31.10.10

Seulas Pinang

Assalamualaikum.

Ketika Gerila Penulisan Kreatif (GPK) dilancarkan beberapa bulan yang lalu, bilangan ahli yang menyertai tidak melebihi 50 keahlian. Maka tercetus di fikiran saya untuk mensasarkan jumlah penyertaan seramai 80 orang menjelang akhir tahun ini. Pada awalnya, penyertaan hanya terdiri dari kalangan rakan-rakan yang terdapat di dalam friends list di facebook. Pada hari ini, belum pun 2010 menutup tirainya, jumlah penyertaan sudah pun menjangkau 174 ahli keseluruhannya.

Di awal tertubuhnya GPK, enry-entry disumbangkan melalui karya-karya yang dihantar melalui tag discussion. Karya pertama yang dihantar berjudul Puduraya yang ditulis oleh saya sendiri. Bertarikh 6 Jun dan dilancarkan pada jam 7.31 pm. Dikalangan ahli pula, Saudara Zulfikar Hazri, Saudari Nazrul Aini adalah antara ahli yang memberi sokongan kuat pada masa itu. Begitu juga dengan Saudara Syed Husen yang turut menyumbang karyanya.

Kini GPK telah menerima lebih ramai ahli yang rata-rata terdiri dari penulis-penulis blog tegar seperti saya. Bagi saya pula, penulisan blog di http://www.timelineskasih.blogspot.com/ dan http://www.thetabledhote.blogspot.com/ ini sebenarnya agak baharu walaupun sudah mula menulis blog sejak zaman menuntut di UiTM lagi. Ketika itu saya menulis di laman blog pautan di laman sosial Friendster sekitar tahun 2003-2008. Melalui sumbangan entry-entry dari penulis-penulis blog tegar ini, terdetik pula di hati ini, betapa ceteknya pengalaman saya di dalam bidang penulisan blog ini berbanding kalian semua.

Penulis-penulis yang saya anggap "Otai" seperti Saudari Isteri Izwan Ilham dengan laman blog makbudak nya. Begitu juga dengan sentuhan Saudari Faizah Rosli dengan Faizah's Diary nya. Untuk makluman semua, Faizah setakat ini menjadi penghantar entry terbanyak dengan tidak kurang dari 20 buah entry kesemuanya. Syabas Faizah. Begitu juga dengan blog bertajuk Segalanya Mungkin nukilan Shahazrin Saharudin yang turut aktif di GPK. Bagi peminat bola seperti Khairul Anuar dengan laman blognya penaberkala, terima kasih atas perkongsian minat yang sama. Saya juga tertarik dengan kata-kata tulisan saudara yang berbunyi "aku budak kampung, bukan baik tetapi tidak jahat, bukan miskin tetapi tidak kaya,bukan bijak tetapi tidak bodoh,bukan sempurna tetapi tidak cacat!". Saya juga budak kampung seperti saudara.

Kepada ahli-ahli yang baru menyertai GPK, selamat datang saya ucapkan. Yang mana tidak tersebut atau tercatat namanya di sini janganlah berkecil hati kerana saya tetap menghargai karya-karya serta sumbangan kalian semua. Saya juga yakin dan percaya, mendatang, akan lebih ramai yang akan bersama-sama kita. Berkarya, menulis atas dasar kecintaan terhadap ilmu serta bahasa ibunda yang terwaris ini. Saya juga berharap agar setiap ahli memainkan peranan dalam mempromosikan GPK ini agar terus berkembang dari segi keahliannya begitu juga berkembang dari segi jumlah sumbangan karya yang saya yakin akan menguntungkan semua pihak.

Percayalah, tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa ibunda tercinta ini terpahat dibahu kita semua. Bahasa jiwa bangsa. Inilah citra kita. Inilah warisan kita yang dahulunya menjadi Lingua Franca yang menunjukkan betapa hebatnya ketamadunan kita di mata semesta. Mari semarakkan bersama. Mari kita bangkitkan kembali gemilang itu. Di sini adalah wadah yang memperjuangkannya. Di Gerila Penulisan Kreatif.

8 comments:

  1. yeah!! mari2 kita moriahkan lagi GPK!! ..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas sokongan anda
    menulis utk kepuasan diri
    tenkiu sbb jemput join GPK daN lantik jadi admin

    ReplyDelete
  3. Dear Mak,
    Mari mak... semangat betul mak hari ni... Jom kasi gegar!

    ReplyDelete
  4. penaberkala: perlantikan penaberkala adalah disebabkan kadar "reaktif" penaberkala yang membuak-buak di GPK. Tahniah atas pelantikan tu. Saya ikhlas... Mari kembangkan sayap GPK...

    ReplyDelete
  5. hmm.. bunyi menarik... tapi lau xkreatif dan inovatif mcm sy nie bleh join x? hehehe

    ReplyDelete
  6. ler.. ingat kami2 ni kreatif sangat ke... hahahha... joint je... tak kisah... cin nadzirah aqilah...

    ReplyDelete
  7. tahniah..
    sis bru join..thankx to admin..
    dr sana kita share link dan dr situ boleh tgkatkan traffic kita.. :)

    thankx a lot.

    ReplyDelete
  8. betul tu sis lin.. rajin2 la menjenguk member2 GPK...

    ReplyDelete