31.10.10

Seulas Pinang

Assalamualaikum.

Ketika Gerila Penulisan Kreatif (GPK) dilancarkan beberapa bulan yang lalu, bilangan ahli yang menyertai tidak melebihi 50 keahlian. Maka tercetus di fikiran saya untuk mensasarkan jumlah penyertaan seramai 80 orang menjelang akhir tahun ini. Pada awalnya, penyertaan hanya terdiri dari kalangan rakan-rakan yang terdapat di dalam friends list di facebook. Pada hari ini, belum pun 2010 menutup tirainya, jumlah penyertaan sudah pun menjangkau 174 ahli keseluruhannya.

Di awal tertubuhnya GPK, enry-entry disumbangkan melalui karya-karya yang dihantar melalui tag discussion. Karya pertama yang dihantar berjudul Puduraya yang ditulis oleh saya sendiri. Bertarikh 6 Jun dan dilancarkan pada jam 7.31 pm. Dikalangan ahli pula, Saudara Zulfikar Hazri, Saudari Nazrul Aini adalah antara ahli yang memberi sokongan kuat pada masa itu. Begitu juga dengan Saudara Syed Husen yang turut menyumbang karyanya.

Kini GPK telah menerima lebih ramai ahli yang rata-rata terdiri dari penulis-penulis blog tegar seperti saya. Bagi saya pula, penulisan blog di http://www.timelineskasih.blogspot.com/ dan http://www.thetabledhote.blogspot.com/ ini sebenarnya agak baharu walaupun sudah mula menulis blog sejak zaman menuntut di UiTM lagi. Ketika itu saya menulis di laman blog pautan di laman sosial Friendster sekitar tahun 2003-2008. Melalui sumbangan entry-entry dari penulis-penulis blog tegar ini, terdetik pula di hati ini, betapa ceteknya pengalaman saya di dalam bidang penulisan blog ini berbanding kalian semua.

Penulis-penulis yang saya anggap "Otai" seperti Saudari Isteri Izwan Ilham dengan laman blog makbudak nya. Begitu juga dengan sentuhan Saudari Faizah Rosli dengan Faizah's Diary nya. Untuk makluman semua, Faizah setakat ini menjadi penghantar entry terbanyak dengan tidak kurang dari 20 buah entry kesemuanya. Syabas Faizah. Begitu juga dengan blog bertajuk Segalanya Mungkin nukilan Shahazrin Saharudin yang turut aktif di GPK. Bagi peminat bola seperti Khairul Anuar dengan laman blognya penaberkala, terima kasih atas perkongsian minat yang sama. Saya juga tertarik dengan kata-kata tulisan saudara yang berbunyi "aku budak kampung, bukan baik tetapi tidak jahat, bukan miskin tetapi tidak kaya,bukan bijak tetapi tidak bodoh,bukan sempurna tetapi tidak cacat!". Saya juga budak kampung seperti saudara.

Kepada ahli-ahli yang baru menyertai GPK, selamat datang saya ucapkan. Yang mana tidak tersebut atau tercatat namanya di sini janganlah berkecil hati kerana saya tetap menghargai karya-karya serta sumbangan kalian semua. Saya juga yakin dan percaya, mendatang, akan lebih ramai yang akan bersama-sama kita. Berkarya, menulis atas dasar kecintaan terhadap ilmu serta bahasa ibunda yang terwaris ini. Saya juga berharap agar setiap ahli memainkan peranan dalam mempromosikan GPK ini agar terus berkembang dari segi keahliannya begitu juga berkembang dari segi jumlah sumbangan karya yang saya yakin akan menguntungkan semua pihak.

Percayalah, tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa ibunda tercinta ini terpahat dibahu kita semua. Bahasa jiwa bangsa. Inilah citra kita. Inilah warisan kita yang dahulunya menjadi Lingua Franca yang menunjukkan betapa hebatnya ketamadunan kita di mata semesta. Mari semarakkan bersama. Mari kita bangkitkan kembali gemilang itu. Di sini adalah wadah yang memperjuangkannya. Di Gerila Penulisan Kreatif.

29.10.10

Aku & Miss Varicella

Chicken pox a.k.a cacar air. Penyakit ni berlaku atas asbab virus Varicella. Amat mudah menjangkiti sesiapa sahaja tak mengira peringkat umur. Tua rente, muda mudi, tapi biasenye penyakit ni mudah menjangkiti kanak-kanak. Teringat aku waktu zaman-zaman sekolah dulu. Bile Virus Varicella ni menyerang rakan-rakan, hampir 1 per 3 kelas ambik cuti secara bergilir-gilir. Cume aku pelik, kenape agaknye "Miss" Varicella ni tampak tak sudi port ngan aku. Walhal kalau nak diikutkan member-member yang kene tu duduk dekat-dekat je dengan aku. Mungkin la ade aura yang hijab aku dari sebaran virus melalui sentuhan atau titisan cecair daripada kawan-kawan yang dah disampuk dek Varicella ni. Time adik-adik dan kakak kene dulu aku tak de kat rumah. Maklum la adik beradik ni kadang-kadang kongsi-kongsi towel. Kongsi-kongsi tilam. Kalau baju ke, towel ke dah terselet dek cecair cacar ni, mudah je merebak kat sesiapa yang belum dijangkiti.
Sesiapa sahaja yang dah dijangkiti Varicella ni boleh merebakan virus tersebut sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Contohnye Samad dijangkiti pukul 10 pagi. Bile sahaje virus tu dah masuk ke dalam badan Samad. Samad automatik jadi pembawak virus tu dan boleh sebarkan kepada Latip, Tipah, Seman dan kawan-kawannye yang lain walaupun bintik-bintik air belum tumbuh. Macam cerite zombie la pulak. Biasenye pengidap chicken pox ni akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah yang melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut. Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.




