7.12.10

Janji "0" VS Insya Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, peneman, dan pengikut-pengikut TheTimelines. Salam 1 Malaysia dan Salam Maal Hijrah 1432H. Sempena maal hijrah ni, mungkin pada hari ini ramai yang berpublic holiday. Di mana-mana sahaja terutama sekali di masjid-masjid atau di surau mukim-mukim pula, pasti banyak program-program berunsur keagamaan giat dilangsungkan bersempena menyambut tahun baru Maal Hijrah. Terkenang kenang pada zaman-zaman kecil dahulu, bila terpilih menganggotai kumpulan nasyid sekolah agama sempena sambutan tahun baru Maal Hijrah. Lagu wajib "1 Muharam detik permulaan...... Atas keyakinan dan iman yang teguh, Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu, Rela berkorban harta dan nyawa, Demi menegakkan Islam tercinta. Hijrah itu pengorbanan (biasanya perkataan ‘pengorbanan’ tu, cikgu-cikgu yang jadi choreographer akan suruh budak-budak yang ade di barisan belakang untuk ulang-ulangkan perkatan pengorbanan tu 2 ke tiga kali. Kire nak bagi gema la). Hahaha lucu jugak.

Rakyat Johor pasti biasa. Anak-anak kecil, akan dihantar ke sekolah agama bermula dari kelas-kelas fardhu ain bagi mengenal-ngenal huruf jawi hingga ke peringkat darjah khas bagi yang lulus cemerlang pada peperiksaan darjah 6 sekolah agama. Alhamdulillah, aku antara sebahagian anak Johor yang layak masuk Darjah Khas tu. Dan "graduate" dengan pangkat 1. Mana-mana yang berminat, dengan "Pangkat 1" sijil Darjah Khas tu boleh digunakan sebagai syarat memohon untuk menjadi guru agama di sekolah-sekolah agama di negeri Johor ni. Masa tu la. Zaman sekarang ni aku tak berapa pasti boleh tak. Yang pasti sekolah agama Johor ni amat bagus dari segi keberkesanannya terhadap jiwa-jiwa anak-anak kecil. Bak kate pepatah "kalau nak melentur buluh, biarla dari rebung nya". Tahniah kerajaan Johor. Aku rindu pulak zaman belajar sekolah agama dulu. Dengan baju melayu teluk belanganya. Dengan samping merahnya. Jugak dengan songkok hitam yang naik lunyai sebab hari-hari dipakai.

Muqaddimah baru. Jangan pergi ke mana-mana dulu. Teruskan membaca. Sebab ade perkara yang nak aku kongsikan dengan kamu pembaca budiman. Bersempena mood Maal Hijrah di sana sini, hari ni entry pun berkait rapat dengan isu-isu perubahan. Bukan nak bersyarah macam penceramah bebas, bukan nak berkhutbah macam khatib, cuma terpanggil untuk berkongsi cerita. Berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dipinjamkan tuhan. Kate orang tak baik kedekut ilmu. Setidak-tidaknya segala yang tercatat ni untuk panduan dan nasihat kepada diri sendiri juga. Insya Allah.

Oh, aku dah pun menyebutkannya. "Insya Allah". Dan tujuan sebenar entry kali ini diterbitkan adalah berhubung kait dengan perkataan itu. Insya Allah. Dalam bahasa melayu "jika Allah menghendaki" atau dalam bahasa yang lebih mudah "dengan keizinan Allah swt". "Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan" antara prasa yang sering digunakan di status-status facebook rakan-rakan yang kononnya ingin membuat "statement" tentang masalah diorang. Tak kiralah masalah ‘janji-manji’ ke. Masalah ‘cinte-cintun’ ke. Yeee... Aku naik geli pulak untuk membuat statement cinta perhubungan kat mana-mana laman sosial. Dan aku jugak tak terdesak nak ubah atau announce status aku ni "bercouple" ke... "single" ke.. "in relation" ke di laman-laman sosial tu. "Korang announced ke? Ade? Ade? Ade aku kesah? Ade orang kesah? Kau artis ke?" Dan aku jugak tak terdesak nak membuat "statement" dari bahasa tubuh aku untuk mewar-warkan yang aku ni berstatus ape. Wek! Kau yang desprate! Ade aku kesah. Tapi tahniah buat yang betul-betul punya story. Yang yakin jadik. Yang "enggaged" dan yang "merried". Semoga bahagia selalu. Sampai akhir waktu. Insya Allah.

