17.9.10

Syawal Ke-7

Hmm. Pejam celik-pejam celik begitu cepat masa berlalu. Hari ni genap 7 hari syawal berlalu. Dan hanya beberapa minit sahaja untuk memasuki syawal yang ke-8. Dan pada syawal yang ke-7 ini, kaki aku dah terpacak di bumi Shah Alam ni. Tepat pukul 9 malam tadi aku sampai ke mari. Sementara mata belum mengantuk. Sementara masih ber"mood" untuk menulis, ada baiknya aku percepatkan hajat untuk meng"update" TheTimeLines yang dah beberapa hari aku tinggalkan. Sepanjang ketiadaan aku beberapa hari lepas di TheTimeLines, berdasarkan jumlah kunjungan terbaru, sesak juga "trafik" di sini beberapa hari ni walaupun tanpa aku. Terima kasih banyak-banyak kepada kalian yang sudi berkunjung.

Hujan rahmat turun tepat-tepat pada Syawal ke-7 ni. Mengiringi perjalanan aku hingga ke sempadan daerah Mersing-Kahang tadi. Tak tahu lah apa petanda yang Allah nak sampaikan. Mungkin sebagai petanda doa-doa dari tanah Mersing bumi bertuah. Bumi berdaulat. Mungkin juga sebagai tanda tangisan dalam hati mak dan abah tersayang. Satu demi satu anak-anak balik ke perantauan. Mungkin mak dan abah tak tahu, betapa berat hati aku nak balik. Dan betapa meronta-ronta hati aku nak balik ke Mersing semula. Aku sunyi bila balik sini. Semoga doa-doa ketabahan dari mak dan abah buat aku sentiasa tegah dan sabar menghadapi setiap detik di tanah orang. Walaupun hakikatnya aku dah tak ada hati di sini.

Tujuh Syawal yang lepas mengajar aku beberapa perkara. Keutuhan sebuah ikatan kekeluargaan. Dendam yang tak pernah terlerai. Pengorbanan. Budi. Rindu. Penat. Dan kepuasaan. Menjadikan Syawal tahun ni penuh warna warni. Tak macam Syawal yang lepas-lepas. Menjadikan Syawal tahun ni akan aku rindui sampai bila-bila. Lepas ni Syawal di Shah Alam pula. Untuk Syawal ke-8 dan seterusnya. Tunggu dan lihat sahajalah. Bagaimana ragamnya berSyawal dengan mereka-mereka ini. Mudah-mudahan segalanya bermakna, seperti hari-hari Syawal yang lepas. Bagi menghabiskan sisa-sisa aku dengan mereka-mereka semua.

Malam kian larut. Tak banyak yang dapat aku katakan. Cuma sedikit kesimpulan. Kepada yang mulai membuang keluarga semata-mata untuk sebuah pencarian yang tidak-tidak. Pulang lah untuk berhari raya pada Syawal yang masih bersisa ini. Semoga belum kelewatan dan tidak ketinggalan untuk meraikannya bersama keluarga tercinta. Yang mana tanpa mereka. Untuk membaca TheTimeLines ini, belum pasti buat kalian. Pulanglah.

3 comments:

  1. Salam Aidilfitri, Minal Aidil Walfaizin..

    ReplyDelete
  2. tapi kan..
    sy masih bercuti..hahaha..
    sila jangan jeles..

    ReplyDelete
  3. bagus2... Nana Eddy and dya dua2 anak2 yg solehah ni.. bagus2.. slamat hari raya...

    ReplyDelete