29.1.11

Monolog

Name aku Zulkifli Sa'don. Dilahirkan dalam keadaan menyongsang pada 18 March 1984 di Kampung Sawah Dato' Mersing Johor. Aku merupakan anak ker-3 dari 6 orang adik beradik hasil perkongsian hidup En Sa'don Arsad dan Puan Mariam Kadir. Anak tengah memang banyak kerenah. Berontak sana dan berontak sini. Selalu memilih untuk jadi lain dari yang lain semata-mata kepuasan jiwanya yang berontak. Tapi sampai bila nak ikut hati dan perasaan sendiri sahaja? Kena belajar membuat keputusan tanpa mengabaikan mereka-mereka yang ada disekeliling.

SM Banjamin tu nama pena sahaje. Bukan nama betul pun. Kat luar, lebih senang dipanggil dengan pangilan tipikal kepada nama Zulkifli ni. Ape lagi kalau bukan Zul. Nama tu satu doa kan? Jadi hormatilah nama kalian. Yang tuhan dah tuliskan pada mahfus betapa itulah nama kalian. Pantang aku kalau ade yang cube-cube penggil aku dengan nama lain. Tambah lagi nama tu yang membuatkan telinga aku berdesing bile mendengarnye. Sebab, prinsip aku, aku tak memulakan memberi sebarang gelaran kepada sesiapa dengan niat bergurau mahupun memalukan tuan punya diri tu.

Menulis. Hobi. Mungkin gemar menulis tu, lontaran dari sifat suka membaca. Pun hobi. Macam kalian yang lain-lain. Setiap insan dianugerahkan hobi masing-masing. Bercakap tentang hobi, ini pun satu perkara yang wajar mendapat hormat dari sekeliling selagi mana perkara tersebut tidak mendatangkan mudharat kepada tuan punya diri mahupun orang lain. Jangan kacau, jangan tegah. Biar die dengan hobinya. Aku ade ramai kawan-kawan yang mempunyai hobi yang berlainan lagi tak masuk dek kepala aku. Ade jugak diajak-ajak dan diumpan-umpan agar 'joint the club'. Tapi dari aku menyeksa diri dengan pura-pura suka, baik aku menolaknya dengan hemah. "Sorry geng, gua tak pandai main la. Tapi kalau gua datang pun, gua duduk tepi je la. Tengok lu main. Sorak kat lu. Kasik lu semangat... Amacam ok?"

Aku kurang gemar bercampur denga orang-orang yang "bodoh". Maaf bodoh di sini bukan bermakna tidak berpelajaran. Tak pandai dalam pencapaian akademik. Bodoh yang aku maksudkan ialah golongan yang gemar melakukan tindakan-tindakan bodoh yang boleh memalukan bangsa keturunan sendiri. Terutamanya bangsa aku Melayu ni. Yang tak sedar sebagai tuan kepada tanah melayu ni, mereka-mereka ade tanggungjawab yang maha besar yang perlu mereka laksanakan. Aku bukanlah seorang yang terlalu "moralistik". Nak mengomel memanjang tentang norma kehidupan. Side aku pun kadang-kadang ade silap. Aku terbuka mengakui kesilapan aku. Setiap salah yang aku buat tu kadang-kadang menyebabkan aku "down!" dan ambil masa yang lama untuk "recover".

Aku benci mengarut dan mencarut yang keterlaluan. Melucah tu pada aku menjatuhkan maruah tanpa sedar. Aku kesian pada golongan-golongan ni sebenarnya. Ade jugak yang menganggap, gebang tentang kenakalan diri merosakkan anak dare orang tu, sesuatu yang hebat. "Cool!". Mencarut dengan laungan nada suara yang kuat, agar orang disekeliling mendengar tu, suatu kemegahan. Bercerita hal-hal lucah atau "double meaning" dalam perbualan tu suatu trend agaknya. Nampak anak dare mahupun isteri orang yang lawa-lawa, yang pakai sendat-sendat sikit, sampai terjojol dade dan punggung, masing-masing bertempik-tempik. Ade yang ber"suweettt-suweettt"... Untuk ape ye? tarik perhatian? Pade aku sikap tu tak ubah macam kongkang. Sedare kepade monyet yang selalu kais sampah petang-petang kat rumah sampah Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam, tempat aku bekerja sekarang.