"Hoiiii!!! ape melalut ni. Sampai masuk facebook bagai. Nak cerita tak nak ni?" Tempik En. Shahazrin dari seat penonton.

"Ya lah... Entah ape-ape ntah" Sambung Puan Suria the Lekat Lekit Girl dari side perempuan pula. Cik Emma angguk-angguk setuju.

“Shhhhh. Layan je, Zul tu tengah naik sheikh tu” Sampuk Zulfikar Hazri.

Kite kembali kepada bicara asal kita berkenaan perkataan Insya Allah ini. Insya Allah. Dari segi hikmah, menyebut perkataan Insya Allah ini amat besar. Pertama perkataan Insya Allah ini. Perkataan "jika Allah menghendaki ini" menunjukkan betapa besar dan agungnya Allah swt dalam menjadikan sesuatu itu jadi mahupun tak jadi. Membuktikan betapa kita adalah hamba yang sentiasa berada dibawah pemerhatian dan penguasaan Allah. Membuktikan maha mengetahuinya Allah terhadap setiap perkara. Hatta berlaganya 2 butir pasir di dasar lautan itu pun, adalah dibawah penguasaan, pengetahuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah. Maha Suci Allah.

Allah ajarkan kita menyebut perkataan Insya Allah ini berdasarkan apa yang diwahyukan kepada nabi besar kita, Nabi Muhammad SAW. Pada suatu waktu sahabat-sahabat sekelian, beberapa penduduk Mekkah datang kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan penjelasan tentang roh, kisah-kisah pemuda-pemuda gua, Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi Muhammad SAW menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan. "Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemohan kaum kafir. Saat itulah turun ayat menegur Nabi SAW.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (Surah Al-Kahfi 18:24)

Sebagai hamba. Kemampuan kita adalah terbatas dan sentiasa menghendak dan berharap-harap agar Allah memberikan restu keizinan terhadap apa yang telah, sedang mahupun yang bakal kita lakukan. Allah tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik. Allah berkuasa menjadikan dan membatalkan. Allah berkuasa mengadakan dan mentiadakan. Segala yang berlaku berada di tangan Allah. Segala yang ada adalah semata-mata hak allah. Kita ini hanya hamba yang mengharap-harap, kasih sayang Allah. Namun sahabat-sahabat sekelian, Allah itu maha adil lagi bijaksana. Allah adil dalam memberikan kita "hak" untuk berusaha. Allah maha bijaksana dan memberikan kita hambanya ini pinjaman akal kebijaksanaan supaya kita mampu berfikir. Dari sifat berfikir itu Alllah beri kita daya dan kekuatan tubuh badan agar kita terus mampu untuk survive sebagai khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai hambanya, kita berhak dalam berusaha. Kita juga berhak meminta-minta melalui doa-doa yang tidak pernah putus agar hasil dari daya dan usaha kita itu berjaya terlaksana. Dan Insya Allah, keadilan Allah itu selalu bijaksana dalam membalas hasil usaha kita dengan apa yang kita pintakan. Dengan apa yang kita hajatkan. Insya Allah.

