7.12.10

Janji "0" VS Insya Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, peneman, dan pengikut-pengikut TheTimelines. Salam 1 Malaysia dan Salam Maal Hijrah 1432H. Sempena maal hijrah ni, mungkin pada hari ini ramai yang berpublic holiday. Di mana-mana sahaja terutama sekali di masjid-masjid atau di surau mukim-mukim pula, pasti banyak program-program berunsur keagamaan giat dilangsungkan bersempena menyambut tahun baru Maal Hijrah. Terkenang kenang pada zaman-zaman kecil dahulu, bila terpilih menganggotai kumpulan nasyid sekolah agama sempena sambutan tahun baru Maal Hijrah. Lagu wajib "1 Muharam detik permulaan...... Atas keyakinan dan iman yang teguh, Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu, Rela berkorban harta dan nyawa, Demi menegakkan Islam tercinta. Hijrah itu pengorbanan (biasanya perkataan ‘pengorbanan’ tu, cikgu-cikgu yang jadi choreographer akan suruh budak-budak yang ade di barisan belakang untuk ulang-ulangkan perkatan pengorbanan tu 2 ke tiga kali. Kire nak bagi gema la). Hahaha lucu jugak.

Rakyat Johor pasti biasa. Anak-anak kecil, akan dihantar ke sekolah agama bermula dari kelas-kelas fardhu ain bagi mengenal-ngenal huruf jawi hingga ke peringkat darjah khas bagi yang lulus cemerlang pada peperiksaan darjah 6 sekolah agama. Alhamdulillah, aku antara sebahagian anak Johor yang layak masuk Darjah Khas tu. Dan "graduate" dengan pangkat 1. Mana-mana yang berminat, dengan "Pangkat 1" sijil Darjah Khas tu boleh digunakan sebagai syarat memohon untuk menjadi guru agama di sekolah-sekolah agama di negeri Johor ni. Masa tu la. Zaman sekarang ni aku tak berapa pasti boleh tak. Yang pasti sekolah agama Johor ni amat bagus dari segi keberkesanannya terhadap jiwa-jiwa anak-anak kecil. Bak kate pepatah "kalau nak melentur buluh, biarla dari rebung nya". Tahniah kerajaan Johor. Aku rindu pulak zaman belajar sekolah agama dulu. Dengan baju melayu teluk belanganya. Dengan samping merahnya. Jugak dengan songkok hitam yang naik lunyai sebab hari-hari dipakai.

Muqaddimah baru. Jangan pergi ke mana-mana dulu. Teruskan membaca. Sebab ade perkara yang nak aku kongsikan dengan kamu pembaca budiman. Bersempena mood Maal Hijrah di sana sini, hari ni entry pun berkait rapat dengan isu-isu perubahan. Bukan nak bersyarah macam penceramah bebas, bukan nak berkhutbah macam khatib, cuma terpanggil untuk berkongsi cerita. Berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dipinjamkan tuhan. Kate orang tak baik kedekut ilmu. Setidak-tidaknya segala yang tercatat ni untuk panduan dan nasihat kepada diri sendiri juga. Insya Allah.

Oh, aku dah pun menyebutkannya. "Insya Allah". Dan tujuan sebenar entry kali ini diterbitkan adalah berhubung kait dengan perkataan itu. Insya Allah. Dalam bahasa melayu "jika Allah menghendaki" atau dalam bahasa yang lebih mudah "dengan keizinan Allah swt". "Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan" antara prasa yang sering digunakan di status-status facebook rakan-rakan yang kononnya ingin membuat "statement" tentang masalah diorang. Tak kiralah masalah ‘janji-manji’ ke. Masalah ‘cinte-cintun’ ke. Yeee... Aku naik geli pulak untuk membuat statement cinta perhubungan kat mana-mana laman sosial. Dan aku jugak tak terdesak nak ubah atau announce status aku ni "bercouple" ke... "single" ke.. "in relation" ke di laman-laman sosial tu. "Korang announced ke? Ade? Ade? Ade aku kesah? Ade orang kesah? Kau artis ke?" Dan aku jugak tak terdesak nak membuat "statement" dari bahasa tubuh aku untuk mewar-warkan yang aku ni berstatus ape. Wek! Kau yang desprate! Ade aku kesah. Tapi tahniah buat yang betul-betul punya story. Yang yakin jadik. Yang "enggaged" dan yang "merried". Semoga bahagia selalu. Sampai akhir waktu. Insya Allah.