Kebiasaannya ruam yang tumbuh tu akan kebah dalam mase 2 minggu. Bergantunglah. Ade yang cepat dan ade yang lambat. Yang lebih menakutkan kalau-kalau penghidap demam cacar ni menghadapi komplikasi. Dari komplikasi ni boleh membawak kepada kematian. Innalillah.... Golongan yang berisiko untuk dijangkiti Virus Varicella ni termasuklah bayi yang baru dilahirkan, yang mana si ibu tiada sejarah diserang penyakit Chiken Pox ni. Seandainya si ibu diserang virus Varecella ni seminggu sebelum baby dilahirkan, ditakuti, boleh menyebabkan jangkitan serious pada bayi sehingga boleh membahayakan nyawa bayi tersebut. Sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau penghidap virus HIV juga menjadi golongan yang tiasa resist terhadap penyakit ni. Almaklumlah, antibody badan dah merosot, segala jenis demam boleh hinggap termasuklah Chiken Pox ni. Selain tu, penghidap penyakit leukaemia, pesakit kanser yang dalam rawatan kemo, pesaki asma, adalah antara golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi dari demam Chiken Pox ni. Aku rase, pesakit kencing manis pun berhadapan risiko komplikasi ni.

Ruam yang menguping sepatutnya boleh mengering dan sembuh dalam masa 2 minggu. Namun, seandainya menghadapi komplikasi akibat jangkitan pada kulit, kulit akan menjadi lebam kemerahan, membengkak yang menyakitkan. Antara petua yang sering didengar apabila diserang penyakit ni ialah dengan meminum air sebanyak mungkin atau kerap. Antara rasionalnya bagi mengelak dihidration. Komplikasi ni berlaku akibat pesakit yang kerap muntah. Selain tu tanda-tanda kompilasi dehidration ni ialah kurang kencing, mulut menjadi kering serta dahaga. Selain tu, seandainya ketika diserang demam Chicken Pox ni anda kerap mengalami sakit kepala yang teruk, perasaan keliru, mudah marah, leher keras dan bahagian belakang badan mengeras serta tidak sedarkan diri, anda dikhuatiri menghidap komplikasi pada bahagian otak anda akibat keradangan otak. Antara komplikasi lain ialah sakit-sakit pada bahagian sendi serta jangkitan pada paru-paru (Pneumonia).

Aku dan Chiken Pox. Aku tak pernah kene lagi walaupun dikalangan family aku dah kene penyakit ni. Berkongsi artikel atas dasar kesedaran. Manelah tahu, kalau terjebak nanti sekurang-kurangnye tahu sedikit fakta tentang Miss Varicella ni.

27.10.10

Nombor 1120, Kounter Sembilan.

Semalam rakan sekerja ade merungut tentang kelambapan XXX broadband. Bayar puluh-puluh ringgit sebulan. Tapi bile cucuk hampeh, satu "bar" signal pun tak de. Akhirnye terpakselah ditamatkan sahaje khidmat broadband XXX tu. Aku rase satu tindakan yang wajar yang diambil oleh mane-mane pengguna atau pelanggan khidmat mane-mane broadband yang lembap ni. Hak kepenggunaan perlu ditegakkan. Tapi, sesetengah ejen broadband ni bijak. Diikatnye kite dengan kontrak yang tidak-tidak. Kite yang terlalu teruja nak memiliki broadband ni, main "angkat" je tanpe pikir baik dan buruk di kemudian hari. Nak tak ke, tak nak ke, bulan-bulan kene bayar ikut terma kontrak yang telah "ter" tande tangan dalam sedar tak sedar.

Tapi ade satu lagi care sebenarnye. Mane tahu kalau-kalau hati sayang nak tamatkan perkhidmatan broadband ni. Ape carenye? Setelah berkali-kali angkat PC atau Laptop ke tepi tingkap rumah. Berkali-kali mencabut modem dan pasang balik. Berkali-kali restart PC. Tapi hasilnye same jugak. Keadaan tambah urgent ni. Nak download itu dan ini. Nak cari bahan atau maklumat untuk assignment lagi. Belum yang gile Facebook. Kalau sehari tak online macam tak sah "syarat" fardhu kehidupan pulak. Sehari dalam 5 minit nak kene update status. Nak kene bagi tau kat sekelian member ape yang sedang dilakukan. Notifikasi dah berpuluh-puluh masuk. Comment member-member tak berbalas lagi. Macam mane tu?

Gunakan medium yang terbaik. Insyaallah, diorang ni selalu mengharapkan komplain atau teguran. Percayalah. Rata-rata syarikat besar-besar ni, belajar dari rungutan pelanggan. Sebab tu ade kounter atau bahagian "Customer Servis". Ajukan rungutan atau teguran kalian kat departmen ni. Ade masalah teknikal ke. Nak tanye bil ke. Atau ape2 aje la. Rungutan kalian akan dilayan dengan profesionalnye. Atau, buat macam ape yang aku dah buat. Rungutan online. Bukan aku sorang je. Yang lain pun turut serta.
Syarikat perkhidmatan yang bagus akan sentiasa mengambil serious setiap rungutan dan teguran pelanggannya. Tak kirelah ape jenis rungutan pun. Kadang-kadang ade yang tak masuk akal pun ade. Kawan pernah cakap kat aku tentang satu falsafah ni "Yes, customer is always wright, but sometimes they become so stupid!". Macam mane pun tetap kene deal dengan manners dan attitude yang baik walaupun meter kemarahan dah naik tahap mencanak-canak. "zzziiiinnggggg.... zzziiiinnngggg... zzziiiinnngggg..." bunyi wap panas keluar. Ingat, Perkhidmatan ape pun, komunikasi ke, kesihatan ke, perbankan ke, hotel dan pelancongan ke, makanan ke... Kalau takut rungutan atau tak boleh ditegur... "Sendiri mau ingat la!"

21.10.10

Sajak "Melayu"

"Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!"
(Usman Awang, Sasterawan Negara)

Sayangnya, ketika aku menyalin tampalkan risalah negara ini, aku hanya memiliki sekadar kesedaran di dalam hati. Tanpa memiliki apa-apa di kanan dan kiri ku. Berdiri teguh lah aku sebagai anak melayu yang tidak pernah berputus harap pada nasib ku. Yang tidak pernah memutuskan segala asa yang memaut kekuatan ku untuk terus berjuang tanpa selalu mengharap-harap serta meminta-minta. Memandang jauh kehadapan mencari jalan keluar dari kesepitan dengan ikhtiar yang paling tulen dan suci.

Pada ku melayu kalau tidak diajar susah akan terus menjadi umat bangsa yang manja dan hanya berharap. Kalau takut bepergian akan sempit dadanya dengan kekosongan. Menanti hari esok adalah nasib yang perlu diperjuangkan. Nasib yang berada disuratan mahfuz ku. Yang aku sendiri berhak menyuarakan hak ku dalam mengubahnya.... Aku bukanlah bodoh... Bukan lah takut... Cuma tersalah sedikit langkahku dalam memilih... Syukur aku disadarkan seawal ini..... Terima kasih tuhan...

