23.8.10

Rahsia Langit Ramadhan

Aku punya banyak masa sekitar ramadhan ini. Kelapangan ini memberi aku banyak ruang untuk kembali menulis. Kembali berbloging. Beberapa hari ini aku tegah menahan tidur ku semata-mata untuk ini. Tidur lewat dan bangun kesiangan. Wahhh!!! mengalahkan anak raja. Sebulan ''dicutikan'' dari kerja tanpa kerelaan betul-betul mengajar aku betapa erti ujian bulan ramadhan. Ketika rakan-rakan sekerja mula berkira-kira membayangkan kesibukan membuat persiapan Function berbuka puasa, berkira-kira untuk mencari income lebih melalui kerja lebih masa, juga kesibukan melayan kerenah tetamu serta keseronokan berbuka puasa beramai-ramai bersama rakan sekerja, aku secara tiba-tiba diberikan memo cuti sementara selama 1 bulan sepanjang bulan Ramadhan.

Aku cuba bernada positif. ''Elok jugak, bulan-bulan puasa ni boleh la fokus pada amalan.'' Ceh! Amalan la sangat. Ketika Ramadan berbaki tak lebih 20 hari ni, aku rasa amalan masih mcm gitu jugak. Quran baru sentuh dan baca sikit-sikit. Jiwa masih juga tak tenang. Jadi bagaimana Zulkifli Bin Sa'don? Kene cari jalan. Bukan duduk begini caranya. Hidayah Allah tu perlu dipohon, diminta, dan dicari. Kau buat, kau dapat!


Semalam, sewaktu beronline Yahoo Messenger dikejauhan malam (suppose aku tahajud ke, mengaji ke) tiba-tiba ditegur seorang chatter dari Saudi Arabia. Mula-mula aku ingat just spam atau iklan-iklan pronografi yang masuk. Aku klik pangkah. Brother ni tegur lagi. terus aku fikir. ''hah! tak lain die nak bg tahu aku yg die ni keturunan raja kat sana la ni. nak mintak account number, pasal die nak transfer duit berjuta-juta-juta dinar kat aku. Oooo. mau main sama saya? Meh aku layan''. Aku fikir bile die start mention pasal keturunan rajenye tu aku nak basuh mamat ni. Tak kirela B.I aku broken ke.

Brother arab ni mulakan chat die dengan bertanya aku boleh speaking ke tak. Of course la kate aku. Stanby je nak maki. Tapi tibe-tibe die tanya aku pasal Ramadhan kat negara kita. ''how is Ramadhan their its nice i heard''. Macam tu la lebih kurang bunyinya. Aku balas soalan tu. Aku cite pasal Bazar Ramadhan. Aku pun blur jugak nak menaip ape waktu tu. Brother ni pun mention yg kat dunia arab sana pun ade, bazar-bazar ni. Malahan lebih banyak lagi sambil memuja-muja akan dunia arabnya dengan penuh bangga. Last-last aku cakap... Bazar-bazar ni ''happen in all Muslim world''. Brother ni akur pada statement aku.

Banyak jugak yang dibualkan. Sikit pun tak masuk pasal keturunan raja dan harta yang aku fikir awal-awal tadi. Malahan aku mula tertarik dengan cerita-cerita Brother ni. Pasal Mekah. Dua kali buat haji. Umrah jangan cakap la. Dah tak terkira katanye. Start tu aku mula terfikir. Bertuahnya orang-orang arab ni. Dekat dengan Baitullah. Faham bahasa al-quran. Mungkin dekat dengan suasana keagamaan. Aku mention jugak padanya pasal live coverage solat terawih dari Mekah. Dan yang buat aku pulak rase bertuah sebagai orang melayu yang lahir di bumi Malaysia ni bila brother ni impress yg kat Malaysia ni siap ade siaran langsung sembahyang terawih dari tanah airnya.


Seronok dapat berbual dengan Brother Syed Imtiaz al Khaja ni. Bertuah pula aku rasa. Ramadhan kali ni aku berpeluang berbual dengan seseorang yang lahir dan datang dari tanah tumpah Nabi Muhammad s.a.w.

22.8.10

Episod 1: Hikayat Seri Anggar

Hutan Seri Kunja…

Ia merupakan perjalanan yang meletihkan. Sejak bepergian sehari yang lalu, Nila dan Arka belum menemui sebarang perkampungan untuk disinggahi. Langkah meraka hanya berpandukan denai-denai serta kesan-kesan laluan yang terbentuk sama ada dari hakisan air mahupun kesan pijakan haiwan atau manusia yang pernah melalui kawasan itu. Sesekali apabila laluan terputus dek belukar, mereka sekadar mencantas halangan dengan parang yang tertancap kemas di pinggang masing-masing. Laluan yang sukar dan berbahaya sebolehnya dielakkan. Pendakian seboleh-boleh dikurangkan. Tenaga perlu dijimatkan. Maka kerana itu, mereka berdua memilih untuk melalui denai-denai serta menyusuri kaki-kaki bukit. Kedua-duanya seakan pasti segenap cabaran serta dugaan yang bakal ditempuhi.

‘’Arka, aku dahaga’’

‘’Kita istirehat dahulu. Nah! Tapi jimatkan air selagi belum berjumpa anak sungai’’ berkas air yang diperbuat dari buluh dihulur. Nila menyambutnya sambil mengangguk-angguk arahan Arka. Dia sedar yang perjalanan ini di ketuai Arka. ‘’Arka si pemegang amanat yang besar’’. Itulah gelaran yang sering didengarnya dan tugasnya dalam perjalanan ini hanyalah sebagai pelindung, peneman serta penunjuk jalan kepada Arka. Beberapa teguk air diminum dan diakhiri dengan desahan puas setelah kering kerongkongnya dibasahi air.

Arka duduk bersandar pada sebatang pokok. Sesekali mengesat peluh yang membasahi dahi serta lehernya dengan kain pengikat kepala. Nila sekadar memerhati melalui hujung pandanganya. Sepanjang perjalanan yang menjangkau usia seharian ini, Arka padanya tidak banyak bicara. Raut wajah teman jalananya tampak keruh walaupun jelas cerah kulit wajahnya. Umpama menahan sebeban bebanan di pudaknya yang sebegitu berat. Setiap kali tiba masanya beristirehat, Arka memilih untuk sedikit mengasingkan diri dari Nila. Dan kali ini Nila memberanikan diri untuk mendekati temannya itu.

‘’Kau tak mahu minum Arka?’’ bekas buluh dihulur. Tetapi tidak disambut Arka.

‘’Kau banyak bermenung’’

‘’Hmmm’’ Arka sekadar mengeluh.

‘’Dan mengeluh juga’’ Sambung Nila.

Nila mengambil tempat seberapa langkah dari Arka. Kemudian duduk di tempat yang sedikit membusut yang bisa menampung tubuhnya yang sedikit berisi. Sesekali nafasnya seakan mencungap. Peluh di dahi dikesat dengan lengan bajunya. Arka sekadar mengalihkan pandangannya dari Nila, sedang Nila mencuba-cuba untuk mengajaknya berbicara. Mereka sekadar berdiam.

‘’Bagaimana seandainya kita gagal menemui mereka?’’ Nila memberanikan diri. Dihujung nada, terdengar keduan seolah-seolah menelan sesuatu dikerongkong.

‘’Selagi itu berpihak ke Tanah Seri Anggar adalah haram buat kita!’’

‘’Mmm.... maksud mu?’’ soal Nila kebodoh-bodohan.

‘’Hmmm… Berbicara kepada lembu adalah lebih baik dari bercara kepada kau Nila!’’ sekali lagi Nila menelan kedunya.

‘’Bukankah lebih elok jika kau diam dan tidak banyak bersoal!’’

‘’Ingat tugas mu Nila! Pabila selesai urusan mu meneman kita, kau bisa pergi menentukan nasib mu. Jagai keselamatan mu adalah lebih baik!’’ bicara Arka yang membentak-bentak membuatkan Nila terpunduk-punduk. Kemudian Nila bangkit perlahan dari duduknya seraya meninggalkan Arka. Langkahnya perlahan. Jalannya tertunduk. Nila berkecil hati. Niatnya yang sekadar bertanya dan mengajak berbual, disambut dengan herdik dari Arka. Sememangnya Nila bodoh-bodoh alang sikapnya. Lurus serta sekadar mengikut perintah yang diberi. Namun sebagai manusia biasa, apabila dilayan dengan kasar, Nila berkecil hati.

Arka memandang Nila yang menghilang di balik pohon. Nafasnya sebal. Nyata tindakan Nila yang pergi menambah galau hatinya. ‘’Aahhhh!! Apa yang telah aku lakukan?’’ rungut hatinya. Baru tersedar yang tindakannya tadi telah melampaui norma sebagai manusia biasa. Kegalauan hatinya telah mendorong tindakan yang tiada disedari. Jemarinya meraut wajahnya. Sesekali memicit-micit hujung kening serta meraut rambutnya. Tertunduk kesal. Nila menjadi mangsanya. Kini menghilangkan diri entah ke mana.

Tanah Seri Anggar… Seberapa ketika dahulu.

Tanah Seri Anggar merupakan sebuah daerah yang terpencil. Kewujudan daerah ini adalah dari gabungan kampung-kampung perbukitan yang dibina oleh masyarakat di situ. Kegiatan harian masyarakat di Tanah Seri Anggar tidak lah lari dari bertani, berternak, berburu, dan mengumpul hasil hutan. Menurut amalan dalam tradisi, wanita yang lebih berusia lebih meminati kegiatan bercucuk tanam manakala kelompok wanita muda mulai tertarik untuk beternak. Dibandingkan generasi yang lebih muda, kelompok masyarakat berusia tua lebih terfokus pada tumbuhan liar. Kelompok pria, baik tua maupun muda, lebih suka berburu untuk memperoleh keperluan daging.

