak menagis-nangis... simpan lah air mata mu... ewahhh... propa gitu!...

    ReplyDelete
  6. Siti: Thanks tinggalkan jejak... here i come.....

    ReplyDelete
  7. puan bee: bee... nanti i singgah ye... membalas singgah..

    ReplyDelete
  8. zul: terima kasih... terima kasih... terima kasih... ermmm... mari rajin2 berbloging... bagi semangat kat rakan2... sambil2 promote Group...

    ReplyDelete
  9. memang tak boleh nk nafi la kak suria ni aktif buat entri
    selalu gak baca entri dia
    tp jarang komen
    entri dia simple dan menarik perhatian
    seorang yg humble dalam berblogging
    cukup senang dengan blog dia
    header dah baru tuh, dulu lain

    apepun, trima kasih GPK sebab jumpa blog dia pun kat wall GPK
    terus letak kat bloglist

    ReplyDelete
  10. penaberkala: tulah tujuan GPK ni ditubuhkan.. selain duk ping entry... ia jugak berperanan sebagai penghubung antara blogger2 yg joint.. jgn la malu2.. bertegur sape la antare kite..

    ReplyDelete