Sayangnya, terdapat segolongan hambanya yang menganggap segala yang berlaku sama ada kejayaan mahupun kegagalan, kebaikan mahupun kemudharatan segalanya berlaku dengan sebab diri manusia itu sendiri tanpa memandang akan peranan kekuasaan Allah ketika merencana atau mengerjakan sesuatu. Mereka melakukan segalanya dengan perasan angkuh, takbur tanpa sedikit pun menadah tangan bagi mengharap-harap redha Allah terhadap apa yang dilaksanakan. Terdapat juga di kalangan kita yang menjadikan perkataan Insya Allah ini sebagai bahan atau alat bagi menghalalkan tindakan mereka dalam melanggar perjanjian. Menghalalkan tindakan mereka untuk tidak melakukan apa-apa usaha dari komitmen yang telah diamanahkan. Dan perkataan Insya Allah itu juga dianggap percakapan rutin yang telah menjadi adat yang diajar sedari kecil sebagai ayat pelengkap janji tanpa menghayati makna disebalik perkataan Insya Allah itu sendiri. Sepatutnya, setelah kita ucapkan Insya Allah, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan-tuntutan perjanji tersebut.

Kesan dari penghayatan yang sambil lewa ini amat buruk terhadap masyarakat. Perkataan Insya Allah yang disalahgunakan akan memakan diri sendiri. Dalam perhubungan contohnya. Hubungan rumah tangga akan terjejas disebabkan perlanggaran janji antara suami isteri. Berlaku perselisihan dari janji yang tidak tertunai ini sehingga membawa kepada keretakan yang berakhir dengan perceraian. Anak-anak akan menjadi mangsa. Pertumbuhan anak-anak yang sepatutnya dibajai dengan kasih sayang tidak tertunai. Maka wujudlah masalah-masalah lain seperti keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan sebagainya. Waktu itu, kita hanya menggelengkan kepala seakan kesal kononya.

Di dalam perhubungan sesama manusia pula, pasti pemungkir-pemungkir ini akan terpinggir dari percampuran masyarakat akibat hilang kepercayaan sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada perpecahan sesama kita. Akan berlaku perkara-perkara seperti ungkit mengungkit, cakap-cakap belakang, khianat, berdendam, berpuak-puak serta pergaduhan yang akhirnya merugikan sesama kita. Dalam sektor perniagaan pula, sudah semestinya perniagaan akan semakin mundur atau gagal dibangunkan akibat melanggar perjanjian. Rakan-rakan niaga pasti ramai yang akan meninggalkan kerana kehilangan kepercayaan terhadap kemampuan sesebuah syarikat dalam melunaskan janji. Akhirnya berlakulah episod-episod gulung tikar akibat kerugian yang tidak mampu ditampung lagi.

Pemimpin. Biasa kita dengar. Pemimpin yang sekadar menabur janji dan kemudian berkata Insya Allah. Seandainya gagal melaksanakan amanah dan kepercayaan rakyat seperti mana yang telah dijanjikan, sudah tentu pemimpin seperti ini akan ditolak oleh masyarakat. Seterusnya akan bangkit pemimpin-pemimpin baru yang menabur janji yang labih meyakinkan. Rakyat memilih lagi. Namun, seandainya berlaku keadaan yang sama, yang rugi adalah masyarakat dan negara. Dengan pemimpin yang silih berganti, namun tetap gagal mengubah atau membangunkan sesebuah tempat yang diwakili. Masyarakat akan terus mundur dan tercicir dari arus pembangunan dan kemajuan.

Di peringkat dunia. Perjanjian demi perjanjian dicipta. Ditulis dan ditandangani pemimpin-pemimpin negara. Namun, perjanjian-perjanjian itu tetap dilanggar juga. Pencabulan demi pencabulan terus-terusan berlaku. Hak demi hak sesebuah negara terus-terus dinafikan. Lantaran itu akan bangkitlah kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang menuntut-nuntut hak.Keganasan berleluasa. Negara-negara yang dahulunya aman dan damai akan diancam kancah pergerangan. Senjata-senjata pembunuh dibangunkan bagi menunjukkan siapa yang kuat dialah kudrat. Akhirnya membinasakan sekelian alam yang indah ini.