Padi perbukitan menjadi makanan asasi mereka. Berlaukkan hasil buruan hutan serta bersayurkan hasil tumbuhan yang bisa diperoleh secara percuma dari hutan. Hasil-hasil hutan lain seperti kayu gaharu, rotan, damar, bertam, rumbia, mengkuang, sepang, merbau, buah-buah tampoi, manggis hutan dan sebagainya kebiasaannya akan dikumpulkan dan dijadikan barang dagangan. Sepurnama sekali jaraknya, peraih-peraih akan datang bagi membawa barang-barang tukaran seperti pakaian, kain, benang, peralatan logam, tembikar, perhiasan dan sebagainya. Lontaran dari kegiatan ini, terbinalah sebuah pasar kecil tempat masyarakat Tanah Seri Anggar dan peraih-peraih ini berurus niaga.

Di sebuah dataran lapang yang dipagari kayu-kayu yang pasak rapat, khemah-khemah bertiangkan batang-batang tembesu, buluh, rotan serta kayu-kayu hutan dibina. Beratapkan rumbia, bertam dan nipah. Ada juga yang sekadar bertutupkan kain-kain guni bagi melindungi dari terik mentari pagi. Khemah-khemah selebar dan panjangnya dalam tiga ke empat depa orang dewasa itu sememangnya telah lama dibina. Masing-masing dibina bertentangan dalam jarak 10 kaki bagi membolehkan laluan ditengah-tengah khemah tersebut. Terdapat puluhan khemah kesemuanya. Dan kesemuanya mempamerkan hasil-hasil hutan. Hasil ternak. Serta hasil perburuan yang dihimpunkan untuk ditukarkan dengan barang-barang yang dibawa peraih dari luar daerah.

Kira-kira matahari tingginya segalah dari ufuk timur, urus niaga bakal bermula. Nila bersegara memunggah hasil-hasil hutan yang dipungutnya. Akar-akar kayu seperti akar tongkat ali, selusuh fatimah, mempisang, dan medang diletakkan pada sudut yang paling hadapan. Hasil-hasil hutan ini lah yang sering diburu oleh peraih-peraih. Pasarannya di luar amat memberangsangkan. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan mengandungi nilai-Nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Biasanya ia dapat mengubati penyakit yang akan membawa kepada maut seperti penyakit kuning. Misalnya, masyarakat di Tanah Seri Anggar percaya dengan meminum air rebusan Tongkat Ali, sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Mereka turut menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ahli bagi mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan deman. Bagi tumbuhan herba ini tukarannya turut lumayan. Kadang kala sutera, kain kapas, peralatan logam seperti parang, periuk belanga, alat-alat pengacip, persalinan dan sebagainya.

Setelah kerja-kerjanya selesai, Nila duduk bersenang-senang di luar khemahnya. Batang pohon yang dikerat rata berbentuk silinder dijadikan bangku. Sengaja diletakkan diluar khemah untuk berehat-rehat. Keringatnya merembes galak sehingga membasahkan bajunya. Beberapa teguk air diminum. Matanya ligat melihat-lihat lalu lalang yang sibuk. Kedapatan kanak-kanak yang asyik berlari-larian mencelah-celah di balik khemah. Larian yang mencetus debu-debu pasir yang berterbangan. Ketika berlarian, ada yang terlanggar peniaga-peniaga yang sibuk bekerja. Mana-mana yang sempat dicapai oleh orang tuanya, pasti akan dipiat di telinga. Diberi amarah agar tidak nakal-nakal. Nila hanya memandang tanpa sebarang reaksi. Setiap sudut pasar kesibukan dan keriuhan kian bermula. Masing-masing sarat dengan hasil tuaian hutan yang bakal diniagakan. Beberapa peniaga yang dikenali menegurnya. Nila sekadar angguk-angguk sahaja. Senyumannya sedikit ketat. Mungkin kerna masih kepenatan. Beberapa teguk air lagi diteguknya.

‘’Nila, sudah siap nak?’’ seorang lelaki bersama dua orang budak suruhan menegur bersahaja. Tubuhnya sedikit melengkung. Agak kurus serta kelihatan telah dimamah usia. Langkah kaki lelaki itu hincut-hincut ketika memasuki khemahnya. Bungkusan diletakkan ke atas para. Ketika menampung berat bungkusan, tatkala meletakkan ke atas para, sedikit kerut terpancar. Mungkin terasa sengal pada bahagian-bahagian tubuh dek kerana berat barang yang dikendong. Kini giliran dua budak suruhannya melakukan kerja. Lelaki berusia itu meminggir sedikit memberi laluan. Beberapa bungkusan guni sebesar pemeluk dipunggah. Kesemuanya sarat berisi muatan.

‘’Sudah Sang Jamung, aku mampir awal.’’ jawab Nila. Lehernya didongak-dongakkan. Malas untuk berdiri, tetapi matanya diintai-intaikan ke khemah lelaki yang dipanggilnya Sang Jamung itu.

‘’Bersorangan?’’

‘’Ya. Lagi kesiangan Si Kenanga itu’’ keluh Nila.

‘’hahahaha.. kasihan..’’

‘’Kenanga.. Kenanga.. adik kau itu selalu curi tulang sahaja. Hahaha’’ hela tawa Sang Jamung tidak bersambut oleh Nila mahupun dua budak suruhannya yang gigih menyusun barang dagangan. Ketawa Sang Jamung hanyalah untuk mengusik-ngusik Nila yang bersorangan tanpa dibantu adiknya Kenanga pada pagi itu.

Nila ralit memandang-mandang suasana pasar. Urus niaga belum bermula. Peraih-peraih serta pedagang-pedagang masih belum tiba. Barang segalah lagi tingginya mentari, baharulah peraih-peraih dari luar daerah akan tiba. Perjalanan ke Tanah Seri Anggar amat jauh dari daerah-daeah lain. Perjalanan memakan masa berhari-hari dan perlu mendaki beberapa perbukitan, meranduk anak-anak sungai serta belukar-belukar yang begitu sulit. Namun dek kerana hasil yang begitu menguntungkan, peraih-peraih ini sanggup mengharungi perjalanan yang jauh ini.

‘’Hah! Menungkan apa?’’ Sang Jamung telah keluar dari khemahnya dan menghampiri Nila. Beberapa biji sentul dan manggis dihulur. Nila tidak menolakknya. Kemudian diletakkan ke sisi. Sebiji manggis dikupas lantas dijamah tanpa rasa malu. Sang Jamung duduk di sebelahnya tanpa dipelawa. Tampak kedua-duanya sudah saling mengenali dan berbiasa-biasa antara mereka.

Tidak seperti Nila yang mengumpul herba serta akar-akar kayu untuk diniagakan, Sang Jamung mengumpul bijian, daun-daun serta buah-buahan hutan. Antaranya petai, jering, cemperai, daun-daun asam gelugor, manggis, sentul, tampoi, langsat, jambu, serta enau yang turut dikenali sebagai kabong, sejenis palma besar yang hidup di pinggir hutan yang dapat dijadikan sumber gula. Hasilnya tidaklah menentu lantaran buah-buahan ini antaranya bermusim.

‘’Banyak hasilnya Sang Jamung?’’

‘’Boleh lah. Mujur ada Liku dan Taram. Aku sudah tidak berdaya’’ Kepala lututnya diurut-urut. Sedikit kerut terpancar pada wajahnya yang berkedut.

‘’Mengapa dengan kakinya?’’

‘’Terseliuh’’ ringkas Sang Jamung menjawab.

‘’Mari aku tengok kan’’ Nila menawarkan khidmat.

‘’Tak mengapalah, sudah ku sapu minyak. Esok lusa barangkali kebahlah ia’’

Nila terus memeriksan kaki Sang Jamung tanpa mempedulikan tegahannya.

‘’Uratnya mulai bengkak. Sudah beralih. Sudah dimasuki angin. Mujur tidak kepatahan’’ kata Nila.

‘’Angin apa? Angin perut. Hahahahah’’

‘’Aduh! Aduhhhh! Aduhhhhh’’

Tatkala tawa Sang Jamung bersisa, ketika itulah Nila mencengkam kepala lututnya. Sebelah tangannya lagi mencengkam telapak kaki Sang Jamung. Kemudian tangan yang mencengkam kepala lutut itu dilurutkan ke bawah. Mencengkam melalui cantuman otot-otot dan tulang keting Sang Jamung. Getus-getus kecil terdengar dari lurutan itu. Pergelangan kaki Jamung dipusing-pusingkan. Ketika itu berderap-derap seolah-olah bunyi tulang yang berlaga-laga. Dan diakhirkan dengan satu sentapan pantas pada pergelangan kaki jamung. Prakkkk!!! Jamung meraung lagi. ‘’aduhhhhhhhhh!!’’

**********************

Kenanga dalam perjalanan ke pasar setelah selesai pekerjaannya di rumah seperti mengemas, menyapu, mencuci pakaian serta menanak nasi. Ketika berpergian ke sungai untuk mencuci pakaian seawal pagi tadi, Nila abangnya masih belum bangkit dari tidur. Abangnya itu dibiarkan terbuntang ditempat tidurnya. Sengaja tidak digerakkan Nila kerna terlalu awal. Nila pasti keletihan setelah sekian minggu yang lalu, sering sahaja pulang ketika waktu-waktu rembang dan kadang kala malam. Gigih mengumpul hasil-hasil hutan untuk diniagakan. Ketika pulang, pasti sarat bersama akar-akar kayu serta hasil-hasil hutan yang lain. Kadang kala, sekiranya bermurah rezeki dari hutan, Nila akan pulang bersama ikan-ikan sungai, ayam-ayam hutan, napuh serta pelanduk yang memasuki jebaknya. Dan ketika itulah mereka akan makan bermewah-mewah sedikit. Jika tidak, makan mereka cukup berlauk ikan-ikan kering mahupun salai serta sayur-sayur yang dipetik disekitar halaman. Paling tidak pun cukup dengan ubi yang direbus mahupun yang dibakar empuk.