BGY 6047

Hari ni aku cukup terharu bila lagi dan lagi, BGY 6047, lagi dan lagi seperti kebiasannya meragam bila sampai hujung bulan. Tapi kali ni dijangka lebih serious dan berkemungkinan bakal menjadi tukun tiruan kalau aku ambil sikap buat tak tau je lepas ni. Meragam... Minyak menyembur-nyembur keluar dari bawah injin... "Adoiiii!!!! Duitttt!!!!....."

Mule-mule angkat dari kedai Hock Seng 2 tahun lepas, baru beberapa hari digunakan BGY 6047 mencabar aku bile secara tiba-tiba, dengan selambe dan tak malunye mematikan dirinya betul-betul di trafik light. Dah la mase tu sesak gile. Meragam tak kene tempat. Start-start tak nak hidup. Start-start tak hidup. Last-last terpakse menolak ke tepi jalan.

BGY 6047. Sape nak number ni boleh amik. Mane tau dapat first price cabutan. Something yg quite miracle pasal BGY 6047 ni yang korang nak tau. BGY 6047 ni pernah menjelma dalam mimpi aku. Macam ni ceritanya. Serious aku tak bohong. Kalau aku bohong, korang boleh tuntut kat padang mahsyar nanti. Aku mimpi BGY 6047 patah side mirror kirinye dalam satu insiden yg tak berape jelas. Maklum la mimpi. Bile aku bangun tido, siap-siap mandi dan serba serbi untuk pegi kerja. Pergi je kat garaj, Fuhhh... Terkejut aku, serious side mirror kiri patah. Termenung sekejap aku mengenang mimpi tu... Ajaib tak... Ajaib la kirenye... Tak?... Ahhh suke hati korang la...

Antara trajedi yang aku tak boleh lupe. BGY 6047 kandas di highway KESAS. Mase tu aku nak ke Cheras, training assistant manager Sushi King. Dah tengah-tengah hari bute. Tayar pancit. Perkakas tak de nak repair. Yang lawaknye, duit pun tak de. Menggelupur aku roger sanak sedare bank in duit sekupang due. BGY 6047... BGY 6047...

Dalam bengkek-bengkek... Sayang tetap sayang... Agaknye BGY 6047 merajuk gak nye bile dua tige hari lepas aku ade terlepas cakap nak angkat Kawasaki jenis scrambler pulak. Maaf la ye BGY 6047... Kot ye pon merajuk, jangan la sampai ko nangis sampai keluar semula minyak yang tak sampai sejam aku isi tadi. Duit tu... Hadoi laaaaa...

17.10.10

Gerila Penulisan Kreatif


"Group ni ditubuhkan hasil ilham dua sahabat (Zulkifli Sa'don dan Zulfikar Hazri). Objektifnya tak lah terlalu berat boleh dikatakan sekadar suka-suka. Khas buat insan-insan yang berbakat dalam seni penulisan kreatif. Bloger-bloger. Individu yang mempunyai hobi menulis. Yang gemar membaca. Yang saje-saje nak sertai pun dialu-alukan.

Nak melawak ke. Nak berpatriotik ke. Nak bersyarah ke. Bersajak ke. Pendek kate selagi ianyanya tergolong dalam kategori menulis, dialu-alukan. MARI LEPASKAN KEGERAMAN, KETEGANGAN, TEKANAN DENGAN CARA YANG BAIK. JOM NULIS..." Petikan dari diskripsi Group Gerila Penulisan Kreatif.

Mengapa kalian perlu sertai group ni?:
1. Tujuan kalian menulis mengapa? Untuk dibaca bukan? Jadi, macam biasalah, lampirkan link2 kalian di group ni. Pasti akan dibace oleh member-member.
2. Karya-karya lame tu dah berlapuk tak diusik? Kenapa kalian simpan je kat situ? Mari selongkar semula archive-archive atau arkib-arkib kalian. Lampirkan link di group ni. Member-member yang ade kat sini mesti berminat untuk membacanya.
3. Gerila Penulisan Kreatif(GPK)ni akan menjadi medan untuk kita semua bertukar-tukar pandangan or idea sesama blogger. Baru bercambah sikit ilham!
4. At least dapat jugak menambah kenalan yang berkongsi minat yang sama. Pasti seronok.
5. Kat sini kite support each other. Macam adik beradik. Adat berbloging la. Kite jenguk awak. Awak jenguk kite. Amacam?
6. Memudahkan lagi blog kalian untuk difollow oleh member-member yang joint blog ni.

Syarat2:
1. Terbuka kepade semua golongan. 1 Malaysia la katekan. Tak de syarat yang spesifik. Cume, jangan la melucah atau me"resis" kat sini. Kite sahut seruan kerajaan. Aplikasikan internet ke ara kebaikan yang menguntungkan manusia sejagat (ade ke Tok Najib seru macam tu?!)
2. Dah joint the club, kene la tunjuk-tunjuk muke sikit. Tegur menegur sesama bloger dalam group ni. Tak syok la jagi ahli lelap.
3. Yuran? Mane ade yuran. Kalian cume perlu menyediakan akaun facebook dan sebijik laman blog. Tu je. Senang kan?
4. Rajin-rajin la follow blog member-member yg register.

Kenape Gerila Penulisan Kreatif? Kat sini pemikiran kita dikerah. Berfikir untuk satu sentuhan karya yang menari dan indah.

16.10.10

Bajet 2011

hai semua. terlebih dahulu selamat berhujung minggu. dah lame tak update dengan entry terbaru. minggu-minggu yang sibuk serta meletihkan adalah pada minggu yang lepas. bukan sahaja minggu yang sibuk serta meletihkan, malah minggu yang membuatkan aku frust gile babi (nak sangat ke gile babi?). Aku pun tak tau macam mane status "Glitterity" aku boleh dibanned selama beberapa hari dari Nuffnang. Habis nak joint the club pun tak boleh. Menambah-nambah lagi tak de moodnye aku untuk tulis ape-ape di blog ni.

