19.1.11

Irama "Cplurrrrr Cplurrrrrrrrrrrr"

“Cplluurrrrr…. Cplurrrrrrrrrrrrrrrrrr.. Cplurrrr….” Wap beraroma teh galak menghambur…

“Cplurrr… Cplurrr… Cplurrrrrrrrrrrr…” Sesekali mengesat keringat yang membasahi dahi…
Dituang-tuang lagi… satu ditarik ke atas… dan satu lagi ditahan kejap menanti setiap curahan yang berhawa panas…

“Cplurrrr… Cplurrr… Cplurrrrr….” Cairan berwarna coklat keperang-perangan seakan menyelerakan…

Mahu tahu cukup susunya? Mahu tahu cukup manisnya? Cukup kelat-kelatnya? Lihat sahaja bebuih yang terbit dari setiap curahan itu…. Lihat pada pada warnanya… Kalau terlalu putih, maka terlebih susunya… Kalau terlalu perang, terlebih sudah pati tehnya… Jangan terlalu cair campurannya.. Biar cukup-cukup rasa sahaja… Bersama suhu yang sedang-sedang hawa panasnya…

“Cplurrr…..”

Nah dicurah lagi. Kali ini dikalih pada segelas lutsinar yang sedang-sedang besarnya. Bebuih sedikit terlimpah namun tak tertumpah. Bebuih molek membukit. Yang terlimpah sekadar sangkut-sangkut sahaja pada dinding gelas lutsinar. Wap-wap halus masih ternampak. Hmm.. Serahkan sahaja pada yang pakar..

“Ting!!!” Loceng ditekan memanggil rakan. Pantas disambar lantas ditaruh pada dulang bulat. Tenang mengimbang si dulang bulat agar tak tertumpah segenap isinya. Mencari-cari arah si tuan pemesan berpandu ingatan. Mana satu ya, yang empunya? Oh! Di situ. Di sudut itu. Yakin hati berkata.

“Teh tarik siap!”

“Terima kasih”

Kedua-dua mengukir senyuman puas. Hirupan pertama bisa mengadili. Si pembuat mengintai-ngintai dari sudut yang jauh. Debar menanti reaksi. Dihirup lagi pada hirup-hirup kedua dan seterusnya. Lantas habis kesemuanya. Meninggalkan bebuih putih sebagai sisa. Puas. Segelas teh tarik yang segar! Serahkan sahaja pada yang pakar…

“Baiyyaa.. Kira. Teh tarik berapa?”

Segelas teh tarik. Aku memandang. Menunggu. Merasa. Dengan penuh harapan...

6 comments:

  1. bestnya cerita..cplurrr2..macam bunyi budak-budak mandi sungai zaman dulu-dulu. suka jugak teh tarik tapi tak suka mamak buat, suka yg mak buat je. hehe

    Latest Entri :
    Penipuan Blogwalking – Saya Hampir Terjebak

    ReplyDelete
  2. layan je.. lepak mamak la heaven... orang bujang....

    ReplyDelete
  3. ghairah ker... alamak.. kene letak logo 18 trahun ke atas ni...

    ReplyDelete
  4. secangkir teh tarik...membasahi diriku.. berbunga asmara...bunga bunga cinta... kasih ku kasih mu.....

    ehhhhhh silap2 tu lagu secangkir madu merah, bukan teh tarik... ops salah bossss... :)

    ReplyDelete
  5. awak menganjing saye nampak... boleh tahan berdangdut ye...

    ReplyDelete