"Hoiiii!!! ape melalut ni. Sampai masuk facebook bagai. Nak cerita tak nak ni?" Tempik En. Shahazrin dari seat penonton.

"Ya lah... Entah ape-ape ntah" Sambung Puan Suria the Lekat Lekit Girl dari side perempuan pula. Cik Emma angguk-angguk setuju.

“Shhhhh. Layan je, Zul tu tengah naik sheikh tu” Sampuk Zulfikar Hazri.

Kite kembali kepada bicara asal kita berkenaan perkataan Insya Allah ini. Insya Allah. Dari segi hikmah, menyebut perkataan Insya Allah ini amat besar. Pertama perkataan Insya Allah ini. Perkataan "jika Allah menghendaki ini" menunjukkan betapa besar dan agungnya Allah swt dalam menjadikan sesuatu itu jadi mahupun tak jadi. Membuktikan betapa kita adalah hamba yang sentiasa berada dibawah pemerhatian dan penguasaan Allah. Membuktikan maha mengetahuinya Allah terhadap setiap perkara. Hatta berlaganya 2 butir pasir di dasar lautan itu pun, adalah dibawah penguasaan, pengetahuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Allah ajarkan kita menyebut perkataan Insya Allah ini berdasarkan apa yang diwahyukan kepada nabi besar kita, Nabi Muhammad SAW. Pada suatu waktu sahabat-sahabat sekelian, beberapa penduduk Mekkah datang kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan penjelasan tentang roh, kisah-kisah pemuda-pemuda gua, Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi Muhammad SAW menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan. "Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemohan kaum kafir. Saat itulah turun ayat menegur Nabi SAW.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (Surah Al-Kahfi 18:24)

Sebagai hamba. Kemampuan kita adalah terbatas dan sentiasa menghendak dan berharap-harap agar Allah memberikan restu keizinan terhadap apa yang telah, sedang mahupun yang bakal kita lakukan. Allah tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik. Allah berkuasa menjadikan dan membatalkan. Allah berkuasa mengadakan dan mentiadakan. Segala yang berlaku berada di tangan Allah. Segala yang ada adalah semata-mata hak allah. Kita ini hanya hamba yang mengharap-harap, kasih sayang Allah. Namun sahabat-sahabat sekelian, Allah itu maha adil lagi bijaksana. Allah adil dalam memberikan kita "hak" untuk berusaha. Allah maha bijaksana dan memberikan kita hambanya ini pinjaman akal kebijaksanaan supaya kita mampu berfikir. Dari sifat berfikir itu Alllah beri kita daya dan kekuatan tubuh badan agar kita terus mampu untuk survive sebagai khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai hambanya, kita berhak dalam berusaha. Kita juga berhak meminta-minta melalui doa-doa yang tidak pernah putus agar hasil dari daya dan usaha kita itu berjaya terlaksana. Dan Insya Allah, keadilan Allah itu selalu bijaksana dalam membalas hasil usaha kita dengan apa yang kita pintakan. Dengan apa yang kita hajatkan. Insya Allah.

Sayangnya, terdapat segolongan hambanya yang menganggap segala yang berlaku sama ada kejayaan mahupun kegagalan, kebaikan mahupun kemudharatan segalanya berlaku dengan sebab diri manusia itu sendiri tanpa memandang akan peranan kekuasaan Allah ketika merencana atau mengerjakan sesuatu. Mereka melakukan segalanya dengan perasan angkuh, takbur tanpa sedikit pun menadah tangan bagi mengharap-harap redha Allah terhadap apa yang dilaksanakan. Terdapat juga di kalangan kita yang menjadikan perkataan Insya Allah ini sebagai bahan atau alat bagi menghalalkan tindakan mereka dalam melanggar perjanjian. Menghalalkan tindakan mereka untuk tidak melakukan apa-apa usaha dari komitmen yang telah diamanahkan. Dan perkataan Insya Allah itu juga dianggap percakapan rutin yang telah menjadi adat yang diajar sedari kecil sebagai ayat pelengkap janji tanpa menghayati makna disebalik perkataan Insya Allah itu sendiri. Sepatutnya, setelah kita ucapkan Insya Allah, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan-tuntutan perjanji tersebut.