Sape ade keyboard free? Sape ade keyboard lebih? Boleh sedekah kat aku? Ni pun aku rembat keyboard adik aku Faseha yang cantik sekejap (sekejap ape kebendenya sampai 2 hari). Akibat gatal tangan. Keyboard aku rosak sikit je kelmarin. Cume number kat bahagian atas askara yang tak function bile ditekan. Boleh je kalau aku pakai number kat sebelah kanan ni. Akibat gatal tangan, aku terus capai screw driver, bukak keyboard aku tu dengan muke confidentnye. Bila pasang semula, bukan number je tak boleh tekan. Detect pun tak. Lohhh... Lessot muke aku (maknenye bengang la dalam bahase kepulauan di daerah Mersing). Beli baru? Hehehe. Paham-paham je la.

Tinggalkan la cerita frust dan lessot ku tu. Beralih ke cerita menarik pulak. Tak terlambat mungkin untuk aku ucapkan syabas n tahniah buat kontigen sukan komenwel Delhi yang bawak balik 12 emas. Melepasi sasaran 10 emas yg disasarkan MSN. Walaupun kalau ikut aku, malaysia boleh target lebih dari 10 emas tu. Biasela playsafe... Buat tak capai target kene bambu pulak. Ye lah... Kan orang kite... Mane boleh terima kalau orang lain cakap tak serupa bikin.

Bajet baru dah keluar. Betul-betul PM kite bela staf-staf kerajaan. Bagus-bagus. Cume aku harap, staf-staf kerajaan lepas ni perlulah bekerja dengan lebih berintegriti. Jujurlah melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Anggaplah setiap sen yang kerajaan bayar, tu sebagai bayaran bagi setiap jerih titik peluh kalian. Kurangkanlah mengular. Kurangkan menghilang dari tempat kerja. Kurangkan jugak overtime yang tak masuk akal. Kurangkan bercakap mengarut. Lebihkan bekerja. Bekerja dengan tekun. Laksanakan tugas dengan cekap. Ingat, setiap sen itu, dibayar atas dasar kepercayaan kerajaan. Amanah tu. Jadi darah dagingkan? Kalau kite selewengkan amanah tu, duit gaji yang kite terima kita guna untuk makan, pakai, serta menyara anak-anak, bagi mak ayah kat kampung dan macam-macam lagi. So, kalau hasil tu dari sumber selewang atau belok-belok, atau curi tulang, atau duit tepi? Macam mana?

Adakah ini statement orang dengki? Tidak rasanya. Aku pun tak peduli kalau statement aku dilabel sebagai dengki. Aku pun tak kisah kalau aku "terpulau" dek kenyataan ni. Aku tahu, aku seorang yang rajin. Amanah. Berilmu. SO?! Sebab, hakikatnya memang betul, masih ade kakitangan yang datang kerja sekadar datang tunjuk muka. Datang menunggu arahan (tak proaktif). Tak faham apa itu "perkeranian", apa itu "operasi". Dasar bangang!. Najib as PM pun kalau baca statement aku, die akan angguk. Mungkin akan berasa kecewa kalau-kalau masih ade segelintir kakitangannya yang sekadar menunggu tuntutan insentif, bonus, kenaikan gaji, kenaikan macam-macam yang dijustifikasikan sebagai hak mereka. Syukurlah. Macam mane pun kerajaan tetap lunaskan tuntutan tu. Sekarang adalah masanya untuk membalas kembali kepercayaan kerajaan tu. Mari kita lihat sejauh mana produktivi tu terkesan dari segala "kenaikan" yang diwar-warkan Najib melalui Bajet yang diumumkan semalam. "Mari kita lihat siapa yang kena".

Tak sabar rasanya untuk mengaplikasikan segala Kerajinan... Kepandaian... Produktiviti... Idea... Integriti... Kecekapan... Kemahiran dan macam-macam lagi kelebihan aku ni dengan swasta... Tak sabar nak tinggalkan organisasi kerajaan yang selalu buat jiwa aku BERONTAK!!! Burubahlah kakitangan kerajaan...

7.10.10

Insha Allah - Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah (x3)
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah (x3)
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah (x3)
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way (x2)
Insha Allah (x3)
Insya Allah we’ll find the way

Encik Maher Zain. Jangan ingat aku Gay pulak letak gambar pak arab ni kat sini.

Mesej untuk semua. Lagu Pak Arab bernama Maher Zain ni memang sesuai untuk didengar oleh semua. Tambah lagi macam orang-orang yang "lost" macam aku ni. Moralnya, sebagai hamba Allah, jangan pernah berputus harap kepadaNya. Sebagai hamba Allah, bersangka baiklah terhadap segala ujianNya. Tempuhilah dengan berlapang dada. Allah bagi kite iman. Allah bagi kita akal. Allah bagi kita ilmu. Allah bagi kite kekuatan. Sesekali, Allah akan uji sejauh mana ketahanan kita. Insha Allah. Selagi kita berpegang teguh kepada tali Allah. Allah akan tunjukkan jalan. Sekian.

Ni tengah lost la ni. Entry aku ni ntah ape2 ntah.

2.10.10

Episod 2: Hikayat Seri Anggar

‘’Aduh! Aduhhhh! Aduhhhhh’’

Raungan Sang Jamung mengejutkan mereka yang lalu lalang, termasuk juga peniaga dari khemah berhampiran. Perasaan ingin tahu menyebabkan mereka menghampiri dan mengerumuni Nila dan Sang Jamung. Gigi Sang Jamung terketap rapat sekali sekala, berserta nafas yang mencungap-cungap menahan kesakitan yang bukan kepalang. Peluh sedikit membasahi dahi berkedutnya. Beberapa peniaga mula menyingsing lengan dan cuba mempersoalkan tindakan Nila. Suasana menjadi sedikit tegang memandangkan Sang Jamung masih lagi meraung dan mengaduh kesakitan. Nila mulai cemas lantas melepaskan kaki Sang Jamung. Tangannya diangkat separas dada. Mengharap mereka yang mengerumuninya tidak melakukan apa-apa tindakan.

“Ke tepi! Minggir!” Terdengar suara dari celah-celah kerumunan datang dari Liku dan Taram dua bersaudara, budak suruhan Sang Jamung. Kerumunan dirempuh.

“Tok! Mengapa jadi begini?” Liku segera mendapatkan Sang Jamung.