Tak malu ke? Cuba tanya diri sendiri. Bayangkan kalau hal yang macam tu berlaku pade kakak atau adik perempuan sendiri. Pade mak atau isteri sendiri. Tak pun pada sanak saudare sendiri. Sepupu, anak saudare. Aku rase yang kene usik tu pun rase tak selesa. Ingat diorang suke ke? Murah sangat ke maruah diorang yang kene usik tu? Kesian. Tetapi jelas dan automatiknya, maruah sendiri pun terpijak di bawah kaki sendiri. Automatik orang sekeliling fikir "rendahnya moral encik ni". Aku lelaki. Aku faham yang amat apa yang difikirkan oleh lelaki. Perasaan yang direse olah lelaki. Gelore yang lelaki rase, mustahil aku tak rase. Tapi, lapik lah. Salut lah perkara yang membuak-buak tu dengan iman dan malu. Astagfirullah...

Hujan kat luar. Terbantut niat nak keluar jalan-jalan petang ni. Cadangan hari ni nak ke MPH SACC Mall. Tunggu hujan reda lah nampaknye. Hmm.. Maaf deh, catitan aku panjang-panjang belaka. Menulis untuk kepuasan sendiri. Dengan idea sendiri. Masing-masing dengan 'stroke' sendiri. Gaya sendiri. Mari saling hormat sesama kita. Terima kasih membaca. Kalau kalian tak baca, tak jumpa kalian pada titik akhir pada hujung ayat ni.

12 comments:

  1. tak panjang tak selesa, rasa macam tak habis apa yg nak cakap kan? haha
    taip je selagi mampu, org nak baca ke tak terpulang la bro

    komen pasal gelagat
    apa yg dinyatakan mmg wujud dan betul
    streotaip di mana jua kita berada
    malu itu perisai orang beriman

    ReplyDelete
  2. betul tu khairul...

    gelagat tu.. in general... ye betul steriotaip... puncanya, bile yang dulu2 tak tunjuk contoh yg baik2 kat yg sekarang ni.. yg sekarang ni duk ikut... lame2 pindah ke generasi seterusnya... entah lah...

    ReplyDelete
  3. Kungkang campur dengan beruk makyeh.. jd kungkang makyeh... ehhh kenapa org sebut beruk makyeh??

    aku malu nak cmpur dengan beruk makyeh nih... wat level aku menjunam ke tahap beruk terkinja2 dapat cerut... cisss... tak bertemadun betul...

    ReplyDelete
  4. hmm.. beruk mak yeh, merangkap jibahuk kalau tak silap... buat malu kompany... tapi, ade diorang kesah...? diorang ni jenis tak kesah.... hati kering...

    ReplyDelete
  5. itu lah dunia blog..memasing punya hak..dan masing2 punya cermin sisi yang lain.

    ReplyDelete
  6. kenapa aku rasa macam ada perubahan jer.. blog nie.. dah semakin maju dan cantik serta kemas.. i like..good job..

    ReplyDelete
  7. biskut: benar biskut... manusi ni cermin kepada yg lain.. apa yg dikata itulah yg ade dalam diri.. cuma mungkin yg berbeza cara mengekspressi... iman dan malu jadi pendinding.... aku bukan mat beriman yg bersongkok... tapi, resam hidup, maruah dan harga diri kalau sendiri tak hormat, tak de orang lain yg nak tolong hormatkan...

    ReplyDelete
  8. armouris: terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  9. shah: maju? made ade.. ilusi mate kamu je tu.. ade2 ja kamu ni... huhu... jom singgah selalu ye..

    ReplyDelete
  10. macam2 sekarang ni kan, kena hati2

    ReplyDelete
  11. Sharinginfoz : hmm hati2 je la.. menyet banyak gentanyangan..

    ReplyDelete