Di manakah kita ketika berjanji. Apakah sewaktu berjanji itu sekadar melafazkan di bibir sebagai pemanis ayat dan penyedap hati. Apabila gagal melunaskan janji, bertanggungjawabkah kita? Terfikirkah kita akan dosa-dosa kemunafikan yang tercipta akibat kemungkiran yang diciptakan. Terfikirkah kita akan balasan tuhan yang menanti di dunia, di barzakh mahupun di neraka jahannam. Mungkin kita tidak terfikir. Sebab pada kita perkataan Insya Allah itu, ringkas dan mudah-mudah sahaja dicakapkan... Hayatilah perkataan Insya Allah itu. Bukan… Mengapa… Bagaimana… dan Kenapa semuanya ditangan tuhan semata-mata.

22 comments:

  1. salam maal hijrah bro
    tu pasal, tringat time kecik2 dulu

    pesal, nama akxde dlm entri ni? haha
    just kidding

    berbalik pada topik asal, mmg betul
    kebanyakan org hari ni guna perkataan InsyaALLAH tu sekadar di mulut sahaja dan bukan dgn kesungguhan
    kdg2 digunakan utk mengelak, dan dah tau tak boleh beri komitmen sepenuhnya
    itulah yg patut kita perbetulkan dlm masyarakat kita hari ini
    agar kalimah Allah, janji dgn nama Allah tidak disalahertikan

    apepun, entri yg bagus utk sma-sama ketehui dan diperhalusi
    mmg bermanfaat utk org yg belum ketahui
    nice entri bro

    thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. *inilah entry paling panjang yg prnh Lin baca setakat ini..huhuhu

    Ok..Lin ada ikuti kuliah waktu maulud tu tp penceramah tu kata perkataan insya'allah tu x boleh di sebut 3x dgn 1x pertanyaan..biasa juga dengar kan?
    rupanya bila sebut berulang2 kali, maka org yg menyebut tu x kan dtg dgn janji insya'allahnya..ermm

    tp jika berjnji sklipun kalau tidak dgn izinnya..mmg tak sam[pai juga kan?..:)

    ReplyDelete
  3. penaberkala: alhamdulillah... aku mengarang ni sampai terlelap-lelap... kau dah bace alhamdulillah... kalau baik, kongsi-kongsikan lah... sampai-sampaikan kepada semua. sharing is caring bro... tq sudi jenguk.

    ReplyDelete
  4. sis lin: tq sis lin. maafla susahkan sis lin ngn entry yg panjang berjela. tapi syabas buat sis lin yang memecah rekod membaca entry terpanjang buat diri sis lin.

    tentang tak boleh sebut 3 kali tu, satu info baru tu. thanks sudi share...

    betul sis.. allah yg tentukan segalanya. tapi itu diakhir cerita. bukan sekadar alasan tau...

    tq sis...

    ReplyDelete
  5. hye...
    salam maal hijrah...
    nama kite ada dalam entry ustaz nie lah...
    terharunya......
    hikhik....
    kite pon masuk darjah khas...
    pangkat 1 tapi agregate lupe!!!
    haha...
    tue pon nak mention...
    mesti kau tak kesah kan2??

    ReplyDelete
  6. Pertama skali thanks sebab bagi saya watak dalam entry ni..

    Secondly.. Tertarik dgn Isu Insyaallah.. Melihat dr trend skrg perkataan tu di gunakan sekadar macam perasa pada sesuatu janji yang sebenarnya mereka tak berniat untuk tunaikan pun. Entahlah...

    ReplyDelete
  7. well... name yg telah disebut lepas ni kene tunggu turn ye... cik emma pun pangkat satu... ingat pangkat sarjan ke... koperal ke... hmm... bagus2 cik emma ni sesuai jadik calon...

    ReplyDelete
  8. TLLS: pinjam nama... kasi watak2 sikit... ni nunggu2 en shahazrin n en zulfikar punye feedback ni.. tadi en penaberkala pun tanya kenape namenye tak disebut... mean feedback baik... insyaallah next issue akan sebut la tu... Insyaallah...

    morale of the story... bila dah janji kena usaha tunaikan.. jgn jadikan masalah sebagai alasan.. jgn cipta alasan... okiesss...

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang sangat bagus nih, selalu mengatakan insyaallah jugak tapi mesti buat. kalau tak jadi kena minta maaf balik.

