28.11.10

Kasim Pantalon

Melancarkan entry baru dihujung minggu. Rasanya elok kiranya kalau dimulai dengan ucapan "sejahtera" kepada semua. Apa khabar hujung minggu. Ada yang sedang bercuti kah? Atau ada yang dalam perjalanan jauh kah? Moga selamat tiba ke destinasi yang ditujui. Pembuka cerita.



Masih cam wajah lelaki bersut hitam dalam gambar di atas? Orangnya sedang-sedang sahaja. Wajahnya sedikit bengis. Bermisai kontot dan sering bertarbus ke mana sahaja. Maklumlah hidup di negara Isketambola lah katakan. Perlulah bertarbus. Orang ini juga sering dikatakan mendampingi majikannya lantaran pekerjaannya sebagai peguam a.k.a "Tuan Penasihat" kepada majikannya ini. Orang ini namanya KASIM PANTALON.

Kasim Pantalon. Salah satu watak dalam filem Tiga Abdul (1964). Watak yang didokong oleh Arwahyarham Seniman Salih Kamil yang selalu terkenal dengan watak antagonisnya dalam filem-filem klasik melayu. Tuan Penasihat. Penasihat 25%. Dan masih ingat tak pada tag line Kasim Pantalon ni, "25%!". Walaupun perkataan 25% tu jarang-jarang disebut dalam filem ni, namun tag line ni memberi kesan yang cukup mendalam sampai hari ni. Perasan tak? Kadang-kadang kalau bergurau dengan sesiapa, dan gurauan tu ada berkait rapat dengan tuntutan keuntungan atau komisyen ke, ada yang meniru-niru gaya Kassim Pantalon ni dalam mengespressikan perkataan 25% tu. "25%!" dalam nada yang spontan dan yakin betul plan yang dirancang menjadi.

Kasim Pantalon. Tuan Penasihat yang penuh geliga. Mempunyai hotak penipu, pembelit nombor satu. Bukan filem Tiga Abdul ni yang nak aku reviewkan di sini. Rata-rata ingat benar akan jalan cerita filem ni. Antara filem yang berkesan dari segi mesej sindirannya dari tuan pengarahnya. Siapa lagi kalau bukan Arwahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee sendiri. Mengingatkan kita kepada watak jenaka, tetapi bermakna dalam filem ni dengan watak Sadiq Sigaraga dan tipu helahnya bersama 'Tuan Penasihat Kassim Pantalon' yang menggunakan strategi 'siapa marah kena jual'.



Kita lantas ketawa terbahak-bahak, terguling-guling nak pecah perut. Ada jugak yang ketawa sampai nak mengalirkan air mata dek penangan lawaknya gelagat “Isketambolanian” ni. Namun hakikatnya sindiran penuh makna Tan Sri P Ramlee hanya tinggal sebagai jenaka tanpa diperhalusi dan direnung-renungkan. Strategi Tuan Sadiq dan Kassim Pantalon ni selalu mengena, malah dibantu juga melalui sokongan anak gadisnya Hamidah dan Rafidah untuk menggoda Abdul Wahib dan Abdul Wahab sehingga tergadainya harta peninggalan Ismet Ulam Raja.


Teknik cuba jaya yang dilakukan ialah dengan membuat provokasi agar Tiga Abul ini cepat marah. Apabila sahaja pelanduk memasuki jerat, yang menangguk di air yang keruh tentu saja 'Tuan Penasihat' yang mengaut rezeki mudah. Komisyen 25%. Banyak tu. 25% dari juta-juta Pound Sterling. Provokasi demi provokasi dilakukan, akhirnya menyebabkan kedua-dua beradik itu dijual sebagai hamba. Tak ke naya orang tu. Memang penipu, pembelit nombor satu. Tapi natijahnya, di akhir cerita, penasihat yang disayangi tuannya ni akhirnya tersilap langkah juga. Menjerumus Tuan Sadiq sekeluarga ke arah yang menjahanamkan!

Itu dalam filem. Watak-watak yang diolah dan dikarang. Bagaimana dengan kehidupan sehari-hari? Realiti? Sedarkah kita akan kewujudan Kasim Pantalon dalam kehidupan kita? Tak kiralah rakan-rakan, saudara mara, rakan sekerja dan sebagainya. Menjadi penasihat. Penasihat yang tidak adil atau berat sebelah.  


Adakah tuan penasihat yang menasihat itu, bebas dari sebarang sentimen? Atau, penasihat yang menasihat itu, mempunyai agenda dalam nasihat yang diberinya? "Take things for granted" bak kate Mat Salleh. Walaupun kehadiran tuan penasihat itu, antaranya tidak mengenakan sebarang charge mahupun komisyen dari nasihat yang diberi. Seandainya nasihat-nasihat yang diberi tu, menjurus ke arah yang menjahanamkan, aku tetap mengkelaskan penasihat-penasihat ni sebagai “Kasim Pantalon”

Menjadi penasihat tidak semestinya menjadi hakim dalam memutuskan keputusan. Biar yang merujuk itu yang menjadi hakim, dan menggunakan kebijaksaannya dalam membuat keputusan. Bukan Anda!


Yang menjadi hakim pun, semestinya perlu terlebih dahulu mendengar hujjah dari pendakwa dan juga yang kena tuduh. Memandang segenap aspek secara menyeluruh. Mendapatkan segala fakta dari pelbagai sumber. Merujuk dari pelbagai pendapat (bukan satu sumber sahaja). Barulah keputusan yang dikeluarkan dilihat adil dan baik untuk semua, selain tidak berat sebelah dan bebas dari segala sentiment. 


Adakah anda penasihat yang adil? Setelah beberapa nasihat yang keluar dari mulut anda selama ini, adakan anda adil? Adakah anda cukup bijak dalam 'coverline' kepentingan anda di situ? 

Kepada Kasim Pantalon sekian. Jadilah penasihat yang adil. Penasihat yang baik. Bukan yang MENJAHANAMKAN!

Hamidah… Rafidah… Ghasidah… Jalan dahhh!!!

11 comments:

  1. Tuan sadiqqqqq.. kasi lepas saya tuan sadiqqq... kalau tuan sadiq lepaskan saya, saya bagi tuan 25%....

    kerana kau lah aku jd macm ni, lagi 25%?????? ini haji misai kontot saya tak mau.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. kupasan yang menarik & di kopek dengan jelas sekali.. terima kasih Tuan penasihat

    ReplyDelete
  3. zulfikar: taun sadiqq... tuan sadiqqq... tuan sadiqqq....

    ReplyDelete
  4. hahahhahahahha.. fatima hathemthai.. hahahaha

    ini dinamakan eko'nomi! hehehe

    ReplyDelete
  5. aku nak up 30%... keh3 tamak..
    Sarip doll

    ReplyDelete
  6. Shahazrin: Sarip dol tak main dalam tiga abdul... bujang lapok ade... "jaga cik normah... jaga... kan sudah dibilang jaga..."

    ReplyDelete
  7. Masrom: Ape daa... cobaan tu pun bukan tag line filem tiga abdul da... itu filem pendekar bujang lapok daa...

    ReplyDelete
  8. bagus artikel nih, ingat lagi ye kata-kata dalam filem tuh. saya tak ingat. huhu

    Latest Entri :
    Tragedi Disember : Biar Lambat Asal Selamat

    ReplyDelete
  9. minat dan membesar dengan filem2 tan sri p ramlee... itu pasal la ingat...

    ReplyDelete