28.11.10

Kasim Pantalon

Melancarkan entry baru dihujung minggu. Rasanya elok kiranya kalau dimulai dengan ucapan "sejahtera" kepada semua. Apa khabar hujung minggu. Ada yang sedang bercuti kah? Atau ada yang dalam perjalanan jauh kah? Moga selamat tiba ke destinasi yang ditujui. Pembuka cerita.



Masih cam wajah lelaki bersut hitam dalam gambar di atas? Orangnya sedang-sedang sahaja. Wajahnya sedikit bengis. Bermisai kontot dan sering bertarbus ke mana sahaja. Maklumlah hidup di negara Isketambola lah katakan. Perlulah bertarbus. Orang ini juga sering dikatakan mendampingi majikannya lantaran pekerjaannya sebagai peguam a.k.a "Tuan Penasihat" kepada majikannya ini. Orang ini namanya KASIM PANTALON.

Kasim Pantalon. Salah satu watak dalam filem Tiga Abdul (1964). Watak yang didokong oleh Arwahyarham Seniman Salih Kamil yang selalu terkenal dengan watak antagonisnya dalam filem-filem klasik melayu. Tuan Penasihat. Penasihat 25%. Dan masih ingat tak pada tag line Kasim Pantalon ni, "25%!". Walaupun perkataan 25% tu jarang-jarang disebut dalam filem ni, namun tag line ni memberi kesan yang cukup mendalam sampai hari ni. Perasan tak? Kadang-kadang kalau bergurau dengan sesiapa, dan gurauan tu ada berkait rapat dengan tuntutan keuntungan atau komisyen ke, ada yang meniru-niru gaya Kassim Pantalon ni dalam mengespressikan perkataan 25% tu. "25%!" dalam nada yang spontan dan yakin betul plan yang dirancang menjadi.

Kasim Pantalon. Tuan Penasihat yang penuh geliga. Mempunyai hotak penipu, pembelit nombor satu. Bukan filem Tiga Abdul ni yang nak aku reviewkan di sini. Rata-rata ingat benar akan jalan cerita filem ni. Antara filem yang berkesan dari segi mesej sindirannya dari tuan pengarahnya. Siapa lagi kalau bukan Arwahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee sendiri. Mengingatkan kita kepada watak jenaka, tetapi bermakna dalam filem ni dengan watak Sadiq Sigaraga dan tipu helahnya bersama 'Tuan Penasihat Kassim Pantalon' yang menggunakan strategi 'siapa marah kena jual'.



Kita lantas ketawa terbahak-bahak, terguling-guling nak pecah perut. Ada jugak yang ketawa sampai nak mengalirkan air mata dek penangan lawaknya gelagat “Isketambolanian” ni. Namun hakikatnya sindiran penuh makna Tan Sri P Ramlee hanya tinggal sebagai jenaka tanpa diperhalusi dan direnung-renungkan. Strategi Tuan Sadiq dan Kassim Pantalon ni selalu mengena, malah dibantu juga melalui sokongan anak gadisnya Hamidah dan Rafidah untuk menggoda Abdul Wahib dan Abdul Wahab sehingga tergadainya harta peninggalan Ismet Ulam Raja.


Teknik cuba jaya yang dilakukan ialah dengan membuat provokasi agar Tiga Abul ini cepat marah. Apabila sahaja pelanduk memasuki jerat, yang menangguk di air yang keruh tentu saja 'Tuan Penasihat' yang mengaut rezeki mudah. Komisyen 25%. Banyak tu. 25% dari juta-juta Pound Sterling. Provokasi demi provokasi dilakukan, akhirnya menyebabkan kedua-dua beradik itu dijual sebagai hamba. Tak ke naya orang tu. Memang penipu, pembelit nombor satu. Tapi natijahnya, di akhir cerita, penasihat yang disayangi tuannya ni akhirnya tersilap langkah juga. Menjerumus Tuan Sadiq sekeluarga ke arah yang menjahanamkan!

