5.12.10

Entry Biase-biase je

Salam. Apa khabar kalian. Hujung minggu yang harmoni. Hari ni, kerja. Tapi masuk jam 11 dan "out" jam 5 atau enam nanti. Jam bekerja yang dipendekkan, memandangkan senior-senior aku yang baik-baik hati ni dah risau tengok keadaan muke aku yang dah start cengkung dan aku kelihatan banyak diam-diam sahaja.

"Kau ok tak zul?" tanya salah seorang senior. Ade juga yang ayatnye macam ni, "you all (Walhal bercakap dengan aku sorang je). You all ok tak? Kesian mak tengok you all ni. Minggu ni tak de off day lagi ye. Tak pe-tak pe hari selasa ni you all off ye. Selasa ni tak busy. Alahai kesian 'anak ikan' mak sorang ni" Hahahaha, 'anak ikan dikatenye aku.

So far setakat hampir sebulan aku kat tempat baru ni, segalanya berjalan lancar. Syukur aku tak "menari-nari" canggung untuk sesuaikan diri dengan suasana di sini. Alhamdulillah, senior-senior rata-rata tak bersikap prejudis, bias, mahupun bersentimen terhadap kakitangan baru macam aku. Kene tegur bila buat silap sikit tu, biasa lah. Aku faham dari segi sistem, lain tempat, lain caranya. Aku ambil yang baik-baik sahaja.

Pada aku, kat sini, datang kerja adalah untuk kerja semata-mata. Kalau ade button automatik kat mana-mana pada badan ni, dah lame aku tekan. Sebab, kadang-kadang kerja sampai tak ada masa untuk rehat-rehat, borak-borak, gosip-gosip dan lain-lain hal. Rehat-rehat kat sini ialah bila segala kerja siap. Rehat-rehat kat sini ialah bila dah tak ade ape-ape dah yang nak dibuat. Maksudnye bile tak banyak function masuk la. Hah tu baru rehat.

Mungkin orang yang tak banyak cerita macam aku ni sesuai untuk bekerja kat tempat yang macam ni. Layan kerja. Sambil zahir, anggota tubuh bergerak, fikiran fikir-fikir ilham yang menarik untuk aku cetus di sini. Fikir-fikir nasib diri. Fikir-fikir jalan yang terbaik untuk ubah hidup. Sambil buat kerja, sambil fikir-fikir.

Perkara yang menarik apabila menceburi bidang hospitality ni ialah, secara automatinya tekak bertukar menjadi tekak orang kaya. Yang aku maksudkan tekak, bukan taste. Mahu tak nye. Makan dan minum sedap-sedap belaka. Free pulak tu. Western ada, indian ada, chinese ada, pendek kata macam-macam ada. Kadang-kadang dalam sesak-sesak duit tu, Allah tolong dengan cara lain. Bab makan, memang Allah bagi percuma kat aku. Thank you Allah.

Satu lagi perkara yang tak perlu aku fikir bile berkerja di tempat baru ni ialah, aktiviti petang atau pagi yang selalu aku lakukan. Berlari-lari anak atau jogging. Secara automatiknya aku tak perlu fikir dah cara-cara nak kuruskan badan. Belum sebulan aku kat sini, lubang tali pinggang aku dah digunakn semaksimumnya. Habis semua lubang aku pakai. Ni pun ade rase nak turun lagi ni. Badan sihat, selera sedap. Ape lagi mahu pikir setakat ni, selain pelahan-lahan atur semula langkah agar tak canggung dan tak silap lagi.

Hmmm... Dalam kepala serabut, tapi jangan kerana keserabutan tu, kawan-kawan yang tak terlibat dengan persoalan hidup yang dihadapi terkene tempiasnya. Mereka berhak mendapat kawan yang ceria dan senyum-senyum wajahnya bila bertemu. Jangan kerana muka "jeruk basi" kita yang kita bawak dek kerana masalah peribadi men'spoil" mood mereka jugak. Bak kata nora danish, yang penting... Enjoyyyy!!! (syok betul aku kat mak jande ni. dah la cantik, bijak, gegirl pulak tu).

"entry biase-biase je Wak Dol? dah tak de idea sangat la tu..." usik samad sambil minum kopi bersama roti bakar kaya.

"macam tu la..." keluh Wak Dol sambil melayan blues....

9 comments:

  1. dah ada geng kuat makan!!!!
    hikhik....

    ReplyDelete
  2. yang penting Nyah.. makin ramping walau makan sedap gitu...

    ReplyDelete
  3. Emma: kuat makan jugak ke? bagus2... ade geng...

    ReplyDelete
  4. TLLS: hak ah nokkkkkkk (panjang lak nok nye)... betul.. badan ni naik turun je sejak mak frust kene tinggal anak ikan tak gune... benciiiiiii... hahhahhaha... badan sihat je...

    ReplyDelete
  5. you All... you all... tersembur nescafe aku tang bace you all .. hahaha

    kafe staff kat blok atas tu lagi ke? ko jage banquet ke skrg?

    ReplyDelete
  6. Shah: belum kurus betul2.. susut sikit je.. tapi ade improve la... kan baik...

    ReplyDelete
  7. zul: hahahha. tak caye datang intekma... ko plak jadi anak ikan.. haahaa.. aku kat intekma skang... under training... bulan 12 ni ke bangunan canseleri.. attach kat sana sementara tunggu outlet2 lain dibuka pada bulan 1 ni... diserap sebagai (tak boleh disebut kat sini... isu sensitif ni).. insyaallah... doa-doakan ye..

    ReplyDelete
  8. insyallah.. aku doakan ko berjaya dlm bidang yg ko ceburi....kalau ko nak selalu dapat makan sedap2... ko hadihkanlah lipstik kat nok2 yg berkenaan.. hahahaha

    ReplyDelete