29.9.10

On Screen Keyboard

TheTimelines tergendala buat seketika akibat kerosaan keyboard. Terima kasih kepada on screen keyboard. Harap maaf kesulitan amat dikesali.

24.9.10

Ini Jalan Ku (Terbit Kembali Bersama Komentar)

Hari ini jalan ini. Aku rasakan jalan yang ku dipilih ini kian berliku. Jika dikenangkan pada saat awal memulakan perjalanan satu ketika dahulu. Aku bisa saja untuk tidak memilih jalan ini. Ada jalan yang lebih mudah. Ada pintu-pintu belakang serta jalan-jalan pintas yang boleh dilalui. Tetapi tidak! Aku memilih untuk melalui jalan ini.

Bodohkah aku?! Memilih untuk merentas laluan sukar ini. Laluan yang sarat dengan onak-onak yang perlu ku pancang ini. Memilih untuk menepis sial-sial yang datang entah dari mana arahnya. Memijak duri-duri tajam yang menusuk tembus pada telapak ini. Mendengar bisik-bisik iblis yang merayu rintih. Bodohkah aku?!

Pernah satu ketika, ketika berada dijalan ini, aku terfikir untuk berpatah balik. Ke arah pintu-pintu belakang, jalan-jalan pintas yang ada. Sinisku pada diri ku "akan akan menjadi lebih bodoh, malah lebih dungu sekiranya itu jalan ku". Hmmmm. Bodohkah aku tentang itu.

Diam di sini seketika, memikirkan kebodohan ini. Merenung jauh perjalananku. Yang lepas mahupun di depanku. Di tempat diam ini, ku cabut duri-duri tajam yang menusuk telapakku. Ku baluti luka-luka yang ada. Ku ambil golok ini dan ku tajamkan. Ku teguk air di aliran ini menghapus dahaga yang memerah isi kerongkongku. Ku petik buah-buah ranum ini buat alas perutku. Dan ku selak halaman kitab suci ini buat panduanku. Semoga dengan bacaan ini terlindung aku dari sial-sial yang datang dari segenap arah. Semoga terlindung aku dari bisikan iblis yang merayu rintih.

Aku kembali berdiri. Menguatkan kekudaku. Menggenggam erat golok tajam ini. menggalas erat bekalanku. Merenung onak-onak yang merimbun itu. Ku pejamkan mataku bersama tarikan nafas yang dalam. Mengumpul segenap kudrat dan keazaman sambil terbetik dihatiku. "Ini caraku!!!. Cara yang telah ku pilih!" Ku mulakan semula langkahku. Dengan lafaz bismillah.

Gantung (Terbit Kembali)

Assalammualaikum dan salam sejahtera… Barangkali menjadi kalimah terbaik sebagai pembuka bicara aku kali ini… Apa khabar kalian pembaca juga pendengar suara hatiku… mudah mudah kalian berada dalam keadaan sukses beserta bernaung dibalik naungan allah swt… tiada naungan terbaik selain naungan ar-rahman… syukur… basahkanlah lidah dengan kalimat-kalimat asma allah… mudah-mudah dipermudah segala urusan… mati dijalan allah… allah.. allah.. dan ingat allah…

syukur aku dapat menulis kembali… biarpun bukan dengan karya-karya terbaru… tapi masih lagi perlu bersyukur kerna setidak-tidaknya jemari ini masih lagi ligat menari nari menekan askara-askara yang pabila dicantum dan digabung maka terbinalah perkataaan-perkataan yang kalian bacakan ini… ku tekan askara “S”… kemudian jari telunjuk ku ku gerakkan mencari huruf “Y”… kemudian “U”… setelah itu “K”… kemudian kembali menekan “U”… dan ku akhiri dengan askara “R”… huruf-huruf ini ku gabungkan menjadi satu perkataan yang ku sebutkan “syukur”…

aku keletihan… jasad ku… jiwa ku… keletihan… jika diberikan kesempatan dan kemampuan atau kebolehan mahupun keupayaan… aku mahu merehatkan kedua-duanya… jasad dan jiwa ku yang keletihan ini… aku mahu rehat barang sehari dua… atau tiga… empat pun boleh juga barangkali… namun rehatku kini hanyalah ketika aku tidur… yang kadangkala 3 jam… 4 jam… kadangkala 5 jam…

aku kurang solat sejak kebelakangan ini… jujur… mengapa aku sengaja membiarkan diriku menjadi kafir yang nyata… terlalu banyak memikirkan hal dunia sehingga terkesan kepada jiwa ku… hati ini menjadi keras… berkali-kali aku sedar akan taufiq yang didatangkan tuhan… tapi aku masih mencari-cari alasan serta berhelah kepada tuhan… perlukah aku berbohong kepada tuhan ku sendiri?