Tatkala Kenanga pulang dari mencuci pakaian tadi, Nila sudah pun bangkit meninggalkan perbaringannya. Pasti Nila telah bergegas ke pasar bagi membuat persiapan meniaga. Apabila Kenanga tiba di pasar kelak, dia pasti akan dimarahi Nila kerana menyangkanya tidur hingga kesiangan. Segalanya telah tergambar di fikiran. Sekuntum senyuman terukir di bibir Kenanga mengenangkan abang kandungnya Nila yang lurus serta bodoh-bodoh alang. Badannya sahaja yang besar tetapi lemah dalam berfikir. Namun kerjanya bagus. Rajin. Serta pandai menjebak haiwan di hutan. Itulah yang menyambung keterusan kehidupan mereka berdua selain mengambil upah mengumpul dan menjual hasil hutan. Kedua ibu dan bapa mereka sudah tiada. Si ibu meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat wabak penyakit manakala si ayah terlebih dahulu. Ketika kedua-dua mereka masih kecil. Hilang di hutan ketika mencari akar-akar kayu. Ada yang mengatakan yang si ayah mati di baham haiwan buas di hutan. Ada juga yang mengatakan yang si ayah hilang disembunyikan semangat hutan. Segala-gala cerita telah lama berlalu.

Kenanga melepasi beberapa deret rumah tetangga yang dibina berhampiran rumahnya. Ternyata pada waktu-waktu begini kebanyakkan penghuni tiada di rumah. Jikalau ada pun hanyalah kaum-kaun tua serta ibu-ibu yang menjaga anak-anak kecil. Selebihnya akan ke sawah perbukitan, dusun, ke hutan memungut hasil, berburu juga beternak. Bagi kanak-kanak pula, terutama yang laki-laki biasanya akan turut ke hutan mempelajari selok belok meneroka hutan serta belajar mewarisi ilmu-ilmu hutan seperti yang diwarisi oleh yang dewasa. Bagi yang belum cukup umurnya dibiarkan di rumah meneman ibu bersama anak-anak perempuan yang masih kecil. Ada juga yang bermain-main dihalaman serta bermandi-mandian di sungai. Namun, dalam sepurnama genap garaknya terdapat satu hari yang mana kebanyakan masyarakat di Tanah Seri Anggar akan meninggalkan rutin-rutin harian mereka. Itulah yang berlaku pada hari ini.

Kenanga melalui denai-denai kecil yang biasa dilaluinya untuk ke pasar. Kian menghampiri tempat yang ditujui. Hanya sebuah bukit kecil yang memisahkan jaraknya dengan pasar. Namun langkahnya terhenti apabila tertangkap suara-suara dari celah-celah belukar. Diamat-amati arah suara itu datang. Serta diamat-amati butir-butir suara itu. Tak lain dari derap ranting yang dipijak serta suara-suara perbualan orang. Diamat-amatinya lagi. Satu kumpulan yang besar. Melebihi dua atau tiga orang kesemuanya. Namun antara pasti atau tidak kerana berdasarkan pengamatan sahaja. Kenanga meninggalkan tempat terhenti langkahnya. Masuk menyelit-nyelit dibalik-balik pohon. Merunduk-runduk perlahan. Memijak serta menguis-nguis ranting serta daun-daun reput sebelum melangkah. Arah suara semakin dihampiri. Sedikit debar terasa di dadanya kini. Pernafasan diatur sebaik mungkin agar pergerakannya tidak berasa kelok ketika melangkah.

Kenanga mengambil kedudukan secara bersandar di sebalik banir pohon balak. Dipalingkan tubuhnya kehadapan dan dijulurkan sedikit dahinya melepasi banir. Diintai-intai kehadapan. Kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian merah sedang membincangkan sesuatu. Salah seorang daripadanya sahaja yang memakai pakaian yang berlainan warna. Barangkali yang itu orang tempatan. Cuma wajahnya tidak dapat dikenal pasti gara-gara kedudukannya yang membelakaginya. Kenanga kembali bersandar serta merendahkan sedikit tubuhnya seolah-olah bertinggung.

‘’Siapa dan apa yang sedang kalian lakukan?’’ berkerut sedikit dahinya sambil berbisik di dalam hati.

Dipalingkan semula tubuhnya dan kembali menghendap. Tujuh orang kesemuanya. Termasuk yang berbaju berlainan warna itu. Guntang! Kenanga mengenali lelaki tempatan itu. Tidak salah lagi berdasarkan susuk tubuh serta suaranya. Yang lain tampak seakan orang pendatang dari mukim yang lain. Gelagat yang kurang disenangi serta mencurigakan. Tambahan lagi mereka-mereka ini berurusan dengan Guntang. Pemuda yang terkenal dengan perlakuan nakal serta samseng kampungannya. Sering sahaja mengganggu ketenteraman masyarakat di Tanah Seri Anggar dengan membuli, memeras, mencuri hasil ternakan dan tanaman serta tidak lain dari mengusik kaum wanita serta anak-anak dara di situ. Bagaimanapun kegiatan nakal serta samsengnya itu tidak berani diadukan dek kerana di kalangan penduduk di situ ramai yang mengambil upah serta menumpang membina rumah di tanah milik bapanya Orang Kaya Dharwan. Nila dan Kenanga tidak terkecuali.

‘’Panglima Zahbur, bagaimana jika kita gempur sahaja ke istana dan rampas sahaja Keris Seri Anggar!’’ salah sorang dari lelaki pendatang itu mengemukakan cadangan.

‘’Bagaimana pendapat tuan hamba Guntang?’’

‘’Jikalau begitu, hamba kurang setuju Panglima Zahbur. Hamba sering keluar masuk istana. Sukar. Kawalannya sahaja terlalu rumit untuk ditembusi. Pengawal-pengawal sahaja semuanya cukup terlatih. Dilengkapi persenjataan yang rapi’’ Bingkas Guntang.

‘’Soal pengawal yang tuan hamba khuatirkan. Hahahahaha. Bukankah tuan hamba pahlawan terbilang di sini. Hahahahaha. Nampaknya jauh panggang dari api riaknya. Indah khabar dari rupa tampaknya. Hahaha’’ sindir lelaki yang bergelar Panglima Zahbur itu. Hela tawa disambut oleh lelaki-lelaki yang barang kali pengikutnya. Guntang sekadar terpunduk-punduk menahan aib. Ternyata kejantanan yang disalakkan selama ini hilang umpama anjing yang kecawatan ekornya. Kenanga memasang telinga dengan perasaan yang sinis.

‘’La... La… Lagi pun hamba kurang pasti akan kewujudan keris itu. Begitu juga dengan kedudukannya di dalam istana, jika pun ia benar-benar wujud’’ tergagap-gagap Guntang mereka alasan.

‘’Jahanam!’’ serentak itu satu tendangan tepat ke perut guntang. Guntang jatuh terduduk.

‘’Biar hamba tamatkan sahaja riwayat si jahanam ini panglima. Dari kejauahan kedatangan kita ke mari sekadar untuk melayan kebodohan si jahaman ini’’ kemarahan salah seorang pengikut Panglima Zahbur membuak-buak. Sebilah pedang yang panjangnya hampir sedepa dihunus ke dada Guntang.

‘’Nnn… nanti-nanti. Biar hamba tawarkan sesuatu’’ rayu Guntang. Ketakutan tatkala nyawanya bila-bila sahaja boleh melayang.

‘’Hamba bisa keluar masuk ke istana. Bi.. bi.. biarlah hamba siasat dahulu. Di mana kedudukan Keris itu. Kelak hamba akan khabarkan. Malam ini pasti akan diadakan keramaian di istana. Sesiapa pun bisa hadir. Termasuk kalian. Menyamarlah sebagai peniaga. Bila ada peluang, kita gempur. Hamba akan pastikan keris itu menjadi milik tuan hamba. Buat masa ini istirehatlah di rumah hamba’’ terketar-ketar Guntang mengatur rancangan. Pedang yang dihunus hanya beberapa inci dari dadanya. Ketakutannya kepada maut kini mengatasi segalanya.

‘’Delik!’’ panglima memberi isyarat agar pedang yang dihunus dialihkan. Delik pengikutnya akur dengan arahan.

‘’Baiklah. Buat pertama kali sang harimau melepaskan buruannya! Ku lepaskan kau kali ini. Tetapi seandainya kau gagal. Kau ku penggal. Seri Anggar akan ku bakar hangus. Ibu serta saudara perempuan mu akan menjadi hamba ku! Ngerti!’’ Panglima Zahbur menempik amaran ke telinga Guntang. Guntang hanya mengangguk-angguk ketakutan.

‘’ba.. baik. Tapi seperkara yang mahu ku ingatkan kepada kalian. Istana Seri Angkar juga diawasi Pendita Bukhqar’’ Guntang memberani-beranikan diri menjelaskan sesuatu.

‘’Siapa gerangan Pendita Bukhqar itu, jahanam?!’’

‘’Firasatnya kuat. Sebarang petaka yang mengancam pasti dapat dirasainya. Aku khuatir….’’

‘’Kesidang!’’ Seorang lagi pengikutnya mampir sambil menghulurkan satu bungkusan kecil kepada Panglima Zahbur.

‘’Bubuh ini ke dalam minuman atau makanan sesiapa sahaja yang menghalangi kau. Ingat, menghalangi kau, bererti menghalangi aku. Ingat! Nyawamu. Tanah Seri Anggar. Ibu serta saudara perempuan mu. Hahahahahahaha’’

‘’ba.. baik’’ dalam terpaksa dan rela, guntang hanya mengangguk-angguk.

‘’hahahhahahhahahahhahahah’’ perjanjian itu ditamatkan dengan tawa berdekah oleh Penglima Zahbur disertai pengikutnya. Guntang sekadar terpunduk-punduk kecawatan ekor.

Segalanya terdengar jelas ke telinga Kenanga. Sesuatu malapetaka buruk bakalan sahaja berlaku. Kenanga kembali ke kedudukan bersandar. Kembali bertinggung. Fikirannya buntu sejenak. Apa yang harus dilakukan. Dalam kebuntuannya itu, tumpuannya terhadap imbangan badannya terganggau. Kaki yang meninggung tubuhnya secara tiba-tiba kehilangan imbangan. Mahu tidak mahu terpaksa menahan dengan tangan. Malangnya tangan yang menahan itu telah menyentuh sebatang kayu reput disebalik banir itu. Prakkk!

‘’Siapa?!’’ Panglima Zahbur merampas pedang ditangan Delik. Lantas dihunjamkan ke arah persembunyian Kenanga. Melayang pedang itu membenam banir sehingga tembus separuh pedang itu.

‘’Kesidang! Delik! Periksa! Jangan Biar penigntip itu terlepas! Bangsat!’’ Tempik Panglima Zahbur.