“Hei Si Gemuk! Memandai-mandai apa ini, hah?!” Taram pula mula bertindak menyoal Nila. Nadanya keras. Penumbuk mula digenggem erat.

“Aaaa... aaa... aku cuba merawat” Terketar-ketar Nila menjawab.

“Orang bodoh seperti kau mahu jadi tok dukun?! Sedang Dukun Alang Supak sendiri menyuruh disapukan minyak, kau pandai-pandai mengurut! Nah, ambil ini! Ganjaran untuk dukun bodoh seperti kau” Darah muda. Penumbuk yang digenggam tadi segera dihayun dan bertubi-tubi disasarkan ke rusuk, perut, serta bahagian badan Nila. Nila sekadar mempertahankan dirinya dengan menahan lengan kanan dan kiri pada bahagian kepalanya. Serangan Taram menyebabkan Nila terpunduk-punduk dan terundur ke tiang khemah. Lantas menyebabkan gegar pada keseluruhan khemah itu. Peniaga yang mengerumuni mereka tidak turut campur atau cuba meleraikan.

“Taram, sudah!” Badan Taram segera diraih saudaranya Liku. Ditolak ketepi. Namun Taram masih liat dengan amukannya ke atas Nila. Mencungap-cungap serta meronta-ronta seperti orang kerasukan. Kali ini barulah beberapa peniaga serta orang yang lalu lalang masuk campur menghalang Taram dari terus memukul Nila. Pergerakan Taram dikunci. Lengan kanan dan kiri dipaut rapat. Salah seorang lelaki yang memaut lengan kiri Taram terpaksa menendang pelipat lutut kirinya bagi merebahkannya. Taram kini dalam keadaan melutut. Amukannya serta rontannya kini mula mengendur meninggalkan cungap serta keringat yang galak membasahi seluruh tubuhnya. Nila pula sudah terjelepuk di tiang khemah.

“Hei Taram, lihat itu. Tok sudah pulih! Benar, Si Gemuk ini pandai merawat” Bisik Liku ke telinga Taram. Taram berhenti meronta. Pernafasannya diatur semula bersama amukan yang kini menghilang. Kunci serta cengkaman peniaga yang memautnya juga mula mengendur. Dan kini Taram dilepaskan dari pautan.

Sang Jamung tidak lagi meraung. Sebaliknya kembali berdiri dan cuba melangkah perlahan-lahan. Sedikit senyuman terukir. Pergelangan kakinya dipusing-pusing. Tiada lagi bunyi berderap-derap seperti ketika dirawat Nila tadi. Kemudian cuba berjingkit sedikit dengan kakinya yang sakit itu. Tiada rasa kesakitan. Sang Jamung mula mundar mandir. Sesekali kakinya diangkat sebelah. Menendang-nendang angin dan berlari-lari anak setempat. Gelagatnya disaksikan kerumunan orang. Kebanyakan saling berpandangan kekaguman. Kemudian mereka semua menghampiri Sang Jamung. Ada juga yang menuju ke arah Nila dan membantunya berdiri.

“Wah. Hebat kau Nila, pandai berubat. Bagaimana Sang Jamung?!” Salah seorang yang membantunya bersuara.

Sang Jamung bergerak ke arah Nila dengan senyuman. Ternyata langkahnya tidak lagi terhincut-hincut seperti ketika mampir tadi. Walaupun tubuhnya sedikit melengkung, agak kurus serta kelihatan telah dimamah usia, Sang Jamung boleh dianggap masih gagah untuk kerja-kerja hariannya pencari hasil-hasil hutan. Cuma kecederaan pada kaki kirinya akibat terseliuh beberapa hari lalu menyebabkan pergerakannya terganggu. Namun pada hari ini, rawatan oleh Nila yang pada mulanya ditolak telah benar-benar menyembuhkan.

“Bagus. Bagus. Bagus sekali” Sambil menepuk-nepuk serta menggoncang-goncang bahu Nila.

“Tak ada apa-apalah. Aku sekadar mencoba-coba” Nila menjawab dengan kerendahan diri.

“Ini bukan sekadar mencoba-coba nak. Kau ada istimewanya. Masakan kau mampu menyembuhkan sekiranya kau sekadar orang biasa-biasa” Sang Jamung menambah pujianya.

“Kau harus bersedia merawat kami semua kelak Nila!”Permintaan salah seorang yang berkumpul di situ.

“Ah. Kalian semua, aku bukan Dukun” Nila cuba mengelak.

“Ya, benar! Nila bisa merawat. Bagus! Hari ini kita menyambut kedatangan dukun yang baharu!” Salah seorang yang mengerumuni mereka berteriak. Teriakan itu bersambut dengan tepukan dari setiap yang hadir. Ketika bunyi tepukan kian mengendur dan menghilang, muncul satu bunyi tepukan yang datang dari arah paling belakang kerumunan itu. Satu tepukan yang yakin dan senada. Menyebabkan hadirin yang berkerumun membahagi kepada dua kumpulan, membentuk seolah-olah lorong yang memberi ruang laluan di tengah-tengahnya.

“Paduka Jagat Raya” Belum pun nama itu habis disebut, segenap yang hadir sudah mula mengambil kedudukan melutut. Termasuk Nila dan Sang Jamung.

“Kita terdengar ada dukun baharu dari khemah ini” Suasana sekadar diam sedang lelaki usia pertengahan bergelar Paduka Jagat Raya memasuki ruang khemah itu. Pakaiannya kemas. Bertatah hiaskan manik-manik berkelipan serta logam-logam yang berkilauan. Kulit wajahnya bersih. Tubuhnya terbina teguh dan tegap. Rambutnya kemas tersisir separas bahu dan kemerah-merahan pada sebahagian hadapannya. Barangkali telah dibubuh inai semalaman. Sambil melangkah penuh yakin dan bercekak pinggang dengan lengan kirinya. Lengan yang kanan dipaut malas pada keris yang tertancap dipinggang. Bebarapa pengikutnya menunggu diluar khemah dengan pakaian yang seragam warnanya. Hitam. Bertanjak dan berselempang merah. Paduka Jagat Raya menghampiri Nila dan berdiri betul-betul di hadapannya.

“Bangun anak muda” Satu arahan jelas kepada Nila. Nila seorang.