Aku kurang mengaji sejak kebelakangan ini… aku sendiri sedar akan kehadiran serpihan-sepihan kelazatan iman sewaktu dan selepas aku mengaji… tapi aku memilih untuk menjadi bodoh sombong kepada tuhan ku… lantas jiwa ini diuji dengan kekacauan dan keletihan…

Aku mahu mencari kembali diri ku yang dahulu… yang setidak-tidaknya selalu solat… tanpa ingkar… selalu mengaji… hobi… aku mahu ketengangan… damai… bila kutarikkan nafas seolah-olah udara benar-benar memenuhi ruang dada ku… kepala ku seolah terasa teramat ringan… langkah ku bagaikan memijak angin… segala pekerjaan ku terasa mudah… bilakah aku akan dilepaskan dari penggantungan hati ini ya tuhan ku…? Aku mencari diri ku… mencari tuhan ku…

21.9.10

Insomnia...

2.40am. Selesai mengupdate entry terbaru untuk TheTableD'hote. Syukur alhamdulillah. Syukur kepada allah yang membimbing aku. Memberi kesabaran. Memberi kekuatan. Aku hanya mampu bersangka baik kepada Allah yang "insomnia" ini ada baik dan hikmahnya buatku.

Semalam aku hanya mampu lelap hanya untuk 1 jam lebih sahaja. Jam 4 pagi hingga 5 lebih. Bangkit, solat dan bersiap untuk kerja. Hari ini tak tahu lagi bila akan mampu lelap. Sedar aku yang insomnia ini mula berdamping sejak aku pulang ke kampung ramadhan yang lepas. Dan ia lebih teruk dari yang kalian sangkakan...

Harap singgah ke TheTableDhote di.

http://thetabledhote.blogspot.com/2010/09/teknik-teknik-menghadapi-rungutan.html

19.9.10

The Making of Ep 2: Hikayat Seri Anggar

Assalamualaikum. Salam Syawal dan Salam 1 Malaysia kepada pembaca-pembaca budiman (walaupun terdapat jugak yg bukanlah betul-betul budiman, melainkan nak kumpul point gossip dan setakat nak menyebok kat sini. Golongan yg macam ni aku nasihatkan agar segera keluar dari ruang-ruang pemikiran orang macam aku. Aku tak suke cerita aku orang sibuk-sibuk nak canang macam artis pulak. Sebok nak kumpul ramai-ramai MENGUMPAT!) Heheh monolog jujur dan tak berlapik. Kepada pembaca ikhlas serta pem'follow'-pem'follow' setia serta kawan-kawan Gerila Penulisan Kreatif (GPK) dan bloger-bloger dan budak Nuffnang mari terus membaca. Sebab kali ni aku nak bawa kalian ke The Making of Hikayat Seri Anggar Episod yang ke-2. Korang dah bace kan? Episod 1. Ape?! belum bace?! Sedih betul la ko rang ni. Penat aku tulis and sengkang-sengkang mate semalaman untuk episod 1 tu. Tak pe la. Mood Raye ade lagi. Aku dengan baik hati dan ikhlas memberikan link dibawah ni untuk korang bace episod 1 tu dulu. Ok sila copy link kat bawah ni atau ke entry bulan August 2010 untuk ke Episod 1: Hikayat Ser Anggar. Habis bace jangan sign out pulak. Datang balik ke sini. Ok? Kiteorang yang dah bace, akan tunggu korang semua.

http://timelineskasih.blogspot.com/2010_08_01_archive.html

Ok? Dah bace? Paham? Tak paham? Pi baca balik semula sampai faham. Untuk episod pertama dulu aku lebih fukus kepada sedikit latar belakang Daerah Seri Anggar serta penduduknya, cara hidup serta aktiviti harian diorang. Beberapa watak utama macam Nila dan Kenanga pun dah pun mula muncul dan aku kembangkan. Ade juga watak-watak yang tergantung perkembangannya, Macam Arka, Pendita Bukhqar yang belum betul-betul dipaparkan. Watak yang kemungkinan jahat (kemungkinan tau, belum tahu lagi) macam Guntang dan Panglima Zahbur serta pengikutnya pun belum aku kupas habis.