BERSAMBUNG..

21.8.10

Kacang Melupai Kulitnya


Kacang melupai kulitnya. Akhir cerita digoreng garing. Berteman sang bilis. Sesudu sambal tumis. Hirisan mentimun serta sebutir telur rebus. Jadi penempel di sisi nasi lemak berharga tak lebih RM 5.00. Kunyah-kunyah jadi tahi juga akhirnya.

Aku tak mahu menjadi ''Mat Kacang''

20.8.10

Bicara Kemaafan


Kalau bisa aku tanyakan, kapan kali terakhir kalian memohon maaf? Kapan kali terakhir kalian memaafkan? benarkah kata orang, memohon maaf serta memaafkan itu adalah sesuatu perkara yang bukan mudah untuk dipraktiskan. 'sorry seems to be the hardest words'. Sorry. Maaf.

Maaf. Pada ku mudah. M.A.A.F. Maaf. Satu perkataan dengan dua suku kata. Bisa diejakan dengan mudah. Bisa disebutkan dengan mudah. Namun, sejauh manakah kita menghayati perihal maaf itu, barangkali bergantung kepada penerimaan serta keihlasan seseorang. Dan mungkin juga bergantung kepada sebesar mana kesalahan yang telah dilakukan. Barangkali bergantung kepada sejauh mana keegoan dan keangkuhan dicampakkan sejauh mungkin dalam memperakui kesalahan itu. Dan mungkin juga bergantung kepada sejauh mana redha si pemaaf itu terhadap kesalahan yang berlaku. Jika maaf itu diukur dari perspektif itu, aku akur, 'sorry seems to be the hardest words'. Memohon maaf dan memaafkan.

Memohon maaf dan memaafkan. Aku sering mengharapkan agar kedua perihal ini hadir dengan penuh kesempurnaan. Namun dua perihal ini sering kali hadir bagaikan tingkah meningkah. Ketika menghampiri untuk memohon kemaafan, permohonan maaf tidak diterima. Ketika hati sedia memaafkan, yang tampil memohon kemaafan sering kali mengingkari kemaafan itu. Tiada lain selain menuju ke arah kehancuran. Namun, aku sering berharap dan terus mengharap. Walaupun kemaafan tidak pernah sesempurna yang diharapkan, aku terus mengharap agar kesempurnaan itu akan bisa hadir juga akhirnya.

Walaupun kemaafan tidak pernah sesempurna yang diharapkan, aku terus mengharap agar kesempurnaan itu akan bisa hadir juga akhirnya. Pada ku, biarlah aku tersilap memaafkan dari aku tersilap menghukumkan... Terima kasih tuhan kerna menciptakan aku sebagai insan yang selalu beralah kepada perkataan 'MAAF'. Aku selalu memaafkan kamu dalam setiap salah-salah kamu terhadap aku.

19.8.10

Kompilasi Tangkap Muat

Hai assalamualaikum.

Entry-entry terbaru ni agak jauh sedikit dari cara penulisan lame aku dahulu (bagi yang follow lah)tapi tak pe kan untuk lari sikit dari kebiasaan. hari ni aku siap compile dan siap edit sikit untuk entry terbaru. tak banyak effort. and thanks to zulfikar hazri atas sumbangan idea. sebagai seorang insan biasa, aku banyak terhutang dengan kau. hutang budi. hutang penghargaan. hutang idea. hutang masa. hutang ketawa. macam-macam hutang lagi. biarlah allah sahaja yang membayarnya dengan limpah rahmat serta kesejahteraan hidup. kepada kalian yang ingin membaca entry terbaru ni, dinasihatkan agar kalian membaca terlebih dahulu entry-entry terdahulu bagi bulan Ogos ni. kalau tak mungkin kalian tak akan faham dari mana munculnya nama-nama watak dalam entry ni. selamat membaca. ingat. sekadar bacaan ringan. bukan untuk mencetus ketegangan mahupun bahan umpat. cerita yang baik-baik sahaja di bulan ramadhan ini.

Zulfikar Hazri

Manap: Askum Wahab, mlm ni jmptla ke rmh, ade kenduri arwah ngan tahlil

Wahab: Maaflah Manap, aku bkn ape, keberatan sikit kenduri2 arwah ni, org ckp bidaah.

Manap: Iskk Wahab, ko ni dah mengaji Wahabi ke skrg?

Wahab: Wahabi tu ape? Wahab aku tau la, tu nama aku.

Manap: Wahabi ni org x pg kndri arwah dgn bace Qunut.

Wahab: Ooh, eh Imam Shafie bkn makruhkn arwah ke dlm kitab dia?

Manap: Eh ye ke? xpernah aku dgr plak.


Yukiko Aiko: ‎???


Zulkifli Sa'don

Basir: Fuh. Best tu. Dapat makan.

Wahab: Eh. Bile pulak munculnye ko ni Basir. Tibe-tibe je. Dengar je pasal makan, laju je ko ek?

Basir: Hehehe. Orang kate rezki jangan ditolak. Kalau ko nak tolak. Tolak kat aku. Heheheheh.

Wahab: Ek elehhh. Macam tu pulak.

Manap: Haaa. Elok la tu Basir. Batang ye. Ikut skali orang mesjid.

Basir: Ikut orang mesjid?

Manap: Ye la. Lepas Maghrib karang. Skali ngn Jemaah Mesjid. Ngn Lebai Farid

Wahab: Lebai Farid? Macam pernah dengar je.

Manap: Ye la. Lebai Farid, kalau kamu ade Facebook, die ade kuar dalam cite Jidin Kecit tu.

Basir: Ooo Lebai Farid tu ke? Yg ngn Leman tu.

Manap: Hak ah. Yg tu la.

Wahab: Oooo. Ye la. Ye la. Yg brappp. Brappp. Prottt. Prottt. Prettttt. Tu.

Manap: Ye. Yg tu la. Hahahahha

Hahahahahah... hahahahhaha... hahahahha...

Basir: Masuk Facebook Lebai Farid tu kan.

Manap: Ye la. Mcm kite skang ni la.

Basir: Hah!

Wahab: Hah!

Manap: Ye la. Kite dalam Facebook skang ni.

Wahab: Ah. Merepek la ko ni Manap. Aku lempang karang! Aku serious tau. Ko buat suspen pulak.

Basir: Entah ape2 ntah. Becakap tu biar la logik sikit!

Manap: Ek eleh. Aku cakap tak caye. Heeehhheeeehhheee. Kite dalam Facebook.

Basir: Hish! Ko ni dah gile agaknye kan? Jom lah kite blah. Malas layan Si Manap ni. Jumpe ko malam ni je la. Tu pun kalau aku rajin. Kalau Zulkifli ngn Zulfikar tu rajin nak menulis. Crite sambung-sambung ni. Ehh. Ehh. Manap betul la. Kite dalam facebook ni. Aku macam tak percaye la. Ehh. Eehhh

Wahab: La ni sorang lagi. Entah ape2 la korang ni. Tu la banyak sangat bace komik. Bace majalah ntah ape2 ntah. Ni la jadinye. Mengarut je. Aku nak pi bazar beli kuih kat kedai Kak Chombi... Kak Chombi? Tu macam cite aku je. Ehhh. Ehhh. Ttiidakkkkk!!!!!!

''Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Uhuk!! Uhuk! Uhuk! Cut. Cut. Asap tebal sangat la. Ni mane punye mesin foging korang pakai ni. Hampeh betul prop ni”


Zulfikar Hazri

Jiman: Cut!!! Woi Vellu ape ko nih tak servis mesin fogging nih??? Aku suruh pakai mesin yg guna kat citer Cikgu Razak tu. Yg ko guna mesin fogging nyamuk aedes masa ko tangkap bewak tu apehal? Kan dah terbatuk2 talent aku.

Vellu: Aayyyyyooooooo Encik Jiman , banyak sorry la tuan, saya tadi ada sakit perut juga, mau kasi buang, belakang Tuan sudah kasi itu bunyi. ACTION!!. Saya mana boleh tahan, mana mau berak lagi, mana mau angkat mesin fogging lagi. Itu tipi juga, fogging mesyin lama juga ada, saya kasi hantam saja la tuan.

Jiman: Saya bukan TUAN. Saya director.

Vellu: Tabik Mr director.

Jiman: (Berkate2 dalam hati) Iskkk tak sangka aku, kene cas bulu ayam positip negatip pun org boleh panggil aku tuan. Hik hik hik. Untung badan. Hah kamu ni Vellu, sakit perut la ape la. Tu la saya dah pesan, jangan makan banyak sangat bewak, banyak bakteria. Awak degil, suke sangat bewak kari. Vellu Sundreennnn Vellu Sundrennn. Sudah sudah, kasi bersih itu asap semua, bikin baru.

"Ready for takeeeeeeeee!!!! one take, two take. Action!!!

-------------------------------------------------------------------------------------

Wahab: Ehem ehem. Eh Basir, aku nak tanya ko sikit la Basir, apesal dalam banyak2 citer Zulfikar ngan Zulkifli, name ko baru muncul hah Basir? Ko ni melambangkan watak sape ye? Aku konpius lahhh

Basir: Isk ko ni takkan ko tak kenal aku? Aku laaaaaaa.

Wahab: Owhhh, ko ni ke tuan punye Restoren Mamak Basir kat Mersing tu? Bepan bus stand. Dekat2 ngan roundebot tu? nama restoren tu sah Basir. Ko la nih yeeee.

Basir: Ade pulak ke situ. Takkan la senang sangat plot citer nih, kalau nama aku sama dgn nama watak aku? ko pun biar la benar Wahab.

Wahab: Eh ape plak takde, watak real life banyak ape, tu ko tengok, Cikgu Razak ade. Zulfikar ade, Zulkifli pun ade, walaupun dia letak dlm kurungan bukan nama sebenar mcm ni (Bukan nama sebenar). Tapi niat dia mmg nak cerite pasal kisah idup dia la tu.

Basir: Ye tak ye jugak, tapi aku bukan Basir tu. Meh sini, aku tunjuk kat kau klue sikit. (Basir lantas menyeringai kan mulut nye yg sebelum ini di cover2. Ternampaklah giginye yg sangat ikonik tu.