Kesan dari penghayatan yang sambil lewa ini amat buruk terhadap masyarakat. Perkataan Insya Allah yang disalahgunakan akan memakan diri sendiri. Dalam perhubungan contohnya. Hubungan rumah tangga akan terjejas disebabkan perlanggaran janji antara suami isteri. Berlaku perselisihan dari janji yang tidak tertunai ini sehingga membawa kepada keretakan yang berakhir dengan perceraian. Anak-anak akan menjadi mangsa. Pertumbuhan anak-anak yang sepatutnya dibajai dengan kasih sayang tidak tertunai. Maka wujudlah masalah-masalah lain seperti keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan sebagainya. Waktu itu, kita hanya menggelengkan kepala seakan kesal kononya.

Di dalam perhubungan sesama manusia pula, pasti pemungkir-pemungkir ini akan terpinggir dari percampuran masyarakat akibat hilang kepercayaan sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada perpecahan sesama kita. Akan berlaku perkara-perkara seperti ungkit mengungkit, cakap-cakap belakang, khianat, berdendam, berpuak-puak serta pergaduhan yang akhirnya merugikan sesama kita. Dalam sektor perniagaan pula, sudah semestinya perniagaan akan semakin mundur atau gagal dibangunkan akibat melanggar perjanjian. Rakan-rakan niaga pasti ramai yang akan meninggalkan kerana kehilangan kepercayaan terhadap kemampuan sesebuah syarikat dalam melunaskan janji. Akhirnya berlakulah episod-episod gulung tikar akibat kerugian yang tidak mampu ditampung lagi.

Pemimpin. Biasa kita dengar. Pemimpin yang sekadar menabur janji dan kemudian berkata Insya Allah. Seandainya gagal melaksanakan amanah dan kepercayaan rakyat seperti mana yang telah dijanjikan, sudah tentu pemimpin seperti ini akan ditolak oleh masyarakat. Seterusnya akan bangkit pemimpin-pemimpin baru yang menabur janji yang labih meyakinkan. Rakyat memilih lagi. Namun, seandainya berlaku keadaan yang sama, yang rugi adalah masyarakat dan negara. Dengan pemimpin yang silih berganti, namun tetap gagal mengubah atau membangunkan sesebuah tempat yang diwakili. Masyarakat akan terus mundur dan tercicir dari arus pembangunan dan kemajuan.

Di peringkat dunia. Perjanjian demi perjanjian dicipta. Ditulis dan ditandangani pemimpin-pemimpin negara. Namun, perjanjian-perjanjian itu tetap dilanggar juga. Pencabulan demi pencabulan terus-terusan berlaku. Hak demi hak sesebuah negara terus-terus dinafikan. Lantaran itu akan bangkitlah kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang menuntut-nuntut hak.Keganasan berleluasa. Negara-negara yang dahulunya aman dan damai akan diancam kancah pergerangan. Senjata-senjata pembunuh dibangunkan bagi menunjukkan siapa yang kuat dialah kudrat. Akhirnya membinasakan sekelian alam yang indah ini.

Di manakah kita ketika berjanji. Apakah sewaktu berjanji itu sekadar melafazkan di bibir sebagai pemanis ayat dan penyedap hati. Apabila gagal melunaskan janji, bertanggungjawabkah kita? Terfikirkah kita akan dosa-dosa kemunafikan yang tercipta akibat kemungkiran yang diciptakan. Terfikirkah kita akan balasan tuhan yang menanti di dunia, di barzakh mahupun di neraka jahannam. Mungkin kita tidak terfikir. Sebab pada kita perkataan Insya Allah itu, ringkas dan mudah-mudah sahaja dicakapkan... Hayatilah perkataan Insya Allah itu. Bukan… Mengapa… Bagaimana… dan Kenapa semuanya ditangan tuhan semata-mata.

5.12.10

Entry Biase-biase je

Salam. Apa khabar kalian. Hujung minggu yang harmoni. Hari ni, kerja. Tapi masuk jam 11 dan "out" jam 5 atau enam nanti. Jam bekerja yang dipendekkan, memandangkan senior-senior aku yang baik-baik hati ni dah risau tengok keadaan muke aku yang dah start cengkung dan aku kelihatan banyak diam-diam sahaja.

