19.11.10

Hak + Ego lawan Tolerate

Hak: Hak aku!... suka hati aku la
Hak: Sayang punya suka la nak buat ape pun. Yang Abang sibuk nak soal siasat macam polis ni nape?!
Hak: Ini hak kami! Kami hanya menuntut hak kami
Tolerate: Kalau macam tu tak mengapalah. Mungkin silap pihak kami yang terlepas pandang.
Tolerate: Minta maaf. Abang tanya pun untuk dapatkan penjelasan. Bukan apa-apa.
Tolerate: Minta maaf.

Hari ni. Sejak kebelakangan ni. Ramai yang memperkatakan soal hak. Sana hak. Sini hak. Semua hak. Tapi berapa ramai yang memahami keertian sesuatu yang dipanggil hak itu? Hak! Keutamaan. Kepunyaan. Kepentingan. Dan dalam kononnya kita sibuk-sibuk menegakkan hak itu, adakah kita mengambil kira soal-soal lain. Persekitaran. Perasaan. Serta kesan dari tindakan yang kononnya berlandaskan hak itu sendiri. Hak atau ego? Perasan tak? Beria-ia melaung hak. Tak sedar diri ego. Kalau hak, perlu ada keadilan. Tapi laungan hak kalau bercampur dengan sikap ego pasti binasa. Tampak menyombong, walhal terselit kebodoh-bodohan disebalik tingkah. Atau dalam bahasa yang paling mudah, BODOH SOMBONG. Mak aku pesan, orang bodoh sombong ni, lama-lama, sikap sombong tak bertempat tu akan dimakan oleh kebodohan diri sendiri. Hah! Macam mane tu.

Ego. Aku ada ego. Kau? Rasenye semua ade sikap ni. Tiga huruf je. E.G.O. Ego. Tak boleh ditegur. Tak boleh diajar. Berpendirian yang tidak-tidak. Kalau bos, tak boleh buat sikit pun kerja kuli. Takut-takut jatuh martabat sebagai bos kononnye. Walhal, kalau kau kuli, kau pun suke bile bos kau turun padang bekerja sama-sama dengan kau. Ni seperkara yang nak aku kongsikan. Susah jugak kan? Nak cari bos yang bile jumpe kuli, bos yang bagi salam dahulu kat kuli. Atau bos dulu yang tegur kuli. Pesanan buat korang-korang yang bergelar bos. Tak jatuh martabat korang kalau sesekali, korang dulu yang bagi salam kat pekerja-pekerja korang. Kalau amalkan selalu pun bagus. Sunnah tu. Rasulullah saw pun terkenal sebagai pemberi dan pemula Salam. Amalkanla…

Tu cerita pasal bos. Kalau kau kuli pulak, dikalangan kuli-kuli yang lain, kau ambil kire faktor senioriti. Faktor umur atau senioriti ni digunakan untuk mengharamkan teguran dari junior-junior. Kononnye kau senior, kire kau otai la. Silap-silap bos sendiri tegur pun buat dek. Tak boleh ditegur atau dinasihat. Patutnye makin lame kerja, makin mantap persembahan kerja. Makin matang berdasarkan pengalaman. Terbuka dalam menerima pandangan serta teguran dari orang-orang baru yang barangkali membawa idea yang baru dan segar. Ni tidak. Junior bukak mulut. Kau balas sengan “sembur”. Come on la profesional la sikit oi. Dunia kat luar tu dah berbatu-batu meninggalkan korang. Korang kat situ jugak. Tak ke mane-mane. Aku gelak dalam hati…

Dalam hubungan. Bila hak + ego. Mampos! Kau nak hubungan macam ni? Tak kirela hubungan laki bini atau loving couple ke, kawan-kawan atau rakan sekerja dan sebagainya. Cakap kau je yang betul. Bile bersuara pulak, kau kate membetah cakap kau. Tak boleh dibawak berbincang. “A” kata kau, maka “A” la. Walhal dari “A” tu, boleh dijadikan “A+” yang lebih elok dan menguntungkan kedua-dua pihak. Nanti bila diam kau kate tak ambil pedulik. Kalau laki bini atau loving couple, mase-mase ni la digunakan untuk mula cari spare part (Dasar Jalang… Dasar Dayus). Kalau kawan-kawan atau rakan sekerja, mase ni la mula bermain politik. Mencari rakan-rakan lain yang boleh di”tunggang” untuk kepentingan. Cari mase-mase susah-susah je. Kawan gembira senang dicari. Bila menangis, ade kawan-kawan yang nak datang duduk sebelah kau dan nangis same-same tak pasal-pasal? (Tapi jangan lupa kawan-kawan yang sentiasa ade meluang masa untuk kite mase susah atau senang).

