8.9.10

Aku Bangga Menjadi Anak Mersing

Sambil-sambil upload gambar-gambar yang sempat aku snap sementare menunggu mak siap shopping tadi, terlintas jugak aku untuk buat sikit refrence pasal daerah tempat tumpahnye darah aku ni. Mersing. Mersing dah pandai jem macam bandar-bandar besar. Kenderaan dah makin banyak. Dulu, jalan pakai satu lane sahaje. Tu pun cukup untuk tampung pergi balik penduduk mersing mencari rezeki, menuntut ilmu serta pelbagai lagi aktiviti harian. Sekarang meh la datang mersing. Walaupun tak la segah bandar-bandar lain di negeri Johor ni, at least dari segi pembangunan Mersing tak mahu ketinggalan.

Banyak bangunan baru menggantikan yang lama. Yang dibuka di atas tanah kosong pun rancak dalam pembinaan. Politeknik Mersing, projek naik taraf persisir pantai Mersing, dan banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang. Tu belum ke Kem Iskandar di Kampung Seri Pantai. Entah macam mane saiznye agaknya. Aku dengar kem tu antara yang terbesar kat Malaysia ni. Kem komando. Make rammai lah anak dare mersing ni berjodohkan abang-abang 'asker' ni.

Cume disebalik pembangunan ni aku harap dari segi perancangan bandarnye biarlah benar-benar teratur. tak guna juga maju tapi masalah saliran atau perparitan tak dapat di atasi. Tahu-tahu bila monsun menyerang, tenggelam dek banjir. Tu belum masalah kesesakan lalu lintas. Jem. Jem adalah satu punca menurunnya produktiviti. Banyak buang masa di jalanana. Buang minyak. Meningkatkan pencemaran udara. Punca masalah di tempat kerja (habis kalau dah datang lambat selalu pasal sangkut dalam trafik) dan macam-macam lagi la.

Aku harap juga pembangunan ni akan menghadirkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan
yang baik untuk anak-anak mersing. Jadi tak perlulah anak-anak mersing terpaksa keluar berhijrah ke daerah atau negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan. Ibubapa yang gering dan dimamah usia ada juga yang menjaga atau menjenguk. Aku pun berharap untuk pulang menumpahkan bakti di tanah tumpah darah aku satu hari nanti. Harap Mersing cepat serta pesat membangun. Aku mahu pulang ke mari suatu hari nanti. Bukan pulang untuk berhari raya semata-mata. Bukan pulang bercuti semata-mata. Buat masa ini biarlah ku carikan ilmu serta pengalaman di rantau orang. Suatu hari nanti aku pulang juga.



"Kawasan pesisiran pantai Mersing akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan sekaligus dapat meningkatkan aktiviti ekonomi daerah ini dan mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing menjelang 2020.



Pembangunan ini akan melibatkan aktiviti penambakan tanah seluas 809.2 hektar di bahagian pantai bandar Mersing menggunakan kaedah tebus tanah.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata projek ini adalah satu daripada lima rancangan pembangunan yang sudah dikenalpasti di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).



“Penilaian impak alam sekitar sudah diluluskan dan kerja-kerja pembinaan yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan itu akan dimulakan pada tahun ini.

“Kawasan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel berbintang dan hotel butik, pusat konvensyen, pusat komersil, kawasan perumahan menghadap laut, taman tema air, marina, pusat perkhidmatan perubatan serta pusat kesenian,"katanya.



Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICC) Johor di Pejabat Daerah Mersing, semalam.

Abdul Ghani yang mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pelaksanaan ECER peringkat Negeri Johor untuk tahun ini memberitahu, projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan Radian Starfish Sdn. Bhd.

Mengenai kos keseluruhan projek ini, Abdul Ghani berkata oleh kerana, ia melibatkan kawasan tebus tanah melebihi 40.4 hektar, ia akan hanya diketahui selepas Majlis Fiskal Negara bersidang.

Katanya, sebuah kompleks jeti akan turut dibina bagi menyediakan jeti penumpang dan jeti perikanan. Jeti penumpang ini akan beroperasi 24 jam selain mampu menampung kapal berkapasiti tinggi.



Menurut kenyataan media, selain menjadi pintu masuk Pulau Tengah, Pulau Sibu, Pulau Rawa dan Pulau Tioman, bandar Mersing juga adalah gerbang pelancongan eko ke Taman Negara Endau-Rompin.

Kenyataan itu selanjutnya memberitahu, pembangunan lain yang bakal dilaksanakan di bawah pelan induk ECER adalah inap desa, pembangunan infrastrutur dan program pembangunan sosial untuk masyarakat tempatan."
Petikan artikal dari Pejabat Menteri Besar Johor.

No comments:

Post a Comment