Itu dalam filem. Watak-watak yang diolah dan dikarang. Bagaimana dengan kehidupan sehari-hari? Realiti? Sedarkah kita akan kewujudan Kasim Pantalon dalam kehidupan kita? Tak kiralah rakan-rakan, saudara mara, rakan sekerja dan sebagainya. Menjadi penasihat. Penasihat yang tidak adil atau berat sebelah.  


Adakah tuan penasihat yang menasihat itu, bebas dari sebarang sentimen? Atau, penasihat yang menasihat itu, mempunyai agenda dalam nasihat yang diberinya? "Take things for granted" bak kate Mat Salleh. Walaupun kehadiran tuan penasihat itu, antaranya tidak mengenakan sebarang charge mahupun komisyen dari nasihat yang diberi. Seandainya nasihat-nasihat yang diberi tu, menjurus ke arah yang menjahanamkan, aku tetap mengkelaskan penasihat-penasihat ni sebagai “Kasim Pantalon”

Menjadi penasihat tidak semestinya menjadi hakim dalam memutuskan keputusan. Biar yang merujuk itu yang menjadi hakim, dan menggunakan kebijaksaannya dalam membuat keputusan. Bukan Anda!


Yang menjadi hakim pun, semestinya perlu terlebih dahulu mendengar hujjah dari pendakwa dan juga yang kena tuduh. Memandang segenap aspek secara menyeluruh. Mendapatkan segala fakta dari pelbagai sumber. Merujuk dari pelbagai pendapat (bukan satu sumber sahaja). Barulah keputusan yang dikeluarkan dilihat adil dan baik untuk semua, selain tidak berat sebelah dan bebas dari segala sentiment. 


Adakah anda penasihat yang adil? Setelah beberapa nasihat yang keluar dari mulut anda selama ini, adakan anda adil? Adakah anda cukup bijak dalam 'coverline' kepentingan anda di situ? 

Kepada Kasim Pantalon sekian. Jadilah penasihat yang adil. Penasihat yang baik. Bukan yang MENJAHANAMKAN!

Hamidah… Rafidah… Ghasidah… Jalan dahhh!!!

27.11.10

Entry Khas Gerila Penulisan Kreatif

Salam. Salam semua. Salam ukhwah. Salam 1 Malaysia. Pagi sabtu yang harmoni berteman sayup-sayup suara kicau burung. Segar dilimpagi suria pagi yang benderang yang selalu sahaja menghangatkan. Tenang menarik nafas yang dalam, bermalas-malas, sementara menanti jam 2 petang untuk ke lubuk rezeki. Tempat kerja.

Bakal menempuh Disember yang dideretkan kesibukan kerja. Sempena cuti-cuti sekolah yang telah pun bermula ini, pasti banyak majlis-majlis nikah kahwin yang bakal berlansung. Pasti sahaja akan keluar pagi-pagi dan pulang lewat malam-malam. Menjadikan hari-hari terisi dengan 'sesuatu'.