Jadi macam mana dengan episod pertama? Ok? Harapan aku agar korang paham dan buat-buat paham je la kalau tak paham pun (tak support kang kecik ati pulak, ye tak?!) Macam jugak episod pertama, episod ke dua ni memerlukan aku buat research sikit. Nak kene selongkar beberape web site, buku, kitab-kitab serta majalah-majalah untuk dapatkan source yang berguna untuk aku bangunkan watak serta latar cerita ni. Semoga paparan dalam minda pembaca akan lebih jelas dengan info-info yang aku masukkan. Tak nak la menulis membabi buta. Macam buat assignment mase zaman blaja dulu la. Kene ade reference kene ade fakta. Baru tulisan tu hidup.

Draft serta rujukan awal dah dibuat. Ade la sikit pasal istana lama. Pasal tumbuh-tumbuhan dan racun. Pasal persenjataan lama. Juga pasal keramaian orang dulu-dulu. Mungkin aku akan masukkan dalam episod ke-2 ni. Kalau tak muat, episod ke-3 nanti. Insyaallah. Dari segi jalan cerita pun dah draft based dari episod pertama. Ape jadi pada kaki Sang Jamung. Bagaimana dengan nasib Si Kenanga yang diserang sewaktu menghendap. Bagaimana dengan Guntang? Insya allah akan terjawab pada episod ke-2 ni.

Baik lah pembaca sekian. Harap kalian tunggu episod seterusnya. Harap setia mengikuti perjalanan serta pengambaraan dalam Hikayat Seri Anggar ini. Jadi akan datang, Episod 2:Hikayat Seri Anggar. End of September 2010.

17.9.10

Syawal Ke-7

Hmm. Pejam celik-pejam celik begitu cepat masa berlalu. Hari ni genap 7 hari syawal berlalu. Dan hanya beberapa minit sahaja untuk memasuki syawal yang ke-8. Dan pada syawal yang ke-7 ini, kaki aku dah terpacak di bumi Shah Alam ni. Tepat pukul 9 malam tadi aku sampai ke mari. Sementara mata belum mengantuk. Sementara masih ber"mood" untuk menulis, ada baiknya aku percepatkan hajat untuk meng"update" TheTimeLines yang dah beberapa hari aku tinggalkan. Sepanjang ketiadaan aku beberapa hari lepas di TheTimeLines, berdasarkan jumlah kunjungan terbaru, sesak juga "trafik" di sini beberapa hari ni walaupun tanpa aku. Terima kasih banyak-banyak kepada kalian yang sudi berkunjung.

Hujan rahmat turun tepat-tepat pada Syawal ke-7 ni. Mengiringi perjalanan aku hingga ke sempadan daerah Mersing-Kahang tadi. Tak tahu lah apa petanda yang Allah nak sampaikan. Mungkin sebagai petanda doa-doa dari tanah Mersing bumi bertuah. Bumi berdaulat. Mungkin juga sebagai tanda tangisan dalam hati mak dan abah tersayang. Satu demi satu anak-anak balik ke perantauan. Mungkin mak dan abah tak tahu, betapa berat hati aku nak balik. Dan betapa meronta-ronta hati aku nak balik ke Mersing semula. Aku sunyi bila balik sini. Semoga doa-doa ketabahan dari mak dan abah buat aku sentiasa tegah dan sabar menghadapi setiap detik di tanah orang. Walaupun hakikatnya aku dah tak ada hati di sini.

Tujuh Syawal yang lepas mengajar aku beberapa perkara. Keutuhan sebuah ikatan kekeluargaan. Dendam yang tak pernah terlerai. Pengorbanan. Budi. Rindu. Penat. Dan kepuasaan. Menjadikan Syawal tahun ni penuh warna warni. Tak macam Syawal yang lepas-lepas. Menjadikan Syawal tahun ni akan aku rindui sampai bila-bila. Lepas ni Syawal di Shah Alam pula. Untuk Syawal ke-8 dan seterusnya. Tunggu dan lihat sahajalah. Bagaimana ragamnya berSyawal dengan mereka-mereka ini. Mudah-mudahan segalanya bermakna, seperti hari-hari Syawal yang lepas. Bagi menghabiskan sisa-sisa aku dengan mereka-mereka semua.