"Kau ok tak zul?" tanya salah seorang senior. Ade juga yang ayatnye macam ni, "you all (Walhal bercakap dengan aku sorang je). You all ok tak? Kesian mak tengok you all ni. Minggu ni tak de off day lagi ye. Tak pe-tak pe hari selasa ni you all off ye. Selasa ni tak busy. Alahai kesian 'anak ikan' mak sorang ni" Hahahaha, 'anak ikan dikatenye aku.

So far setakat hampir sebulan aku kat tempat baru ni, segalanya berjalan lancar. Syukur aku tak "menari-nari" canggung untuk sesuaikan diri dengan suasana di sini. Alhamdulillah, senior-senior rata-rata tak bersikap prejudis, bias, mahupun bersentimen terhadap kakitangan baru macam aku. Kene tegur bila buat silap sikit tu, biasa lah. Aku faham dari segi sistem, lain tempat, lain caranya. Aku ambil yang baik-baik sahaja.

Pada aku, kat sini, datang kerja adalah untuk kerja semata-mata. Kalau ade button automatik kat mana-mana pada badan ni, dah lame aku tekan. Sebab, kadang-kadang kerja sampai tak ada masa untuk rehat-rehat, borak-borak, gosip-gosip dan lain-lain hal. Rehat-rehat kat sini ialah bila segala kerja siap. Rehat-rehat kat sini ialah bila dah tak ade ape-ape dah yang nak dibuat. Maksudnye bile tak banyak function masuk la. Hah tu baru rehat.

Mungkin orang yang tak banyak cerita macam aku ni sesuai untuk bekerja kat tempat yang macam ni. Layan kerja. Sambil zahir, anggota tubuh bergerak, fikiran fikir-fikir ilham yang menarik untuk aku cetus di sini. Fikir-fikir nasib diri. Fikir-fikir jalan yang terbaik untuk ubah hidup. Sambil buat kerja, sambil fikir-fikir.

Perkara yang menarik apabila menceburi bidang hospitality ni ialah, secara automatinya tekak bertukar menjadi tekak orang kaya. Yang aku maksudkan tekak, bukan taste. Mahu tak nye. Makan dan minum sedap-sedap belaka. Free pulak tu. Western ada, indian ada, chinese ada, pendek kata macam-macam ada. Kadang-kadang dalam sesak-sesak duit tu, Allah tolong dengan cara lain. Bab makan, memang Allah bagi percuma kat aku. Thank you Allah.

Satu lagi perkara yang tak perlu aku fikir bile berkerja di tempat baru ni ialah, aktiviti petang atau pagi yang selalu aku lakukan. Berlari-lari anak atau jogging. Secara automatiknya aku tak perlu fikir dah cara-cara nak kuruskan badan. Belum sebulan aku kat sini, lubang tali pinggang aku dah digunakn semaksimumnya. Habis semua lubang aku pakai. Ni pun ade rase nak turun lagi ni. Badan sihat, selera sedap. Ape lagi mahu pikir setakat ni, selain pelahan-lahan atur semula langkah agar tak canggung dan tak silap lagi.

Hmmm... Dalam kepala serabut, tapi jangan kerana keserabutan tu, kawan-kawan yang tak terlibat dengan persoalan hidup yang dihadapi terkene tempiasnya. Mereka berhak mendapat kawan yang ceria dan senyum-senyum wajahnya bila bertemu. Jangan kerana muka "jeruk basi" kita yang kita bawak dek kerana masalah peribadi men'spoil" mood mereka jugak. Bak kata nora danish, yang penting... Enjoyyyy!!! (syok betul aku kat mak jande ni. dah la cantik, bijak, gegirl pulak tu).

"entry biase-biase je Wak Dol? dah tak de idea sangat la tu..." usik samad sambil minum kopi bersama roti bakar kaya.

"macam tu la..." keluh Wak Dol sambil melayan blues....

2.12.10

Journey

Merantasi perjalanan yang meletihkan. Dengan onak-onak liku yang yang sering menggigit kaki. Sesekali terasa sebal di dada. Pada usia-usia yang kian meningkat ini. Menjelang lima belas ke dua puluh tahun yang mendatang, barangkali sendi-sendi tubuh ini akan merasai kesannya. Dek asakan perjalanan yang sebegitu memeritkan. Selagi usia masih dikemuncak kekuatan sebagai seorang lelaki ini, biarlah sakit-sakit ini ditahan-tahankan dahulu. Ditangguh-tangguhkan dahulu rehat-rehatnya. Daya yang ada ini seharusnya digunakan sehabis mungkin. Berpayah-payah dahulu, kemudian senang akan berkunjung juga.


