27.11.10

Entry Khas Gerila Penulisan Kreatif

Salam. Salam semua. Salam ukhwah. Salam 1 Malaysia. Pagi sabtu yang harmoni berteman sayup-sayup suara kicau burung. Segar dilimpagi suria pagi yang benderang yang selalu sahaja menghangatkan. Tenang menarik nafas yang dalam, bermalas-malas, sementara menanti jam 2 petang untuk ke lubuk rezeki. Tempat kerja.

Bakal menempuh Disember yang dideretkan kesibukan kerja. Sempena cuti-cuti sekolah yang telah pun bermula ini, pasti banyak majlis-majlis nikah kahwin yang bakal berlansung. Pasti sahaja akan keluar pagi-pagi dan pulang lewat malam-malam. Menjadikan hari-hari terisi dengan 'sesuatu'.

Di sini. Pasti juga akan sibuk. Lantaran semangat menulis semakin membara ketika ini. Pasti waktu untuk pulang dari kerja adalah waktu-waktu yang amat dinanti. Untuk menggerakkan jemari pada papan kekunci hitam ini. Mencoret segala cerita suka duka kehidupan yang pasti tidaklah kesemuanya akan aku tuliskan. Yang pasti tidak kesemua nama-nama wataknya akan aku sebutkan. Barangkali cukup dengan sinis sindir, jenaka-jenaka bermakna, kata-kata berkias untuk bersama difikir-fikirkan.
Sekadar pembuka bicara. Sekadar pembasah tekak dan perangsang minda. Gerila Penulisan Kreatif. Medan bicara penulis-penulis bebas. Meskipun telah banyak kewujudan laman seangkatannya, penubuhan laman ini bukanlah bagi mencari pengaruh. Bukanlah dari pengaruh itu untuk bersuku-suku lantas bermusuh dan bergaduh-gaduh. Kewujudan laman ini hanyalah sebagai memenuhi takdir tulisan tuhan kepada insan-insan yang selalu menghargai kurniaan fantasi imaginasi dan kretiviti yang dicetus-luahkan melalui medan yang dipanggil penulisan.
Olahan ini adalah sebagai langkah hebahan semata. Bukan untuk diriak-riakkan. Bagi menarik lebih ramai lagi yang diluar sana agar bersama-sama menyulam ilham bersama. Berkongsi bersama yang memahami. Berkongsi bersama yang meminati. Berkongsi bukan untuk mencari "publisiti". Dari perkongsian ini akan melahir anak-anak bangsa yang selalu cinta dan sayang kepada ilmu. Dari perkongsian ini terjalinlah ukhwah. Dari perkongsian ini terbina persaudaraan.
Di sini adalah medan interaktif. Penghubung bicara sesama ahli. Juga pembekal cerita kepada yang hanya memandang dari jauh. Yang hanya singgah dan pergi. Dan yang singgah dan pergi itu, pasti akan datang lagi sesekali. Untuk berkongsi secara diam. Membaca apa-apa yang perlu sebelum pergi. Setidak-tidaknya, perkongsian ini juga, untuk yang bukan mendaftar sebagai ahli di sini.
Di sini segalanya ikhlas. Tidak membayar dan tidak dibayar. Segalanya adalah semata-mata berlandaskan "suka sama suka". Berlandaskan minat yang sama. Berlandaskan kesefahaman yang sama. Juga atas kecintaan yang sama terhadap penulisan. Kami bukanlah pelik. Jika pelik, nama-nama besar yang lain juga pelik. Penulis-penulis besar lain jugak lebih pelik. Kami juga insan biasa yang tiada sebarang keanehan. Cuma dikurniai sekeping hati serta pemikiran yang selalu memperhalusi sesuatu dan mencanaikannya di medan ini.
Hebahan ini untuk semua. Manfaatnya juga untuk semua. Yang suka, puji-pujikan. Yang benci hina-hinakan. Setiap manusia punyai pemahaman tersendiri. Ada yang sama. Ada yang berbeda. Seandainya kau sama seperti kami. Ayuh bersama. Berkembang bersama-sama kami. Di sini. Di Gerila Penulisan Kreatif.

10 comments:

  1. sometimes creativity is hard to think of :)

    ReplyDelete
  2. its a gift... nothing else than gift...

    ReplyDelete
  3. selalu jer ping entri kat sini. hehe. tq jugak buat utk semua.

    ReplyDelete
  4. ye... eiela... antara yang selalu mendorong dan menyokong..

    ReplyDelete
  5. teruskan menyokong dan meminati.. buat benda yg kita minat bdn takkan penat.... buat benda yg kita suka... duit bukan tanda tanya....

    ReplyDelete
  6. sharing is caring.. jom pakat2 join.. amal jariah tu kalo kongsi ilmu yg bermanfaat

    ReplyDelete
  7. zul: yezzz.. betul-betul... buat bende yang kite minat... tak sape larang... bukan buat bende salah.. berfaedah...

    ReplyDelete
  8. faris: share la banyak2.. selagi berdaya kita berbalas singgah seadanya..

    ReplyDelete
  9. nak gak ada kat sini selepas penat bace entry panjang2 nie....
    lalalallaaa.....

    ReplyDelete
  10. emma: jenguk pun.. lama tak nampak... ingat menyorok kat mane tadi.. tq jenguk-jenguk teman sekapal...

    ReplyDelete