Siapakah dia???? Basir?? Siapakah dia yg mempunyai gigi yg sungguh terkenal itu? Adakah dia bakal membuat comeback yg terhebat pada abad ini? Adakah dia bakal mencuri tumpuan sebagai teraju utama??? Kita saksikan sambungannya.
DRAMA TIDAK BERBABAK. ZASSSSSSSSSSS!!!


Zulkifli Sa'don

Jiman: Ready ye amik tempat masing2. Vellu. Asap ready?!

Vellu: Wokkeh! (Sambil geleng-geleng kepala)

Jiman: Dah ke belum?!

Vellu: Sudahhh. Sudah cakap. Tada paham bahasa melayu ka?

Jiman: Habis tadi ko geleng.

Vellu: Wooo. Mana ada geleng. (Padahal tengah geleng)

Jiman: Hah tu geleng

Vellu: Ini bukan geleng. Ini goyang juga. Srupa pokok juga. Goyang. Goyang ka. Geleng ka. Angguk ka. Mulut sudah cakap wokkeh pun tada paham ka? Ini macam sudah mau kerja.

Jiman: Hah ye lah! Ape2 je. Kang jangan banyak sangat asap.

Vellu: Wokkeh

Jiman: Lagi mau geleng.

Kamera bergerak ke atas. Ade jugak yg duduknye celah2 pokok. Atas dahan. Celah pokok pisang. Bawah kereta. Dan macam2 spot lagi untuk mendapatkan angle yg paling seram la kononnye.

Joned: Aduh. Ape punye bale la aku kerja ngn tuan director ni. Atas busut anai-anai ni disuruhnye aku shoot gambar. Aduh2. Hishhh!!! Kalau celah2 pokok tu tak pe jugak. Blakang semak ke. Dah la tu nak shoot muke Wahab ngn Basir ni plak. Dah la time skolah dulu aku bukan main jaki lagi ngn si Wahab ni. Ske sangat lari time Kelas Kemahiran hidup. Dah la tu, aku pulak kene mencariknya. Hishhh nasib baik la aku ni ade jgak pengalaman merakam gambar dari angel tersembunyi ni. (Joned terus tersenyum mengimbas kembali kerja-kerja melakukan rakaman tersembunyi yg pernah dilakukan) Mona. Mona. Pandai ko menari mengikut irama lagu kumpulan 'Elete' (Tibe-tibe nama Mona terus tersebut dimulutnya. Sape la Mona tu gaknya? Ntah la. Biar la Joned sorang je yg tahu)

Jiman: Hoi Joned. Nak keje ke nak sengeh?!

Joned: Sengeh bos. Ehh. Keje bos. Hehehehehe.

Yukiko Aiko: Huhu~ tak paham la.

Jiman: Eh cik Yukiko Aiko tengah membace ke? Hmmm. Ni lah keje bebudak Zulfikar ngn Zulkifli ni. Kami ni lah yg jadik mangsenye. Nak menghidupkan watak2. Dah la diorang main petik je name kiteorang ni. Ape lagi. On de spot la kene blakon. Macam doktor. On call. Hmmm. Tu. Tu. Tengok tu diorang tu. Ape la yg diorang dok pikir nak tulis tu. Ade-ade je. Nasib la name sape dipetiknye. Name Abg Jiman ke (bukan main ko Jiman, berabang-abang dengan Yukiko Aiko). Vellu ke. Wahab ke. Sape2 je la. Kepale otak diorang tu ligat je mencari idea. Sabar je la. Pantang dapat keyboard. Dapat komputer ade je yg nak ditulisnye. Abg Jiman dah masak dah dengan diorang tu. Hah ni. Mcm skang ni Cik Yukiko Aiko dah terlibat. Nasib la. Kalau kene petik nama macam kami ni. Nasib la.

Yukiko Aiko: Apa aku ada kene mengena dengan ini gambar!!!!!!!


Zulfikar Hazri


Yukiko Aiko: Baper kali dah saya ckp abg, saya taknak dah terlibat dgn production house ni taaaaawwww (Taw tu sebutan tauuu yg disebut dengan ngade2 bak model berlakon drama)

Jiman: Rilek la awak. Kejap je, awak nye line 2, 3 baris je, lagi awak memberontak lagi banyak line awak kene ckp, tengok mcm skrg ni, tak pasal2 dah tejebak dalam komen Zulfikar pulak, awak tau ke Yukiko, Si Zulfikar tu agaknya dah termasuk2 dlm mimpi pasal abg nih.

Yukiko Aiko: UUuuiiiIIiiiiikkkk. Apsal aku terus je jadi watak dalam drama ni? Woiiii tolong woiiii tolongg. Tuk tuk tuk tukkkkk (bunyi jari2 Yukiko Aiko mengetuk2 skrin laptopnya, mintak dilepaskan dari kotak komen Facebook wall nih)

Vellu: Hallooooo bossssssshhh. Mr Jiman, bila mau kasi bunyi itu ACTION jugaaaa. Saya sudah mau tidur la ini macam boshh. Bosh mau direct ini drama kaaa?? Bosh mau main cinta? Ayyooo yoy yoooooo. (Angguk2 pulak, walhal patut geleng2 kepala la masa ni kan)

Joned: (Kadang2 kawan2 rempit dia sebut John nama dia, kalau sedara mara dia belah terengganu panggil nama dia Jong)Bosssss cepat la bossss. Saya dah tak tahan dah kene hurung anai2 ni, kang saya set auto je camera nih, tak pasal2 nari Elite je kita semua kang. (Latar belakang muzik Elite berkumandang. 'seakan satu dunia.. tidak mengerti, perasaan ku padamu. jangan ko cabar, ohoopp caramu dan caraku. ohoppp tak sama tak diragu. ohopp tak mungkin lagi aku diperdaya, kini ku tahu siapa kau sebenarrr)

Jiman: Okeyyyy. Sory2 semua. Dah dah pendekkan line aku nih,
CAMERA READDYYYYYY!!!!!!
LIGHTING READYYYYYY!!
SOUND CHECKKKKK!!!!
READY FOR TAKEEEEEEEEE....


Yukiko Aiko: Oo ye ke??? x fhm gak...hahaha~


Zulfikar Hazri: Tak peduli awak paham ke tak....hahahaha (lagi zalim)


Zulkifli Sa'don

Jamel: Ade aku kesah.

Jidin Kecit: Jidin Kecit pon tak kisah. Ayah ngn mak pun same. Kan ayah. Kan mak.

Jidin Besar dan Suzana (rambut masih basah lagi)Betul. Ade kami kesah.

Kasmah: Hak ah ade aku kisah.

Lebai Farid: Tak baik sebenarnye. Tapi lebai pun tak kisah la.

Vellu : Ade ako keysah. (Geleng-geleng sambil jelir lidah) Ammak. Uttapailek!

Daud: Entah tu. Ade kami kesah? Kami? Wakil skali peniaga air tebu satu Malaysia. Padil tak dapat datang. Cirit.

Leman: Lehhh. Ade aku kesah?

Wahab: Ade aku kesah!

Kak Chombi: Akak peduli ape. Ape akak kisah.

Mimi: Mimi pon same ngn Kak Chombi.

Manap: Betul2 (Sambil-sambil usha due jande tu. Kak Chom ngn Mimi)

En Sepul: Ehem. Ehem. Manap pandang staff aku nampak. Hmmm ade aku ambik peduli?

Jiman: Hoi!! Ada aku kesah la! Pandai2 lak ubah skrip.

En Sepul: Eh. Sorry tuan director. Semula-semula. Ada aku kesah?!

Joned: Hahahahaha. Pandai2 jek. Kan dah kne marah ngn bos aku. Ade aku kisah ke?

Samat: Ko pe hal!

Syafik Mislan: Apahal?

Samat: Ko la. Ape hal!!

Syafik: Ler yg ko pe hal-pe hal kat aku ape hal.

Mak Cik Bibah: Heyy bebudak bedua ni. Tak boleh bawak majlis betul la. Tengok diorang semua pandang dah tu. Malu la sikit. Meh kite sebut ramai2.

Samat, Syafik Mislan, Mak Cik Bibah: Ade kami kisahhhhhhh!!!!!!

Jiman: Ok2. Kumpul ramai2. Cepat. Nak buat sekali gus ni.

Ramai-ramai kumpul macam nak amik gambar raye. Semua sekali la. Baik yg ade name kat atas mahupun yg tak de. Jerit ramai-ramai.

''Ade kiteorang kesahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Booooooooo. Booooooo''

Tak lame lepas tu. Lepas semua orang siap nak balik.

''Eh. Eh. Eh. Tak tunggu saye pun. Maaf la jalan jem. Huh! ade aku kesah ko paham ke tak?!'' Cikgu Razak


Zulfikar Hazri

Zulfikar: Hak hak hak hak hak hak hak (gelak ketare nama nya)

Zulfikar: Wkakakakakakakakakakakakakaka(gelak tak ingat dunia)

Zulfikar: Hihi ehem ehem.. (gelak Lebai Farid sambil pegang tasbih)

Zulfikar: Huhuhuhuhuhuhuhuh ye beda bedu bedu...(g...elak Padil dapat pegang jari kak chombi masa amik cucur udang)

Zulfikar: Wahahahahahaha warrrpp burppp.. (gelak Vellu puas dapat makan kari bewakk)

Zulfikar: Wakakakakakaka, hahahaha... kekeke.. kakaka.. kukuku lalalalalalalala(lawak sangat, memerlukan 2600 kilojoles kalori utk gelak sebab lawak sangat)

Zulfikar: heeheheheheheh ermmphh(gelak terdiam, sebab kantoi gelak sorang2 dalam opis bace komen facebook)

18.8.10

Tribute to Mr Zulfikar Hazri



entry terbaru ni adalah perkongsian idea aku n saudara zulfikar hazri... thanks a lot zul... brotherhood rules!!! susah nak jumpa persahabatan mcm ni... semoga allah selalu merahmati kamu sahabat...

Kasmah Gucci

Kasmah: eii kasim, ko tengok beg tangan raya aku ni, mahal tau tak???

Kasim: ade aku kisah?

Kasmah: ade aku kesah ko kesah?