Di sini. Pasti juga akan sibuk. Lantaran semangat menulis semakin membara ketika ini. Pasti waktu untuk pulang dari kerja adalah waktu-waktu yang amat dinanti. Untuk menggerakkan jemari pada papan kekunci hitam ini. Mencoret segala cerita suka duka kehidupan yang pasti tidaklah kesemuanya akan aku tuliskan. Yang pasti tidak kesemua nama-nama wataknya akan aku sebutkan. Barangkali cukup dengan sinis sindir, jenaka-jenaka bermakna, kata-kata berkias untuk bersama difikir-fikirkan.
Sekadar pembuka bicara. Sekadar pembasah tekak dan perangsang minda. Gerila Penulisan Kreatif. Medan bicara penulis-penulis bebas. Meskipun telah banyak kewujudan laman seangkatannya, penubuhan laman ini bukanlah bagi mencari pengaruh. Bukanlah dari pengaruh itu untuk bersuku-suku lantas bermusuh dan bergaduh-gaduh. Kewujudan laman ini hanyalah sebagai memenuhi takdir tulisan tuhan kepada insan-insan yang selalu menghargai kurniaan fantasi imaginasi dan kretiviti yang dicetus-luahkan melalui medan yang dipanggil penulisan.
Olahan ini adalah sebagai langkah hebahan semata. Bukan untuk diriak-riakkan. Bagi menarik lebih ramai lagi yang diluar sana agar bersama-sama menyulam ilham bersama. Berkongsi bersama yang memahami. Berkongsi bersama yang meminati. Berkongsi bukan untuk mencari "publisiti". Dari perkongsian ini akan melahir anak-anak bangsa yang selalu cinta dan sayang kepada ilmu. Dari perkongsian ini terjalinlah ukhwah. Dari perkongsian ini terbina persaudaraan.
Di sini adalah medan interaktif. Penghubung bicara sesama ahli. Juga pembekal cerita kepada yang hanya memandang dari jauh. Yang hanya singgah dan pergi. Dan yang singgah dan pergi itu, pasti akan datang lagi sesekali. Untuk berkongsi secara diam. Membaca apa-apa yang perlu sebelum pergi. Setidak-tidaknya, perkongsian ini juga, untuk yang bukan mendaftar sebagai ahli di sini.
Di sini segalanya ikhlas. Tidak membayar dan tidak dibayar. Segalanya adalah semata-mata berlandaskan "suka sama suka". Berlandaskan minat yang sama. Berlandaskan kesefahaman yang sama. Juga atas kecintaan yang sama terhadap penulisan. Kami bukanlah pelik. Jika pelik, nama-nama besar yang lain juga pelik. Penulis-penulis besar lain jugak lebih pelik. Kami juga insan biasa yang tiada sebarang keanehan. Cuma dikurniai sekeping hati serta pemikiran yang selalu memperhalusi sesuatu dan mencanaikannya di medan ini.
Hebahan ini untuk semua. Manfaatnya juga untuk semua. Yang suka, puji-pujikan. Yang benci hina-hinakan. Setiap manusia punyai pemahaman tersendiri. Ada yang sama. Ada yang berbeda. Seandainya kau sama seperti kami. Ayuh bersama. Berkembang bersama-sama kami. Di sini. Di Gerila Penulisan Kreatif.

26.11.10

Jin Lesbian

Salam.Petang Jumaat yang harmony.Sambil mata dan telinga melayan slot indon petang ni di TV3. Layan jugak cerita petang ni. Tentang "Jin Lesbian". Macam-macam jenis makhluk ciptaan Allah ni. Ade lesbian. Yang gayboy pun "harus" lah ade jugak agaknye. Tu belum jin-jin pondan. Haruslahh (dengan lenggok ala-ala pondan siam). Hmmm. Zaman sekarang semakin banyak pula pusat-pusat rawatan bercirikan keislaman. Menunjukkan juga semakin ramai dikalangan masyarakat yang mulai "concerned" terhadap kewujudan makhluk-makhluk halus ni.

Agak-agak dalam badan kita ni ade ke jin yang menyangkut? Menumpang ke. Na'uzubillah. Mana lah tahu, sama ade yang terwaris secara tak sengaja dari zaman tuk nenek kite dulu. Atau yang tak sengaja kita bawak balik ke. Kalau ikut jalan cerita dalam slot "astagfirullah" ni, jin tu memang dah lame port dalam badan Cik Rosmah ni. Atas sebab tu la si Rosmah ni ade penyakit lesbian ni. Bahaya.

Macam mane pulak yang jadi songsang ni atas sebab mengada-ngada. Ye lah kononnye kekecewaan yang melampau la. Hilang kepercayaan terhadap lawan berlainan jenis. Terus bertukar jadi songsang. Elok-elok wanita sejati, jadi lesbian. Yang lelaki, jadik gay boy. Huih. Tak sedarlah akan laknat Allah yang jatuh pada ummat nabi Allah Lut. Pasal tak ambil ikhtibar la tu.