Ninjau-ninjau kanan dan kiri. Kalau-kalau bertemu perhentian atau persinggahan. Elok untuk istirehat yang sekejap. Ngelap-ngelap peluh serta basah-basahkan tekak dengan teguk air yang dibekalkan ibu. Menjamah sisa-sisa bekal yang siapkan abah. Serta mencatit-catit ilmu-ilmu baharu sepanjang jalan. Dari catit-catit ini di suatu masa nanti, akan bisa jadi risalah buat tatapan anak-anak cucu tentang kisah perjalanan seorang lelaki yang diciptakan dengan sebagai pemilik amanah ini.



Pertemuan di pohon yang besar dan rendang itu mengingatkan aku kepada kamu. Saat awal mula pertemuan, kita hanya pantas tersenyum. Menampakkan deretan gigi yang memutih. Tiada apa yang terlintas di fikiran aku tentang kamu. Selain, kamu juga pejalan seperti aku yang berhenti seketika di hentian rendang ini. Di awal perbualan, aku mula mengamat-amati gaya serta cara kamu. Kamu seorang yang baik lagi jujur yang mengungkap kata-kata yang cukup tersusun bahasanya. Santun lagi merendah nadanya. Lantas kamu memperkenalkan diri sebagai "Kenalan".




Aku harus pergi pada waktu itu. Lantas meminta permisi. Kamu membalasnya dengan angguk dan senyum. Satu pertemuan singkat, namun cukup mengingatkan walau hanya sempat berbicara tentang perkara-perkara yang biasa-biasa sahaja. Namun aku senang dengan cara mudah mesra kamu. Aku senang dengan senyum kamu. Dan sewaktu aku berpaling untuk mengerling kamu, rupa-rupanya kamu masih lagi memerhatikan aku dengan senyum kamu yang aku sukai itu.





Segera aku matikan langkah apabila melihat kamu mulai berkemas dan bersegera mendekati aku. Kata kamu, "mengapa tidak berjalan bersama sahaja. Manalah tahu seandainya jalan tujuan kita sama. Setidak-tidaknya tiadalah bersorangan". Aku menerimanya dengan lapang dada ku. Walaupun jauh dilubuk hati ini, risau bimbang seandainya aku bakal menyusahkan kamu. Risau bimbang kerna aku bukanlah pejalan biasa seperti yang lain-lain. Perjalannan ku ini membawa bersama beban-beban yang tidak semua memilihnya.




Kamu menghulur tangan mu. Lantas meminta agar aku memberikan salah satu bungkusan yang ku bawa untuk kau tolong galaskan. Hemat ku menolaknya. Aku tak bisa membebankan kamu. Aku tidak mahu menyukarkan kamu. Elok kamu diam-diam sahaja atau berbual-bual sahaja sepanjang perjalanan ini. Beban ku ini biarkan sahaja bersama ku. Namun mudah sahaja kamu mematahkan kata-kata ku. Dan masih aku ingat kata-kata kamu ketika itu. Kata kamu, "aku ikhlas menolong. Kita bukankah kawan?"



Aku akur. Walaupun terpalit rasa bersalah. Kini aku menyusahkan kamu dengan sebahagian beban ku. Yang tak sepatutnya insan seperti kamu, yang memiliki senyuman manis membawanya. Ketika aku hanya berdiam, kamu memulakan bicara. Bercerita tentang cerita suka duka kehidupan kamu pada masa-masa lepas mu. Bercerita tentang impian kamu pada masa mendatang. Aku hanya mendengar dengan penuh minat bersama sesekali angguk dan berkata "ohhhh".




Tanya mu menggamit perhatian ku. Tanya mu, "mengapa hanya aku sahaja yang bicara? kamu banyak berdiam sahaja". Aku lantas membalasnya dengan senyum. Kata ku, "aku bukan pencerita seperti kamu, aku tidak punyai cerita kisah menarik seperti kamu. Aku hanyalah seorang pemikir. Dari cerita-cerita kamu itu, aku simpan buat panduan. Simpan buat kenangan ku. Simpan buat cetusan ilham ku. Ya, aku seorang pemikir". Kau senyum lagi dengan senyuman yang aku suka itu. Kata mu, aku seorang pendengar yang baik. "Teman" yang baik. Dan kau senang bertemankan aku sepanjang perjalanan ini.