Tutup bab Hak + Ego. Mari sentuh sikit bab tolerate. Baik. Tapi perlu bertempat. Jangan sampai sedar-sedar ade kaki orang atas kepala korang (kene pijak kepala la!). Tu yang aku tak nak. Cume sikap tolerate atau beralah atau berlembut ni baik diamalkan. Untuk mengelakkan ketegangan. Dalam pada tu boleh memikirkan jalan yang lebih baik sementara berlembut tu. Kalau semua berkeras dengan hak, susah la. Kate orang beralah tu tak semestinya kalah. Malah lebih menunjukkan sikap kematangan yang menguasai diri. Kadang-kadang aku sendiri pun selalu menuntut hak jugak. Tapi bile lame-lame, disebabkan hak tu akhirnya menghancur serta memecahbelahkan, lebih baik ambil pendekatan beralah. Tapi ingat bukan mengalah. Cuma memberi peluang agar yang ditolak tu boleh “bernafas” dan tak la “tersepit celah dinding”. “Kalau kita tolak orang, jangan sampai die tak boleh bernafas dan bergerak, kelak bile die terdesak untuk bernafas dan bergerak, ape sahaje boleh dilakukannya”. Aku ingat pesan Ika…

Menceburi bidang hospitality ni banyak mengajar aku dan menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia yang datang dengan kepelbangai hak. Bukan setakat kalangan pelanggan atau tetamu sahaja, malahan rakan-rakan serta insan-insan terdekat pun ade. Masing-masing dengan hak-hak yang dibentengi keegoan ada kalanya. Tapi suka aku nak ingatkan. Dalam kita beria-ia bercakap soal HAK. Jangan kita lupa yang adanya perkataan TOLERATE!. Hak?! Ade aku kesahhhh?! (huh! Tu tak mau mengalah maaa)

6 comments:

  1. erm.. HAK??? hak pak sahak boleh...kat sini nak main hak hak.. haaakkk tuihhh... (kata si jemain sungkip kepada lebai talib alsyaukani) lantas dengan tenang je, Haji kordi bin sahak becha membeckhand jemain sungkip tanpa rasa bersalah.." ape ko ni jemain main sebut2 nama bapak aku?" ha hambik ko kene beckhen tak pasal... nak tunjuk garang konon... huhuhu

    ReplyDelete
  2. isu kali ni patut bagi baca kat org2 kat company aku...kat company aku lagi la... masalah kuli perasan bagus sebab ade pertalian dengan bos...elok org mcm ni suruh kerje kutip troli tesco ngan bangla baru tau... skrg org yg dah ditolak ke dinding sampai takleh bernafas mula amik tindakan drastik... tu la... nasihat org tanak dengar. rasekan la....

    ReplyDelete
  3. Salam TheTimelines. This is CB dari Geng Terjah Blog Gnesop nak mai review blog ni. Here are my input:

    I think the blog has a good potential. The owner try to table down his perception about life. TheTimelines has it own content. Dgn hanya membaca satu entry CB tahu penulisnya masih muda. Memang benar tekaan cb ;). The owner baru 26yrs old. From cb, i wish good luck to The Timelines - you have a bright future in blogging. tak macam cb yg berlumba2 dgn career dan masa dan family. Best of luck!

    ReplyDelete
  4. saudara zul: terima kasih atas komen... menulis masih macam dulu-dulu jugak.. masih pantang terhadap norma-norma yang diketepikan...terima kasih zul...

    ReplyDelete
  5. comey blako: terima kasih sudi singgah... sebentar lagi saya ke sana untuk berbalas ziarah.. terima kasih atas review yang diberi... saya amat2 terharu dan berterima kasih...

    ReplyDelete
  6. manusia, macam-macam ada... bukan 1001 lebih dari itu pun ada

    ReplyDelete