25.11.10

TheTimelines di Blog Review Gnesop

Sejak kebelakangan ni aku bagai hilang sentuhan. Bak kata Zulfikar "stroke" atau gaya penulisan. Ape yang ditaip ini pun sekadar mengikut pergerakan jemari yang dipengaruhi minda aku yang buntu tak menentu. Fikiran aku kadang-kadang tak mampu fokus pada perkara yang aku tulis... Ayuh... Tarik nafas. Cuba buang hal-hal yang tak penting yang aku anggap penting selama ni. Cuba kembali kepada ruang diri sendiri. Hargai diri sendiri. Sebab, tak semua yang aku anggap penting selama ni, menganggap aku penting.

Memulakan penghidupan baru. Sebagai orang bujang yang cuba mencari-cari segala yang ada buat dirinya dengan keikhlasan. Ikhlas menerima segalanya. Bukan sekadar redha yang hanya disebut dibibir. Ikhlas menerima takdir tuhan terhadap nasib diri yang sedang atau telah dikarang olah tuhan. Ikhlas berusaha mengubah segenap ketentuan. Ikhlas dalam berkhidmat. Ikhlas dalam bersaudara. Ikhlas dalam pergaulan. Ikhlas dalam segalanya. Menulis juga mahu ikhlas. Baru berjiwa. Baru sentuhan itu hidup dan memberi kesan kepada semua. Inilah yang cuba aku terapkan dalam hidup yang menempuh fasa baru ini.

Sekadar intro pembuka bicara. Sebelum aku mengolak dan terus menaip segala cerita watak-watak lama, yang ada, mahu pun yang baharu dalam hidup aku. Kepada watak-watak yang terpaksa aku matikan dari hidup aku, maaf. Bukan niat untuk aku membuangnya. Dek kerana takdir yang memaksa aku melupakan dari zahirnya. Jauh dalam hati, adalah mustahil untuk aku memformat segenap ingatan pada watak-watak yang mati ini, selagi tuhan tidak memberi izin. Semoga aku cekal dalam mendoakan watak-watak mati ini kekal sejahtera...

Lupakan. Lupakan. Lupakan. Ada yang lebih menghargai hari ini. Ada yang selalu memberi kekuatan. Ada yang sentiasa ada. Watak-watak yang sentiasa menghidupkan jiwa yang mati ini. Keluarga, Saudara Zulfikar, Rakan-rakan sekerja yang selalu buat aku tertawa. Rakan-rakan blogger yang selalu berkongsi dan memahami minat yang sama. Serta semua watak-watak yang aku temui yang memahami erti sebuah keikhlasan dan hormat. Terima kasih.

Baru-baru ini aku dianugerahkan penghargaan. Yang wajar aku kongsikan kepada kalian semua. Yang wajar aku banggakan. Yang wajar aku hargai. Siapa sangka blog milik budak kampung yang tak punyai apa-apa ini mendapat tempat pada sesetengah hati. Alhamdulillah. Paling tidak pun, ada sesuatu yang masih boleh aku banggakan. Terima kasih Saudara Gnesop
www.gnesop.com di atas kesudian memberi ruang kepada TheTimelines bagi program 1 hari 1 blog review.
Aku pun tak sangka, dalam beratus permohonan dari blogger-blogger dari seluruh negara, TheTimelines antara yang berjaya menawan hati admin di Gnesop. Kepada geng-geng terjah blog, pun terima kasih diucapkan di atas komen dan teguran yang diberi. Saya menerima segala komen dan teguran tersebut dalam nada yang amat merendah diri dan perasaan ingin belajar yang sangat tinggi. Terima kasih kepada kalian.
Eloklah jugak. Di kesempatan yang ada ni, biarlah aku ambil sedikit untuk menjawab komen-komen yang telah diberi olah rakan-rakan di Gnesop.
Aretikz. Betul telahan saudara. aku bukanlah blogger tegar yang menghabiskan masa hari-hari dengan berblogging. Kesibukan kerja yang membawa kepada keletihan menyebabkan kadang kala aku tidak punyai masa untuk menulis. Namun, betul kata Aretikz untuk menjadi mantap tulisannya, perlu selalu hantar atau kemaskini entry-entry terbaru. Insyaallah, selepas ni akan cuba untuk kemaskini sekerap mungkin. Mungkin cara terbaik selepas ni dengan ada jadual untuk mengemaskini entry terbaru. Terima kasih Aretikz.
ComeyBelako. Muda. Rasanya masa dah suntuk ni. Tapi betul la. 26 baru. Masih terlalu muda dalam bidang penulisan ni. Masih kurang dari segi pengalaman. Kadang-kadang gaya penulisan tu, lebih dikuasai emosi yang tidak-tidak. Ilham selalu hilang dan fikiran selalu tidak fokus. Tapi, masih punyai banyak ruang-ruang untuk memperbaiki diri. Tak kiralah di sini, mahupun pada kehidupan realiti di luar sana.
Naz. Banyak komentar saya terima dari shoutbox mahupun ruangan komen berkenaan template yang saya gunakan. Termasuklah dari saudara Gnesop direviewnya. Ada yang mengatakan baik. Ada juga dengan pandangan yang membina. Berkenaan widget tu, atas nasihat saudara, saya telah membuang sedikit widget yang tidak banyak fungsinya terhadap blog ni. Dari segi template ni, insyaallah, ada kelapangan saya akan kemas kini.