Berhari-hari lamanya mengharung perjalanan bersama kamu. Aku tidak bisa mengingat ini hari yang kesekian berapakah. Yang pasti, kamu masih lagi seiring bersama aku. Meranduk onak-onak bersama. Menuruni perbukitan serta mendaki daik gunung bersama. Tertawa dengan jenaka-jenaka sepanjang jalan. Terdiam bila ada salah selisih yang mengganggu fikiran. Namun kita terus bersama sepanjang jalan ini. Tanpa ada berkira-kira. Tanpa ada curiga wasangka di dada. Antara aku dan kamu, ditengah-tengannya ada kata percaya.




"Sahabat". Kamu memula bicara. "Percayakah kamu andai suatu hari nanti kita akan terpisah juga?". Kata-kata yang menyentuh hati ku. Aku terdiam. Dari dalam hati aku menjawabnya, "ya aku percaya. Kerana Setiap yang mula itu pasti akan ada kesudahan. Air yang bertakung itu akan mengering juga. Dahan yang subur akan bisa patah juga. Namun, segalanya meninggalkan kesan. Seperti kamu, persahabatan ini meninggalkan kesan yang dalam di hati. Kita mengharung perjalanan yang begitu jauh. Bersaksi hari-hari yang bertahun. Kalau seandainya kita terpisah juga, kamu harus tahu betapa kamu adalah sahabat yang menyempurnakan aku". Kita hanya terdiam. Sambil menjuntaikan kaki pada batu besar di kemuncak pergunungan. Sambil menyaksikan maha luasnya alam ini. Yang hanya sempat sedikit sahaja kita jelajahi bersama.




Pada hari-hari terakhir itu, kita banyak berdiam. Dan aku hanya memerhati kamu dari jauh. Menilai-nilai riak kamu. Mengerling-ngerling senyum kamu yang tidak pernah terluak manisnya itu. Fikiran aku diganggu sesuatu rasa keanehan yang baru kini aku sedari. Ketika kamu mendekat pada ku, dada ku bagai ditendang-tendang debar. Sesuatu rasa yang aku sedar. Aku tidak bisa merasai kehilangan ini. Rasa sayang untuk membiarkan persahabatan ini mati di sini. Rasa sayang pada kamu. Rasa sayang pada kenang-kenangan. Adakah keanehan ini.......




Aku harus menafikan rasa ini. Aku harus menidakkannya. Aku harus sadar akan keterbatasan yang ada. Penghormatan buat aku adalah menjadi sahabat yang baik buat kamu. Kini risau bimbang aku terhadap rasa yang mungkin akan bisa memusnahkan segala-galanya. Ku pujukkan hati, ini adalah rasa yang biasa-biasa sahaja yang dirasai oleh setiap adam terhadap hawa. Harus aku menafikannya. Namun untuk aku menerima kehilangan ini adalah sukar sama sekali.




Hari terakhir pertemuan. Aku melihat dua persimpangan yang bakal memisahkan. Jalan mu yang kiri. Aku akan ambil simpang yang kanan ini. Kata kamu, "Kita akan berpisah juga akhirnya". Ya. Sebagai sahabat yang baik. "Kamu tak mahu ikut aku". Tidak. Tapi kalaulah jalan kita masih sama. "Kamu rasa pertemuan ini sia-sia?". Tidak. Aku banyak belajar dari kamu. Kamu pencerita yang baik. Pemilik senyuman indah yang menggoncang hati aku. "Maaf kalau aku tak sempurna buat kamu". Seharusnya aku yang harus mengatakan begitu. Aku telah banyak menyusahkan kamu. Aku pejalan yang penuh kesusahan dan kekurangan. Namun kamu kekal bersama aku sebagi sahabat yang melengkapkan aku. Terima kasih.




