29.10.10

Aku & Miss Varicella

Chicken pox a.k.a cacar air. Penyakit ni berlaku atas asbab virus Varicella. Amat mudah menjangkiti sesiapa sahaja tak mengira peringkat umur. Tua rente, muda mudi, tapi biasenye penyakit ni mudah menjangkiti kanak-kanak. Teringat aku waktu zaman-zaman sekolah dulu. Bile Virus Varicella ni menyerang rakan-rakan, hampir 1 per 3 kelas ambik cuti secara bergilir-gilir. Cume aku pelik, kenape agaknye "Miss" Varicella ni tampak tak sudi port ngan aku. Walhal kalau nak diikutkan member-member yang kene tu duduk dekat-dekat je dengan aku. Mungkin la ade aura yang hijab aku dari sebaran virus melalui sentuhan atau titisan cecair daripada kawan-kawan yang dah disampuk dek Varicella ni. Time adik-adik dan kakak kene dulu aku tak de kat rumah. Maklum la adik beradik ni kadang-kadang kongsi-kongsi towel. Kongsi-kongsi tilam. Kalau baju ke, towel ke dah terselet dek cecair cacar ni, mudah je merebak kat sesiapa yang belum dijangkiti.
Sesiapa sahaja yang dah dijangkiti Varicella ni boleh merebakan virus tersebut sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Contohnye Samad dijangkiti pukul 10 pagi. Bile sahaje virus tu dah masuk ke dalam badan Samad. Samad automatik jadi pembawak virus tu dan boleh sebarkan kepada Latip, Tipah, Seman dan kawan-kawannye yang lain walaupun bintik-bintik air belum tumbuh. Macam cerite zombie la pulak. Biasenye pengidap chicken pox ni akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah yang melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut. Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.




Kebiasaannya ruam yang tumbuh tu akan kebah dalam mase 2 minggu. Bergantunglah. Ade yang cepat dan ade yang lambat. Yang lebih menakutkan kalau-kalau penghidap demam cacar ni menghadapi komplikasi. Dari komplikasi ni boleh membawak kepada kematian. Innalillah.... Golongan yang berisiko untuk dijangkiti Virus Varicella ni termasuklah bayi yang baru dilahirkan, yang mana si ibu tiada sejarah diserang penyakit Chiken Pox ni. Seandainya si ibu diserang virus Varecella ni seminggu sebelum baby dilahirkan, ditakuti, boleh menyebabkan jangkitan serious pada bayi sehingga boleh membahayakan nyawa bayi tersebut. Sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau penghidap virus HIV juga menjadi golongan yang tiasa resist terhadap penyakit ni. Almaklumlah, antibody badan dah merosot, segala jenis demam boleh hinggap termasuklah Chiken Pox ni. Selain tu, penghidap penyakit leukaemia, pesakit kanser yang dalam rawatan kemo, pesaki asma, adalah antara golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi dari demam Chiken Pox ni. Aku rase, pesakit kencing manis pun berhadapan risiko komplikasi ni.

Ruam yang menguping sepatutnya boleh mengering dan sembuh dalam masa 2 minggu. Namun, seandainya menghadapi komplikasi akibat jangkitan pada kulit, kulit akan menjadi lebam kemerahan, membengkak yang menyakitkan. Antara petua yang sering didengar apabila diserang penyakit ni ialah dengan meminum air sebanyak mungkin atau kerap. Antara rasionalnya bagi mengelak dihidration. Komplikasi ni berlaku akibat pesakit yang kerap muntah. Selain tu tanda-tanda kompilasi dehidration ni ialah kurang kencing, mulut menjadi kering serta dahaga. Selain tu, seandainya ketika diserang demam Chicken Pox ni anda kerap mengalami sakit kepala yang teruk, perasaan keliru, mudah marah, leher keras dan bahagian belakang badan mengeras serta tidak sedarkan diri, anda dikhuatiri menghidap komplikasi pada bahagian otak anda akibat keradangan otak. Antara komplikasi lain ialah sakit-sakit pada bahagian sendi serta jangkitan pada paru-paru (Pneumonia).

Aku dan Chiken Pox. Aku tak pernah kene lagi walaupun dikalangan family aku dah kene penyakit ni. Berkongsi artikel atas dasar kesedaran. Manelah tahu, kalau terjebak nanti sekurang-kurangnye tahu sedikit fakta tentang Miss Varicella ni.

10 comments:

  1. adoi, ngeri plak tengok gambor tuh
    seb bek dah kena time kecik2 dulu
    mintak2 dh tak kena dh

    kalaulah chiken pox tu macam chicken chop, konpem rmai yg nak kan,hahaha

    tips : jgn minum air kelapa kerana nnt lekat parut

    ReplyDelete
  2. ooo... ye ke? ni info baru ni.. slalu org cakap minum air kelapa cepat kebah... ok.. ok.. air kelapa tak boleh d minum.. nanti berparut...

    ReplyDelete
  3. lupa bro satu lagi
    elakkan dari terkena hujan
    selagi tak sembuh, baik tak payah kua rumah, nnt kena hujan nanya tinggal parut

    ReplyDelete
  4. mak aih... ni dah macam drakula la... bukan zombi ni.. tq... bro...

    ReplyDelete
  5. cacar air ni xkn merebak pada individu yg dah imun kan..??

    ReplyDelete
  6. ngeri tengok gambar tu..

    paling terharu bila dilayan bagai puteri bila kena penyakit ni..

    ReplyDelete
  7. MyZone~theUn4given: btol2... katente sekali kene tak kene lagi... kecuali penghidap HIV tak silap...

    ReplyDelete
  8. cikgu isza : tak pe la cikgu.. tak kene dah pas ni...

    ReplyDelete