Sebahagian dari ulasan aku terhadap program 1 hari 1 blog review di Gnesop.com ni. Bangga. Syukur. Terharu. Dikalangan blogger pasti faham mengapa.

Sekian...

13 comments:

  1. tlls: tq2... tq komen.. tq singgah.. tq suppport..

    ReplyDelete
  2. bro mempunyai bakat penulisan yg menarik.. keep it up :)
    terima kasih juga atas review balas.. :)

    nota kaki: salah ejaan nama, gnesop, bro taip ngesop.. huhuhu
    thx

    ReplyDelete
  3. blog edit tarikh? masih undefine..

    ReplyDelete
  4. Sop: hahah.. macam mana boleh saya salah eja.. malu-malu.. ape pun terima kasih...

    saya masih bermasalah untuk membetulkan tarikh tu.. masih mencari2 setting nye di mana..

    thank SOP..

    ReplyDelete
  5. SAYA SUKA BLOG AWAK LA

    http://www.shahazrin.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  6. ye.. en SM.. saye pun suke blog awak... hehehe.. bagus2 entry nya...

    ReplyDelete
  7. bagus2, dalam idup ni banyak kene tapis maklumat, banyak kene ingat nasihat..kene pandai susun priority..

    pasal watak2 yg dah mati.. lama2 dia ilang sendiri, alah hal kecik..bakkata org minang.. "sonang bai tu"

    ---banjarmin @ bejammin = sangat sesuai tuk identiti alam maya ko--- hahahahaha

    ReplyDelete
  8. "mati tu pasti... tapi mati sebelum mati rasanya lebih mengecewakan dan menghinakan... namun harus sadar menerima kematian dengan ikhlas itu mulia..."

    Banjamin... Blog orang campuran Banja.. Jawa.. Minang... Sesuai sangat.. tak terfikir aku.... terima kasih zul.. kalau kau sugesst tu, aku akan apply, sekarang jugak...

    ReplyDelete
  9. "tapi mati sebelum mati rasanya lebih mengecewakan dan menghinakan"

    sungguh sedap quot di atas....

    p/s yerla pasal banjamin ni, aku rasa ko kreatif gila bila sebut, aku tak penah tepikir plak pasal benjamin.. :)

    ReplyDelete
  10. boleh la zul... rahmat tuhan.. tapi ade juga yang menolak rahmat... aku tak nak jadi kufur... tuhan bagi anugerah yang tak semua dapat... kite... mari guna ke arah yang baik2..

    ReplyDelete
  11. dah kena review ek, kita tunggu Blog Newbie plak kena review ek, takut jugak nih.

    Latest Entri : Hati-hati Dengan Penipuan SMS

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. rezeki agaknya.. sabar.. nanti sampai la turn masing2...

    ReplyDelete