Kasim: ade aku kesah ke yang ko kesah aku kesah?

Kasmah: ahhh aku tak peduli aku nak kesah

Kasim: aku malas nak kesahhh

Kasmah: keeeeeesahnyeeeeeee........


'hik-hik... pose baru sehari cik kasmah... dah berebeg raye bagai...'' sindir jamel sambil menyelak-nyelak surat khabar brita harian... mate jamil naik merah dek penangan tak dapat rokok separuh hari ni...


‎"cik jameeeeellllll....... kalau cik jamel tanak pakai beg raya awal2 puase ni takpayah la menyibuk tau.. saya bukan nak cik jamel tengok pun beg raya saya nih... kalau tengok pun.. mcm la cik jamel tau sangat pasal brand2 meletup mcm yg s...aya pakai ni..... louis vuiitttooonnnnnnn taaaauuuu" sindir Kasmah janda pada cik jamel...cik jamel dalam dengar tak dengar, fokus tak fokus... layang tak layang kepalanye disenyumkan je... akibat kekurangan nikotin yg saban hari berkilo2 masuk dlm bdnnya, hari ni hampis kosongg... cik jamel terkebil2 mcm katak kene simbah air... " eh Kasmah.......ko pakai beg louis vutton ke... brother luis ke..beg cap kapal terbang puuuunnnnnn... ade aku kisahhh" terus cik jamel terkenan dengan perkataan ade aku kesah hari ni kerana geram tengok kasmah janda terkepot...mengepit beg tangannya yg dibeli di petaling stret...


mimi: kak mah...kak mah... meh nengok katelog beg raye yg kak cite mlm td..?

kasmah: ni hah... ko tengok tau macam2 ade... ni hah.. yg warne cokelet ni sesuai sangat ngn ko yg kecik2 ni... bayangkan mimi kalo pagi2 raye ko pakai ngn tudung ...ala-ala bienda tu... mesti laki ko suke punye... yang ni guci ni... brended tau... tak pon ko amik yg ni, kaler kelabu ni... 2 ratus setengah jek.. ko baya ansur2 pun bleh... ni mimi... tahun ni jamuan raye company, tak lain ko la akak calon jadik ratu hari raye... jangan harap la jemeah kemetot tu nak menang lagi.... asik-asik die jek nak menang nyampah aku...

mimi: tak ye kan... tahun lepas die dah menang... tahun satu lagi die jugak.. asik2 die je kan... ntah-ntah die memakai tak.. tu yang berseri-seri nampak muke... nampak push up jer... hihihihihi....

kasmah: hak ah la... akak pun ade dengar tau... die tu mcm semacam la...

mimi: mcm semacam? macam ape tu?

kasmah: alahhhh... mcm memakai la... akak rase la.. mase die cuti beranak tu die pasang bende tu... hish...

tetiba en sepul pengurus bahagian lalu...

en sepul: ehem.. ehem... jam dekat pkl 10 dah ni... tak abis lagi meeting? nak kate turun bekfes, bulan pose lak... report bulanan dah siap? mimi fail dah update ke? ke nak tunggu nak balik nanti baru sebuk nak buat... pastu claim over time beratus-ratus... yg nak menjawab kat haji badrul nanti aku jugak....

jamel segera menyembunyikan surat khabarnya.. segera berlakon sedang mengupdate tugasan dikomputer. ''hehehe padan muke korang...

kasmah: eerrrrr errrr cik sepul.....saya bukan ape cik sepul, saya nak menambahkan pendapatan sambingan sempena bulan nak raya ni, gaji dah ciput cik.... cik bygkan laaaahhhh... basic baru 1200.... nak beli baju raya lagi, langsir lagi, kui...h, bauhulu.. biskut sampan, tart nenas...

en sepul: ade aku kesah!!!!! (sekali lagi en sepul pula terkenan dengan ayat hari ini iaitu "ade aku kesah") awak nak order tart nenas??? berapa banyak Tat awak nak? satu tat???? 2 tat?? tiga, empat lima nam tujuh... berapa tat awak nak kasmah????

Kasmah: cik sepul.... berhati2 cik sepul, skrg ni bulan pose jgn nak melucah nak melawak2 dabel meaning lak ye.... kang dengan Tuhan cik sepul berdosa... dengan HR cik sepul nak menjawab....SEXUAL HARRASMENT!!!!!!

En sepul: ehhhh kasmah, kesitu pulak awak ni, saya tanya pasal tart nenas la, takde kene mengena dabel meaning ke ape ke pun kasmah booty kusayanggggg (en sepul melawak ringan cuba mengendurkan suasana)
hahhhh Mimi yang ko duk melaaaaaangot melopong bersidai kat sini kenapa? takde kerje sangat dahh? kalau dah takde kerje ko tak payah kerje..masuk opis saya ambik gaji!!! nak?????

Mimi: alah cik sepul ni, tu pun nak marah.. saya mintak maap cik.. kerje saya banyak cuma tak boleh nak buat kerje.. sebab cik sepul bediri depan komputer saya ni.......

Kisah Si Jidin Kecit

lebai farid: amboi kekenyangan nampak leman...?

leman: eh tok lebai ni, tak baik menuduh tau... rehat sikit ni... jap lagi nak cuci kaki lime surau ni... bebudak ni parking slipa ngn kasut sampai naik atas kaki lime la lebai... ni nak kene letak papan tande ni lebai...

lebai farid: hmmm... dah ramai jemaah, mcm tu la...... tapi elok jugak... lame surau ni sepi...

leman: errrmmmm tok lebai.... ni nak tanya sikit la tok...tok perasan tak haji jemain sungkip tu tok... semenjak berbini baru ni, medang je tak nampak ke surau, ade org kate bini baru dia tu jamu dia nasik kangkang tok...

Lebai Farid: ishhk ...kamu ni, melalut lalut kesitu pulak perginye, tak baik kita menyampai2kan cerite tak elok, cerite tak betul, sampaikan2 keaiban org, tah betul tah tidak cerite tu... aku elok je baru jumpa dia semalam dekat warung haji kordi tu...dia jarang ke surau kite ni sebab pegi ke shah alam, melawat rumah anak2 dia.. rindu kate nyer....

Leman: ohh gitttuuuuuuuuu (sambil muncungkan mulut, duduk mencangkung dan menguis2 selipar Crocs yg bersepah depan surau) saya mintak maap la ye tok, tak patut saya ajak tok join saya ngumpat, saya ingat nak pancing tok tadi, rupenya tok ni tak makan pancing.... ishhkkkk malu pulak rase nye....

Lebai Farid: tu la kamu, bende sangka2 buruk nih kamu jgn la cepat melatah, dah la lupekan... ehh aku ade idea pasal selipa bersepah ni, ape kate kita pegi amik buluh kt dlm hutan belakang rumah wak salikin tu...kita buat rak kasut.. lagipun kamu tu bukannya ade kerje banyak bulan2 puase ni, tak menjebak burung kamu amik upah meracun, skrg bulan puase, suruh kamu meracun kamu tak buat, panas la, letih lah...haus la.... hah moh ikut aku...aku nak bersih kan tempat mandi jenazah belakang tuuu......

Leman: errrrr teee teee teee temmmpat mandi jenazah tooookkkk?????? saya sakit perut ni tok, mcm nak cirit je.......

Jidin kecit: huuuhuuuuhuuuuhuuuuuuu huuu....

Leman: ler ngape kamu ni jidin kecit? nangis-nangis bulan pose ni....

lebai farid: hak ah yek... tak baik tau nangis-nangis, meh sini dekat tok..


''jidin kecit'' atau nama sebenarnya md safik bin md jidin. mengape lak dipanggilnye ''jidin kecit''. sebab mukenye same... sebijik mcm muke bapaknya... dik kerana md safik ni masih kecik, make org kampung memanggilnya jidin kecit. umur ade la dalam 7 tahun mcm tu la... si bapaknye pulak org panggil ''jidin beso''... kalau tak taruk gelaran blakang tu... maka ramai akan konfius... contoh ayat... ''heh tadi aku nampak jidin main kejar-kejar kat kandang kambing wak samijan la''
''jidin? jidin kecik ke jidin besar?''
''jidin kecik la... tak kan jidin besar...''
''oooo cakap la jidin kecik...''
hhaaaa... sampai mcm tu sekali kompiusnye org-org kampung... ishh... ishhh... ishhh... cobaannnnnn...


jidin kecit: huuhuuu huuh hhuuuuu huuu..

lebai farid: udah-udah jidin kecit... nanti tok suruh abg leman ni carikkan slipa kamu...

leman: heeekkk ehhh hhaiiii... saye pulak? (ekspressi terkejut bile namenye dipetik...)

lebai farid: ye lah.. kamu la... aku tolong cari la jugak... dapat pahale leman... eh.. ye tak ye pulak... ni bapak kamu ni ke mane ni jidin kecik?

leman: hmmm ke warung la tu.. mane lagi... main kerem...

lebai farid: lemannnn... (sedikit mengeluh) tak baik kite bersangke buruk tau... ni bulan-bulan puase ni....

leman: ye la.. ye la.. ayah kamu mane jidin?

jidin kecit:''jidin''? ermmm ermmmm... jidin kecit ke jidin beso?


hahahahahaha... hahahahha.. leman ketawe berdekah-dekah... lebai farid nak ketawa... tapi mentain kredibiliti sebagai lebai serta pengurusi jawatan kuasa surau kampung.. tangan kiri kat blakang pinggang.. sebelah lagi pegang tasbih.... hmmm kredibiliti sungguhhhh...


leman: jidin beso la.. hahahahhaha...

jidin kecit: tak tau.. td lepas buke pose... ayah suh lekas-lekas pg surau... die kate nak tolong emak kemas....

leman: heh! kemas? hehehehe (sambil menjeling kat lebai farid.. lebai farid kontrol)

lebai farid: eh.. tu kawan-kawan kamu main baling slipa tu... ntah-ntah diorang pinjam slipa kamu tak?

jidin kecit: hak ah la... tu slipa saye....

jidin terus lari ke arah kawan-kawannya... bukan pi amik slipa tu... pi main skali...

lebai farid: aku gerak dulu la... nak mengemas....

leman: aik?! tok pun nak balik ngemas jugak??????


sedang lebai farid berjalan laju.. lebai farid memandang kiri dan kanan, usha line clear ke tak, sebab dah lebih 20minit menahan angin dlm perut, tunggu masa je nak lepas kan....... apabila sampai dikawasan kebun pisang barang serantai dari... surau, lebai farid melepaskan dengan penuh kesyahduan dan istiqamah sekali..... brapppp... prooottt... braappp... proottt. prapp..prap.prapp...prettt... begitu panjang kentutnya beriringan dengan setiap langkah kaki berderap laju, lambang angin yg tak putus tiba.. hasil berbuka gulai keladi dan bubur kacang ijau santan berlemak.....