Malam kian larut. Tak banyak yang dapat aku katakan. Cuma sedikit kesimpulan. Kepada yang mulai membuang keluarga semata-mata untuk sebuah pencarian yang tidak-tidak. Pulang lah untuk berhari raya pada Syawal yang masih bersisa ini. Semoga belum kelewatan dan tidak ketinggalan untuk meraikannya bersama keluarga tercinta. Yang mana tanpa mereka. Untuk membaca TheTimeLines ini, belum pasti buat kalian. Pulanglah.

11.9.10

Beberapa Perkara yang Buat Aku Tertunggu-tunggu

Pejam celik-pejam celik tahun ni dah nak ke penghujung. Dah masuk bulan 9 dah. Maknenye ade 3 bulan je lagi untuk tahun ni berakhir. Huih pantas gile mase berlalu. 'Mase' ni tak boleh ditahan-tahan dah ni.

So ape plan? Impian tahun depan dah terbayang-bayang di kepala. Besar impian tu. Tapi kalau duduk takuk ni jugak, susah la.

Aku tak sabar nak balik Shah Alam ni. Bukan tak suke kat kampung ni. Tapi pasal tak sabar nak tengok sandiwara realiti hamba-hamba Allah kat sana. (Jangan cepat melatah, bukan semua, segelintir yang suka dan pandai berlakon. Pandai menyusun kata-kata. Janji manis dan macam-macam cara untuk menjaga kepentingan diri)Aku nak sudahkan beberape cerita yang asyik pending sampai ke sudah.

Aku tak sabar nak tunggu call dari satu syarikat ni. Resume aku dah panjangkan. Hantar by hand ke HR Manager. Beberapa hari lepas aku hantar resume tu, En HR Manager ni ade jugak call. Tapi untuk minta pertolongan carikan staff. Ingat nak bagi offer. Tapi terlupa pulak yang aku ade mention kat En. HR Manager tu, aku tak boleh start terus. Sebab kene la bagi notice dulu. Bak kate orang "masuk ikut pintu depan, tak kan nak keluar ikut tingkap pulak kan?".

Aku juga tak sabar untuk menanti kehadiran November. Mudah-mudahan rahsia yang selama ini Allah swt lindungkan, akan terjawab pada November ni.

Aku tak sabar nak tunggu tahun depan. Ade plak macam tu kan. Tahun depan makin tue. Hahaha. Insyaallah kalau betul segalanya mengikut perancangan, tahun depan insyaallah "STABIL". Doa-doakan.

Kata orang, tak perlu fikirkan perkara yang tak nampak atau belum berlaku kan? tapi setidak-tidaknya kau merancangkan sesuatu. Semoga allah, mak dan abah selalu restukan. Amin. Salam Syawal. Raya hari ke-2.

I Know What You Did a Day Before Raya

Raya datang lagi. Dan seperti yang dirancangkan, persiapan raya tahun ni berjalan lancar selain kesilapan memotong daging menyebabkan kami terpaksa dropkan sahaja menu rendang daging tahun ni. punyelah sedap aku melapah daging sampai kesemua 5 kilo daging tu aku hiris buat satey. Yang pasti tahun ni macam tahun-tahun yang lepas aku assigned sebagai butcher. Sejak 2 hari sebelum raye lagi aku dah bermanje-manje dengan aktiviti melapah daging ni.


Tu dia! Ketupat tahun ni. Buat tak banyak. Asal buat. Adelah dalam 100 biji. Tu pun tak sure la sampai tak. Dapat daun pun pendek-pendek dan tak berape nak lebar. "Agaknye pek cik yang jual daun ni tarah pokok rendah gamaknye". Macam tulah bunyinye rungutan aku kat mak aku time menganyam daun ketupat ni. Anyam sendiri tu. Ape barang beli dah siap.