Nila memandang Sang Jamung disebelahnya. Perasaan curiga, bimbang serta tidak ketahuan menyelubungi benaknya. Tidak ketahuan apa yang akan dilakukan Paduka Jagat Raya. Sang Jamung disebelahnya membalas pandangan itu dengan angguk. Meyakinkan Nila untuk berdiri. Perlahan-lahan Nila berdiri. Kakinya terasa terketar-ketar. Seolah-olah terdapat bebanan dibahunya ketika itu.

“Kita memerlukan lebih ramai orang seperti kau di Tanah Seri Anggar ini jikalau boleh” Paduka Jagat Raya menyambung. Tangannya diletakkan ke bahu Nila. Nila sekadar tertunduk.

“Tapi sayang, orang-orang seperti kau sukar kita jumpa. Barangkali satu dalam beribu” Paduka Jagat Raya berpaling ke arah kumpulan hadirin yang sedang berlutut. Merenung satu persatu wajah-wajah mereka sambil bercekak pinggang. Kemudian berpaling semula ke arah Nila.

“Kau. Kau akan ikut kita ke istana” Tambahnya lagi.

Kesemua yang berada di situ saling berpandangan. Tidak berkata apa-apa. Nila juga hanya terdiam. Tidak pasti kenyataan Paduka Jagat Raya itu berupa titah, pelawaan atau pun sekadar bicara kosong semata-mata.

“Bagaimana?” Paduka Jagat Raya mula menyoal.

“Bekerja di Istana Seri Anggar kita rasakan satu tuah yang tak akan mungkin dilepaskan oleh sesiapa pun anak muda. Kita kurniakan kau sebidang tanah, kebun, serta beberapa budak suruhan. Mahu? Lumayan bukan?”

Nila masih terdiam membatu. Tertunduk dengan matanya merenung bumi.

“Ampunkan kita mencelah Paduka Jagat Raya” Sang Jamung cuba bersuara memandangkan Nila hanya terdiam seribu bahasa. Dan sebagai orang yang lebih mengenali Nila di kalangan yang ada di situ, wajar buatnya mengatakan sesuatu bagi pihak Nila.

“Silakan pak tua, maafkan kita, siapa gerangan nama anak muda ini?” Sang Jamung dihampiri dan bahunya diraih sebagai tanda diizinkan berdiri.

“Nama kita Sang Jamung. Anak muda ini Nila namanya”

“Oh. Nama kau Nila?” Nila sekadar mengangguk.

“Sang...”

“Jamung... Sang Jamung” Sang Jamung menyambung apabila Paduka Jagat Raya seakan sukar mengingati namanya.

“Sang Jamung, nampaknya anak muda ini tidak memahami tawaran kita”

“Ampunkan kita Paduka Jagat Raya, ampunkan juga anak muda ini. Jikalau benar ini satu tawaran, kita harap belas Paduka Jagat Raya agar diberi sedikit tempoh untuk anak muda ini timbangkan dahulu tawaran itu, wahai tuan yang mulia. Kita kenal anak muda ini sedari kecil lagi. Macam anak kita sendiri. Anak muda ini lurus orangnya. Mungkin belum pandai berbuat kata putus. Biar kita yang pujukkan dahulu. Lagi pun anak muda ini mengambil upah dari Orang Kaya Dharwan menjual hasil-hasil hutan ini semua” Sang Jamung menyusun kata-kata, menawar tawaran bagi pihak Nila yang dalam kebingungan.

“Oh. Orang Kaya Dharwan. Kita kenal benar. Orang Kaya Dharwan ya. Baiklah. Kita senang bertemu kau Nila. Kita beri masa untuk kau memikirkannya. Badik ini kita pinjamkan untuk kau. Pulangkan ke istana pabila kau bersedia kelak. Kelak bila mampir ke istana tunjukkan badik ini kepada pengawal, mereka akan membawa kau kepada kita. Sang Jamung, kita pulang dulu…” Paduka Jagat Raya terus berlalu meninggalkan khemah itu.

*****

Kenanga berlari sepantas mungkin. Sesekali memandang ke belakang. Tiada apa yang mengekorinya. Mujur kayu patah menjadi penyelamat nyawanya tadi. Sebatang kayu reput yang dilempar sekuat hati ke arah belukar berjaya memesongkan perhatian Panglima Zahbur serta konco-konconya. Selepas itu Kenanga berlari sehingga kini dan hanya beberapa langkah dari pintu pasar. Arah yang dituju tidak lain, mendapatkan abangnya Nila. Langkahnya diperlahankan ketika memasuki pintu pasar. Kenanga yakin yang keadaan benar-benar selamat ketika itu memandangkan begitu ramai orang yang lalu lalang di situ. Mustahil Guntang akan membenarkan Panglima Zahbur dan konco-konconya membuat kacau di pasar pada waktu-waktu begini.

Kenanga berhenti berdekatan khemah, kelihatan Nila tidak melayan pelanggan seperti biasa. Sebaliknya jualan dikendalikan oleh Taram. Budak suruhan Sang Jamung. Nila dilihat sedang berbual-bual melayan Sang Jamung. Membincangkan sesuatu yang seakan getir dan tegang. Jarang Kenanga melihat abangnya sebegitu tegang raut wajahnya.

“Nila….” Kenanga bersandar pada tiang khemah. Tenaganya kehabisan ketika berlarian tadi. Wajahnya memucat dan disimbahi peluh. Matanya hampir terpejam. Kemudian rebah longlai. Mujur Taram yang ada berhampiran segera memapah ke dalam khemah. Nila dan Sang Jamung bingkas bangun.

“Air… Air…” Suara Kenanga bagai tersekat di kerongkong. Namun jelas permintaannya.
Taram menyambar berkas buluh berisi air. Kemudian menyerahkannya kepada Nila dan segera meminggir.

“Taram, kau angkat bangku di luar itu ke dalam. Buat alas kakinya Cempaka” Nila mengarah dan tak dibantah oleh Taram. Sang Jamung hanya memerhati dengan perasaan kerisauan melihatkan Kenanga yang kepitaman.