Lebai Farid: AAaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh.. leeeegaaaaa...fuhhhh mantaap.... beeeesssttttt... puas hati aku (bermonolog)nasib baik aku tak buat percubaan senyap depan leman tadi, kalau tak mau leman guling2 dengar bunyi kentut aku nih... ni kalau buat album muzik unik boleh jual nih.....Iihikk ihikk ihik... iskkk baik aku cepat, aku mlm ni rase rajin sangat nak mengemas.... mintak2 la ani dah ready2.... nak sms kang henpon tak bawak plak...... AANIIIIII here i comeeeeee....

Leman: hah budak2.... semua.. gi balik nuuuu.. dah lewat nih, esok2 je sambung main, kang di tangkap dek hantu tetek kang baru korang tau.. balik balik.. cepat!!!!

Budak2 beramai2 dan Jidin Kecit: alaaaa abg lemannn rilek laaaa.. bulan pose mana ade hantuuu abg leman.... kan hantu semua kene rantaii... lepas raya baru kene lepas balik... jap gi kitorang balik la.....

Leman: isk pandai pulak bebudak ni menjawab... yg aku pun satu, pakai strategy tak kene tempat, errmmmm.. ye la koranggg hantu mmg la kene rantai bulan2 pose ni, taaaaapi korang kene tangkap dengan keling mabuk nanti baru tauuu....tuuuu ujung simpan masuk kmpung tadi aku ade nampak Velu duk jln kehulu ke hiilir bawak karung guni... lantak la korang... dia tu suke kumpul kepala budak.... eeeeeee takut....

bebudak & jidin kecit: eeeeeeeeeeee abg leman niii......... woi woi woiiii... jom blah woiii, aku ri tu mmg nampak velu bawak bende dlm guni tuuuuuuu.. gerak2 lagi..korang nak tunggu lagi tunggu la.. aku nak balikkk... eee veluuuu.. takoottttt..


(memang betul ade vellu, atau nama penuh dia vellu sundren, tapi dia bukan pembunuh kanak2, cuma kadang seminggu dua kali atau seminggu sekali dia akan merayau ke ceruk2 kampung carik biawak, dia suke buat masak kari kate nye, dan lebih dia buat jual, mahal la pulak tu.. sekor biawak rm80)


Leman: hahahahaha(gelak dalm hati, menjadi jugak taktik aku nakutkan budak2 tu) hah ape lagi, balik la korang... aku pun nak balik jugak ni...rumah ngan dapur tu tak dikemas lagi....


heheheh.. jidin kecit menyeringai bile sampai umahnye malam tu... bapaknye jidin beso tengan berkipas di muka pintu rumahnya....


jidin beso: amboi org bujang baru balik?

jidin kecit: along pi semayang terawih lah... ayah yg tak pegi

jidin beso: nak pegi mcm mane... dah slipa ayah pun kamu kebas....

jidin beso: heheheheh... (sambil menggaru-garu kepale dibalik songkok yg senget)


patut la sampai nangis2 jidin kecit tadi... slipa bapaknye rupenye yg hilang tu... jidin... jidin... jidin kecit....


Jidin kecit: ayah.. ayah nak tau tak? tadikan masa along berwirid dgn kawan2 depan surau kan ayah... abg leman tu ckp dia jumpa Vellu kat simpang masuk kampung. ayah pernah jumpa ke vellu tu ayah? along mmg penah tengok dr jauh, dia mmg baw...ah karung tau ayahhh.... esok ayah ikut along gi surau ye ayah, along seram la ngan vellu tuu....

jidin beso: (dalam hatinya berkate) alaaaaahhhh berwirid konon depan surau, kalau tak main polis sentiri main baling selipa, ingat aku nak percaya sangat wirid kamu tu....(masuk kembali pada persembangan dengan jidin kecit) hah vellu??? ishhkkk vellu tu mmg ada, dia tu dulu kawan baik ayah.selalu mnum kpi dgn ayah dulu kat warung kordi depan tu, tapi 2, 3 tahun lepas dia dah jarang lepak dah. org kampung ckp dia skrg suka kumpul kepala budak2 yg selalu merayau kat kampung maghrib2....(jidin beso cuba untuk menten perang saraf org kampung terhadap anaknya demi menakut2kan anak2 kecik dr berkeliaran tak reti balik rumah)

Jidin kecit: eh ye ke ayaaaaahhhhh takutnyeeeeeee....... tapi kan ayah, semlam kat sekolah agama.. ustazah ckp siapa yg suke menipu nanti kat akhirat Allah potong lidah dia.... bila dah potong.. dia tumbuh balik.. pastu potongggg... pastu dia tumbuh balik.. pastu potong... pastu org menipu ni masuk neraka la ayah... Along sayang ayah sangat tauuu....(jidin kecit pula berkata2 dalam hati).... OooOooOOhhhHHhh nak mainkan aku ye... ingat aku tak pernah tengok vellu tangkap bewak dlm backhoe tinggal kat kebun wak likin tu... bukan kepala budak, bewak air tuuuu..... mari kita tengok siapa yg kenaaaaaa.....(kembali pada perbualan mereka)... eh ayah, nape muke ayah pucat ni ayah.....

Jidin beso: gulp..... tekak kering takleh nak telan air liur la along...nak batuk kot ni..(cerdik jugak anak aku ini.. ni dah tak boleh nak reverse nih, ni kene gunakan hikmat perang urban, gerila dah kene patah) ehhh along ngaji dah sampai Juzuk berapa dah along??? (teknik melarikan takjuk hikmat ke 11)

Suzana (mak along) : ehh along anak mak ni dah balik, rajin ye kamu terawih, kalau mcm ni, mak buatkan kamu 2 pasang baju melayu la tahun nih...(sambil bercakap sambil menggosok2 rambut yg basah dengan towel)

Jidin kecit: aik mak, rajin pulak mak mandi dah lewat2 mlm ni mak? selalu jidin tengok mak mandi tak basah rambut....


suzana ( nama bini jidin ini diberikan oleh bapaknya yg terlalu suke dengan lagu suzana irama pop yeh yeh oleh M. osman) mengerling2 manje kepada suami nya, suaminya membalas dengan senyuman kambing dan mengenyit mata seperti mahu mengajak mengemas lagi utk round yg kedua.........

Nasi Lemak Mak Cik Bibah

di satu sudut lain di bazar ramadhan...


syafiq mislan: mak cik bibah, nak nasik lemak 5 ye...

mak cik bibah: hmm... 5 yer...

syafiq mislan: tapi mak cik bibah...

mak cik bibah: tapi ape?

syafiq mislan: tak nak bungkus ye... tak nak nasik... tak nak sambal... nak getah gelang jek.. (syafiq mislan memecut lari mcm lipas kudung)

mak cik bibah: kuang ajo punye budak!!! nanti ko... memain pulak die...


pelan2 syafiq mislan merapati balik gerai makcik bibah...


Syafiq mislan: makcik, sorry la acik... saya main2 je tadi.. jgn la marah.. betul ni, saya nak nasik lemak 5, mak pesan... kalau tak dapat nasik lemak makcik, mau saya makan getah skr...ap je bebuka nanti.....

makcik bibah: ahh malas aku layan ko... pegi beli nasik lemak lain...

Syafiq mislan: alaaaaaaaaaaaa makcik. tolong la makcik. mak pesan nak nasik lemak makcik je. dia taknak yg lain.... nasik lemak makcik ade sambal kat tengah.. nasik lain sambal tepi.. mak boleh cam makcik.... sorry ye macik... nasik lemak 5 ye makcik....

Makcik bibah: (makcik bibah menjuihkan bibir dan buat donno pada syafiq.... melayan pelanggan lain yg datang lebih lewat.. sambil2 bungkus nasik lemak sambil menyingsing2 lengan, menampakkan gelang emas sebesar kuih keria.. dalam hati makcik bibah bermonolog) haaaa baru padan muke ko, ko ingat aku heran sangat order ko lima bungkus tu.. ko makan la getah gelang tu.... bukan main lagi buat lawak semberono ngan aku, ape ko ingat aku ni adik ko ke nak buat ajak main tenteng.....

Syafiq mislan: makcikkkkk bibaaaahhhhhhhh... tolong la makcik bibaaaaahhhh...., makcik bibahhhhhh nasik lemak 5 makcikkkkkk.. maaaakkkcikk..... tolong laaa.. saya mintak maap tadiiii.... ( syafiq merayu seperti hampir menangis sambil memeluk payung berniaga makcik bibah dan kempang kempis hidungnya yg tak berape nak mancung itu)


samat ternampak kawannya syafiq mislan dari jauh... lalu dihampiri...


samat: ko pehal syafiq?!

syafiq mislan:ape hal, ko la ape hal, ape hal-ape hal?!

samat: apehal pulak?!

syafiq mislan: ape hal?!

samat: ngko la ape hal!

makcik bibah: hey budak... ni bulan pose setan kene tambat... ko due ekor nak jadi setan pulak?... kalau datang gerai aku nak mengacau pi balik... mandi sungai ke... main layang-layang ke... gali parit ke...

samat: eh mak cik bibah... tak baik marah2 bulan pose ni... kami ni datang untuk menguji mak cik bibah... tak gitu syafiq?

syafiq mislan: hehehe... betul2...

makcik bibah: uji kepale hotak korang! ingat aku ni lebri (library) skolah korang nak uji2... setan punye budak.

samat: eh.. lebri tu tempat membace... tempat buat ujian tu makmal...
hehehe

makcik bibah: ape-ape je lah... huh! (tak kuase mak cik bibah melayan due ekor budak2 ni) hah ko lak nak ape? nak nasik lepak tak nak ape pulak? tak nak beg plastik... tak nak ikan bilis?!!!

samat: mak cik bibah ni... tak baik bersangka buruk bulan-bulan pose ni... dah la mak cik bibah marah-marah kat kami... mak cik bibah cakap kami ni setan... ni mak cik nak tuduh saya yg bukan-bukan lak... ish.. ish... ish.. ujian.. kurang pahala mak cik bibah..

mak cik bibah: ewah.. ewah.. nak mengajar kite pulak... mcm ustat pulak gayenye.. perangai mengalahkan setan... ko nak ape ni... cepat... aku busy ni...

samat: ye la.. ye la.. saye nak nasik lemak 3 je... lengkap.. bukan macam budak setan ni order... hehehehe.. ok mak cik bibah? 3 je... cume...saye nak nasik lemak ni spesel sket... saye tak nak... errmmmm... bayar...tak nak bayar... blah2..syafiq blah... blah...

makcik bibah: setannnnn... kuang aji punye budak... aku dapat ko siap aku siat2 ko... nanti aku kabo kat kak jijah.. setannnn... gerammmmm!!!! ya allahhh... budak2 ni!!!