Tu dia! Korang bayangkan 5 kilo daging. 5 ekor ayam. Ni lah hasilnya. Aku start lapah daging ngn ayam ni pukul 3 petang. Ngam-ngam sebelum bukan pose siap. Hah lepas tu brek sekejap. Dalam pukul 8 mak aku start buat marination procedure. Siap marinated ape lagi mula la aktiviti mencucuk satey. Tak silap dalam pukul 8 lebih-lebih sikit la. Nak patah pinggang beb! Mase tu mule lah mental! Ahhh... Layan! Sambil borak2. Sambil tengok lawak Zizan malam raya. Sambil minum kopi O. Tau-tau pukul 2 pagi! Tak kejang aku dibuatnye!




Ni pulak sebahagian dari bahan-bahan untuk buat sambal goreng. Tukang masaknye tahun ni akak aku. Dan mase sambal goreng tu dimasak, aku rase aku dah pun membute. Tak tau ape jadi dah. Pagi raye tengok-tengok semua dah siap. Tahun ni kuah lodeh dapat tajaan jiran-jiran. Sambal kacang, akak aku masak jugak. Kasik Puan Mariam Kadir rehat sikit.

Yang pasti tahun ni rumah ni mesti kene serbu dek sedare mare macam tahun-tahun yang lepas. Sekali datang mau 3-4 bijik kereta la. Purata satu kereta pulak 4-5 orang. Tu untuk satu trip tu. Hmmm. Dah macam function hotel pulak dah. Tapi nak buat macam mane. Dah name hari raya. Lagi pun tetamu yang datang beraya tu kan membawak berkat. Ya Allah, murahkanlah rezki ku, mudah-mudahan tahun depan murah rezki. Boleh aku order katering. Hehehe. Tapi mane datang kepuasan kalau macam tu kan?

p/s: so sesiapa yang teringin nak dapatkan resepi satey "madura" ni boleh lah dapatkannye di laman blog http://thetabledhote.blogspot.com/. Tapi esok la aku update. Tak terlarat mate ni. Salam Syawal semua.

10.9.10

"TheTableD'hote"

From TheTimeLines to TheTableD'hote. Sekarang ni aku mengendali 2 laman blog. Biase-biase sahaja. Tujuannya untuk mengelakkan dari TheTimeLines menjadi sesak dengan entry yang macam rojak. Aku nak focuskan TheTableD'hote ni untuk entry-entry berkaitan dunia kerjaya aku dalam bidang hospitality.

Let's talk about business, foods, recepies, tips and tricks, procedures,athics dan macam-macam lagi. Harap sokongan kalian. Jom singgah ke TheTableD'hote di: http://thetabledhote.blogspot.com/

9.9.10

Menu Wajib Hari Raya

Raye dah esok. Atau diterbalikkan ayat tu "esok dah raya". Sekejap je sebulan. Dah-dah la tu. Dah tak boleh patah balik dah mane-mane yang tak puas berpuase. Atau yang rase Ramadhan tahun ni tak brape nak dimanfaatkan. Sekurang-kurangnya bersyukurlah sebab diberi peluang olah Allah swt untuk berpuasa tahun ni. Doa-doalah untuk bertemu lagi tahun hadapan.

"Eh... Eh.. Eh.. Ni sape suruh raye ni? Tahun ni menu tak cukup. So tak boleh raye!"... Haaa... macam tu lah nak digambarkan macam mane penting dan bermaknenye menu-menu wajib hari raya bagi aku. Tak dapat banyak, sikit pun jadik la, asal buat. So this time jom share ape kah die menu-menu wajib hari raya bagi aku.


KETUPAT. Bayangkan kalau bende petak-petak empat segi ni tak de dalam menu. Atau digantikan dengan yang lain macam nasi putih ke, nasi minyak ke... Huh! Tak boleh. Tak boleh. Merajuk. Boleh merajuk. Dah tu raye. Tak de ketupat. Mane boleh. Tapi sekarang ni dek kerane kesuntukan mase nak menganyam. Atau sebab ketiadaan bekalan pucuk kelapa maka "ketupat adabi" pun boleh la.


