4.11.10

Permohonan Menyertai Program "Blog Review "

TheTimelines,
No. 222 Tekan Lif Tingkat 15,
Keluar Lif Jalan Terus,
Rumah First Sebelah Kanan,
Bagi Salam atau Ketuk Pintu,

(Sepatutnya ada garisan melintang kat sini. Memisahkan alamat pengirim dengan penerima)

En. Riwayat Hariku,
http://www.gnesop.com/
Sila Klik Link ni,
Terus Masuk dan Jumpa Tuan Rumah,
Jangan Malu-malu,
Sebab Tuan Rumah,
OK Je (Jangan lupa letakkan tarikh ----->) 4 NOVEMBER 2010

Tuan,

Per: PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM BLOG REVIEW - 1 HARI 1 BLOG di RIWAYAT HARIKU.

Saya telah terbaca satu iklan di laman blog http://penaberkala.blogspot.com/ berhubung Program Blog Review - 1 hari 1 Blog yang dianjurkan oleh pihak tuan. Saya juga turut dimaklumkan berhubung syarat-syarat yang dikenakan untuk menyertai program tersebut. Adapun syarat-syarat yang termaktub adalah seperti yang tersenarai di bawah ini:

* Membuat entry mengenai program ini
* Tinggalkan link entry tersebut di ruangan komen di sini.
* Memasukkan banner program ke entry tersebut (kod di bawah).


Sehubungan itu, saya memohon untuk menyertai Program "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku". Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan agar laman blog TheTimelines diberi peluang untuk direviewkan di http://www.gnesop.com/. Di sini turut saya lampirkan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil SPM serta Diploma. Turut saya sertakan sijil-sijil kegiatan kokurikulum serta sekeping banner sebagai tanda sokongan saya terhadap program anjuran tuan.

Sekian. Terima kasih daun keladi. Sila review kalau sudi.

Yang Benar,

.................
(TUKANG TULIS)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sek. Men. Keb. 1 Malaysia.

7 comments:

  1. ehehe .. macam permohonan nak mintak keje ..

    ReplyDelete
  2. Memang kena buat surat rasmi ke? :)

    ReplyDelete
  3. hahaha... terpengaruh sudahhh... tak de la.. ikut kreativiti la... mane ade surat rasmi tulis macam ni "Terima kasih daun keladi. Sila review kalau sudi."

    ReplyDelete
  4. hahahaah, siap buat surat rasmi?
    terbaik bro..nice one

    psst: agak2 bila akan sampai turn kita?berduyun-duyun gak org join

    ReplyDelete
  5. PB: tak tau la PB... bile agaknye dapat chance.. mencube je la..

    ReplyDelete
  6. wah.. surat ?
    kena buat surat juga nih..
    maaf kerana menunggu turn lama yer.. :)

    ReplyDelete