Badan Kenanga direbahkan ke lantai khemah. Bongkah kayu yang dijadikan bangku dialaskan ke bawah kaki Kenanga. Kedudukan kaki dibiarkan sedikit tinggi memudahkan pengaliran darah ke bahagian kepala. Beberapa titis air dititiskan ke bibir kenanga. Kemudian Nila beralih ke bahagian kaki adiknya. Telapak kaki Kenanga diurut-urut dan ditekan-tekan. Terdapat juga sedikit kesan calar balar pada bahagian betis dan lengan Kenangan. Sekadar calar yang tidak mengalirkan darah. Nila tidak mempedulikan kesan calar itu sebaliknya menumpukan kepada rawatannya. Kemampuan Nila mengedalikan rawatan itu menampakkan dirinya seoalah-olah mahir dengan keadaan yang mencemaskan itu. Sang Jamung memerhatikan setiap pergerakan Nila. Dalam kebimbangan melihat keadaan Kenanga, terdetik di hati Sang Jamung akan keistimewaan yang dimiliki Nila. Selama mengenali Nila, rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak diketahuinya tentang anak muda yang selama ini dikenali sebagai seorang yang bodoh-bodoh alang atau pun lurus bendul itu.

“Sang Jamung, minta disapukan air ke wajah Kenanga. Barangkali terlalu kepanasan”

“Ya. Baiklah”

“Taram. Kau carikan aku madu lebah di mana-mana. Sedikit pun cukuplah. Lekas!” Nila mengarah Taram sekali lagi dan tidak dibantah sedikit pun.

“Aduh… Aku di mana?” Kenanga mulai sedar dari pitamnya.

“Nila. Kenanga sudah mulai sadar” Kata Sang Jamung.

“Kau di khemah mu nak. Kau pitam tadi” Sambungnya lagi.
Nila menurunkan kaki Kenanga dan disimpuhkan ke lantai. Badan adiknya itu ternyata masih lemah ketika Nila cuba menarik badannya ke kedudukan duduk. Sang Jamung meminggir sedikit memberi ruang kepada Nila bersila dibelakang Kenanga. Bahu serta tengkuk adiknya itu ditepuk-tepuk berkali-kali. Sesekali diurut pada tengkuk ke kepala kenanga. Sang Jamung memandang perlakuan Nila itu dengan senyuman kagum.

“Kau pandai mengobat Nila. Kau memang pandai” Puji Sang Jamung. Nila terus menumpukan pada rawatannya.

“Hish. Ke mana saja Si Taram ini?” Sang Jamung mencari-cari Taram .

“Hah. Itu pun dia” Apabila melihat Taram berlari-larian ke khemah dengan membawa madu yang di isi di dalam bekas tempurung.

“Ini dia madunya Nila” Taram tercungap-cungap.

Nila mengambil madu lebah tersebut dan segera dibancuh dengan air dari berkas buluhnya. Kenanga diberi minum minuman bercampur madu itu. Perlahan-lahan dibantu Abangnya Nila. Sisa dari minuman itu pula disapukan pada calar balar pada betis serta lengan Kenanga.

Sejak dari dulu lagi madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Selain minuman yang mampu memulihkan tenaga, pengamalan madu lebah yang berterusan dapat mencegah pelbagai penyakit antaranya batuk-batuk, lelah, alahan, sakit-sakit sendi, gejala kesukaran tidur malam dan pelbagai lagi penyakit. Sifat madu yang memanaskan juga dikatakan mampu melancarkan peredaran darah serta melancarkan kitaran haid bagi kaum hawa. Bagi kaum hawa juga, madu sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus di samping digunakan sebagai mengubati luka-luka. Madu lebah juga dikatakan mampu mempertingkatkan tenaga syahwat atau tenaga batin untuk mereka yang sudah berkahwin. Di kalangan masyarakat di Tanah Seri Anggar madu asli dari lebah tualang atau pohon tualang menjadi buruan untuk dipasarkan. Bagi pemburu-pemburu lebah tualang ini mereka sanggup meredah jauh ke dalam dasar rimba bagi menjejak pohon-pohon tualang yang biasanya hanya boleh ditemui di tengah-tengah rimba. Pengambilan atau penuaian madu lebah juga memerlukan kepakaran dan keberanian yang tinggi, disamping pemburu haruslah sentiasa bersedia menahan sengatan serangga kecil ini. Lebah.

“Bagaimana Kenanga?” Soal Nila. Nafas lega terhambur melihatkan adiknya yang semakin pulih.

“Baik. Tapi kepala ku masih pusing” Jawab Kenanga. Seraya itu berkas berisi air dituang Nila ke tangannya lantas terus disapu ke bahagian ubun-ubun Kenanga.

“Sebentar lagi kebahlah ia. Mudah-mudahan” Tambah Nila. Perlakuan dua beradik itu diperhatikan dengan penuh rasa keharuan oleh Sang Jamung. Kasih sayang Nila terhadap adiknya itu nyata tiada tolok bandingnya.

“Bertuah kau Kenanga, punyai abang seperti Nila” Sang Jamung terus-terusan memuji Nila.

“Ah. Tidur saya. Selalu kesiangan saja. Kuat makan. Lagi-lagi kalau berjumpa makan. Pasal itu badannya gedempol” Dengan suara yang sedikit tersekat-sekat, Kenanga yang kian segar mula mengusik abangnya lantas disambut hela tawa oleh Sang Jamung. Taram yang turut berada di situ sekadar menahan geli hatinya. Nila hanya mencebikkan bibirnya tanpa berkata apa-apa.

“Ke mana kamu? Gini hari baru tiba?” Soal Nila sedikit tegas nadanya.

Wajah Kenanga berubah cemas. Ingatannya kepada perbualan Guntang dengan Panglima Zahbur serta kejadian serangan terhadapnya silih berganti. Pitam yang sekejapan tadi sekadar meredakan sedikit perasaan cemasnya buat seketika. Soalan Nila seolah-olah menyedarkan kotak ingatan Kenanga terhadap kecemasan yang bakal dilalui oleh dirinya, NIla, Sang Jamung, Taram, Liku serta segenap isi Tanah Seri Anggar.

***

Azzib dan Yinna memandang dari kejauhan. Berteduh dibalik pucuk pohon tempinis. Mata mereka tajam menikam pandangan pada kesibukan pasar. Telinga mereka yang tirus dihujung serta capang kemerahan sesekali bergerak-gerak menangkap segenap perbualan yang terbit dari pasar itu. Namun disebalik segenap perbualan dan keriuhan itu, pendengaran dan renungan mereka hanya tertumpu pada satu sudut. Dari kejauhan, bagi seorang manusia biasa, antara jelas dan tidak, hanyalah mampu memandang perlakuan sahaja. Namun bagi Azzib dan Yinna, bukan sahaja mampu melihat dengan jelas malah mampu mendengar.