Menduduki carta ke-2 terpenting bagi kategori "Menu Wajib Hari Raya" ialah. SATE!. Ni tradisi keluarga aku. Asal kisahnye, En Sa'don Arsad (bapak akulah) adalah penjual sate termahsyur sekitar tahun 70an kat Mersing (Ceh!). Tapi bapak aku dah bersara dari meniaga sate ni awal-awal lagi. Katenye die jumpe bungkusan kuning kat atap stall satenye. Terus tak maju-maju bisness. Kebetulan mak aku pulak ade secret recepi sate madura. Resepi tu pulak turun temurun jatuh kat aku dan adik beradik. Tu yang tiap-tiap tahun, bile kumpul satu family time raye, mesti kene buat. Serious! Lebih sedap dari biase. Dato' Haji Samuri pun jeles. Jangan marah Dato'.


SAMBAL KACANG. Setengah orang panggil Kuah Kacang. Orang putih panggil Peanut Sauce. Terbaik! Mak aku punye resepi the best. Cukup manisnye. Cukup pedasnye. Cukup masinnya. Siap ade rase biskut merry sikit dalam. Makan dengan ketupat sahaje pun sedap dah. Kalau tak de sambal kacang ni, sate nak celup mane pulak? Air oren? Letak dalam kuah lodeh pun "Terbaek!". Nak makan gitu je pun boleh. Hidup macam sup. Huh! Sakai habis!


SAMBAL GORENG!. Oh yeah bebeh! Give me my sambal goreng! I need my sambal goreng. Cerita banyak tak guna. Silap-silap, siap je mak aku tutup api dapur, sambal goreng dah sepiring kene sental. Bukan ape, buat food testing dulu. Ye lah, quality kene jage. Tak sempat tunggu pagi raye dah kalau jumpe sambal gorang ni. Ni bapak aku pun setuju ni. Siap kuar statement. "Tak buat sambal goreng ni macam tak beraye kite".


Ni favorite mak ngan abah aku. RENDANG DAGING. Aku tak berape la. Tengok la, kalau daging tu jenis lembut, aku sental. Tapi kalau agak liat-liat sikit, better aku makan time raye ke 2 atau ke 3 nanti. Rendang ni tahan. Insyaallah. Time raye ke tiga tu daging tu makin lembut pasal selalu kene perangat. Time tu makan dengan roti puti pun ok jugak. Buat breakfast. Sental bersama kopi 'O'. Yang pasti, menu rendang daging ni selalunya ade atas meja time hari-hari raya ni.


"Lodeh hai abang lodeh, Lodeh anak Pak Salleh, Pakai baju labuh, Seluar longgar hampir terlondeh..." Lagu Lodeh Mak Lodeh oleh Anita Serawak. Tak de kene mengena dengan menu wajib seterusnya, KUAH LODEH. Bagi yang nak makan berkuah sikit, bolehlah menyental kuah lodeh ni. Tradisi jawa, bertukar juadah. Biasenye kuah lodeh ni mak aku masak lebih sikit untuk bagi jiran-jiran sebelah. Layan jugak. Pagi raye sental ketupat, satay dan kuah kacang. Kuah lodeh ni untuk "mentong" pulak. Petang-petang sikit. Layan lontong pulak. Kompilasi kalori terbaik bulan syawal ni!


AYAM MASAK MERAH. Yang ni masuk kategori optional. Tapi biasenye ade. Pun selalunya jadi juadah yang ditukar-tukar dengan jiran sekampung atau sedare-sedare terdekat. Ikut aku, aku ratah je. nak-nak kalau dapat part drumstik atau wing. Ye lah. Kot dah masuk banyak sangat. Tengok ayam masak merah ni kesian jer tak de yang sudi jamah. baik ratah je. Pun layan. Kuahnye makan dengan roti putih pun layan. Terbaik!

Ok. Let's bring this to the conclusion. Yang pasti juadah-juadah ni jarang kita prepare sendiri time hari biase. Memang kalau pegi gerai nasi campur senang je jumpe. Tapi compare time-time raya ni, kita satu keluarga prepare sendiri. Keluar duit belanja sendiri. Setahun sekali. So, lets enjoy our meal. But jangan lupa jiran-jiran keliling. Sanak saudare, sedekah-sedekah la kat diorang sikit. Biar semua dapat merasa. For guys, ringan-ringan kan tulang tu untuk ke dapur tolong ringan-ringankan beban mak or isteri masing-masing. Kurang-kurang pun tolong kemas rumah dah ok ape. Jangan duk kangkang je...