    Latest Entri :
    Insurans Paling Murah Di Malaysia : RM1 Sebulan

    ReplyDelete
  10. entry post yg bermanfaat... inilah matlamat utama berblog.. iaitu berkongsi kisah yang boleh digunakan oleh pembaca... bukan asyik sibuk nak menambah trfik dan menaikkan pageviews...bahan yg bermutu walaupun panjang, melekat org duduk nak baca.... moga Tuhan anugerahkan pahala pada usaha kau...

    Insyallah ni banyak disalah guna.. sama jugak dengan Masha Allah... masa aku pergi jeddah, diorg tak guna Masha Allah utk benda bencana.. sebaliknya apabila menerima puji2an... Arab tak ckp Alhamdulillah bila terima pujian, sebaliknya Masha Allah...'atas kehendak Allah'

    ReplyDelete
  11. Salam bro..

    Entri yang menarik.. Aku pun ada eik..

    "Antara ciri2 orang munafik, apabila berjanji dia mungkir janji"

    ReplyDelete
  12. sekarang insyaallah hanya di mulut..
    bkn di hati..

    bro, nk komen skit..
    tulisan putih dgn backgroun cmni kurang sesuai la..
    hehe..sori2

    btw, i put ur blog in my blog list =)

    ReplyDelete
  13. eiela: berkongsi yang baik2 aja... itu kalau ade salah dan silap mana2 sila-sila tegurkan... saya bukan mengharap kalian semua bersetuju bulat2 apa yg saya sampaikan.. saya juga alu-alukan percambahan pendapat.. anyway.. tq sudi lawat.... berbalas singgah kite ye..

    ReplyDelete
  14. zulfikar: semoga semua dapat manfaat... kepada yg singgah atau ade yang terasa dengan entry aku, up to them la... makne nye entry ni memberi kesan.. aku rase betul dah ape yg aku tulis tu... tapi mane2 yg nak bidas dengan pandangan masing2 sila kan.... pasal ape, ade la hamba-hamba allah yg mula panas bontot bila aku sentuh pasal bab ni... tak senang dengan gaya penyampaian aku... biase la tu zul.. tapikan... ape yg nak diorang bidas.. lets do it educated way la kan.. berhemah dan berilmiah sikit... baru masuk line kite... ok zul.. tq.. for support.. aku cadangkan kau buat entry tentang pengalaman kau ke jeddah tu... menarik tu, ade pertukaran budaya yang boleh kau kongsikan... mahal tu... tak semua dapat... jom nulis..

    ReplyDelete
  15. shah: "Antara ciri2 orang munafik, apabila berjanji dia mungkir janji"

    betul tu.. tapi kadang kala kena akur jugak dengan ketentuan allah... bila yg di "sana" tak dapat tunai janji, kene ingat jugak ketentuan allah.. munafik atau tak, biarlah allah yang tahu...

    ReplyDelete
  16. hazwan arif: mais di mulut... mencairkan hati... tak tertunai, sape nak jawab? hahahah

    pasal komen tu, konsider... tq... tapi kamu ni speky kan? tu pasal tak clear kot... thanks anyway... nanti saya incerase contrast background tu...

    ReplyDelete
  17. Hi there,
    Nice blog. Penulisan yg bagus. Mmg panjang dr yg selalu saya baca. Setahu saya pon kalau dah insyaAllah tu maknanya mmg niat kita berjanji kecuali bukan dgn izin Allah ada aral melintang yg tak dpt dielakkan. Kalau tak ditepati janji tu, munafik lah kita.

    Saya setuju dgn komen hazwan, background grey dgn tulisan putih tak cukup jelas pada saya. Time to change the template? :) Salam kenal dari saya~


    Redjambu~

    ReplyDelete
  18. salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog

    ReplyDelete
  19. salam ma'al hijrah..
    thanx sudi share.. kagum jap~ ^_^

    ReplyDelete
  20. kamu di tag http://duniamelekitku.blogspot.com/2010/12/pengalaman-mengendap-budak2-lelaki.html

    ReplyDelete