Nota Android

Bagai menegakkan benang basah
Artinya melakukan suatu pekerjaan yang mustahil akan berhasil, misalnya berusaha memenangkan perkara yang sudah jelas-jelas salah.

1.12.10

Katak oh Katak...

11.25 malam. Bertemu lagi untuk satu lagi entry yang baharu. Salam sejahtera adalah yang terbaik sebagai pembuka bicara. Semoga bersama kalian adalah khabar yang baik lagi sempurna dalam meniti hari-hari terakhir pada bulan-bulan terakhir di 2010 ini. Ternyata masa sebegitu pantas berlalu. Pahit manis perjalanan 2010 hampir menemui kesimpulan serta penutup pelbagai ceritanya. Tahun yang banyak mendidik hati dalam mengenal erti kesabaran. Tahun yang mendidik hati dalam mengenal erti "bayaran" dari sebuah kesabaran yang tak semestinya dibayar dengan bayaran yang "berbaloi-baloi!".

Sudahkah menanamkan azam yang baharu bagi tahun baru yang bakal tiba? Bagi yang belum, sekaranglah masanya. Kerna masih belum terlewat untuk berubah.Ngiyang-ngiyang ditelinga dan main-main difikiran tentang satu perumpamaan yang didengar di sebelah siang tadi. Mencuri-curi dengar serta menumpang-numpang belajar dari ceramah motivasi ditempat kerja. "Selalu kita dengar, katak di bawah tempurang. Katak duduk di bawah tempurung kerana lahiriah katak itu yang berkehendak kepada kelembapan dan persekitaran yang sejuk. Berlindung dari ancaman pemangsa yang memburu. Bila katak merasakan selamat atau cukup rehat-rehatnya, katak akan keluar mencari makan bagi meneruskan survival kehidupan dan pulang kembali untuk "hibernasi" hingga puas hatinya. Jika diperhati perihal katak itu sendiri, seolah-olah katak itu sekadar bermalas-malas sahaja lantaran duduknya di bawah tempurung. Lantas manusia menciptakan peribahasa "Katak di bawah tempurung". Merujuk kepada manusia yang enggan mengubah diri terhadap segala pembaharuan yang datang. Manjadikan manusia itu terus tertinggal dari segala arus yang baharu"Kita ubah peribahasa itu kepada katak di dalam gelas. Gelas yang transparent. Mungkin perumpamaan yang lebih jelas dan sesuai buat kita manusia yang enggan berubah. Apabila katak duduk di dalam gelas, katak bisa terlihat apa yang berlaku dipersekitarannya. Namun katak masih mahu kekal di situ dan tidak mahu berubah. Katak hanya menjadi pemerhati kepada segala perlakuan yang berlaku disekelilingnya tanpa mahu bertindak apa-apa. Katak membiarkan sahaja lalat atau serangga yang menjadi makanannya lalu berterbangan begitu sahaja namun tidak upaya menyambar dek kerana berada di bawah telangkup gelas transparent. Katak lebih selesa di situ. Berada di bawah telangkup gelas kaca yang transparent. Namun katak yang ini tidak pasti bila akan tamat "hibernasinya" dan tidak pasti bilakah masanya untuk ia berasa puas hatinya di situ...Katak bukan Putera Katak yang bakal dicium Nora Danish lantas bertukar menjadi manusia kacak dan berharta. Fikir-fikirkanlah...

12 comments:

  1. katak makmal pun banyak gunanya..hehehe

    Tahun baru azam baru, buku baru... macam-macam baru

    ReplyDelete
  2. klu sis nak jadi katak dalam balang kristal..walaupun mcm bodoh sombang tp ada harga org menilainya..hehehe
    tp pun x bagusss..biar le jd katak bwh tempurung tp belajar keluar dr kepompong..kannn?

    pstt..sis ni msh lg bt resech pasal mnyk kelapa dara tue..heheh mgkin akan mencubanya.. :)

    ReplyDelete
  3. perumpamaan katak di bawah tempurung sekarang harus di upgrade kepada katak di bawah studio syarikat rakaman.. Bangsa melayu semua berebut utk jadi artis dgn membayangkan kehidupan glemer & mewah.. even suara ala2 katak jer. Abis SPM semua pulun audition rancangan realiti.. tp skang yg blom akil baligh pun dah terdedah dgn program realiti camtu.. So, adakah Melayu hanya Gah di atas pentas jer.. sedangkan tanah pusaka tergadai, harta nenek moyang tersadai.. erkkk.. apa melalut ni.

    ReplyDelete
  4. teringat ceirita putera katak dekat tv 3 td. hehehhe

    ReplyDelete
  5. Shahazrin: persatuan katak-katak sedunia boikot tu.. kesian katak jadi katak makmal.. ade la dikalangan katak yg suply dari pasaran gelap tu...

    ReplyDelete
  6. sis lin: hmm... katak bawah tempurung tu tak slaah pun.. manusia yg tak faham gaya hidup katak yang selambe tu sis... dituduhnye katak tu malas dan tak kejar pembangunan...

    kata cakap "entah ape-ape ntah.."

    ReplyDelete
  7. TLLS: tak dinafikan... namun melayu yang nak majukan diri pun ramai jgk... cume dikaburi dek melayu-melayu yang giler glamour ni... habis skolah, masuk reality tv... pastu scandel sana sini, gambar or vidoe terlarang terlepas ke internet... siapa dapat nama? melayu jugak... melayu spesis ni jenis "katak lupakan berudunya"... masa kecik2 lupa blup-blup susah2 berenang...

    ReplyDelete
  8. Mizz Dayana: tu yg tercetus ilham nak tulis pasal katak tu...

    ReplyDelete
  9. katak bawah gelas lutsinar.. analogi yg best... gip me pai!

    p/s kalau tak jd katak, agak2 nora danish nak tak cium aku zul? :)

    ReplyDelete
  10. "Harussslaaaaa" dengan lenggok maknyah... hahah.. aku tengok selambe je nora danish pegang katak lembek tu.. uwekkk!

    ReplyDelete
  11. katak si katak lompat,,mau keluar dari tempurung rumah nih. tapi tak dapat,,

    Latest Entri :
    Ya Allah Masaku Dah Tiba

    ReplyDelete