Syafiq mislan: woiiii samat, ape ko nih, naya aku ni??? aduhhh aku dah la kene beli nasik lemak dia, mak aku dah pesan, gila ko wat mcm tu, terus la aku takde can nak beli nasik lemak dia....aduhh mcm mane ni... (syafiq mencangkung, sambil ...tangan dua2 garu kepalanya, lebih kurang mcm org hutan tertinggal pisang)

samat: ala rilek la syafiq, ade mendapat budakk ni... buat tebing plak....eeehhh ehhhh.. wekkkk eeehhhh kannnn...setakat nasik lemak makcik bibah ko nak pening2.. beli je la nasik lemak lain... ckp kat mak ko nasik lemak cik bibah takde, dia tak meniage cirit birit...wakakakakaka

shafiq: ko senang la ckp samat, bukan ko yg nk menjawab.. eeeeiiiii budak ni, ade mendapat...

samat: dah dah, dari ko pening2 pale kecoh2.. jom ikut aku.. kita pusing2 bandor naik motor honda Fame aku nih... smart tak aku baru cat kaler ijau terang..eh ehhh tak cantikkk......(walaupun cantik, samat tetap ckp tak cantik, itu adalah intonasi semulajadi penduduk tempatan yg akan mengreversekan segala2 pujian kepada keburukan hasil dari perasaan excited yg melampau2) wraaaappp wreeepppp.. wraaaappp waraaaaaaapppp... heeekkk eeehhhh ssssseeeellllloooooowwww bunyiii........
dah dah shafiq naik (sambil tepuk2 seat belakang) aku ingat nak gi nitar la... nak ngorat siti, budak baru.. bapak dia pengurus baru pindah dr jb..
Shafiq mislan: cun ke samat? (dengar je pasal anak dara baru kat kmpung, terus lupa pasal nasik lemak makcik bibah)

samat: ehhhhhh ehhh.. ko lagi nak tanya lawo ke tak kan.. laweeeee nooooo.......ikut je arrr.. berakor aku tunggu ko nih.....

Cucur Kak Chombi

wahab: kak! bagi cucur badak singgit, goreng pisang RM2, cucur kodok singgit, errmmm cucur udang tu rm3 ye kak...

Kak combi: baiklah.. nah, semuanya RM7.wahab balik nanti pesan kat mak kamu ye, baju kurung dia dah nak siap, langsir je tinggal sikit lagi.

Wahab: KAK! ape ni kak!!! cucur udang takde udang puuunnn.. tepung ...je!!!!

kak chombi: eleh... berkire...

wahab: e' eh... sape yg berkire skang, saye ke kak chombi?

kak chombi: hish... kot ye pun jangan la sampai memekik-mekik (sambil berbisik-bisik dan mencubit lengan wahab)

wahab: adoi... sakit la kak... heyyy... ...kang saya cubit balik kang...


padil peniaga air tebu menjeling dari jauh... mencuri-curi dengar... sambil beberapa batang tebu dimasukkan ke mesin pengisar... mulut mula mencebik-cebik...


padil: ko tengok tu daud... kemain lagi... bulan-bulan pose ni...

daud: eleh... chombi... ko tak kenal ke?

padil: ye la.. kot ye pon suspek la sket...

daud: hmm... eleh jeles ke?

padil: mulut chantek sket ye.... (sambil mengangkat sebatang ruas tebu)...

daud: hehehehe


kembali ke gerai kak chombi...


wahab: hah.. tak de.. tak de... nak tukar ngn yg ade udang... tak pon kak chom kne bagi lebih2...

kak chombi: ala... wahabbbbbb.... (kak chombi mule merengek-rengek....) jangan la mcm ni...

wahab: hahhhh... tau takot... (padahal wahab dah cair) lain kali kene la berintegriti... kene jujur... meniaga ni kene ikhlas...

kak chombi: ye la sape la kak chom ni... semue salah... mane la kak chom ni pandai bab-bab meniaga ni... sape la yg sudi mengajar akak ni ke jalan yg sebenar... abang latib dah pegi... kalau ade abang talib.. die la yg selalu mengajar


wahab dah rase lain macam bile kak chombi start melalot... disebelah padil semakin jaki dengan gelagat mereka berdua...


wahab: eh.. kak.. sy gerak dulu la... ni kang bising lak mak...

kak chombi: ye la... esok datang lagi ye... (sambil menghulur seplastik lagi kuih... Karipap agaknye...)

wahab: eh.. eh.. tak yah la kak... kang rugi plak...

padil: hek elah... malu-malu kucing pulak.... orang dah bagik tu amik je la....

kak chombi: eleh... sibuk!!! bwekkk!!!

wahab: eeeee... semakin semacam lak kak chombi nih (dalam hati)... yela.. yela kak.. saye amik.. saye anggap sedekah ye... trime kasih kak..

padil: sedekah ke rasuah...?

daud: hmmm... ari ni karipap... esok apam... luse kueh pau lak... hehehehhehehhe...

kak chombi: eleh... jeles la tu... aku tak layan korang.... poodahhhh!!!


pelan-pelan wahab meninggir... perang dah nak start....


padil: cooooombiiiiii..... combii.... chek mau cucur udang brg singgit dua boleh tak cik combi manis?????

kak chombi: sini takde jual cucur udang la padil... kalau nak betul2 kita boleh jual, kalau main2... boleh pergi genting... main roller... coster.. huhh...

padil: amboiiiii garangnya kak chombi kita nih!!!

kak chombi: ape kak kak, ko tu dah tua bangka perasan muda lagi...hah, nak cucur udang baper????

Padil: ye la adik combi, bagi abg cucur udang singgit... amboi bukan main garang lagi ngan abg.. ngan si wahab tadi bukan main lagi.. lembut gigi dari gusi....

Kak chombi: ape gigi2 ape gusi2..ingat ni iklan colgate ke? ye la si budak padil tu baik budak nye... aku dah anggap dia mcm adik aku sendiri tau tak

padil: alaaaahh adik sendiri takde nye lentok2 tadi tau chombi.. dah dah meh cucur udang aku, kang nampak dek kak senah ko, mati aku kene jerit depan org ramai ni kang... ko tu status available....bahaya...

Kak chombi: hah tau pun ko... dah2 shuhh shuhh.. kang jd sumber fitnah plak aku nih, maklum la aku ni janda berhias, janda meletup, janda baik.... ehh janda baik tu nama tempat... hehehehe(gelak simpul2) tanda syok sendiri.....

padil: heeeeiiiiii chombi... ko ni agak2 la chombi, kot ye pun marah kat aku, takkan cucur udang ko ni takde udang, zalim mcm zionis ko nih....

kak chombi: ala padil sayangggg.... rilek laaaa.. baise la tu cucur udang takde udang... dah tu ko beli cucur badak ade badak ke dalam tu???? ko beli cucur kodok ade kodok duk bertenggek atas tepung tu? hisshhh ko ni padil.....padil....

padil: huhhhhhh... gulp...


telan air liur yg kering... terdiam seketika, tak dapat menjawab dengan spontan melambangkan ade benarnya kata2 kak chombi yg sebenarnya bukan janda berhias sahajaa... bukan janda meletup sahaja.. tetapi janda educated......


padil: huh! cucur udang tak de udang... baik tak yah meniaga... ingat lawa sangat muke die... nak banyak loyar kat aku... sekali aku pinang baru tau.... jadik bini nomber 2...

daud: ape dil? aku mcm kuang dengar la....

padil: hah.... eh.. tak... de ape... ni hah combi ni.. jual cucur udang tak de udang... ade lak die same kan ngn cucur badak... cucur kodok... cucur badak tak dak badak katenye... cucur kodok tak de kodok...

daud: tak.. tak... bukan yg tu... aku dengar lain tadi... (sindir daud)

padil: ape lak... ko jgn banyak crite... kang aku sumbat mulut ko ngn batang tebu ni kang...

daud: eleh... pandai tacing brader....

padil: mesti la... tacing tau.. sensitip ni... (sambil slamber menyuap cucur udang yg dibelinya tadi ke mulutnya...selambe je mengunyah-ngunyah)

daud: (terbeliak biji mata) heh... hang tak posa ke?

padil: (tersembut cucur dari mulut, sambil ludah-ludah) eh.. eh... lupa la... tu la yg ko dok sakat aku ape hal...

daud: kot ye pun... cover line la sket brader... makan sorang-sorang... (mate menjeling ke kiri kanan)... bak siket....

padil: hehehehe.. nah.. nah... cover line sket.... kang tau dek chombi tu naye kite...


sbijik cucur di hulur... daud amik cucur tu... dan buat gaya-gaya macam nak menguap.... ''huarrrgghhhh'' mulutnye dingangakan besar2... tangan yg dok pegang cucur tu segera menutup mulutnya... konon2 tutup mulut mase menguap... sambil2 tu cucur disuap ke dalam mulut...

daud: hehehehe...

padil: cover line sket... gile la ko ni... kantoi mampus kite...