Aku teruskan jalan ku. Melangkah penuh sebal di dada. Namun untuk aku berpaling seperti yang ku lakukan ketika dipohon rendang dahulu tidak upaya aku lakukan. Biar aku belum puas menatap senyum kamu. Biar aku belum puas mendengar cerita kamu. Menjadikan hari ini pasti sesuatu yang janggal buat aku. Sendiri tanpa kamu. Kalau lah aku punyai alasan untuk terus berjalan bersama kamu alangkah indahnya. Kalaulah aku berpeluang untuk sekali lagi bertemu kamu alangkah nikmatnya hidup ini. Tidak akan aku lepaskan segenap ruang dan peluang untuk aku nyatakan yang terbuku dan menyiksakan ini. Ahhh. Mungkin itu sekadar angan kelakian ku.




Langkah ku terhenti. Bungkusan itu masih bersama kamu. Yang kamu galaskan untuk aku di waktu awal pertemuan dahulu. Bungkusan yang amat penting buat aku. Aku harus mendapatkannya. Aku perlu berpaling mencari kamu. Harap kamu masih belum menjauh. Resah ku dengan amanah ku yang entah ke mana kamu bawa pergi. Oh... Rupa-rupanya kamu masih dipersimpangan itu. Menunggu aku datang. "Kalau pun kamu tidak datang hari ini atau esok, aku akan terus menunggu kamu. Sebab aku tahu, kamu pasti datang. Sebab amanah mu, masih ada bersama ku."

1.12.10

Katak oh Katak...

11.25 malam. Bertemu lagi untuk satu lagi entry yang baharu. Salam sejahtera adalah yang terbaik sebagai pembuka bicara. Semoga bersama kalian adalah khabar yang baik lagi sempurna dalam meniti hari-hari terakhir pada bulan-bulan terakhir di 2010 ini. Ternyata masa sebegitu pantas berlalu. Pahit manis perjalanan 2010 hampir menemui kesimpulan serta penutup pelbagai ceritanya. Tahun yang banyak mendidik hati dalam mengenal erti kesabaran. Tahun yang mendidik hati dalam mengenal erti "bayaran" dari sebuah kesabaran yang tak semestinya dibayar dengan bayaran yang "berbaloi-baloi!".

Sudahkah menanamkan azam yang baharu bagi tahun baru yang bakal tiba? Bagi yang belum, sekaranglah masanya. Kerna masih belum terlewat untuk berubah.Ngiyang-ngiyang ditelinga dan main-main difikiran tentang satu perumpamaan yang didengar di sebelah siang tadi. Mencuri-curi dengar serta menumpang-numpang belajar dari ceramah motivasi ditempat kerja. "Selalu kita dengar, katak di bawah tempurang. Katak duduk di bawah tempurung kerana lahiriah katak itu yang berkehendak kepada kelembapan dan persekitaran yang sejuk. Berlindung dari ancaman pemangsa yang memburu. Bila katak merasakan selamat atau cukup rehat-rehatnya, katak akan keluar mencari makan bagi meneruskan survival kehidupan dan pulang kembali untuk "hibernasi" hingga puas hatinya. Jika diperhati perihal katak itu sendiri, seolah-olah katak itu sekadar bermalas-malas sahaja lantaran duduknya di bawah tempurung. Lantas manusia menciptakan peribahasa "Katak di bawah tempurung". Merujuk kepada manusia yang enggan mengubah diri terhadap segala pembaharuan yang datang. Manjadikan manusia itu terus tertinggal dari segala arus yang baharu"Kita ubah peribahasa itu kepada katak di dalam gelas. Gelas yang transparent. Mungkin perumpamaan yang lebih jelas dan sesuai buat kita manusia yang enggan berubah. Apabila katak duduk di dalam gelas, katak bisa terlihat apa yang berlaku dipersekitarannya. Namun katak masih mahu kekal di situ dan tidak mahu berubah. Katak hanya menjadi pemerhati kepada segala perlakuan yang berlaku disekelilingnya tanpa mahu bertindak apa-apa. Katak membiarkan sahaja lalat atau serangga yang menjadi makanannya lalu berterbangan begitu sahaja namun tidak upaya menyambar dek kerana berada di bawah telangkup gelas transparent. Katak lebih selesa di situ. Berada di bawah telangkup gelas kaca yang transparent. Namun katak yang ini tidak pasti bila akan tamat "hibernasinya" dan tidak pasti bilakah masanya untuk ia berasa puas hatinya di situ...Katak bukan Putera Katak yang bakal dicium Nora Danish lantas bertukar menjadi manusia kacak dan berharta. Fikir-fikirkanlah...