Namun tak dinafikan terdapat jugak golongan songsang ni yang lahir-lahir dah songsang. Dari kecik songsang. Atau erti kata lain, kalau yang perempuan perwatakan kasar macam lelaki. Tomboy. Tomcat dan sebagainye. Yang lelaki dari kecik gemalai. Macam yang dalam drama Sutun tu. Pernah jugak aku borak-borak dengan golongan songsang ni berkenaan punca kenapa sampai jadi macam ni. Rata-rata cakap, sejak kecik. Ada juga yang terpengaruh oleh kehadiran lawan jantina yang ramai.

Tak dinafikan juga asuhan serta bimbingan yang salah dari kedua ibubapa mahupun keluarga. Macam dalam drama Sutun tu. Dari kecik lagi diasuh tak sepatutnye. Anak lelaki dipakaikan pakaian perempuan. Dibelikan permainan perempuan. Bahkan dilayan macam perempuan. Lame kelamaan terus lekat. Lembut gemalai sampai ke besar. Kesian.

"Korang yang nampak ni memang lucu, tapi, korang ingat 'Mak' nak dilahirkan macam ni? Pakai-pakai make up, lipstik macam ni?" Macam tu lah kata-kata yang dilafazkan oleh seorang rakan yang dilahirkan lembut ni. Kesian, tapi nak buat macam mane. Doakan je la diorang ni mendapat petunjuk dan tak menyimpang ke jalan yang tersesat.

Cuma bab yang aku pantang, bila golongan-golongan yang songsang ni cuba mempengaruhi orang-orang straight disekeliling aku. Agak-agak la. Dan selidik dulu latar belakang orang yang nak kau "jilat" tu. Buah hati orang ke, awek orang ke. Agak-agak la. Kot kau nak songsang cari yang sama-sama songsang macam kau. Jangan cuba pengaruh orang yang terdidik elok-elok sejak kecik untuk masuk "line" laknat tuhan macam kau.

Pengalaman aku berdepan seorang lesbian yang cuba mengusap-ngusap kawan aku depan mata aku. Tangan sibuk nak merabe zon larangan. Konon-kononnye bergurau. Gurau cara lain boleh kan? Kalau tak tahan sangat harap jangan la buat depan mata aku. Dan harap cari la orang lain untuk kau rabe-rabe demi kesedapan nafsu songsang kau. Orang yang kau raba tu, budak baik dan terdidik dengan ajaran agama yang cukup dari family nye. Bukan macam kau. Lesbian, isap rokok dan layan "ice"!

Tak pun, aku harap agar pergilah berubat. Mana la tahu dalam badan tu ade jin. Jin Lesbian. Nampak dalam badan kau memang macam ade je. Pasal saiz badan kau je, dah dekat sama besar dengan JIN!

25.11.10

TheTimelines di Blog Review Gnesop

Sejak kebelakangan ni aku bagai hilang sentuhan. Bak kata Zulfikar "stroke" atau gaya penulisan. Ape yang ditaip ini pun sekadar mengikut pergerakan jemari yang dipengaruhi minda aku yang buntu tak menentu. Fikiran aku kadang-kadang tak mampu fokus pada perkara yang aku tulis... Ayuh... Tarik nafas. Cuba buang hal-hal yang tak penting yang aku anggap penting selama ni. Cuba kembali kepada ruang diri sendiri. Hargai diri sendiri. Sebab, tak semua yang aku anggap penting selama ni, menganggap aku penting.