Ok. Jom kite bersiap. Esok dah raye. So dari aku Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat sekelian umat Islam. Kepada sanak saudara jauh mahupun dekat. Sahabat handai (Zulfikar hazri di mana kau!). Budak-budak Nuffnang. Mak dan abah. Adik-adik dan kakak-kakak tersayang. Rakan-rakan sekerja yang jauh di kampung halaman masing-masing. Dan teristimewa buat Siti Fatimah Mohd Shahari sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.

Jom Buat Nuff-Walk Tengok Kawan-kawan

Huh... Penat siot! Petang tadi pegi membeli belah barang-barang raye. Malam continue melapah daging fresh sampai pukul 12 tadi. Lepas mandi tadi ingat nak menulis lagi but tiba-tiba badan ni menggigil macam kene hidration. Perut aku lapar gile. Tahap gile la. Sental mee hoon goreng sikit. Sekarang baru lega...

Huh! pukul 2.10 pagi dah. Esok je la menulis. Itu pun kalau berkesempatan dan ada kelapangan. Bimbang jugak esok dah sibuk buat persiapan raya. Jadi malam ni, aktiviti yang menarik ialah menziarah member-member nuff. Bagi buah tangan sikit (comment) than tidur la... Jom geng! Sape nak joint? Especially budak2 Nuff. Jom singgah-singgah blog kawan2... Ops! yg singgah kemari, jangan lupa klik follow. Baru meriah...

8.9.10

Aku Bangga Menjadi Anak Mersing

Sambil-sambil upload gambar-gambar yang sempat aku snap sementare menunggu mak siap shopping tadi, terlintas jugak aku untuk buat sikit refrence pasal daerah tempat tumpahnye darah aku ni. Mersing. Mersing dah pandai jem macam bandar-bandar besar. Kenderaan dah makin banyak. Dulu, jalan pakai satu lane sahaje. Tu pun cukup untuk tampung pergi balik penduduk mersing mencari rezeki, menuntut ilmu serta pelbagai lagi aktiviti harian. Sekarang meh la datang mersing. Walaupun tak la segah bandar-bandar lain di negeri Johor ni, at least dari segi pembangunan Mersing tak mahu ketinggalan.

Banyak bangunan baru menggantikan yang lama. Yang dibuka di atas tanah kosong pun rancak dalam pembinaan. Politeknik Mersing, projek naik taraf persisir pantai Mersing, dan banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang. Tu belum ke Kem Iskandar di Kampung Seri Pantai. Entah macam mane saiznye agaknya. Aku dengar kem tu antara yang terbesar kat Malaysia ni. Kem komando. Make rammai lah anak dare mersing ni berjodohkan abang-abang 'asker' ni.

Cume disebalik pembangunan ni aku harap dari segi perancangan bandarnye biarlah benar-benar teratur. tak guna juga maju tapi masalah saliran atau perparitan tak dapat di atasi. Tahu-tahu bila monsun menyerang, tenggelam dek banjir. Tu belum masalah kesesakan lalu lintas. Jem. Jem adalah satu punca menurunnya produktiviti. Banyak buang masa di jalanana. Buang minyak. Meningkatkan pencemaran udara. Punca masalah di tempat kerja (habis kalau dah datang lambat selalu pasal sangkut dalam trafik) dan macam-macam lagi la.

Aku harap juga pembangunan ni akan menghadirkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan
yang baik untuk anak-anak mersing. Jadi tak perlulah anak-anak mersing terpaksa keluar berhijrah ke daerah atau negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan. Ibubapa yang gering dan dimamah usia ada juga yang menjaga atau menjenguk. Aku pun berharap untuk pulang menumpahkan bakti di tanah tumpah darah aku satu hari nanti. Harap Mersing cepat serta pesat membangun. Aku mahu pulang ke mari suatu hari nanti. Bukan pulang untuk berhari raya semata-mata. Bukan pulang bercuti semata-mata. Buat masa ini biarlah ku carikan ilmu serta pengalaman di rantau orang. Suatu hari nanti aku pulang juga.



"Kawasan pesisiran pantai Mersing akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan sekaligus dapat meningkatkan aktiviti ekonomi daerah ini dan mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing menjelang 2020.



Pembangunan ini akan melibatkan aktiviti penambakan tanah seluas 809.2 hektar di bahagian pantai bandar Mersing menggunakan kaedah tebus tanah.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata projek ini adalah satu daripada lima rancangan pembangunan yang sudah dikenalpasti di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).