“Mereka diancam kesusahan”

“Ya, aku dengar itu Yinna. Aku jelas niatmu. Tapi kita tak perlu turut campur urusan mereka”

“Mereka diancam kesusahan” Sekali lagi kenyataan yang sama diulang.

“Biarkan. Jangan campuri urusan mereka. Inilah kehidupan mereka Yinna. Yang kuat cuba mengatasi yang lemah. Merampas sesuka hati. Makhluk jahat dan tak tahu berterima kasih!”

“Kita penjarakan yang jahat-jahat itu. Biarkan yang baik-baik itu lepas bebas”

“Tidak!” Balas Azzib dengan tegasnya.

“Hmmmm. Apa kata sekali ini kita berdua menolong mereka?” Yinna seolah merayu kali ini.

“Sekali ini terlalu berbahaya”

“Kau takut?”

“Terlalu berbahaya. Lihat sahaja musuh-musuhnya. Aku bukan takut. Tetapi untuk apa kita harus mengancam nyawa sendiri buat mereka yang bukan dari suku kita”

“Bukankah selama ini…”

“Dan bukan untuk sekali ini. Sudah! Ayuh pulang, sudah kelewatan untuk santapan tengah hari”

Azzib melompat dari satu dahan-ke satu dahan. Setiap lompatan hanya dikerling Yinna pada ekor matanya. Azzib tidak menyetujuinya. Perasaan geram dan bengang menyelubungi fikiran. Yinna berpalling semula ke arah pasar. Kemudian duduk menjuntai kaki pada dahan tempelai. Pendengaran dan renungan kembali memusat kepada perbualan Kenanga, Nila dan Sang Jamung. Yinna mendengar dengan penuh teliti setiap butir percakapan. Sesekali angin menghembus menyelak helaian dedaun tempelai, lantas menembuskan cahaya mentari pada bahagian yang redup. Pancaran itu mengenai wajah Yinna. Namun terus menembusi wajahnya. Bahagian yang terkena cahaya itu lantas bertukar menjadi lutsinar. Sekali lagi angin berhembus. Dengan kadar yang lebih kuat. Kali ini menguakkan lebih banyak ruangan pada dedaun tempelai untuk dimasuki cahaya. Cahaya itu singgah pada lengannya. Serantak itu, bahagian yang disinggahi cahaya itu menghilang. Lantas muncul kembali apabila daun tempelai kembali pada kedudukan asal.

Yinna menginjak beberapa langkah. Kebahagian paling hujung dahan. Bahagian yang disimbahi cahaya. Terus seluruh tubuhnya hilang menjadi lut cahaya apabila memasuki ruangan itu. Kemudian Yinna mengundur selangkah kebelakang. Memasuki ruangan yang redup. Serentak itu tubuhnya muncul kembali. Sedikit senyuman nipis terbit pada bibir yang kemerahan. Dan dibalik bibir itu terlihat deretan gigi yang memutih yang dilengkapkan dengan pasangan taring yang sedikit meruncing. Tangannya dihulur ke arah cahaya. Separas pelipat sikunya. Lengan yang dilitupi reroma kasar segera menghilang. Tangannya ditarik dan dihulur kembali. Yinna mengulangi perbuatan itu beberapa kali perlahan-lahan. Apabila perasaan bosan mula dirasakan, Yinna sekadar berdiri tegak terpacak di atas dahan. Matanya dipejamkan. Beberapa ketika kemudian Yinna menghilangkan seluruh tubuhnya. Kali ini tanpa perlu di simbahi cahaya. Seluruh pohon tempelai itu bagaikan kosong tanpa dikunjungi sesiapa selain bunyi-bunyi ungas, desir-desir angin pada dedaun serta beberapa kicauan burung yang bersarang di atas dahan pohon itu. Yinna memunculkan semula dirinya. Berdiri terpacak seperti mula-mula tadi. Kedua telapak tanyannya diangkat separas dada dan direnung. Ada sesuatu yang melingkar difikirannya.

“Mengapa aku diciptakan begini?” Hatinya berbisik.

“…Tetapi untuk apa kita harus mengancam nyawa sendiri buat mereka yang bukan dari suku kita” Suara Azzib berleger-legar diruangan mindanya.

“Bukan dari suku kita” Suara itu datang lagi.

“Bukan dari suku kita” Lagi.

“Bukan dari suku kita” Dan lagi.

“Bukan dari suku kita” Pernyataan terakhir Azzib berlegar diruang mindanya. Suara-suara itu datang dan pergi dari segenap arah.

“Tidak. Aku harus menolong mereka!” Tangannya menekup kedua belah telinga. Jiwanya memberontak. Kecenderungan nalurinya terlalu kuat untuk membantu Nila serta penduduk Tanah Seri Anggar. Namun tegahan Azzib ternyata terlalu kuat menghalangnya.

“Lupakan niat mu Yinna” Suara Azzib datang lagi. Kali ini dalam keadaan yang lebih nyata dan bukan sekadar mainan fikiran. Azzib berbicara secara ghaib dari kejauhan.

“Jangan campuri urusan ku Azzib!”

“Mereka semua sudah cukup dewasa untuk menghadapi segala cobaan. Mereka tidak akan memerlukan pertolongan mu Yinna”

“Ahh! Setidak-tidaknya bukankah menolong itu perkara murni!?”

"Benar kau mahu campuri mereka? Pergi! Jelmakan diri mu dihadapan mereka. Tika itu kau akan tahu bagaimana penerimaan mereka. Kelak jangan kau kesali. Jika kau mampu buktikan suku kita diterima mereka, kau bisa teruskan. Namun, jika mereka berlarian tatkala melihat mu, lebih baik kau pulang saja. Atau pergi bersembunyi di mana-mana. Kala itu, aku bersama-sama yang lain akan mentertawakan mu. hahahaha” Satu kenyataan berupa sindirian dari Azzib.

“Diam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Yinna bertempik. Tempikan itu seolah keluar dari lingkungan alamnya. Keluar dari keghaiban ke alam yang nyata lalu menghasilkan bunyi guruh yang maha kuat.

Bersambung...