Memulakan penghidupan baru. Sebagai orang bujang yang cuba mencari-cari segala yang ada buat dirinya dengan keikhlasan. Ikhlas menerima segalanya. Bukan sekadar redha yang hanya disebut dibibir. Ikhlas menerima takdir tuhan terhadap nasib diri yang sedang atau telah dikarang olah tuhan. Ikhlas berusaha mengubah segenap ketentuan. Ikhlas dalam berkhidmat. Ikhlas dalam bersaudara. Ikhlas dalam pergaulan. Ikhlas dalam segalanya. Menulis juga mahu ikhlas. Baru berjiwa. Baru sentuhan itu hidup dan memberi kesan kepada semua. Inilah yang cuba aku terapkan dalam hidup yang menempuh fasa baru ini.

Sekadar intro pembuka bicara. Sebelum aku mengolak dan terus menaip segala cerita watak-watak lama, yang ada, mahu pun yang baharu dalam hidup aku. Kepada watak-watak yang terpaksa aku matikan dari hidup aku, maaf. Bukan niat untuk aku membuangnya. Dek kerana takdir yang memaksa aku melupakan dari zahirnya. Jauh dalam hati, adalah mustahil untuk aku memformat segenap ingatan pada watak-watak yang mati ini, selagi tuhan tidak memberi izin. Semoga aku cekal dalam mendoakan watak-watak mati ini kekal sejahtera...

Lupakan. Lupakan. Lupakan. Ada yang lebih menghargai hari ini. Ada yang selalu memberi kekuatan. Ada yang sentiasa ada. Watak-watak yang sentiasa menghidupkan jiwa yang mati ini. Keluarga, Saudara Zulfikar, Rakan-rakan sekerja yang selalu buat aku tertawa. Rakan-rakan blogger yang selalu berkongsi dan memahami minat yang sama. Serta semua watak-watak yang aku temui yang memahami erti sebuah keikhlasan dan hormat. Terima kasih.

Baru-baru ini aku dianugerahkan penghargaan. Yang wajar aku kongsikan kepada kalian semua. Yang wajar aku banggakan. Yang wajar aku hargai. Siapa sangka blog milik budak kampung yang tak punyai apa-apa ini mendapat tempat pada sesetengah hati. Alhamdulillah. Paling tidak pun, ada sesuatu yang masih boleh aku banggakan. Terima kasih Saudara Gnesop
www.gnesop.com di atas kesudian memberi ruang kepada TheTimelines bagi program 1 hari 1 blog review.
Aku pun tak sangka, dalam beratus permohonan dari blogger-blogger dari seluruh negara, TheTimelines antara yang berjaya menawan hati admin di Gnesop. Kepada geng-geng terjah blog, pun terima kasih diucapkan di atas komen dan teguran yang diberi. Saya menerima segala komen dan teguran tersebut dalam nada yang amat merendah diri dan perasaan ingin belajar yang sangat tinggi. Terima kasih kepada kalian.
Eloklah jugak. Di kesempatan yang ada ni, biarlah aku ambil sedikit untuk menjawab komen-komen yang telah diberi olah rakan-rakan di Gnesop.
Aretikz. Betul telahan saudara. aku bukanlah blogger tegar yang menghabiskan masa hari-hari dengan berblogging. Kesibukan kerja yang membawa kepada keletihan menyebabkan kadang kala aku tidak punyai masa untuk menulis. Namun, betul kata Aretikz untuk menjadi mantap tulisannya, perlu selalu hantar atau kemaskini entry-entry terbaru. Insyaallah, selepas ni akan cuba untuk kemaskini sekerap mungkin. Mungkin cara terbaik selepas ni dengan ada jadual untuk mengemaskini entry terbaru. Terima kasih Aretikz.
ComeyBelako. Muda. Rasanya masa dah suntuk ni. Tapi betul la. 26 baru. Masih terlalu muda dalam bidang penulisan ni. Masih kurang dari segi pengalaman. Kadang-kadang gaya penulisan tu, lebih dikuasai emosi yang tidak-tidak. Ilham selalu hilang dan fikiran selalu tidak fokus. Tapi, masih punyai banyak ruang-ruang untuk memperbaiki diri. Tak kiralah di sini, mahupun pada kehidupan realiti di luar sana.
Naz. Banyak komentar saya terima dari shoutbox mahupun ruangan komen berkenaan template yang saya gunakan. Termasuklah dari saudara Gnesop direviewnya. Ada yang mengatakan baik. Ada juga dengan pandangan yang membina. Berkenaan widget tu, atas nasihat saudara, saya telah membuang sedikit widget yang tidak banyak fungsinya terhadap blog ni. Dari segi template ni, insyaallah, ada kelapangan saya akan kemas kini.