“Penilaian impak alam sekitar sudah diluluskan dan kerja-kerja pembinaan yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan itu akan dimulakan pada tahun ini.

“Kawasan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel berbintang dan hotel butik, pusat konvensyen, pusat komersil, kawasan perumahan menghadap laut, taman tema air, marina, pusat perkhidmatan perubatan serta pusat kesenian,"katanya.



Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICC) Johor di Pejabat Daerah Mersing, semalam.

Abdul Ghani yang mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pelaksanaan ECER peringkat Negeri Johor untuk tahun ini memberitahu, projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan Radian Starfish Sdn. Bhd.

Mengenai kos keseluruhan projek ini, Abdul Ghani berkata oleh kerana, ia melibatkan kawasan tebus tanah melebihi 40.4 hektar, ia akan hanya diketahui selepas Majlis Fiskal Negara bersidang.

Katanya, sebuah kompleks jeti akan turut dibina bagi menyediakan jeti penumpang dan jeti perikanan. Jeti penumpang ini akan beroperasi 24 jam selain mampu menampung kapal berkapasiti tinggi.



Menurut kenyataan media, selain menjadi pintu masuk Pulau Tengah, Pulau Sibu, Pulau Rawa dan Pulau Tioman, bandar Mersing juga adalah gerbang pelancongan eko ke Taman Negara Endau-Rompin.

Kenyataan itu selanjutnya memberitahu, pembangunan lain yang bakal dilaksanakan di bawah pelan induk ECER adalah inap desa, pembangunan infrastrutur dan program pembangunan sosial untuk masyarakat tempatan."
Petikan artikal dari Pejabat Menteri Besar Johor.

Cerita Sebatang Pelita Buluh

Hari ni aku kembali dengan Cerita Sebatang Pelita Buluh. Ape yang terlintas dalam fikiran kalian bila aku mula bercerita tentang Sebatang Pelita Buluh ni? Malam 7 lekor kah? Hari raya kah? Mintak maaf kah? Tu mungkin yang sinonim dengan Cerita Sebatang Pelita Buluh dalam mode-mode hujung-hujung Ramadhan ni. Lebih kurang lah kan... Hari Raya.

Setuju tak kalian SMS tahun ni kurang dari segi kiriman ucapan hari raya. Banyak dah lari ke Facebook kan? Tengok je lah dalam inbox email kalian. Kebanyakkannye penuh dengan notifikasi 'tag'... 'tag'... dan 'tag' lagi.. Mudah, cepat, dan menarik. Cume yang sedikit berbeza mungkin dari segi sentimental value. Pade aku kurang. Bayangkan berapa ramai yang di'tag' bersama kalian dalam satu-satu kad ucapan yang dikirim tu. Bermakna kita akan berkongsi satu kad raya tu bersama-sama dengan yang lain. Leman dapat, Padil dapat, Kiah dapat, Milah dapat (name-name ni contoh la) satu kad dengan kalian.

Berbeza zaman-zaman mude-mude dulu. Zaman guna kad ucapan yang di post melalui post office. Mak aihhh!!! Bukan main seronok bila postman sampai hantar kad, kad tersebut untuk kita. Dari insan-insan tersayang macam kawan-kawan, sedari mare yang jauh, dari cinta-cinta monyet dan sebagainya. Specialnye... Semangat nak membalas. Sanggup ke kedai semata-mata nak cari kad raya. Tulis dan post kan kembali. Compare zaman sekarang, kadar ke 'exited'an bile dapat kad ucapan melalui 'tag' facebook tu tak mampu nak tandingi zaman-zaman kad raya postman dulu. Setuju? Terpulang...

Lihat, zaman dah berubah. Sekejap je aku rasa. Dulu kad-kad ucapan ditewaskan gelombang pesanan ringkas SMS. Sekarang ni gelombang Facebook, Twitter dan macam macam lagi dah mula ambil alih. Akan datang? Bayangkan? Walaubagaimanapun. Macam mana pun gaya atau caranya. Sekuat mana pun gelombang arus kemodenan menghambat dan meninggalkan yang lama, biarlah setiap pengucapan maaf yang dikirimkan itu hadir bersama keikhlasan dan keinsafan.

Mohon Ampun dan Maaf Buat Kalian. Salam Aidilfitri.