11.9.10

I Know What You Did a Day Before Raya

Raya datang lagi. Dan seperti yang dirancangkan, persiapan raya tahun ni berjalan lancar selain kesilapan memotong daging menyebabkan kami terpaksa dropkan sahaja menu rendang daging tahun ni. punyelah sedap aku melapah daging sampai kesemua 5 kilo daging tu aku hiris buat satey. Yang pasti tahun ni macam tahun-tahun yang lepas aku assigned sebagai butcher. Sejak 2 hari sebelum raye lagi aku dah bermanje-manje dengan aktiviti melapah daging ni.


Tu dia! Ketupat tahun ni. Buat tak banyak. Asal buat. Adelah dalam 100 biji. Tu pun tak sure la sampai tak. Dapat daun pun pendek-pendek dan tak berape nak lebar. "Agaknye pek cik yang jual daun ni tarah pokok rendah gamaknye". Macam tulah bunyinye rungutan aku kat mak aku time menganyam daun ketupat ni. Anyam sendiri tu. Ape barang beli dah siap.




Tu dia! Korang bayangkan 5 kilo daging. 5 ekor ayam. Ni lah hasilnya. Aku start lapah daging ngn ayam ni pukul 3 petang. Ngam-ngam sebelum bukan pose siap. Hah lepas tu brek sekejap. Dalam pukul 8 mak aku start buat marination procedure. Siap marinated ape lagi mula la aktiviti mencucuk satey. Tak silap dalam pukul 8 lebih-lebih sikit la. Nak patah pinggang beb! Mase tu mule lah mental! Ahhh... Layan! Sambil borak2. Sambil tengok lawak Zizan malam raya. Sambil minum kopi O. Tau-tau pukul 2 pagi! Tak kejang aku dibuatnye!




Ni pulak sebahagian dari bahan-bahan untuk buat sambal goreng. Tukang masaknye tahun ni akak aku. Dan mase sambal goreng tu dimasak, aku rase aku dah pun membute. Tak tau ape jadi dah. Pagi raye tengok-tengok semua dah siap. Tahun ni kuah lodeh dapat tajaan jiran-jiran. Sambal kacang, akak aku masak jugak. Kasik Puan Mariam Kadir rehat sikit.

Yang pasti tahun ni rumah ni mesti kene serbu dek sedare mare macam tahun-tahun yang lepas. Sekali datang mau 3-4 bijik kereta la. Purata satu kereta pulak 4-5 orang. Tu untuk satu trip tu. Hmmm. Dah macam function hotel pulak dah. Tapi nak buat macam mane. Dah name hari raya. Lagi pun tetamu yang datang beraya tu kan membawak berkat. Ya Allah, murahkanlah rezki ku, mudah-mudahan tahun depan murah rezki. Boleh aku order katering. Hehehe. Tapi mane datang kepuasan kalau macam tu kan?

p/s: so sesiapa yang teringin nak dapatkan resepi satey "madura" ni boleh lah dapatkannye di laman blog http://thetabledhote.blogspot.com/. Tapi esok la aku update. Tak terlarat mate ni. Salam Syawal semua.

6 comments:

  1. nice, I love satay alot :). Selamat hari raya bro. happy holidays.

    ReplyDelete
  2. gambar yang menyelerakan...selamat hari raya.macam mana perkembangan trafik guna so force.ok tak.tolong ajar saya..heheh.janganmare ye.

    ReplyDelete
  3. whoaaa.... banyak betul....memang confirm letih satu badan.... tapi sure menyelerakan biler dah siap kan.... tambah sonok biler juadah tu abis dimakan oleh tetamu yang datang

    ReplyDelete
  4. wah.. sedap nye semua..

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  5. meh2.. jemput2.. jemput bace dan tengok gambar je.. hahah.. thanks semua sudi berkunjung...

    ReplyDelete