Sebahagian dari ulasan aku terhadap program 1 hari 1 blog review di Gnesop.com ni. Bangga. Syukur. Terharu. Dikalangan blogger pasti faham mengapa.

Sekian...

19.11.10

Hak + Ego lawan Tolerate

Hak: Hak aku!... suka hati aku la
Hak: Sayang punya suka la nak buat ape pun. Yang Abang sibuk nak soal siasat macam polis ni nape?!
Hak: Ini hak kami! Kami hanya menuntut hak kami
Tolerate: Kalau macam tu tak mengapalah. Mungkin silap pihak kami yang terlepas pandang.
Tolerate: Minta maaf. Abang tanya pun untuk dapatkan penjelasan. Bukan apa-apa.
Tolerate: Minta maaf.

Hari ni. Sejak kebelakangan ni. Ramai yang memperkatakan soal hak. Sana hak. Sini hak. Semua hak. Tapi berapa ramai yang memahami keertian sesuatu yang dipanggil hak itu? Hak! Keutamaan. Kepunyaan. Kepentingan. Dan dalam kononnya kita sibuk-sibuk menegakkan hak itu, adakah kita mengambil kira soal-soal lain. Persekitaran. Perasaan. Serta kesan dari tindakan yang kononnya berlandaskan hak itu sendiri. Hak atau ego? Perasan tak? Beria-ia melaung hak. Tak sedar diri ego. Kalau hak, perlu ada keadilan. Tapi laungan hak kalau bercampur dengan sikap ego pasti binasa. Tampak menyombong, walhal terselit kebodoh-bodohan disebalik tingkah. Atau dalam bahasa yang paling mudah, BODOH SOMBONG. Mak aku pesan, orang bodoh sombong ni, lama-lama, sikap sombong tak bertempat tu akan dimakan oleh kebodohan diri sendiri. Hah! Macam mane tu.

Ego. Aku ada ego. Kau? Rasenye semua ade sikap ni. Tiga huruf je. E.G.O. Ego. Tak boleh ditegur. Tak boleh diajar. Berpendirian yang tidak-tidak. Kalau bos, tak boleh buat sikit pun kerja kuli. Takut-takut jatuh martabat sebagai bos kononnye. Walhal, kalau kau kuli, kau pun suke bile bos kau turun padang bekerja sama-sama dengan kau. Ni seperkara yang nak aku kongsikan. Susah jugak kan? Nak cari bos yang bile jumpe kuli, bos yang bagi salam dahulu kat kuli. Atau bos dulu yang tegur kuli. Pesanan buat korang-korang yang bergelar bos. Tak jatuh martabat korang kalau sesekali, korang dulu yang bagi salam kat pekerja-pekerja korang. Kalau amalkan selalu pun bagus. Sunnah tu. Rasulullah saw pun terkenal sebagai pemberi dan pemula Salam. Amalkanla…

Tu cerita pasal bos. Kalau kau kuli pulak, dikalangan kuli-kuli yang lain, kau ambil kire faktor senioriti. Faktor umur atau senioriti ni digunakan untuk mengharamkan teguran dari junior-junior. Kononnye kau senior, kire kau otai la. Silap-silap bos sendiri tegur pun buat dek. Tak boleh ditegur atau dinasihat. Patutnye makin lame kerja, makin mantap persembahan kerja. Makin matang berdasarkan pengalaman. Terbuka dalam menerima pandangan serta teguran dari orang-orang baru yang barangkali membawa idea yang baru dan segar. Ni tidak. Junior bukak mulut. Kau balas sengan “sembur”. Come on la profesional la sikit oi. Dunia kat luar tu dah berbatu-batu meninggalkan korang. Korang kat situ jugak. Tak ke mane-mane. Aku gelak dalam hati…

Dalam hubungan. Bila hak + ego. Mampos! Kau nak hubungan macam ni? Tak kirela hubungan laki bini atau loving couple ke, kawan-kawan atau rakan sekerja dan sebagainya. Cakap kau je yang betul. Bile bersuara pulak, kau kate membetah cakap kau. Tak boleh dibawak berbincang. “A” kata kau, maka “A” la. Walhal dari “A” tu, boleh dijadikan “A+” yang lebih elok dan menguntungkan kedua-dua pihak. Nanti bila diam kau kate tak ambil pedulik. Kalau laki bini atau loving couple, mase-mase ni la digunakan untuk mula cari spare part (Dasar Jalang… Dasar Dayus). Kalau kawan-kawan atau rakan sekerja, mase ni la mula bermain politik. Mencari rakan-rakan lain yang boleh di”tunggang” untuk kepentingan. Cari mase-mase susah-susah je. Kawan gembira senang dicari. Bila menangis, ade kawan-kawan yang nak datang duduk sebelah kau dan nangis same-same tak pasal-pasal? (Tapi jangan lupa kawan-kawan yang sentiasa ade meluang masa untuk kite mase susah atau senang).

Tutup bab Hak + Ego. Mari sentuh sikit bab tolerate. Baik. Tapi perlu bertempat. Jangan sampai sedar-sedar ade kaki orang atas kepala korang (kene pijak kepala la!). Tu yang aku tak nak. Cume sikap tolerate atau beralah atau berlembut ni baik diamalkan. Untuk mengelakkan ketegangan. Dalam pada tu boleh memikirkan jalan yang lebih baik sementara berlembut tu. Kalau semua berkeras dengan hak, susah la. Kate orang beralah tu tak semestinya kalah. Malah lebih menunjukkan sikap kematangan yang menguasai diri. Kadang-kadang aku sendiri pun selalu menuntut hak jugak. Tapi bile lame-lame, disebabkan hak tu akhirnya menghancur serta memecahbelahkan, lebih baik ambil pendekatan beralah. Tapi ingat bukan mengalah. Cuma memberi peluang agar yang ditolak tu boleh “bernafas” dan tak la “tersepit celah dinding”. “Kalau kita tolak orang, jangan sampai die tak boleh bernafas dan bergerak, kelak bile die terdesak untuk bernafas dan bergerak, ape sahaje boleh dilakukannya”. Aku ingat pesan Ika…

Menceburi bidang hospitality ni banyak mengajar aku dan menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia yang datang dengan kepelbangai hak. Bukan setakat kalangan pelanggan atau tetamu sahaja, malahan rakan-rakan serta insan-insan terdekat pun ade. Masing-masing dengan hak-hak yang dibentengi keegoan ada kalanya. Tapi suka aku nak ingatkan. Dalam kita beria-ia bercakap soal HAK. Jangan kita lupa yang adanya perkataan TOLERATE!. Hak?! Ade aku kesahhhh?! (huh! Tu tak mau mengalah maaa)

17.11.10

Berhenti Seketika Untuk Iklan



Mari sertai kami... Penyertaan anda amat dialu-alukan... Sila klik pada medan kuning di atas untuk view yang lebih jelas... atau klik di link ini untuk terus ke Gerila Penulisan Kreatif... Selamat berkarya...

7.11.10

Blog ni Bebas Widgeo

Assalamualaikum. Entry ringkas malam ni. "Blog ni Bebas Widgeo". Korang yang pernah view blog ni mesti pernah nampak gambar kat sebelah ni terpapar kat side tengah blog ni kan? Hari ni aku dah menamatkan khidmat widget ni sebab aku rasa bukan tambah menyenangkan. Menyusahkan lagi ade la. Tiap-tiap kali kalau aku terklik kat certain tempat tu, terus sahaja keluar pop up. Naik rimas aku dibuatnye.

Selain tu aku pun tak nampak ape-ape benefit widgeo ni kepada blog ni. Selain konon-kononye menunjukkan ade member2 dari serata donia sedang online. Trafik macam tu jugak. Ntah la... "Motif?" Bak kate Abg Jai, member lama kat hotel UiTM dulu.

Jadi kalau ade di kalangan kalian semua yang ade sebarang komen berhubung widget yang dipanggil "Wid.. widge.. widgeo kahak tuih!" ni marila cerita sikit kat aku. Ape agaknye kebagusan widget ni. Membantu ke? Macam mane nak apply? Kalau bagus, sebelum subuh besok aku tampal balik.

Cume aku rase, "cukup la hubuungan kite Cik Widgeo. Bye-bye and farewall"

6.11.10

Kosong

Sabtu, 6 haribulan sebelas dua ribu sepuluh. Dalam banyak-banyak perkara yang berlegar-legar di sekeliling. Macam-macam kerenah manusia yang aku jumpa hari-hari. Berhelai-helai muka surat khabar, buku, majalah dan macam-macam bahan bacaan yang dibaca. Hari ni aku dapati yang aku buntu dan kosong sahaja. Tak tahu apa yang harus aku tuliskan. Berkemungkinan kalian jugak pernah menghadapi situasi yang buntu begini.

Mood kurang baik. Buntu. Kusut... Hilang sentuhan yang "dulu-dulu"... Mode pencarian ilham dan kekuatan diaktifkan... 10... 9... 8... 7... 6... 5... 4... 3... 2... 1.... Teeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!

4.11.10

Permohonan Menyertai Program "Blog Review "

TheTimelines,
No. 222 Tekan Lif Tingkat 15,
Keluar Lif Jalan Terus,
Rumah First Sebelah Kanan,
Bagi Salam atau Ketuk Pintu,

(Sepatutnya ada garisan melintang kat sini. Memisahkan alamat pengirim dengan penerima)

En. Riwayat Hariku,
http://www.gnesop.com/
Sila Klik Link ni,
Terus Masuk dan Jumpa Tuan Rumah,
Jangan Malu-malu,
Sebab Tuan Rumah,
OK Je (Jangan lupa letakkan tarikh ----->) 4 NOVEMBER 2010

Tuan,

Per: PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM BLOG REVIEW - 1 HARI 1 BLOG di RIWAYAT HARIKU.

Saya telah terbaca satu iklan di laman blog http://penaberkala.blogspot.com/ berhubung Program Blog Review - 1 hari 1 Blog yang dianjurkan oleh pihak tuan. Saya juga turut dimaklumkan berhubung syarat-syarat yang dikenakan untuk menyertai program tersebut. Adapun syarat-syarat yang termaktub adalah seperti yang tersenarai di bawah ini:

* Membuat entry mengenai program ini
* Tinggalkan link entry tersebut di ruangan komen di sini.
* Memasukkan banner program ke entry tersebut (kod di bawah).


Sehubungan itu, saya memohon untuk menyertai Program "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku". Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan agar laman blog TheTimelines diberi peluang untuk direviewkan di http://www.gnesop.com/. Di sini turut saya lampirkan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil SPM serta Diploma. Turut saya sertakan sijil-sijil kegiatan kokurikulum serta sekeping banner sebagai tanda sokongan saya terhadap program anjuran tuan.

Sekian. Terima kasih daun keladi. Sila review kalau sudi.

Yang Benar,

.................
(TUKANG TULIS)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sek. Men. Keb. 1 Malaysia.

2.11.10

Kempen

Sebelum pergi joging. Entry ringkas petang ni. TAK NAK Merokok! Jom slow jog!